CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Penggali kubur/tukang mandi mayat/rumah mayat/pakar bedah mayat/muzium etc

[Copy link]
Post time 22-5-2009 02:33 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 22-5-2009 12:50
Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialahdengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuhlagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagiantubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, iaakan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula.


yg aku penah dgr org tua2 ckp...
cara nk matikn org yg ade ilmu hitam..


[ Last edited by  z3t_ex at 22-5-2009 14:34 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2009 02:35 PM | Show all posts

Balas #21 z3t_ex\ catat

tak seksa mayat ke kalau buat camni??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2009 02:39 PM | Show all posts

Reply #22 medangmru's post

buang tu bukan humban rasanya
sekadar petua...

kita kan disuruh berlaku lemah lembut dgn mayat


/-kalau dalam buku bercakap dgn jin tu, mcm2 petua ada. mcm pelik pung ada gak. yelah..orang jaman dedulu kan memacam ilmu dorang dok amalkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2009 02:40 PM | Show all posts
Oleh: Rudy Herman Sinen
Disiarkan di: Majalah Sarina (Karangkraf), July 2004


Tenang, syahdu dan hening. Begitulah suasana di tanah perkuburan. Keluarga si mati bersama-sama membantu menyempurnakan jenazah dengan mengebumikan jenazah dan membacakan talqin. Ketika talqin, terasa keinsafan menusuk jiwa dan ada juga yang akan mencucurkan air mata.

Bagi Hj Tahir Bin Karim, 52 tahun, inilah kesempatan terbaik untuk menyampaikan dakwah kepada sesiapa yang hadir di masa pengebumian itu. Berdakwah di kubur sudah tidak asing lagi untuknya. Malah, beliau menggunakan berbagai teknik berdakwah secara kreatif dalam menyampaikan dakwahnya.

Beliau ialah seorang juru mandi jenazah yang sekaligus menjadi Imam yang menguruskan pengebumian mayat. Sudah 6 tahun berpengalaman menguruskan berbagai-bagai keadaan mayat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2009 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 22-5-2009 14:31
aku mmg peminat Tok awang ngah tu...selain Tamar Jalis....tah mana pergi buku2 tuh..


la la la medang...
jgn jeles...


nih haku punye



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 02:43 PM | Show all posts

Balas #25 Syd\ catat




....jelesnya aku..............

[ Last edited by  medangmru at 22-5-2009 14:44 ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2009 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 22-5-2009 07:25
Eksentrik pemindah kubur

Shun Feng mengakui tidak pernah gentar berdepan dengan benda ghaib mahupun roh kerana percaya hantu dan roh jahat tidak dapat menjejaskan individu yang berniat baik.
...



pengalaman pasal uruskan jenazah ni memang tak ada la....pernah dulu mandikan arwan nenek tapi tak ada apa....

tapi adalah satu kejadian yang pernah mak cerita dulu.... ada sorang mak cik ni dia nih kematian sedara...dok mana si arwah ni aku tak tau la tapi jenazah kena transfer balik kampung, bayangkanlah nak balik kampung mesti makan masa sbb arwah ninggal malam so malam tu jgk bawak balik kampung so keesokkannya baru nak kebumikan...


dalam perjalanan balik alhamdulilah tak ada apa yang berlaku...so setibanya kat kampung...derang pon letaklah mayat kat surau sbb senang esoknya nak dimandikan dan lepas tu kebumi.....masa tu yang  tunggu kat surau berapa orang je itupon sedara mara terdekat la....so mak cik ni pon ada lah sekali....derang pon baca yasin kat arwah....lepas baca yasin tu derang dah penat...so ada setengah sedara mara tidor kejap sementara tunggu pagi nak kebumikan....

mak cik ni plak dia tak rasa mengantuk....sbb yang meninggal ni sedara dia..sajalah dia nak belek tengok mayat....dia bukak muka tengok lepas cium...lepas tu dia bukak pulak  tangan arwah sambil pegang sbb sedih nengok arwah pergi dulu sebelum dia...tgh dia syok2 pegang sekali...'tappp' tangkas tangan si arwah tu genggam tangan dia....dia dah panik tapi tak menjerit sbb takut gak kang arwah bangun duduk peluk dia pulak ke ....dia dok try gak panggil orang perlahan-lahan tp semuanya memang tidur lena...

