View: 12375|Reply: 52
|
FAM - persatuan sukan kuku besi & bodoh sombong
[Copy link]
|
|
Gara-gara kenyataan dalam akhbar, Reduan di gantung setahun, denda
PETALING JAYA - Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badanbinasa; mengungkap nasib Reduan Abdullah setelah jurulatih kelab Liga Perdana, Felda United ini dikenakan penggantungan setahun dan didenda RM4,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.
Gara-gara kenyataannya dalam sebuah akhbar pada 20 Februari 2009 mengenai ujian kecergasan Yoyo, bekas pemain tengah kebangsaan era70-an itu didapati menyalahi Perkara 5.8.1 Peraturan Pertandingan Liga Malaysia dan dihukum menurut Perkara 18.2 Peraturan Tatatertib FAM 2008.
Pengerusi jawatankuasa itu, Kamarudin Abdullah berkata, Reduan didapati mengeluarkan kenyataan kepada akhbar itu tanpa kebenaran FAM dan tidak tepat mengenai ujian tersebut.
"Dia mengaku atas perbuatan itu apabila dihadapkan ke jawatankuasa ini dan dia dibenarkan merayu hanya kepada hukuman penggantungan itu dalam tempoh 14 hari tetapi denda tersebut muktamad," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat selama empat jam di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Reduan yang ditemui selepas dijatuhi hukuman itu berkata: "Hukuman sudah dijatuhkan dan saya perlu mematuhinya tetapi akan cuba mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FAM untuk meringankannya. Inilah kali pertama saya dihadapkan bagi kes tatatertib termasuk ketika sebagai pemain."
Jurulatih pasukan Liga Super Perlis, Irfan Bakti Abu Salim pula digantung empat perlawanan dan didenda RM7,000 kerana didapati bersalah menyepak mikrofon RTM di tepi padang dan memasuki padang serta melemparkan kata-kata yang menyinggung pengadil perlawanan Liga Super menentang Pulau Pinang pada 10 Januari lalu di Stadium Bandaraya.
''Jawatankuasa turut mendenda seorang pegawai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), RM3,000 bagi perlawanan Piala Malaysia menentang Selangor pada 29 Ogos 2008.
"Turut dihukum berkaitan perlawanan tersebut ialah penolong jurulatih ketika itu, Anuar Udin yang didenda RM1,000 manakala seorang lagi pegawai pasukan, Gifari Wari didenda RM3,000 dan digantung daripada semua aktiviti bola sepak buat sementara," katanya.
Katanya lagi, pasukan PDRM turut didenda RM10,000 kerana kelakuan penyokongnya membaling botol ke padang.
Sementara itu, jawatankuasa bagaimanapun tidak dapat membuat keputusan kes pergaduhan pada perlawanan liga berkenaan kategori lelaki antara Selangor dengan Kelantan di Stadium Sukpa, Kuantan pada 28 Disember 2008 kerana mereka yang dipanggil menghadap, tidak dapat hadir atas alasan pengangkutan.
--------------------------------------------------------
1st of all : mod, kalo thread ni ada kaitan dgn thread lain yg berkaitan dgn FAM, sila merge kan eks..
aku nak komen sikit dgn tindakan FAM ni..
FAM ni kononnya bertindak ala2 FA England, kritik sikit dalam media, terus kena tindakan disiplin..
tapi ni lagi teruk.. baru kritik sikit, redhuan abdullah kene banned setahun..
sama la macam tindakan banned ke atas Allahyarham Datuk Basri Akil dulu, tapi lagi lama tak silap aku..
aku malas nak komen panjang2 kat sini.. forumers lain boleh sambung komen..
kalau begini lah caranya FAM kendalikan hal bolasepak m'sia, bolasepak m'sia akan terus merudum..
bolasepak m'sia hanya jadi bahan gelak ketawa orang2 di dalam n luar negara..
tak boleh di kritik, ada idea bernas pun tak kemana.. sebab mereka adalah org luar dari organisasi FAM..
aku bukan nak putus asa, tapi pada yg sapa2 maseh simpan harapan tu, lupakan saja la..
pulaukan n boikot segala kejohanan yg di anjurkan oleh FAM ni.. tak payah pegi stadium..
