|
Ceritanya tentang seorang personaliti yang memang terkenal dan sering kali diundang menjadi panel kerana kepetahan serta kebijaksanaannya dalam memberikan hujah untuk menyelesaikan segala persoalan dan pemasalahan.
Papa tidak mahulah memberikan diskripsi lanjut tentang personaliti ini tetapi setelah mendengar kisah kawan Papa tadi, Papa membuat kesimpulan dirinya adalah cakap tidak serupa bikin.
Dalam menasihati orang untuk membuat kebaikan, tetapi diri sendiri yang buat perangai sehingga menjelikkan orang sekeliling. Agaknya dah terkena badi diva kot? Mentang-mentanglah baru dapat pangkat baru-baru ni.
Kisahnya begini. Personaliti ini sering kali menempah pakaian di salah sebuah butik yang agak terkenal juga.
Sebelum mendapat pangkat dulu, bukan main lagi sanggup berdiskusi dengan perekanya tentang pakaian yang dimahukannya agar kelihatan menawan di kaca televisyen.
Tetapi, selepas itu, nak tahu apa dia buat. Hanya menghantar butiran apa yang dia mahukan di atas sekeping kertas dan menyuruh anaknya sahaja yang menghantar kepada pereka itu. Padahal dirinya hanya duduk di dalam kereta dan enggan turun untuk bertemu dengan pereka itu dengan muka yang cukup angkuh.
Bukan itu sahaja, dia juga menyuruh pereka itu membuat satu pakaian untuk suaminya yang sedondon warnanya dengan busana yang mahu dipakainya itu sedangkan suaminya tidak ada apa-apa kepentingan pun dalam majlis yang mahu dihadirinya itu.
Dahlah begitu. Apabila pulangkan kembali baju suaminya itu ke butik berkenaan, alangkah terkejutnya pereka itu apabila baju itu dalam keadaan kotor dan daki masih lagi melekat di kolar baju itu. ~ utusan
**klue.... ayat MERAH... |
|