satu perkara yang dia ingat masa tu baca ayat kursi.....dia pon baca ayat kursi...bila dia baca satu jari arwah terbukak....then dia baca lagi  ayat kursi satu jari lagi terbukak sampai lah mayat dah lepas genggaman tangan dia....so keesokkanya dah pagi derang pon mandikan dan kebumi kan arwah....tapi mak cik ni sejak kejadian tu dia dah tak dekat gan arwah padahal masa memula dia lah yang cakap nak mandikan arwah....semua orang pon heran lah kenapa dia jadi mcm tu sampai nak jenguk arwah buat kali terakhir pon dah tak nak....

then baru dia cerita pasal semalam...semua orang terkejutla dan cakap kenapa dia  tak cakap awal2 kat derang...dia kata kalau cakap nanti tak ada orang lak yang uruskan arwah mesti semua cabut lari....sejak dari tu dia dah tak nak lagi dekat2 gan mayat w'pun yang meninggal orang terdekat....

p/s: sorii tulisan tak elok kalau korang keliru baca sorry ek

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 03:10 PM | Show all posts
berani thp gaban dok belek2 tulang temulang 2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2009 10:42 PM | Show all posts
Originally posted by trans_007 at 22-5-2009 14:53



pengalaman pasal uruskan jenazah ni memang tak ada la....pernah dulu mandikan arwan nenek tapi tak ada apa....

tapi adalah satu kejadian yang pernah mak cerita dulu.... ada sorang mak ci ...


erkkkk....takotnyer...klu aku, ayat kursipong aku lupa mcmner nak baca

mak aku tukang mandi jenazah kat kaw. umah kami, tapi sepanjang penglibatan dier, tak pernah dier nak citer apa2....boring betul, tapi apa yang aku notice balik dari mandi jenazah dier tak balik ikut pagar depan, dier mesti ikut pagar kecik belakang umah (dier bwk siap2 kunci mangga pagar belakang)......dah masuk umah dier terus masuk bilik dier (ada bilik air sendrey) mandi.....dan mak aku tak akan berckppon...adalah senyap dlm 30min camtu....aku tanya naper dier mesti buat camtu...dier kata tak apa2 cuma dier berhati2 jer...yer la mandi kan bermcm2 jenis jenazah.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2009 11:26 PM | Show all posts
[quote]揇IAlah yang memperlihatkan kepadamu tanda tanda kekuasaanNYA dan menurunkan untuknya rezeki dari langir. Dan tiadalah mendapat pengajaran kecuali orang orang yang kembali kepada ALLAH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2009 11:37 PM | Show all posts
[quote]Kubur Siti Zubaidah Rambut Panjang tumpuan pemuja

Oleh: MD. ZAN SAARI

JASIN 9 Feb.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2009 12:20 AM | Show all posts
[quote]
Perempuan Cantik Di Jambatan Biru


KOTA BHARU: BERCAKAP mengenai tanah perkuburan, tentunya menimbulkan sesuatu yang misteri. Apatah lagi jika tanah perkuburan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan baru tetapi tidak dilakukan dengan sempurna, pasti akan mengundang sesuatu yang tidak elok.

Shamsuddin Ahmad, 43, membongkar kisah yang dialaminya kira-kira dua tahun yang lalu akibat dari perpindahan tanah perkuburan yang mungkin tidak dilakukan dengan sempurna.

Segalanya bermula ketika dia melintasi sebuah jambatan biru di Kampung Tok Dokang ketika dalam perjalanan ke rumah kakaknya bersama dengan ahli keluarganya.

Dia melalui jambatan biru itu sebagai jalan pintas untuk ke rumah kakaknya itu. Namun tanpa diduga, ketika melintasi jambatan tersebut, dia telah bertembung dengan tiga orang perempuan cantik yang melintas di hadapan keretanya.

Ketika itu, dia terpaku seketika dan terasa seperti dirinya sedang bermimpi. Ini kerana, ketiga-tiga perempuan itu dapat meloloskan dirinya dengan begitu mudah pada pagar besi yang terdapat di kiri kanan anak sungai berkenaan sebelum ghaib dengan sekelip mata sahaja.

Berikutan dari kejadian penuh misteri itu, anak perempuannya Siti Nor Amira, 13 dan anak lelakinya, Faiz, 7, muntah dengan tiba-tiba. Ternyata perempuan-perempuan cantik yang ditemuinya itu bukanlah dari kalangan manusia tetapi adalah dari golongan makhluk halus.