FAM ni kena di rombak habis habisan.. buang muka2 lama yg lemau tak tahu malu dalam persatuan tu..
ambil org2 baru.. yg fresh, banyak idea, sanggup berkorban n berfikiran terbuka..
nanti akan lahir coach n player2 generasi baru.. yg punya attitude yg baik hasil dari sistem yg baru...
pasai liga super syok sendiri tu, aku nak komen sket..
apsal FAM ni tak pikir jauh kedepan? kenapa larang pemain import?
macam mana team liga super nak berjaya dalam AFC Cup & Asian Champions League tanpa pemain import?
macam mana nak naikkan standard liga super kalau asik jadi pasukan belasahan peringkat asia?
jgn kata asia.. lawan kelab asia tenggara dari Indon, Thai or S'pore pun belum tentu bole menang..
compare la team liga super ni dengan team dari Arab n Korea/Jepun yg punya pemain import berkualiti..
player import berkualiti, tak semestinya kos tinggi.. pemain muda dari Afrika/South America pun ramai..
betul la org cakap, liga super ni liga kampung.. pikir hebat di negara sendiri jer..
hasilnya.. lahir pemain pasukan negara yg berkualiti buruk, di kalangan yg terburuk dalam liga super...
liga professional yg punya ranking FIFA paling teruk di dunia adalah Malaysia ! tak malu ke FAM ?
[ Last edited by capiloton at 27-2-2009 11:28 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ala jgn rsio..
lepeh ni sure hukuman dikurangkan, atau ditarik balik..
hahaha
fam biol!~ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
dah bertahun-tahun tak jejakkan kaki tgk bola kat stadium...wpon stadium dekat ajer dgn umah...bosan tgk...
bila ler bola sepak Malaysia nk maju
|
|
|
|
|
|
|
|
kan... kena tegur ckit, FAM dah melenting.. so cane sukan bolasepak kita nk improve????????????
jgn campur adukkan sukan dgn politik.. mcm gini la jadiknya.. sorang sultan, sorang menantu PM.. takleh kena tegur.. melenting mcm bapok kna tepuk bontot |
|
|
|
|
|
|
|
tubuhkan GMPPI
GERAKAN MANSUHKAN PENGHARAMAN PEMAIN IMPORT
BABI.... PUNYA FAM.... sudahlah sombong bodo lak tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
arap-arap ada la orang yang berani lawan untuk jawatan Presiden FAm nanti....!!
tapi takut lak...
bila bersuara nak lawan jawatan Presiden..
esok lusa kena gantung 4-5 tahun..!!
[ Last edited by Hang at 28-2-2009 10:17 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
nacam ameno lak FAM NIE .... SARKAS |
|
|
|
|
|
|
|
bukan bodoh sombong lar.... tuh bodoh bangang |
|
|
|
|
|
|
|
Sasaran Kata: Cara aneh FAM 'promosi' Liga M
Oleh Norbakti Alias
Jangan sampai media ketepikan bola sepak untuk liputan sukan lain
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memang mempunyai cara tersendiri yang aneh untuk 'menjual' Liga Malaysia, musim ini.
Ketika liga negara kian lesu serta kurang tarikan dan diburukkan lagi dengan ketiadaan pemain import, aksi di padang sememangnya sukar untuk menarik penonton ke stadium kecuali di segelintir negeri yang punya penyokong setia.
Tapi dalam aksi longlai di atas padang, pegawai FAM rupanya tidak duduk diam untuk mencari tarikan baru. Cuma kali ini, ia berlaku di luar padang.
Keputusan demi keputusan diambil Sekretariat FAM sejak kebelakangan ini jelas sudah mula menjadi suatu tarikan sebenar liga, musim ini.
Daripada tindakan memberi kemenangan kepada KL Plus dalam perlawanan pertama mereka menentang Kelantan yang terpaksa dibatalkan kerana musim tengkujuh di Pantai Timur, sehingga yang terbaru membawa kepada penggantungan setahun dan denda RM4,000 ke atas jurulatih Felda United, Reduan Abdullah.
Mungkin ramai mempertikaikan keputusan itu tapi bagi individu tertentu di FAM, ia mungkin cara aneh mereka untuk 憁enjual |
|
|
|
|
|
|
|
Surat FAM bagai 'ada udang di sebalik batu'
Oleh Ahmad Khawari Isa
[email protected]
TAFSIRAN 'ada udang di sebalik batu' terjelma ekoran surat balasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada bekas Pengarah Teknikal, Karl Heinz Weigang, berhubung tuntutannya terhadap 'hutang' belum dilunaskan badan induk itu.
