CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15928|Reply: 64

Kisah ular dan kain pelikat bertompok darah di rumah kak Anne

[Copy link]
Post time 10-4-2009 01:40 AM | Show all posts |Read mode
Salam.

2 kisah yang aku nak ceritakan kat sini  sebenarnya terjadi kat rumah ofis-mate aku, kak Anne. Dia tinggal di rumah teres 2 tingkat kat kelang. Dia musykil tentang 2 kejadian yang telah berlaku ni and dia baru je cerita kat aku kisah2 ni sbb dia nak kan kepastian.. Sebenarnya kisah ular ni terjadi hujung tahun lepas and kisah kain pelikat berdarah ni terjadi dalam sebulan lepas.. Untuk pengetahuan, ke tiga-tiga anak kak Anne perempuan (remaja), dia tak de anak lelaki dan kak Anne ni dah berbulan tak period lagi (above 45 yrs old)..

Mulanya dia tak nak ceritapun kat sesapa kat ofis kitaorang sbb dia takut dan seram tapi akhirnya dia terpaksalah jugak bercerita kisah2 ni sbb ianya menjadi tanda tanya kepada kak Anne dan husband dia..Dia berani nak cerita kat aku ni pun setelah aku banyak cerita kisah2 mistik/paranormal/sihir yang aku baca dalam forum MPS ni [especially citer2 dari bakal pengantin si ilah...!!]  kat member-member ofis aku, so dia minta tolong aku supaya tanyakan mengenai kisah ni kat forumer semua...

Kisah 1 - ular
Hujung tahun lepas, sebahagian tiles kat bilik air bahagian bawah rumah kak Anne ni mendap so, terjadilah lah lubang yang dalamnya lebih kurang 6-8 inci..Lantai mendap tu tak ah besar sangat, kira-kira dalam 2 kaki x 1 kaki je. Since dah berlubang and nampak tanah, kak Anne ni suruhlah husband dia beli dawai mata punai (aku tak tau le istilah ni betul ke tak, tapi dawai yang org kata chiken coop wire- nak buat reban ayam) untuk tutup lubang tu supaya tikus tak dapat masuk dalam bilik air tu. Lepas tu, the husband hempap dawai tu dengan batu bata supaya tak senang tertolak/ bergerak. Yelah, ni cara temporary dia buat sebelum nak cari kontarktor nak baikpulih balik lantai tu..

The next morning selepas dia tutup lubang tu dengan dawai tu, husband kak Anne ni masuk dalam bilik air tu dan dia nampak ada ular kat dalam lubang tu.Ular tu tengah menolak-nolak dawai tu ke atas dengan kepala dia. Of course la tak terangkat dawai tu sbb dah kena hempap dengan batu-bata..Hsband si kak Anne ni cepat-cepat bagitau Kak Anne. Kak Anne kata, ular tu ular sawa sbb nampak corak badan dia yang macam berbatik-batik berwarna cokelat. Since air yang di masak oleh kak Anne kat dapur  baru je mendidih, kak Anne suruh le husband dia curah kan air mendidih kat ular tu..Tapi husband dia tak nak sbb teringat org kata [Actually ada hadis nabi regarding ular ni..] kalau ular masuk rumah, kena halau ular tu pergi dulu, kalau dia tak pergi, tu memang ular betul so boleh dibunuh. Kalau ular tu tak pergi, tu maknanya jelmaan jin...

So, the husband pun cakap kat ular tu (lebih kurang la..), "..ni rumah aku, keluar ko dari sini!!.." Lepas tu dia pun tutup pintu bilik air tu and pergi kerja dengan kak Anne. Bila diaorang balik kerja petang tu, ular tu dah tak de kat dalam lubang tu..Macamana dia keluar, kak Anne pun tak tahu sbb according to kak Anne lubang tu tak la besar sangat and tak dalam sangat jadi kalau nak keluar ular tu mesti kena pusing badan dia (macam buat u-turn) ikut jalan dia masuk ke lubang tu atau pun ular tu mengundur...gostan dengan ekor keluar dulu kot.. Ntah la...

Kisah 2 - kain pelikat berdarah

Kejadian ni jadi dalam sebulan yang lepas. Husband kak Anne ni nak pakai kain pelikat so dia mintak tlg kak Anne ambikkan kain tu dari dalam laci almari. Kak Anne ni pun capai sehelai kain pelikat dari laci tu and  terus kasi kat husband dia. Bila the husband  bukak kain tu dari lipatan, rupa-rupanya kain tu penuh dengan tompok-tompok darah kering selebar  tapak tangan org dewasa.. Husband dia heran sebb macamana masa kak Anne lipat kain tu tak perasan yang kain tu ada penuh tompok-tompok darah!

Kak Anne kata kat husband dia masa kak Anne lipat kain tu, memang kain tu bersih sbb lepas dibasuh. And, kak Anne ni, kalau melipat baju/kain mesti dia lurut baju/kain tu elok-elok supaya kemas masa melipat. Jadi, walaupun masa dia melipat tu dia tak pakai cermin mata ( kak Anne ni specky tapi kat rumah kengkadang dia tak pakai spec), kalau kain tu dah memang bertompok dengan darah kering, mesti kak Anne terasa tompokan-tompokan tu masa dia melurut kain tu, kan? Itu lah yang kak Anne musykil. Kalau nak kata anak-anak perempuan dia guna kain tu masa period, ape ke hal le pulak budak2 tu nak guna kain pelikat bapak diaorang.. Lagipun, anak-anak dia tak pernah langsung guna kain sebagai pad- tak pandai pun nak guna cara tu langsung sbb memang dah di ajar guna pad biasa..Diaorang pun ada kain batik memasing..Kain Anne pulak memang dah berbulan tak period..

