CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Penggali kubur/tukang mandi mayat/rumah mayat/pakar bedah mayat/muzium etc

[Copy link]
Post time 24-5-2009 01:53 AM | Show all posts
Mak selalu cakap klu mayat arwah lembik maksudnya tak lama lagi ada yg nak menyusul .. tapi baru2 ni temankn arwah atok sedara kat hospital...dah koma masa tu ..so sbb dh lama terbaring kitaorg 3 org berpakat nak tukar kan cadar dan nak bagi arwah tok selesa..mmg terasa berat sbb arwah tok sedara ni tinggi..katil hospital tu kaki die kire cecah sampai hujung...kiranya berpeluh jugak lah masa nak angkat tukar cadar, pakaikan baju bersih ..

dah lah masa tngh buat aktiviti tu tetiba ..machine degupan jantung tu stop ..jadi flat ..adoi berpeluh2 panggey nurse.. tapi tak lama dlm beberapa saat ok smula...bila dah siap kazen sorang je yg temankn .. tpi malam tu dalam kol 3 dpt berita arwah dah putus nafas..so bergegas pegi hospital...

Bila sampai ke katil dah siap berkafan ..tapi nmpk berbeza ..nmpk kecik je badan arwah compare tngh masa bersihkan badan die tadi ..

Tak de lah misteri apa ..cuma nak cerita pengalaman tguk arwah semasa hidup dan selepas siap di kafankan .... berbeza size badannya .. masa mandikan  ..Alhamdullilah semuanya lancar

Al fatihah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2009 10:10 AM | Show all posts

Balas #16 Syd\ catat

citer2 mcm ni byk kuor dlm mastika...

org dulu2 suka buat kubor tepi sungai...arwah atuk hubby klu g mancing selalu nampak rambut mengirai kat tebing sungai ni..byk kali jugak dia inform waris srh alihkan kubur si mati..wallahualam derang buat ke tidak x tau ler..

[ Last edited by  kodoklawa at 24-5-2009 10:25 ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 10:31 AM | Show all posts
aku yg lalu je ni kdg2 pon rase pelik je. ape ntah lg yg menggali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 12:43 PM | Show all posts
jom layan baca lagi..

Bertembung mayat yang sudah dikafan

Bertembung mayat yang sudah dikafan

Kerjaku sebagai pemandu ambulan di sebuah hospital kerajaan menjadikan aku sudah biasa menyaksikan pelbagai kes pesakit yang dihantar ke hospital.

Pelbagai keadaan aku lihat; ada kes kemalangan, kes sakit jantung dan macam-macam sehingga kadangkala menyentuh hatiku. Sudah hampir 20 tahun aku bergelumbang dengan orang sakit.

Pernah juga aku terfikir bila aku sakit nanti macam inilah jugak keadaannya. Biasanya aku akan bekerja sehingga larut malam kerana kerjaku tidak menentu masa. Jarak rumahku dengan hospital ialah lebih kurang 5 kilometer. Aku berulang alik ke tempat kerja menaiki motorsikal.


Pada hari itu, seperti biasa setelah selesai bekerja aku pun pulang. Namun hari itu aku terasa seram sikit kerana malam itu aku baru sahaja membawa seorang pesakit yang diserang sejenis penyakit misteri yang doktor sendiri tidak pasti penyakit apa. Dia meninggal dalam perjalanan ke hospital.

Biasanya aku tidaklah sampai terbawa-bawa hingga waktu nak pulang tetapi hari itu, tiba-tiba peristiwa tersebut melekat di fikiranku. Teringat aku, badan pesakit itu berbau busuk sekali. Tumbuh kudis-kudis di seluruh badan dan berulat. Semasa dalam ambulan, pesakit itu sedang nazak dan belum sempat sampai hospital dia sudah meninggal.

Man! Luruh jantungku mendengar Azam melaung namaku. "Kau ni betul-betul mengejutkan aku la. Bagilah salam ini tak main sergah jer. Nasib baik aku tak mati sakit jantung," marahku pada Azam. Azam cuma tersengih mendengar bebelanku pada dia. Tanpa mempedulikannya aku meneruskan langkah menuju ke motorsikal.

Tiba-tiba bulu romaku meremang dan aku terasa seperti ada yang mengekoriku dari belakang. Namun aku hanya mendiamkan diri dan berlagak seperti tidak ada apa-apa berlaku. Aku terus mengambil motorku dan memecut keluar dari kawasan hospital tersebut.

Saat itu, aku terasa motor aku berasa agak berlainan sedikit dari biasa. Sudah puas aku menekan minyak tetapi, motosikal dirasa bergerak amat perlahan sekali. Hatiku terdetik "kenapa pulak dengan motor ni, janganlah buat hal tengah-tengah malam ni." Aku toleh kiri dan kanan. Tiada orang di sekeliling. Sekiranya terjadi apa-apa pada motorku ini siapalah yang boleh aku harap membantu. Namun biarpun perlahan aku tetap meneruskan dengan harapan ia hanya perasaan aku sahaja.

