CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6116|Reply: 2

Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan (Nasam)

[Copy link]
Post time 15-3-2009 08:40 PM | Show all posts |Read mode
Mencari nyawa di Nasam
Oleh Roslah Othman
kota@utusan.com.my

AHLI fisioterapi di Nasam (kanan) membantu pesakit strok  menggerakkan tubuh mereka dengan penuh sabar.

AMPANG 13 Mac - Tan Ah Leng, 57, duduk diam sambil memerhati dengan tekun beberapa orang seusianya berusaha untuk berjalan.


Mereka berjaya melakukannya walaupun dengan perlahan- lahan.

Jauh di lubuk hatinya, Ah Leng rasa tercabar kerana dia sebenarnya senasib dengan mereka itu tetapi pengunjung tetap di sebuah pusat rawatan pemulihan itu sudah boleh berjalan.

Itulah yang diperhatikan oleh Ah Leng pada hari pertama lawatannya ke rumah Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan (Nasam) kira-kira setahunlalu.

Suasana di situ membuka matanya bahawa pesakit strok sepertinya juga boleh pulih dan berjalan semula. Terkenang dirinya yang sudah sebulan terpaku di atas kerusi roda dan terpaksa mengharapkan bantuan keluarga untuk melakukan rutin harian termasuk mengambil makanan.

Cemburu benar dia melihat pesakit lain sudah boleh berjalan. Dia juga mahu seperti mereka. Dia mahu kembali menjadi ketua keluarga.

Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, selainpenyakit tekanan darah tinggi yang telah lama dihidapi dikatakan antarapenyebab utama Ah Leng diserang strok.

Mengakui pada peringkat awal mengalami sedikit gangguan, terutamarasa sedih dan rendah diri, namun berkat sokongan keluarga terutama isteri dan anak-anak, dia bangkit untuk sembuh dan pulih.


Hanya selepas sebulan terlantar, seorang rakan telah memaklumkan mengenai Nasam yang membantu pesakit strok sepertinya.

Setelah melihat sendiri keadaan di Nasam, Ah Leng dapat merasakan harapan baru dalam hidupnya.

Di situlah dia memulakan hidup baru, bersaing dengan rakan senasib.Selama setahun dia berulang alik ke Nasam bagi menjalani rawatan pemulihan, keadaannya sudah jauh berbeza berbanding pada peringkat awal termasuk sudah boleh menguruskan diri sendiri.

Selain Ah Leng, terdapat kira-kira 34 mangsa strok lain yang menjalani pemulihan di Nasam, Ampang.


Di negara ini strok adalah pembunuh keempat terbesar selepas kanserdan penyakit jantung. Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal.

Sesuatu yang perlu diketahui, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah.


Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok. Antaranya tekanan darah tinggi,kencing manis, kolesterol tinggi, tabiat merokok, diet tidak seimbangdan stres.

Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini di Nasam, Ampang,mendapati mangsa yang terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Melayudan India rata-rata berusia 40 tahun ke atas itu dibawa berjalan-jalan ditemani beberapa ahli fisioterapi.

Sama seperti Ah Leng, semangat mangsa strok yang lain itu memang kuat. Dalam kepala mereka tertanam satu azam, mahu kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala.

Menurut Pakar Fisioterapi di Nasam, Annie Ng, semua pesakit strok mempunyai pendirian sama. Tiada siapa yang mahu terlantar dan terus mengharapkan bantuan orang lain.


Beliau mengakui kewujudan Nasam secara tidak langsung memberiharapan dan masa depan kepada mereka untuk kembali meneruskan kehidupan.

"Di Nasam, pesakit strok akan melalui tempoh pemulihan di mana mereka diajar semula bagaimana cara gerakan untuk mengembalikan semula fungsi tubuh mereka,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam kes strok, katanya, pemulihan yang dilakukan seawal mungkin terutama pada bulan pertama selepas serangan, memberi pesakit peluang sembuh lebih tinggi.

Ini kerana otot yang dibiarkan berehat terlalu lama akan hilang keanjalan, seterusnya menyukarkan pergerakan.

Membawa pesakit berjalan-jalan, kata Annie, adalah antara pemulihan awal paling ringan dan penting untuk pesakit kerana dengan berjalan,walaupun perlahan-lahan membantu melancarkan aliran darah dan menguatkan jantung.

Selain terapi fizikal termasuk belajar menggunakan tangan, cara duduk dan bangun, terapi pertuturan turut diajar.

Tegasnya, beberapa faktor mempengaruhi hasil pemulihan seseorangiaitu keyakinan atau semangat pesakit, sokongan keluarga dan kemudahanuntuk pergi mendapatkan rawatan serta kemudahan peralatan di pusattersebut.

"Pesakit di Malaysia beruntung kerana kebanyakan pusat pemulihan,sama ada di hospital kerajaan, swasta atau persendirian seperti di Nasam menggunakan peralatan teknologi terkini yang dapat meningkatkan peluang sembuh,'' tegasnya.

[ Last edited by  Syd at 15-3-2009 20:44 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2009 08:45 PM | Show all posts
Rakan senasib banyak membantu



USIA muda bukan jaminan seseorang itu tidak akan diserang strok jika usaha menjaga kesihatan tidak dilakukan dengan serius.

AMPANG 13 Mac - Hidup sudah berakhir! Mungkin itulah anggapan awal yang bermain di minda seseorang apabila diserang angin ahmar atau strok.

Namun, kewujudan Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan (Nasam) sejak November 1996 yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemulihan mangsa strok secara tidak langsung memberi harapan baru kepada mereka.

Janet Yeo, pengasas dan pengerusi Nasam, merupakan insan di sebalik kejayaan proses pemulihan tersebut.

Mangsa strok yang ditemui di Nasam, Ampang baru-baru ini menyifatkan latihan pemulihan yang diikuti banyak memberi peluang kepada mereka untuk sembuh.

Noraini Yahya, 62, yang diserang strok sejak setahun lalu, mengakui selain pakar fisioterapi, rakan senasib yang lain banyak membantu.

"Di sini banyak perkara boleh dipelajari daripada pesakit lain. Apabila melihat keadaan pesakit lain yang lebih teruk, saya rasa insaf dan bersyukur. Selepas hampir tiga bulan di sini, saya dapati ada kemajuan,'' ujarnya.

Rakannya, Suaidi Buang, 74, berkata, peluang untuk sembuh bukan sahaja didorong diri sendiri tetapi juga keluarga.

Katanya, memang tidak mungkin dapat sembuh 100 peratus, tetapi cukuplah jika dia dapat melakukan kembali aktiviti yang digemari.

"Apa yang penting ialah saya tidak berputus asa dan sentiasa mencuba. Selebihnya berserah kepada Allah Taala,'' ujar bapa kepada lapan anak ini.

Sementara itu, Lee Kin Shong, 37, pula menyifatkan kewujudan Nasam amat bermanfaat dan berfaedah kepada mangsa strok sepertinya.

Dia juga mengakui terlalu menyesal kerana kurang memberi perhatian kepada kesihatan sebelum ini sehingga menjadi mangsa strok pada usia muda.

"Saya kini sedang berusaha untuk pulih demi masa depan keluarga terutama isteri dan anak-anak,'' ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 09:23 PM | Show all posts
penyakit setan merah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.065460 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list