So, tak tahu apa nak buat, kak Anne suruh le husband dia buang kain pelikat tu. Husband dia masukkan kain tu dalam plastik dan ikat baik-baik tapi husband dia rasa cuak nak buang kain tu merata-rata, jadi dia simpan plastik tu bawah katil with the intention nak tanya kawan-kawan dia kat ofis dulu apa yang seharusnya dibuat denagn kain tu. Malangnya disebabkan kerja yang banyak kat ofis, huband dia terlupa langsung nak tanya pasal  kain pelikat tu kat member2 dia.. So bila kak Anne dan husband dia balik kerja petang tu, rumah diaorang berbau busuk dan hanyir. Kak Anne ni tak terfikir pasal kain pelikat tu sbb dia ingatkan husband dia dah buang kain tu. Yang si-husband pulak memang terlupa langsung pasal kain yang diletak di bawah katil tu..Diaorang cuba cari punca bau busuk tu, tapi tak jumpa apa-apa.

Jadinya, selama 3 petang berturut-turut, bila balik kerja dan masuk rumah je, diaorang terbau busuk dan hanyir ni. Lelama, bila dah tak tahan bau busuk tu, diaorang pun terus berusaha mencari punca nya...barulah the husband teringat kain pelikat tu..Dia pun keluarkan plastik tu dari bawah katil dan memang bau tu datang dari plastik tu. the husband terus bakar kain pelikat dgn plastik tu sekali sampai hangus, dan lepas tu di kambusnya dengan tanah..

Mengikut kata kak Anne, lepas dari kain pelikat tu di bakar, tak de lagilah bau busuk tu dan tak de la pulak kejadian mistik berlaku kat rumah dia. Tetapi minggu lepas ni, masa dia tengah tidur, tiba-tiba dia terjaga sbb dia terdengar orang panggil nama dia "Anne" kat telinga dia, macam dikejutkan. Suara tu agak keras dan bila kak Anne dah fully awake, dia tengok masa tu dalam pukul 5 pagi dan husband dia tengah sedap berdengkur...Maknanya, suara tu bukan dari husband dia...



KAk Anne musykil lah tentang 2 kejadian ni..Yang lebih memusykilkan ialah masa kain pelikat yang betompok darah tu terlipat dalam laci, tak de la pulak rumah tu berbau hanyir..Kak Anne takut la kalau ada apa-apa gangguan dari makhluk Allah yang lain cuba menumpang kat rumah dia. Lagi teruk, kalau ada orang nak menganiayai dia or keluarga dia...

So far, what I did was that I lent her my rukyah CD, and asked her to play the CD in the house. Setakat ni, belum dapat cerita terkini dari kak Anne...Nanti kalau dah dapat maklumbalas dari dia, I'll update it here..Insya Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2009 06:25 AM | Show all posts
meremang roma membaca citer nih...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 08:12 AM | Show all posts
citer yg no 1 tu klakar seram wehh......

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 08:27 AM | Show all posts
menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 08:36 AM | Show all posts
kain pelekat berdarah??
errkkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 08:37 AM | Show all posts
yg biasa dengar kalo jelmaan ular ni akan menyerupai ular warna hitam kan?...
musykil pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2009 09:01 AM | Show all posts
allergik betul aku dgr citer ular2 ni.... ..
seramm.. musykilllll
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 09:31 AM | Show all posts
hmmmmm.. seram baca crita ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2009 10:07 AM | Show all posts
nak tanya sikit..ular tu bercorak jalur tengah2 ker..cuba tanya..warna apa..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 10:17 AM | Show all posts
wooo,seram..haku pling takut kalo ada ular masuk umah,mau haku lari jauh2
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 10:41 AM | Show all posts

salam

bagi kes no.1, ular tu gostan je la, takpun ekor dia terjulor keluar dari lubang sebelah sana, lalu ada seorang budak india lalu, lalu... brppp... aaahhhh...

bagi kes no.2, ini memang antara sintom awal menunjukkan adanya kehadiran entiti tidak diundang bergentanyangan kat umah tu. mungkin dia lalu saja, dan juga mungkin ianya di email oleh individu tak bertanggungjawab dengan niat yang tak baik.

tindakan saudara mengloankan CD ruqyah itu adalah satu langkah first aid yang bijak, namun mendapatkan khidmat medikal mistik juga perlu demi memastikan entiti tersebut berjaya diusir dan juga demi mendapatkan perskripsi rawatan agar eniti tidak berulang singgah dan keselamatan dan kesihatan terjaga.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 10:44 AM | Show all posts
FUHHH...SERAM SUNGGUH...............
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 11:36 AM | Show all posts
serem seyhhh..
rumah tu nk jd rumah anker dah
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 11:49 AM | Show all posts

Balas #11 JodoKast\ catat

erk...nak kenakan orang boleh hantar menggunakan email...ni 1st time baca ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 12:18 PM | Show all posts

Balas #14 yenil95\ catat

jodokast nie ayat2 dia tulis memang selalu buat aku hilang seram! lawak tapi best
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 02:41 PM | Show all posts
mak oiii...takut nyeee...smpai ada darah2 ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2009 02:56 PM | Show all posts
tang kain jer ar seram..
yg ular tu.xde ar seram sgt..
cuma misteri je
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 04:35 PM | Show all posts
simpati ngan kawan tuan umah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 05:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 05:03 PM | Show all posts
ular makan ular hmy3:hmy3:hmy3:hmy3:hmy3:hmy3:

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.058082 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list