Surat bertarikh 25 Februari 2009 itu meminta Weigang 'mengemukakan dokumen-dokumen sudah diluluskan' sebelum FAM mahu menyelidiki segala tuntutannya.
Kandungan surat itu turut menegaskan 'menjadi dasar (FAM) semua bayaran pendahuluan perlu diluluskan, sebelum pembayaran dibuat, oleh setiausaha agung dan kadar bayaran jurulatih serta pegawai harus mengikut jadual (bayaran) diluluskan Jawatankuasa Kewangan FAM yang dipengerusikan Tuanku Presiden (Sultan Ahmad Shah).'
"Saya sudah membalas surat itu dan memaklumkan tidak perlu untuk menghantar lagi dokumen-dokumen kerana semuanya ada dalam simpanan FAM - dokumen, bil, resit dan sebagainya.
"Ini bukan tuntutan baru. Malah FAM juga pernah membuat pembayaran terhadap tuntutan itu, cuma saya dapati jumlah dibayar, sama ada tidak betul ataupun hanya sebahagian daripada apa saya kemukakan," kata Weigang.
"Saya sudah minta ditetapkan tarikh pertemuan itu dalam tempoh dua minggu, tetapi sehingga kini, saya belum dapat jawapan. Saya juga berjanji untuk bawa semua rekod dan data, biarpun itu sepatutnya sudah ada dalam simpanan FAM.
"Saya tidak mahu wujud andaian surat balasan itu punya maksud tertentu, termasuk mungkin FAM cuba mengelak daripada membayarnya. Lagipun, apa yang saya tuntut, ada dalam kontrak dan tiada kelulusan baru diperlukan," katanya.
Tuntutan Weigang adalah untuk bayaran pendahuluan dan beberapa elaunnya sepanjang bertugas selaku Pengarah Teknikal FAM yang dianggarkan mencecah jumlah RM130,000. |
|
|
|
|
|
|
|
hutang oooh hutang piutang... mampoh la FAM |
|
|
|
|
|
|
|
FAM tidak boleh dikritik?
Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
[email protected]
KRITIKAN terhadap mutu bola sepak dalam liga tempatan sukar diterima oleh FAM walaupun teguran itu adalah untuk kebaikan. KANAN: AZZUDDIN
--------------------------------------------------------------------------------
SEJAK seminggu yang lepas, peminat bola sepak tanah air dapat mendengar sendiri bagaimana kredibiliti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus-menerus dipersoalkan.
Baru tiga bulan saingan Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M) berlangsung, pelbagai isu panas telah timbul yang dilihat boleh mencalar imej FAM sebagai badan induk bola sepak negara.
Bermula dengan kemenangan percuma KL Plus ke atas Kelantan awal Januari lalu, isu jadual Liga M yang padat serta kualiti pengadilan sehinggalah yang terbaru tuduhan bahawa FAM cepat melatah dan enggan menerima kritikan, semuanya seolah-olah menjerumuskan bahawa FAM kini seperti berdepan satu pergolakan dalaman yang baru.
Malah, kenyataan tegas Timbalan Presidennya, Khairy Jamaluddin yang menegur orang bawahannya sendiri supaya jangan terlalu sensitif dan keras kepala apabila menerima kritikan, menambahkan lagi andaian sesetengah pihak bahawa FAM mungkin akan berdepan reformasi baru.
Kenyataan Khairy dalam sebuah laman blog pada 27 Februari lalu bahawa bola sepak negara kini kekurangan penajaan serta semua peruntukan yang diperoleh dibazirkan dalam penganjuran Liga M dan juga skuad bola sepak negara, menjadikan ia satu tamparan yang hebat buat ahli-ahli tertinggi FAM sendiri.
Berbeza pula dengan pendirian Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad yang berkeras mempertahankan FAM.
Dia menegaskan bahawa semua kritikan, teguran dan pandangan tersebut haruslah dibuat melalui saluran yang betul, bukan menerusi media. |
|
|
|
|
|
|
|
KREDIBILITI pengadil mengendalikan perlawanan liga juga semakin hangat dipersoalkan oleh peminat dan juga pegawai bola sepak tempatan.