Sampai sahaja di selekoh ke lorong rumahku, dari jauh aku terlihat satu lembaga putih datang bergolek dari semak berhampiran. Wajahnya tidak nampak begitu jelas. Apabila lembaga itu makin hampir barulah aku dapat melihat dengan jelas lembaga itu merupakan mayat yang telah siap dikafankan. Bau yang dikeluarkan busuk sangat sehingga loya tekakku.

Aku cuba memecut untuk pergi dari tempat itu tetapi aku terasa seperti lembaga putih itu mengekori belakangku. Mahu berhenti bererti aku mencari nahas. Mahu diteruskan rasa kaku kakiku menekan minyak. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Terkumat kamit mulutku membaca doa mudah-mudahan hilanglah lembaga itu dari penglihatanku. Lagi satu kilometer sampai ke rumahku lembaga itu hilang dan aku sendiri tidak pasti ke mana arah
perginya lembaga itu.

Aku mula memecut selaju yang mungkin tanpa memikir apa-apa lagi. Apa yang aku tahu, aku mahu lari dari tempat itu secepat mungkin. Tanpa menoleh ke belakang lagi aku masuk ke perkarangan rumahku. Apabila tiba di rumah badanku berpeluh-peluh dan lidahku kelu tak terkata. Isteriku pelik melihat keadaanku ketika itu. Bertubi-tubi soalan yang diajukan padaku tetapi aku tidak mampu untuk menceritakannya. Badanku lemah seperti tidak bermaya dan akhirnya aku rebah di kerusi sofa rumahku.

Dua hari aku tidak sedarkan diri, apabila aku sedar aku lihat isteriku berada di sebelahku dan aku berada di katil hospital tempat aku bekerja. Melihat aku seperti terpinga-pinga, isteriku menjelaskan apa yang berlaku. Pada malam itu aku pulang dengan wajah yang pucat lesu dan apabila ditanya aku hanya membatukan diri sehinggalah aku pengsan di sofa.

Pada waktu itulah, isteriku meminta bantuan jiran menelefon ambulan membawaku ke hospital. Akhirnya dapat juga aku menaiki ambulan yang selalu kubawa. Setelah keluar dari hospital barulah aku dapat menceritakan kejadian yang berlaku pada isteri dan kawan-kawanku. Ada yang seperti tidak percaya mendengar ceritaku itu namun itulah yang aku alami. Hanya orang mengalaminya sahaja yang tahu bagaimana rasanya. Aku dahulu juga tidak mempercayai tentang mahkluk halus tetapi bila aku sendiri alami, peristiwa itu menjadi peristiwa yang tidak mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by Maxx at 23-5-2009 11:18
'hantu pari' tuh hantu jenis apa?


ni yang apa uncle seekers tu dok bilang laaa;

Hantu Pari



Hantu Paridikatakan berjantina wanita dan menghuni di pohon-pohon besar yangtinggi seperti Langsuir. Ada juga yang menyatakan mereka hidupbermasyarakat seperti Orang Bunian. Rupa bentuk Hantu Pari dikatakansangat cantik, berambut hitam dan panjang, bermata bulat dan hidungnyadikatakan pesek tetapi tajam dihujungnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 12:56 PM | Show all posts

Reply #35 sepaileman's post

jap,

aku nak ingat balik

ada satu citer yang aku baca, lupa dah
apa benda si arwah tu dah buat masa idup

time orang gali kubur tu
tjupe mayat...yang kuku dia panjang..
lingkar badan dia sundri..

sat sat
aku ingat balik
aku jupe tajuk citer tu

nanti aku snap, upload kat thread nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2009 12:57 PM | Show all posts
ni pengalaman arwah abah aku la....
arwah abah aku aku keje spital.....family aku lak dok kat kuaters spital...

so kalu bapak aku nak balik umah dia kena lalu umah mayat.....
ada skali tu dia baru abih keje syif ptg....dalam kul 9 mlm lebih kor...
masa dia lalu umah mayat tu....
dia terserempak ngan orng tak der kepala...tangan nyer lak hancur...tapi masih terlekat kat badan ler...
antu tu jalan terus masuk umah mayat tu....
sampai umah arwah abah aku citer ngan mak aku....sambil aku mencuri2 dgr....

esok pagi nyer....arwah abah aku dapat tau dari member keje dia...malam tadi dalam kul 10 mlm
ada orang eksiden...kepala putus....tangan lak hancur.....

so kemusykilan aku sampai skrang....
adakah ia satu kebetulan.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 12:59 PM | Show all posts
sebut pasal umah mayat nih
nanti ku interview adik ku yang keje sepital tu
yang mana dept dia mmg berjiran dgn bilik mayat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2009 01:19 PM | Show all posts

