CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33974|Reply: 108

PERALIHAN TV DIGITAL MENJELANG 2015 - Bersediakah anda?

[Copy link]
Post time 11-3-2009 11:07 PM | Show all posts |Read mode
Dalam masa tiga tahun dari sekarang, penyiaran TV percuma Malaysia melangkah ke era baru yang menjanjikan gambar yang lebih jelas dan serba canggih. Dipimpin oleh RTM tetapi Media Prima pun turut serta, kerana peralihan ini adalah wajib untuk kesemua negara yang mempunyai rangkaian televisyen. Kita perlu membeli set-top box bernilai lebih kurang RM300 (moga-moga disubsidikan) tetapi kita bakal menerima habuan saluran2 baru, pasang tutup sarikata, tukar audio bahasa, teleteks yg lebih menarik dan interaktif, HDTV dsb. ala-ala ASTRO, tp khidmatnya tetap percuma.

Baca: http://ms.wikipedia.org/wiki/Televisyen_digital_di_Malaysia

[ Last edited by  scorpio_mmiv at 17-3-2009 15:22 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2009 11:21 AM | Show all posts

Siaran digital RTM

Oleh NORAINON OTHMAN (Harian Metro)

KEPONG: Orang ramai perlu memasang dekoder dengan anggaran harga RM300 apabila sistem penyiaran digital menggantikan analog diguna pakai sepenuhnya oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, ia mungkin mahal pada peringkat permulaan kerana orang ramai perlu membeli dekoder bagi menonton televisyen tidak berbayar RTM dan tentunya membebankan golongan kurang berkemampuan.

揘amun peralihan kepada sistem digital adalah perlu, selaras dengan perkembangan dan kecanggihan teknologi penyiaran dunia masa kini,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2009 11:25 AM | Show all posts

Cadangan Pemberian Subsidi Dekoder Dibawa Ke Kabinet

PONTIAN, 8 Mac - Kementerian Penerangan akan mengemukakan cadangan ke kabinet bagi mempertimbangkan pemberian subsidi ke atas pembelian dekoder ataupun pemberian percuma kepada pengguna apabila RTM memulakan proses pertukaran daripada penggunaan sistem analog kepada sistem siaran digital sepenuhnya menjelang 2012.

Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata buat masa ini kerajaan belum mempunyai satu dasar terhadap dekoder dan cadangan itu akan dikemukakan bagi memastikan setiap isi rumah terutama golongan berpendapatan rendah dapat menikmati siaran percuma.

揇i Amerika Syarikat rakyat mereka diberi kupon tetapi kita (kerajaan) tidak mahu janji. Kita tiada lagi dasar untuk dekoder itu diberi kepada semua rakyat atau disubsidi atau diberi kepada golongan tertentu dan kita akan lihat perkara ini untuk dikemukakan kepada kabinet,
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 12:58 PM | Show all posts
ooooooooooooo...
mula2 aku ingtkan rtm je yg nak buek...then nak knakn kos plak...

dah la b4 this, x tengk pn siaran RTM tu,
klu kna byr...rsanya, x orang yg nak tengk....termasuk la aku...
cma layan media prima je...

bru aku tahu, utk smua saluran......
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 01:17 PM | Show all posts
buat apa nak benda ni kalau dah ada astro???
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 01:58 PM | Show all posts
yg aku tau kopak la 300 hinggit.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2009 01:59 PM | Show all posts
tapi utk new televisyen nanti akan siap dekoder built-in........ beli jer tv baru............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2009 02:29 PM | Show all posts

Media Prima Sambut Baik Inisiatif Tv Digital

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Media Prima Bhd menyambut baik inisiatif TV digital yang ketika ini sedang dikaji oleh kerajaan tetapi mengambil sikap berhati-hati bagi memastikan sebarang pelancaran dilaksanakan secara telus, bebas dan efektif dari segi kos.

"Meskipun iklim ekonomi yang mencabar ketika ini kami gembira untuk terlibat dalam inisiatif ini bagi membangunkan landskap perkhidmatan digital kerana ia akan membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh industri penyiar ketika ini," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Abdul Rahman Ahmad, dalam satu kenyataan hari ini.

Media Prima melabur secara berterusan dalam mendigitalkan prasarana penyiarannya dan mengguna pakai teknologi digital canggih sejak beberapa tahun ini bagi menambah baik proses dan meningkatkan produktiviti, katanya.

Malahan, katanya lagi, prasarana penyiaran di kemudahannya di Sri Pentas di Petaling Jaya sudahpun didigitalkan sepenuhnya dan bersedia untuk beralih daripada penyiaran analog kepada digital.

Pada masa yang sama, syarikat itu yang memiliki rangkaian televisyen percuma iaitu TV3, 8tv, ntv7 dan TV9 juga akan memulakan ujian perintis penyiaran digital pada akhir bulan ini sebagai sebahagian daripada strategi digitalnya di tengah-tengah perubahan dinamik dalam industri penyiaran negara dengan stesen penyiar beroperasi dalam suasana teknologi yang semakin canggih.

Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata pengenalan TV digital membabitkan modal dan kos yang besar, yang melibatkan pelancaran pemancar digital baharu di seluruh Malaysia serta pembelian set televisyen digital oleh pengguna.

