View: 16562|Reply: 21
|
Macam mana nak samak rumah?
[Copy link]
|
|
Aku plan nak pindah rumah dalam bulan depan. Sekarang ni tengah final nego dengan owner untuk best price lagipun aku suka dengan rumah baru ni. Masalahnya owner dia Cina. Kalau aku masuk nanti macam mana nak samak rumah ni ek? Kena samak jugak ke suis lampu kipas jamban dinding semua? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 tungkai\ catat
sampai ke suis lampu kipas jamban semua ko nak samak setahu aku la kalau owner tu
ada bela anjing yg dok berak and kencing merata..wajib disamak..rmh yg aku sewa ni dulu
pon chinese national yg dok..depa tak bela anjing just kita org samak sinki jer. lelain tu aku
tak sure la plak |
|
|
|
|
|
|
|
suis lampu?? lampu?? ko nk kena karen kew??
aku penah dpt nasihat dari ustaz aku...
samak lantai jer...yg lain yakin yg xder ape2 pun...
yg penting lantai sbb 24jam kena pijak kan... |
|
|
|
|
|
|
|
akak ipar aku beli umah yg cine pernah duduk...
siap ada kandang2 anjing lagi...sbb cine tu dulu ada bela byk anjing..
aku pun tolong menyamak sekali
kiteorg samak guna air tanah liat..
kiteorg ambik tanah tu dr kolam ikan kwn dia
tingkat bawah ngn kandang2 termasuk kolam disamak..
tingkat atas takde la samak..
tp takde la smpi nk samak suis segala tuuu
dinding dapur pun kiteorg samak...sbb takut terpalit darah ba.bi ke, apa2 ke..
1x air tanah, 6x air bersih..
penat giler |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 bzzts's post
anjing tu najis..
blh bela utk d bawa memburu ..
mahzab mn tu..? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 MeeSai's post
ntah la. lupa.
kan ada topik kat bod ci yg melayu bela anjing tuh. dia ikut mazhab tu la. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 mammavoque's post
elok belek topik pasal anjing ni. rasanya dah ada topik tu bebaru ni kat bod muslimin muslimat dan bod CI... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bzzts at 2-6-2009 11:08 PM
elok belek topik pasal anjing ni. rasanya dah ada topik tu bebaru ni kat bod muslimin muslimat dan bod CI...
x leh ker gtau lam nih....kire berkait gak ngan tred nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 mammavoque's post
patutnya topik ni pun duk kat M & M sana... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tepek yg ni..
takut aku tersilap jwb...{:2_70:}
Harus pelihara anjing dengan bersebab
SOALAN:
Apakah hukum bagi orang Islam memelihara anjing?
JAWAPAN:
Memelihara anjing adalah harus dan pemelihara perlu menjaga kebajikannya untuk tujuan-tujuan yang berikut:
1. Anjing yang dilatih (anjing terlatih) untuk kerja-kerja memburu.
2. Anjing terlatih untuk kegunaan tugas-tugas polis.
3. Anjing terlatih untuk menjaga rumah, kebun atau ladang.
4. Anjing terlatih untuk digunakan oleh penternak atau peladang untuk kerja-kerja menggembala binatang ternakan
5. Membela anjing terlatih sebagai jurupandu. Ini mungkin diperlukan oleh orang buta untuk memberi khidmat yang diperlukannya. Tetapi masih perlu ditempatkan berasingan daripada kediaman tuannya .
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Darqutni dan Hakim dinyatakan pernah menolak jemputan satu kaum yang membela anjing untuk datang ke rumah mereka.
Bila ditanya, baginda menjawab dalam rumah mereka ada anjing, sebaliknya baginda menerima jemputan kaum yang membela kucing. Apabila ditanya, baginda menjawab "kucing itu tidak najis".
Sahabat mengambil faham daripada hadis ini bahawa baginda menolak jemputan mereka yang membela anjing kerana bimbang mengenai najis.
Menurut Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi, hukum membela anjing sebagai hobi adalah haram. Antara alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah:
i. Menakut-nakutkan jiran, orang lalu lalang dan tetamu.
ii. Berkurang pahala pemelihara. Nabi bersabda yang maksudnya: Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap pahalanya berkurangan satu qirath. (Bukhari dan Muslim)
iii. Malaikat enggan masuk ke rumah.
iv. Tabiat anjing suka menjilat dan kenajisan mughallazah pada jilatannya menyebab kesukaran pemeliharaannya. Cara menyucikan najis mughallazah ialah menyamaknya dengan tujuh kali air, dan salah satu air tersebut bercampur tanah.
*Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ...
Syd Post at 1-7-2009 10:59 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|