Menurut Shamsuddin, anak sungai dan jambatan biru yang dibina pada tahun 2000 itu pada asalnya adalah sebuah kawasan tanah perkuburan. Apabila tanah perkuburan itu dibersihkan dan dipindahkan ke tanah perkuburan baru di Kampung Banggol, dipercayai wujudnya perkara-perkara misteri yang dialami oleh penduduk kampung sekitarnya.

Semasa usaha memindahkan kubur untuk pembinaan tali air serta sungai, enjin jentera penggali tanah terhenti dengan sendirinya untuk beberapa kali. Segala yang berlaku mungkin berpunca dari usaha yang dilaksanakan itu tidak dilakukan dengan sempurna sebagai penyebab kejadian-kejadian pelik di kawasan itu.

Menurutnya lagi, kejadian misteri yang dialaminya itu bukan sahaja berlaku ke atas dirinya malah turut dialami oleh beberapa orang penduduk kampung itu.

Sepupunya, Mek Nab binti Ismail turut mengalami peristiwa misteri ketika baru pulang dari rumah abangnya. Sewaktu melalui jambatan tersebut, dia ternampak cahaya terang dari arah kepala jambatan biru sedangkan jalan yang sedang dilaluinya gelap pekat. Dia agak kehairanan, siapakah pula yang berkhemah di situ.

Tatkala kakinya menghampiri bahagian kepala jambatan, dia ternampak dengan jelas tiga orang perempuan cantik yang tidak dikenali menyambut tangannya dan mengajaknya bermain-main bersama. Pada mulanya, dia menolak pelawaan perempuan itu kerana ingin cepat pulang kerana keletihan.

Dengan tiba-tiba tangannya ditarik lembut sambil di kelilingi perempuan tersebut. Sambil bermain-main dengan perempuan itu, dia terdengar bunyi nyanyian merdu dari ketiga-tiga perempuan itu. Setelah keletihan, dia diajak memasuki sebuah rumah yang agak besar, tinggi dan cantik.

Kemudian, dia dihidangkan dengan nasi di mana berasnya amat putih dan bersih. Selesai makan, dia ternampak beberapa orang sedang mencarinya. Dia cuba memanggil dan menjerit ke arah mereka, tetapi tidak didengari oleh mereka. Malah, apabila tersedar pada keesokan harinya, dia mendapati dirinya berada dalam semak yang telah musnah seperti dipijak-pijak.

Pengalaman misteri ini juga ingin dikongsi bersama oleh Ibrahim Omar, 40, atau lebih dikenali sebagai Him. Menurutnya, dia juga melalui pengalaman misteri berhampiran jambatan biru itu apabila terpandang seorang wanita sedang mendukung bayi, namun apabila didekati, wanita itu ghaib di tengah-tengah jambatan itu.

Mohd. Abdul Ghani Ahmad, 61, mengakui proses pemindahan kubur tersebut tidak dilakukan dengan sempurna menyebabkan roh-roh tidak tenteram. Maka wujudlah gangguan dan perkara misteri di kawasan tersebut.

Semasa usaha sedang dilakukan oleh seorang kontraktor berbangsa Cina untuk membina jambatan biru pada tahun 2000, tiang untuk kepala jambatan tidak dapat dipacakkan biarpun berkali-kali cuba untuk dipacakkan sehinggalah orang-orang kampung menunaikan Solat Hajat dan mengorbankan seekor kambing, barulah usaha membina dan memacakkan tiang jambatan biru itu berjaya dilaksanakan.

Selain itu, kemalangan jiwa yang meragut nyawa dua beranak pernah berlaku di jambatan biru itu. Dan menurut Abdul Ghani serta beberapa kampung itu, jelmaan perempuan cantik itu adalah jelmaan 慼antu pari
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 01:46 AM | Show all posts
errr arwah pak sedara aku pernah cerita...

masa tu nak buat jalan raya..plan jln tu membabitkan tapak kubur...jadi kena pindah laa kubur tu...jadi anak muda kat kawasan tu laa kena buat keja...upah dibayar oleh kompeni nak buat jln tu

dia cakap kalau nak korek kubur lama kena korek waktu mlm sbb tulang memantul cahaya...kalau waktu siang takut ada tulang yg tertinggal...lagi pun kawasan tu kubur lama yg berpuluh tahun dah

aku tanya dia apa yg misteri masa duk korek tu...dia kata ada laa 2-3 menda katanya...