"Memandangkan situasi sekarang, penting bagi memastikan kos pelancaran diminimumkan kepada penyiar dan juga pengguna di samping memastikan perkhidmatan dan kandungan yang ditawarkan menarik bagi memastikan ia berjaya dilaksanakan dengan jayanya," katanya.

Abdul Rahman berkata sokongan dan insentif kerajaan perlu diberikan kepada penyiar agar pelancaran TV digital tidak akan menjadi beban tambahan kepada penyiar yang ketika ini berdepan dengan cabaran besar berikutan penurunan iklan yang disebabkan prospek ekonomi tidak menentu.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2009 02:33 PM | Show all posts

Reply #5 Urban_Iz's post

bila hujan camaner?  
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 03:06 PM | Show all posts
astro aku tak dapat pu channel muzik aktif ni...

katanya 12 march ni.......


RTM perkenal saluran baru di Astro

KUALA LUMPUR 6 Mac - Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan memperkenalkan saluran baru, Muzik Aktif yang akan disiarkan di Astro mulai 12 Mac ini.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, langkah tersebut merupakan percubaan dalam projek perintis pendigitalan penyiaran RTM.

"Kita dalam langkah mahu menukar sistem penyiaran dari analog ke digital. Jadi siaran di Astro merupakan antara projek yang akan membantu kita.

"Kita menggunakan Astro untuk mendapatkan pengalaman serta memantapkan persediaan kita sebelum bersiaran menerusi sistem digital secara total pada 2012," katanya pada sidang akhbar persidangan industri kreatif Malaysia di sini hari ini.

Bakal bersiaran di saluran 180 Astro, Muzik Aktif merupakan saluran khusus menyiarkan program-program muzik tanah air.

Ahmad Shabery berkata, menerusi saluran tersebut ia juga memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan untuk memperkenalkan produk mereka ke luar negara.

"Kita tahu Astro ditonton oleh masyarakat dalam dan luar. Jadi bakat-bakat baru dan yang sedia ada boleh memperkenalkan produk mereka ke luar negara," jelasnya.

Sementara itu, katanya, Persidangan Industri Kreatif Malaysia akan diadakan di Hotel Nikko di sini pada 16 dan 17 Mac ini.

Persidangan dua hari itu akan membincangkan mengenai masa depan industri kreatif tempatan yang sebenarnya mampu memberi sumbangan kepada negara.

"Menerusi persidangan ini kita mahu mewujudkan kesedaran kepada masyarakat bahawa industri ini merupakan satu industri yang mampu menyumbang pada ekonomi negara.

"Selalunya apabila kreatif mereka sangka cuma filem, muzik dan sebagainya tetapi mereka lupa bahawa songket, seni lukis dan ukiran juga sebahagian daripadanya," katanya.

Jelasnya, sehingga hari ini industri kreatif tempatan sekadar menyumbang 0.1 peratus terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Berbanding negara-negara luar yang menyumbang tujuh hingga 10 peratus terhadap ekonomi mereka.

"Jika kita buat betul-betul pastinya industri ini mampu membantu ekonomi negara. Mereka perlu tahu bahawa setiap yang mereka lakukan itu, bukan untuk masyarakat tempatan sahaja tetapi untuk dieksport," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 03:13 PM | Show all posts
weh aku cek channel 180 tadok pon kate mulai khamis ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 03:16 PM | Show all posts

Reply #11 jac_diehard_fan's post

umah aku pun sama gak x ade pun....hanya gossip kot........
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 03:29 PM | Show all posts
bagus...dh lama aku idamkan ...adakah kaedah ini menyokong HD picture?..

kalau ya..aku leh le beli FULL HD LCD tv
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2009 03:54 PM | Show all posts

Reply #13 fredbok87's post

rtm pernah mengujinya sewaktu olimpik beijing
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 04:16 PM | Show all posts
naper xde pon channel 180 nie...tipu ke???
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 07:41 PM | Show all posts
Mmg patut semua channel di-digitalkan. Jadi semua org dapat manfaat.. org luar bandar pun boleh enjoy channel2 yg diorang tak pernah dapat tengok sblm nie kalau tanpa Astro.

Terpaksalah bapak aku buang ke laut jer parabola analog tu. Macam dah tak berguna dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2009 12:23 AM | Show all posts
kebanyakan ngr yg sudah ada khidmat hdtv percuma memancar melalui terestrial. malaysia will join the ranks soon.

tapi UK lain. siarkan hdtv percuma melalui FREESAT. tp sebenarnya bukan percuma, kena bayar lesen tahunan. alangkah baiknya measat pancarkan siaran hdtv percuma gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2009 12:44 AM | Show all posts

Reply #13 fredbok87's post

kalau tak silap, SAMSUNG ada beberapa model lcd yg dipasang dgn IDTV (Penala Televisyen Digital Bersepadu) dalamnya. Kunjungi www.samsung.com/my dan taip "idtv" dlm ruangan search ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2009 10:19 AM | Show all posts
takpun anda boleh membeli kad penala TV digital (PCI atau USB) utk menerima siaran digital di komputer anda. antara produk2 berkenaan termasuk produk berikut:


http://global.kworld-global.com/ ... id=17&prodid=69

boleh dicari di kedai ALLIT
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by scorpio_mmiv at 12-3-2009 14:33
bila hujan camaner?  

Aku rasa jauh berbeza dengan Astro.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.068394 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list