--------------------------------------------------------------------------------
Natijahnya, jurulatih Felda United yang terkenal dengan sikap tenang serta individu yang sangat berdisiplin, Reduan Abdullah menjadi mangsa apabila dia digantung setahun selain didenda RM4,000 kerana kritikannya terhadap FAM, satu tindakan yang sekali gus menjejaskan lagi persepsi orang ramai terhadap kewibawaan FAM yang wujud sejak tahun 1933 lagi.
Jadi berdasarkan semua isu yang timbul ini, siapa sebenarnya yang betul dan siapa pula yang harus dipersalahkan?
Hakikatnya, apa yang ditegaskan oleh dua individu penting dalam FAM itu ada pro dan kontranya.
Pandangan Khairy yang dilantik memegang tampuk jawatan No. 2 FAM sejak 2007 bahawa FAM cepat melenting dan tidak boleh menerima kritikan mungkin agak keras bagi mereka, namun itulah realiti sebenarnya.
Dalam arus perubahan bola sepak moden ketika ini, FAM seharusnya sedar bahawa media juga memainkan peranan terhadap pembangunan dan populariti sukan No. 1 di muka bumi ini.
Media adalah medium terbaik yang menghubungkaitkan organisasi sukan sesebuah negara itu dengan pegawai, jurulatih, pemain atau peminat sukan itu sendiri. Inilah hakikat yang FAM perlu sedar. |
|
|
|
|
|
|
|
REDUAN adalah individu yang menjadi mangsa FAM selepas melontarkan idea secara terbuka. BAWAH: KERATAN Kosmo! pada 28 Februari.
--------------------------------------------------------------------------------
Cuba mereka ambil kritikan dan teguran itu sebagai sesuatu yang positif dan membina, lupakan seketika maruah dan reputasi gah mereka selama ini demi kebaikan sukan itu sendiri.
Jadikan segala kritikan dan kutukan itu sebagai cabaran buat mereka dan jika tidak benar sekali pun, buktikan kepada semua pihak akan kebenarannya daripada menghukum empunya diri atas kelantangannya itu.
Kenyataan bekas jurulatih negara, B. Sathianathan, bekas pengurus kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun serta komen ketua Jabatan Pengadil, Kamaruddin Sakhari juga perlu dinilai terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan.
"Kita tidak boleh terlalu sensitif apabila menerima teguran walaupun kadang kala ia pedih dan tidak berasas," kata Khairy baru-baru ini.
"Janganlah pula seolah-olah FAM ini tak boleh langsung terima teguran dan juga pandangan daripada ahli gabungan dan daripada mereka yang terlibat dalam bola sepak.
"Saya tidak takut dengan pandangan yang saya rasa benar. Apa yang saya katakan selama ini ada kebenarannya dan saya sedia menanggung akibatnya jika FAM sendiri tidak dapat menerimanya," katanya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
SATHIANATHAN tidak terkecuali daripada menerima padah selepas gagal membawa skuad kebangsaan ke puncak walaupun FAM sedar tugas jurulatih ini mengendalikan skuad kebangsaan belum sampai setahun.
--------------------------------------------------------------------------------
Begitupun, untuk bersikap adil, peminat juga tidak sepatutnya menyalahkan FAM sepenuhnya dalam soal terlalu sensitif dan 'keras kepala' ini.
Tindakan Azzuddin yang mempertahankan kredibiliti majikannya itu sememangnya menjadi tugas dan tanggungjawabnya meskipun mungkin ada sesetengah kritikan yang dilemparkan itu ada kebenarannya.
Peminat juga perlu menyedari hakikat bahawa dalam apa jua pertubuhan, badan atau organisasi di dunia ini, peraturan dan tatatertib dianggap antara penentu keberkesanan dan kejayaan sesebuah badan berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
FAM seharusnya lebih cenderung mengendalikan program pembangunan peringkat akar umbi daripada menghukum individu yang melontarkan idea untuk kebaikan bola sepak.
--------------------------------------------------------------------------------
Semua ahli gabungan tidak kira pemimpin, pegawai atau orang bawahan pastinya terikat dengan peraturan majikan mereka, jadi segala rasa tidak puas hati atau amarah yang terpendam perlulah diluahkan pada saluran yang betul.
Ini penting supaya istilah membuka pekung di dada tidak wujud dalam kamus mereka.
