CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6685|Reply: 1

Kelab Warga Emas

[Copy link]
Post time 31-5-2009 08:12 AM | Show all posts |Read mode
Ini rumah kedua kami - Warga emas

KUALA LUMPUR 29 Mei - Suasana di Kelab Warga Emas, Jalan Siakap disini yang pada awalnya lengang dan sunyi, bertukar menjadi riuh apabila seorang demi seorang warga emas datang ke situ, sekali gus menghidup dan menceriakan persekitaran di kelab berkenaan.

Mereka bagaikan sudah lama mengenali antara satu sama lain, rancak berbual, saling bertukar cerita, gelak ketawa dan melakukan aktiviti bersama.

Begitulah gelagat beberapa warga emas daripada pelbagai kaum yang berkunjung ke kelab itu. Kenyataannya, mereka tampak seronok, ceria dan tidak terpinggir ketika usia terus menginjak senja.

Seorang warga emas yang ditemui, Jamil Kadim, 63, berkata,penubuhan kelab seumpama itu memberi banyak kebaikan kepada dirinya dan rakan-rakan seusia dalam meneruskan kehidupan.

Katanya, selain memberi peluang bertukar-tukar fikiran, program ilmu yang diadakan termasuk keagamaan dan kesihatan adalah antara kebaikan yang diperoleh.

"Apa yang diperoleh di sini sudah cukup menjadikan kami berasa masih dihargai dan disayangi,'' ujarnya yang turut mengakui mempunyai kemahiran mengurut refleksologi hasil program yang telah diikuti.

Rakannya, Kamaruddin Yusoff, 71, pula berpendapat, penubuhan kelab seperti itu memberi lebih banyak peluang kepadanya untuk bertemu dan berkongsi cerita dengan rakan-rakan seusia.

Bapa kepada lima anak yang telah dewasa itu mengakui agak bertuah berbanding warga tua seusia lain kerana aktiviti yang disediakan secara tidak langsung banyak membuka minda mereka kepada hal-hal semasa.

"Saya berasa gembira kerana warga tua seperti kami tidak disisihkan.Sekurang-kurangnya kami masih dianggap sebahagian daripada penyumbang ke arah pembangunan negara,'' ujarnya.

Pendapat Kamaruddin turut dipersetujui, Habsah Hassan, 62, antara warga emas terawal menjadi ahli kelab di kawasan berkenaan sejak dibuka tahun 2002 itu.

Ibu kepada tiga anak yang sudah dewasa dan mempunyai keluarga itu juga mengakui amat gembira mengikuti aktiviti yang disediakan sepanjang hari.

"Selain dapat bertemu rakan-rakan seusia, aktiviti penambahan ilmu seperti ceramah agama dan kesihatan banyak memberi manfaat kepada saya,'' ujarnya.

Bagi rakannya, Zubaidah Abdul Hamid, 68, aktiviti yang disediakan di kelab berkenaan secara tidak langsung dapat mengisi masa senggangnya, selain menghilangkan rasa bosan.

Sambil menyifatkan kelab itu sebagai rumah kedua, kata ibu kepada lima orang anak itu tidak pernah melepaskan peluang menyertai apa sahaja aktiviti anjuran kelab.

"Selepas melakukan kerja rumah, menjadi kebiasaan saya akan bertemu dan melakukan aktiviti bersama rakan-rakan di sini,'' ujarnya.

[ Last edited by  Syd at 31-5-2009 08:20 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2009 08:21 AM | Show all posts

BERMAIN catur, bersenam dan berinteraksi antara satu sama lain adalah antara aktiviti ahli Kelab Warga Tua DBKL di Cheras, Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.057737 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list