Balas #48 Syd\ catat

interbiew....jgn tak interbiew...............


leh layan citer...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 01:20 PM | Show all posts
dulu dalam mastika bulan berapa eh

ada dorang buat segmen khas

interview budak2 yang jaga bilik mayat kat sepital HUKM tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 04:53 PM | Show all posts
OK LAH MOD SYD, NNT UPDATE KAT SINI YER...BEST LA CITER DARI SEPITAL NI(BILIK MAYAT)
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 09:21 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua. Nak cerita skit, sepupu aku sekarangdah 30 tahun keje kat bilik mayat hospital. 80an kat HKL, then 90an di HUKM. Dia ni jenis berani tapi pendiam. Siap beli van then ambil tender hantar jenazah serata Malaysia. Only bila anak dah ramai dia stop. Van tu jugak dia pakai for family purpose. Aku adalah antara yang pernah naik masa 90an dulu. Yelah cuti sekolah dia akan ajak mak aku ke KL, itu je la pengangkutan yang ada. Macam nak nangis aku tak mau. Takut sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 25-5-2009 13:20
dulu dalam mastika bulan berapa eh

ada dorang buat segmen khas

interview budak2 yang jaga bilik mayat kat sepital HUKM tu



ko ni kaki mastika gak ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2009 10:06 AM | Show all posts

Reply #53 laila_zi's post

aku semua benda aku baca

majalah hiburan je aku tak beli..

kalau ada pree pung, aku tak mo baca

tak biasa katanya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2009 10:06 AM | Show all posts

Reply #52 keys's post

keys,

risik2 laa ngan ur kazen tu

mesti ada banyak kisah suka duka pahit manis

sepanjang dia keje kat bilik mayat tu

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 26-5-2009 10:06
aku semua benda aku baca

majalah hiburan je aku tak beli..

kalau ada pree pung, aku tak mo baca

tak biasa katanya....



caya aku ko tak mengidam majalah hiburan tambah2 ngan mangga . Pengalaman aku kat bilik mayat ni tak aderlah tapi masa aku kerja ngan radicare dulu ader gak dengar cerita dari staff radicare yg kena kerja kat sepital ni. Nak dijadikan kebetulan semua office radicare kat sepital ni sebelah ngan bilik bedah siasat & berhampiran atau berhadapan ngan bilik mayat. (mcm dolu2 drama radio disebelah masjid didepannya mini market) Cam macam citer & penambahan ajinomotolah. Tapi yg aku ingat lagi masa tu ader meeting kat sepital selayang sinun pas tu tengah2 elok meeting dengar mesin letrik mcm orang potong benda keras . Staff kat situ kata tengah buat bedah siasat kat bilik sebelah so aku rasa musti depa duk potong tulang ker dada ker atau kepala . Tak lama tu masuk sorang staff sepital tu dengan baju dia yg mcm apron tu nak mintak tolong sebab atas tempat baringkan mayat tu saluran tersumbat bila selesai kawan aku ckp tulang ngan rambut tersekat kat situ jadi darah atau air ke bertakung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2009 11:07 AM | Show all posts

Reply #56 laila_zi's post

aku tgk kat youtube
mcm mana dorang buat post mortem




tapi aku mmg berani bab2 tgk benda mcm nih

mak aku laa terjerit2 bila kita tunjuk clips tu semua

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 12:14 PM | Show all posts

Balas #55 Syd\ catat

Ada sekali dia cerita masa hantar jenazah ke Selatan tanah air. Dulu kan takde hiway. Dia dan kawan dia dah letih sangat drive so decided tgh malam tu nak berhenti tidur tepi jalan. Kawan dia mampus tak mau tidur kat belakang so dia la tidur sebelah jenazah. Kena usik sikit la. Dia kata baru nak terlelap tangan dia disentuh. Tapi dia cuma kata baIK2 =, " Janganlah kacau, aku letih sangat nih,".

Alhamdulillah, takde jadi apa2 pastu. Yang usik pun syaitan rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 12:47 PM | Show all posts
hhmmmmm.....
aku pngalaman tu xder la,
mak sedare aku ade keje kt bilik mayat kt HKL,
dier pun katenyer alhamdulilah xde ape2 pelik yg jadi,
cume time ujung2 mggu,
kire penuh kat koridor rumah mayat kt HKL berdret2 topi keledar(helmet,)
khabarnyer tu sumer helmet2 mat2 rempit / penunggang moto yg meninggal eksiden
xder saper pun yg brani nk amik helmet tu wlaupun helmet tu dh x 'berpunya'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2009 12:51 PM | Show all posts
oohhh

mmg ramai yek yang mati
kalau ujung minggu
bebudak rempit nih

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.077110 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list