yg 1st pasal kuku...ada mayat tu kuku dia dah panjang duk berputar dah dan satu lagi rambut panjang yg paling best katanya mayat org alim yg tak reput walau pun dah berpuluh tahun ditanam bau pun wangi je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2009 07:30 AM | Show all posts

Reply #33 sepaileman's post

berputar?

maksudnya kuku dia panjang
melilit badan dia eh?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 09:19 AM | Show all posts

Reply #34 Syd's post

errr takde la lilit badan tapi dah mcm ular lidi tidor laa...kan ke ular kalau tgh rileks duk bergulung je...mcm tu laa...errr senang cakap mcm ulat yg kita sentuh badan dia dia duk gulung badan dia tu...kalau kecik kaler merah kalau dah besor kaler hitam...tempat aku panggey ulat tanglung atau ulat gonggok



[ Last edited by  sepaileman at 23-5-2009 09:23 ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 09:31 AM | Show all posts

Reply #25 Syd's post

errrr zaman aku sekolah dan bebaru abis sekolah rajin la aku baca buku mcm ni...bercakap dgn jin penulis tamar jalis tu aku baca takat dia ngan tok dia gi tanah seberang lawan dgn monah supandi...start dari citer ni aku dah bosan nak baca sbb kes mona fendi 2-3 tahun baru berlalu rasa semacam jer dgn tulisan dia tu bkn sbb takut tapi rasa cam tak ori je dlm erti kata lain khayalan penulis je...

tok awang ngah ni tak berapa nak baca sangat cerita dia satu-satu kan?? maksud aku dlm satu buku ada byk cerita...
dlm bebanyak tu ada 2 cerita yg duk melekat dlm otak aku...kisah isteri mengidam nak rusa putih tapi laki dia mati dlm hutan jadi puaka
satu lagi kisah 3 org kawan memburu kat hutan...sorang tu mati sbb kena cika (racun) lepas makan...mati kat dlm hutan tak boleh nak bawak balik ke kampung jadi mlm tu dia org kena tido dgn mayat tu...siap ikat dengan rotan lagi mayat tu tapi terlepas jugak sbb jadi puaka

tak pasti plak dedua citer ni ada dlm buku tok awang ngah tu....zaman ni abg aku yg rajin beli buku mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2009 11:11 AM | Show all posts
orang india pun tanam mayat ye...ingat depa cremate jer
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 11:18 AM | Show all posts

Reply #32 Syd's post

'hantu pari' tuh hantu jenis apa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 04:24 PM | Show all posts
kalao cite pasal doktor leh x??leh kot!

kazen aku doktor.die cakap la mase die mule2 jadik doktor die kene tido ngan rangka manusia.die dok atas katil,rangka dok bawah katil die.tengah syok tido,tibe2 rangka tu bangun sendiri,tgk je die.die plak wat tak taw,letak balik rangka tu bawah katil,ingatkan dah ok,upenye rangka tu bangun balik!kazen aku ni plak wat tak taw je.die amik rangka tu balik letak bawah katil semula.alhamdulilah.die x bgun dah sebab kazen aku ikat kaki die kat kaki katil ..cam kelakar je.tapi ni cite betol!kazen aku cakap rangka orang bukan islam kalo time azan,kalo tinggal tulang,die akan berlanggar sesama sendiri.bunyi tulang langgar tulang.korang bayang la bunyi cam ne .tapi die cakap rangka tu bukan orang malaysia punya.orang luar negara.

   cite kedua die cite aku tengah bedah mayat pompuan.tak taw la time tu praktikal ke tak.die nngan kawan die.ntah cam ne kawan die pergi toilet,die sorang je tinggal.tibe2 pintu diketok bilik mayat tu diketok!tok!tok!ade suara cakap pompuan tua 'cucu,cucu buat ape ngan mayat nenek?.kazen aku wat tak taw je la.pas tu makin lame makin kuat die ketok.kazen aku bace la ayat kursi.suara tu cakap 'cucu!cucu bace ape nie?nenek panas!".lame2 suara tu ilang pelan2 ..die yakin suara tu bukan kwan die yang buat.

    tu la skit cite dari kazen aku.die cakap doktor ni dah lali dah kene gangguan.sebab tu doktor x heran ngan antu2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 10:22 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Syd at 22-5-2009 14:11

kisah yg sgt menginsafkan......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.074163 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list