CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19178|Reply: 159

Hinanya wanita dan kaum ibu di mata Ahmad Dhani Indon

[Copy link]
Post time 20-7-2009 10:26 AM | Show all posts |Read mode

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA 19 Julai 2009
Ahmad Dhani tidak mahu anak jadi pondan

NAMA Ahmad Dhani bukan sahaja popular di Indonesia, malah di negara ini. Salah satu sebabnya vokalis kumpulan Dewa 19 ini sering kali dikaitkan dengan pelbagai kontroversi.

Beberapa teman-teman wartawan menganggap Dewa 19 sebagai satu kumpulan diva dan berlagak. Maka tidak hairanlah jika kehadiran mereka ke sini langsung tidak diendahkan oleh segelintir wartawan.

Ramai yang mula bising apabila kumpulan yang popular dengan lagu Laskar Cinta ini enggan ditemuramah ketika konsert Pesta Malam Indonesia 3 yang baru sahaja berlangsung baru-baru ini.

Pelbagai alasan yang diberikan oleh pengurus kumpulan ini sehingga membuatkan pihak media berasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh mereka.

Namun ketika ditemui sempena Hari Keluarga Warga Indonesia di Malaysia baru-baru ini, sikap ahli kumpulan ini sedikit berubah dan setidak-tidaknya mereka masih lagi melayan kehadiran wartawan yang hadir pada hari tersebut.

Isu penceraian dengan Maia (bekas kumpulan Ratu), skandal dengan Mulan Jameela, dituduh mengeksploitasi anak-anak dan macam-macam soalan dilontarkan kepadanya.

Paling mengejutkan apabila Ahmad Dhani memberitahu yang dia tidak mahu bekas isterinya itu menjaga ketiga-tiga anak-anaknya kerana bimbang anak lelakinya itu menjadi pondan apabila dipelihara oleh ibunya.

Biarpun kenyataan itu mungkin tidak dapat diterima oleh segelintir pihak, Ahmad Dhani menegaskan bahawa daripada kajian dan pengamatan yang dibuat, kebanyakan pondan yang wujud disebabkan mereka dipelihara oleh ibu.


"Sehingga kini ketiga-tiga anak saya menetap dengan saya. Saya yang memelihara mereka sejak kecil. Jadi, bagaimana saya harus menyerahkan mereka kepada ibunya?

"Lagipun sepanjang saya menjaga mereka, tidak pernah sekalipun mereka bertanyakan tentang ibu mereka. Kalau kamu tanya sama ada ibunya rindu atau tidak, saya tidak punyai jawapan itu," kata Ahmad Dhani.

Biarpun mahkamah masih belum memutuskan siapa yang berhak menjaga ketiga-tiga anaknya itu, Ahmad Dhani yakin anaknya pasti mahu tinggal bersamanya.

Jelasnya lagi, pengadilan tidak boleh memaksa anak-anak untuk tinggal bersama dengan ibu jika anak-anak itu sendiri telah membuat keputusan untuk tinggal bersama dengannya.

"Lagipun semua anak saya lelaki. Anak lelaki harus tinggal dengan bapa. Jika tinggal dengan ibu (Maia) saya tidak pasti apa akan terjadi kepada mereka.

"Maia pula memang langsung tidak mempunyai bakat untuk menjaga anak-anak kerana saya telah menyaksikan sendiri sejak awal perkahwinan lagi. Kalau dia ibu yang baik sudah tentu saya akan mempertahankannya.

"Saya mahu anak-anak mendapatkan pendidikan seperti yang saya dapat dahulu. Saya tidak mahu anak-anak dapat pendidikan seperti Maia dapat daripada orang tuanya. Jangan sama ratakan setiap ibu itu sama," luah Ahmad Dhani jujur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2009 10:27 AM | Show all posts
Maia ex dia tu pondan kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2009 10:28 AM | Show all posts
1# houdini



Bongok betul Ahmad Dhani ni kan ?
Ramai je ibu tunggal bela anak lelaki, elok je berjaya jadi lelaki, suami orang, bapak orang

Ahmad Dhani ni dulu dijaga oleh siapa ? {:2_74:}
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 10:31 AM | Show all posts
ingatkan ahmad_dhani forummer cari
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 10:32 AM | Show all posts
takbur betul ahmad dhani ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 10:34 AM | Show all posts
3# houdini

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2009 10:36 AM | Show all posts
bis kalau dia yg jaga xke nnt anak dia jadi gay??? huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 10:36 AM | Show all posts
rsa diri baik sgat laaa 2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2009 10:37 AM | Show all posts

Kementerian Wanita patut berkempen ban Ahmad Dhani ni :@
Harap dapat dibawa ke tengah

Sister In Islam apa citer ? Takkan senyap je dengan statement Ahmad Dhani ni ?
Kalau pasal lelaki Malaysia semua tak kena,
lelaki Indon cakap apa pun diorang diam pulak
Ke diorang pun jenis yang merembes dengan dia ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 10:37 AM | Show all posts
ok... jagala sendiri, kalu rasa bagussss sgt... jgn ank2 terabai suda!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2009 10:37 AM | Show all posts
ingatkan ahmad_dhani forummer cari
hantu_poyos Post at 20-7-2009 10:31


Sebab tu la ada perkataan Indon kat hujung
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 10:59 AM | Show all posts
habisler forumer ahmad dhani meroyan kat tread ni membacking the real ahmad dhanii....apepown dhani ni mmg benci giler kat ex die tu yerkksiap buat kajian bagaiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 11:00 AM | Show all posts
klu dibela oleh bapak.. ahmad dhani xtakut ke anak dia jadi gay?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 11:04 AM | Show all posts
Sebab tu la ada perkataan Indon kat hujung

houdini Post at 20-7-2009 10:37

heheh

dara ke teruna abg dini..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 11:05 AM | Show all posts
bodohnya statement Ahmad Dhani nih

buat malu sendiri & kumpulan
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 11:05 AM | Show all posts
cermin lah diri ko dulu wahai A.D
adakah anda membutu*kan cermin?
hahhahhh
orang bodoh mmg cakap mcm dia ni la
nak tunjuk dia pandai le
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2009 11:09 AM | Show all posts
dah lama aku x suka mamat indon sorang ni ... konon cam dia baik sangat ... perangai pun sama sengal ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 11:09 AM | Show all posts
x terasa ke mak dia baca statement tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 11:10 AM | Show all posts
dasat gak si dhani ni... mmg maia tu hampeh, tp dia pun hampeh gaks,,
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 11:13 AM | Show all posts
kalau di bela ahmad dhani aku takut anak2 dia jadi yahudi jer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.077051 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list