CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2364|Reply: 43

Menteri Kewangan tak tahu adakah Malaysia boleh elak kemelesetan - KAH KAH KAH

[Copy link]
Post time 28-2-2009 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Kewangan tak tahu adakah Malaysia boleh elak kemelesetan
Abdul Aziz Mustafa
Sat | Feb 28, 09 | 4:21:57 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop "benar-benar tak tahu" adakah Malaysia boleh mengelak kemelesetan ekonomi dunia sekarang.
         
Apabila ditanya sama ada Malaysia boleh mengelak kemelesetan, Bernama memetik beliau berkata, "saya benar-benar tak tahu kerana terdapat terlalu banyak keadaan tidak menentu sekarang. Enam bulan lalu, kita tidak menjangka dunia akan berada dalam situasi berlarutan seperti sekarang dan kita tidak tahu daripada sekarang, bagaimana keadaan dunia di masa depan."

Menurut beliau, terdapat keadaan tidak menentu yang ketara yang kita harus akui dari segi senario luar terutamanya dari segi sedalam mana, sejauhmana dan selama mana kegawatan ekonomi antarabangsa akan berlaku.

November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal tahun ini.

Sebelum itu, beliau berkata Malaysia tidak berada di dalam keadaan krisis kewangan dan tidak sepatutnya diperkatakan berada di dalam keadaan sedemikian.

Bagaimanapun, kenyataan Najib itu bertentangan dengan laporan Jabatan Perangkaan yang menunjukkan Malaysia tidak dilindungi dalam suku keempat tahun lalu kerana pertumbuhan ekonomi yang perlahan di semua pasaran utama.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang hanya 0.1 peratus sahaja pada suku keempat 2008 daripada 4.7 peratus pada suku ketiga, yang jelas mencerminkan kesan limpahan keadaan ekonomi global yang kian buruk.

Pengurangan aktiviti pelaburan mendorong kepada pertumbuhan negatif pembentukan modal tetap kasar (-10.2 peratus; suku3: 3.1 peratus) di dalam suku keempat.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), pertumbuhan ekonomi yang perlahan dijangka mengekang tekanan bekalan dan permintaan ketara di dalam peningkatan harga domestik.

Trend itu disahkan oleh perangkaan bagi bulan Januari 2009 di mana inflasi berada pada paras 3.9 peratus, kata BNM. - mks._
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2009 04:04 PM | Show all posts
Nor Yakcop? Ehmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 04:08 PM | Show all posts
Bengap tul..:@
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 04:13 PM | Show all posts
bukan bengap....tu lahanat lg bangsat namanya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 05:03 PM | Show all posts
mmg pak menteri kita sumer nie bengap2 nk mampus. gaya bukan main, tp mentaliti rendah mcm org x pernah belajar.:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 05:04 PM | Show all posts
nam bulan lalu tak tau? ishhh.... orang lain dah predict awal lagi benda cam ni nak berlaku...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2009 05:12 PM | Show all posts
kan hanya BN yg boleh  memerintah malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 05:28 PM | Show all posts
tak tahu? berenti jer la camni...buat habis duit jer bayar menteri lembab camni.
kalo kat jepun ni dah lama tender resignation..takpun buat harakiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2009 05:50 PM | Show all posts

Balas #1 chiKenliTeL\ catat

aku rase maksud yakcop neh BUKANNYE dia xtau mesia dlm krisis....
dia kata dia tak tau boleh ELAK ke tak....
at least dia bijak dr si bijan yg dgn yakinnye kata mesia xkan affected.

wll bijan... being the smart@$$ that u r, guess y bnm reduce its opr n srr again.
the 3rd time this year alone?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 05:56 PM | Show all posts
haiya...
dia kan manusia...
mana la dia tahu malaysia leh elak ke tak kemelesetan ekonomi la nih...

macam kita la.. kita tau ka company kita leh elak masalah nih...

jangan dok ingat kompeni kukuh.. tup tup... esok lusa dapat surat VSS...

sekrang kan tengah tak menentu....

kang kalau dia kata leh elak... kena kutuk...
kalu dia kata tak leh elak.. dia kena kutuk gak..
nih kata tak tahu... kena kutuk gak...

habis.. apa yang sepatutnya dia kata?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 06:04 PM | Show all posts
Originally posted by i212 at 28-2-2009 05:56 PM
haiya...
dia kan manusia...
mana la dia tahu malaysia leh elak ke tak kemelesetan ekonomi la nih...

macam kita la.. kita tau ka company kita leh elak masalah nih...

jangan dok ingat kompe ...


Sebagai seorang menteri yang ada kawalan ke atas semua maklumat  dan keupayaan untuk mengambil tindakan, dia tak sepatutnya jawab "tak tahu". Tu namanya tak bertanggungjawab..

Atau dia mungkin boleh menjawab tak tahu, tapi berikan ramalan yang berasas tentang masa depan ekonomi negara...

Kalau sekadar plain "I don't know", aku rasa dia tak cukup berkaliber atas jawatannya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 06:12 PM | Show all posts
kalau tak tau, apa salahnya mintak pendapatatau berbincang dgn mereka yg lebih ariff tak kira siapa atau dari mana2 parti supaya sama2 dpt mencaari penyelasaian... utk kebaikkan negara kita jugak..... tepis segala ego dan politik utk kepentingan negara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2009 07:01 PM | Show all posts
kah kah kah.... no wonder la.. msia jadi mcm ni. org duk risau nk up kan balik liquiity.. BeeNatang dok sibuk nkrampas kuasa and rebut jawatanG
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 07:03 PM | Show all posts

Reply #1 chiKenliTeL's post

sape la bodo bangang pegi elect mamat ni..n lagi bengap org yg lantik dia jadi menteri kewangan:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 08:05 PM | Show all posts
bodo punya jwpn
sia2 jd menteri
abih tu apa guna dasar2 gomen slama nih??????
contingency plan xtau ka??:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 08:14 PM | Show all posts
  BN sibuk berpolitik jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2009 08:21 PM | Show all posts

Reply #10 i212's post

sebagai menteri kewangan, patut ada pasukan dalam kementerian yang patut predict apa akan jadi dalam masa akan datang. takat 6 bulan celah gigi je.bukan esok nak jadi.hari ni baru tau.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 08:29 PM | Show all posts
education dia ni tahap mana??..org2 dr sektor swasta dh predict dr awal thn lpas  lg..berhenti la jd menteri kewgan..wat malu je..:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 08:56 PM | Show all posts
yg menuduh dan gelak2 macam terrer jerrr parihal kewangan.... menteri kewangan tu maksum ke, boleh mencegah kemelesetan ekonomi @kewangan negara....???
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 09:37 PM | Show all posts
Originally posted by kuya at 28-2-2009 08:56 PM
yg menuduh dan gelak2 macam terrer jerrr parihal kewangan.... menteri kewangan tu maksum ke, boleh mencegah kemelesetan ekonomi @kewangan negara....???



heheheheh,,,kite jadik "menteri kewangan" keluarga pun dah pening kepale.kejap anak nak buku tuisyen,road tax kete,moto mati,barang dapur,susu anak,pampers anak.mane nak cekau duit tu?pening ooo!!tengah bulan pun dah sengkek.tu baru pimpian keluarga,ni nak pimpin satu malaysia?pening ooo!!bukan senang nak wat ooo..yang menghentam memang syok sebab diorang x jadik menteri.cube jadik,baru taw langit tinggi rendah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.216188 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list