Bola sepak Eropah juga pernah menyaksikan pengurus ternama seperti Alex Ferguson dan Arsene Wenger serta pemilik Chelsea, Roman Abramovich pernah dikenakan denda dan amaran kerana mengkritik Persatuan Bola Sepak (FA) England atau ahli gabungan mereka termasuk pengadil.
Maka, tindakan menggantung dan mendenda Reduan yang diambil oleh FAM itu adalah hak dan keistimewaan mereka untuk menutup pekung yang wujud dalam organisasi mereka.
"FAM tidak ada masalah dengan sebarang kritikan, teguran atau pandangan peribadi seseorang, tapi ia kenalah dibuat melalui cara yang betul," kata Azzuddin baru-baru ini.
"Ada saluran yang tertentu untuk ahli gabungan termasuk jurulatih, pengurus, pemain atau pegawai untuk meluahkan pandangan dan kritikan terhadap FAM, bukannya melalui media.
"Jadi usahlah pertikaikan keputusan kami untuk menghukum mereka yang lantang bersuara kerana jika mereka melakukannya menerusi saluran yang betul, semua ini tidak akan menimbulkan masalah," ujarnya lagi.
Apa pun, segala yang berlaku sejak kebelakangan ini mungkin timbul daripada kelemahan yang wujud dalam FAM sendiri, cuma mereka mungkin masih belum boleh menerima hakikat ini.
Mungkin revolusi baru yang dibawa oleh individu muda seperti Khairy dalam FAM dapat membantu memulihkan semula imej dan kualiti bola sepak negara, terutamanya prestasi skuad kebangsaan di persada antarabangsa.
Namun, semua ini tidak akan berjaya sekiranya tiada sikap fleksibel oleh FAM dalam menerima pandangan dan kritikan membina daripada orang luar mahu pun daripada pegawai dan ahli gabungan mereka sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
ATAS: KERATAN Kosmo! 2 Mac.
--------------------------------------------------------------------------------
Tiada salahnya jika FAM cuba mengubah gaya dan corak pengurusan mereka sekiranya mereka mahu merubah persepsi orang ramai terhadap mereka.
Seandainya FAM mula mencongak kembali strategi dan hala tuju mereka demi pembangunan bola sepak negara, maka tidak mustahil FAM turut berjaya memperbaiki reputasi dan imej mereka sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Swastakan Liga M baiki mutu bola sepak
Oleh Ahmad Naim Tahir, Syuhada Choo Abdullah dan Nurliza Wasilan
[email protected]
PRESTASI hambar skuad bola sepak kebangsaan yang kini merudum dalam ranking dunia mengundang kritikan pedas Ahli Parlimen, termasuk ada mencadangkan supaya semua pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dipecat.
Kritikan itu dimulakan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wee Jeck Seng menggulung perbahasan titah diraja bagi kementerian berkenaan.
Bung Moktar mencadangkan supaya bola sepak tidak lagi dijadikan sukan nombor satu negara, sebaliknya kerajaan menumpukan kepada beberapa cabang sukan lain yang cemerlang di peringkat antarabangsa.
"Pasukan bola sepak kita hari ini di tangga 165 kedudukan dunia. Sudah sampai masa kepemimpinan FAM diubah... mutu bola sepak kita sudah terlalu ke bawah berbanding negara Asia lain," katanya.
Beliau berkata, perbincangan demi perbincangan berhubung mutu bola sepak negara diadakan, tetapi masih belum menghasilkan sebarang kemajuan sehingga ada syarikat tempatan lebih berminat menaja pasukan bola sepak asing.
"Kenapa AirAsia (berminat) menaja Manchester United, kenapa tidak menaja pasukan kebangsaan kita, sebabnya tak ada keuntungan. Kalau pasukan bola sepak kita bermutu, mungkin banyak syarikat akan datang (menaja)," katanya.
Turut mengkritik ialah Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang mencadangkan supaya semua pegawai pengurusan FAM dipecat dan digantikan dengan kepemimpinan baru.
Dalam penggulungannya, Wee berkata, kementerian perlu berbincang dengan FAM mengenai usaha meningkatkan prestasi pasukan bola sepak negara, manakala usaha lain ialah menswastakan pengurusan pasukan Liga Super dan Liga Perdana. |
|
|
|
|
|
|
| |
|