CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2190|Reply: 19

SMS & Surat Berantai~

[Copy link]
Post time 19-2-2009 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Kita sering menerima surat tanpa nama pengirim ini dari semasa kesemasa.
Surat ini juga ditabur di masjid-masjid dan tempat-tempat awam
kononnya untuk menunaikan tanggungjawab menyebarkannya sebagaimana 'wasiat' di dalam surat tersebut.
Amat malang dalam dunia maju sekarang ini, masih ramai yang jahil tentang perkara seremeh ini
(tetapi mempunyai kesan yang amat besar kepada aqidah) .
Berikut  paparan contoh surat berantai terkini ( yang sentiasa diubah dan ditambah) ,
fatwa dari ulama terkemuka Dr Yusof Qardhawi dan juga fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

Fatwa Dr Yusof Qardhawi

Soalan :
Pada suatu saat secara kebetulan saya menerima sepucuk surat
dan setelah saya baca, saya merasa bingung mengenai isinya.
Karena itu, saya mohon kesediaan Ustaz untuk menjelaskan
isi surat tersebut, apakah benar atau tidak.

Surat tersebut ditandatangani oleh seorang fa'il khair
(pembuat kebaikan, dermawan) yang berisi wasiat Syekh Ahmad,
juru kunci makam (kubur) Rasulullah saw., yang ditujukan
kepada segenap kaum muslimin di dunia timur maupun barat.
Juga berisi macam-macam nasihat.

Pada bagian akhir surat tersebut dikatakan, "Di Bombay
terdapat seseorang yang memperbanyak surat tersebut dan
membagi-bagikannya kepada tiga puluh orang, lalu Allah
memberikannya rezeki sebanyak dua puluh lima ribu rupiah;
ada pula yang membagi-bagikannya lalu ia mendapat rezeki
dari Allah sebanyak enam ribu rupiah. Sebaliknya, ada pula
orang yang mendustakan wasiat tersebut, sehingga anaknya
meninggal dunia pada hari itu."

Dalam surat tersebut dikatakan bahwa orang yang telah
memperoleh dan membaca wasiat itu tetapi tidak
menyebarkannya kepada orang lain, akan ditimpa musibah
besar.

Bagaimanakah pendapat Ustaz mengenai masalah tersebut?
Apakah benar atau tidak?


jawapan:

Wasiat tersebut dengan segala isinya tidak ada arti dan
nilainya sama sekali dalam pandangan agama. Di antara isi
wasiat yang diasaskan  pada pendapat  Syeikh Ahmad yang katanya
bermimpi bertemu Nabi saw. itu ialah tentang telah dekatnya
hari kiamat.

Masalah berita kedekatan kiamat ini sebenarnya tidak perlu
mengikuti pendapat  Syeikh Ahmad atau Syeikh Umar, karena Al
Qur'an telah mengatakan dengan jelas:

"... boleh jadi hari kebangkitan itu sudah dekat
waktunya." (Al Ahzab: 63)

Begitu pula Nabi saw. telah bersabda:

"Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan)
seperti ini. Beliau (mengatakan demikian) sambil
memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari
tengahnya." (Muttafaq 'alaih dari hadits Anas dan
Sahl bin Sa'ad)

Begitu pula Nabi saw. telah bersabda:

"Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan)
seperti ini. Beliau (mengatakan demikian) sambil
memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari
tengahnya." (Muttafaq 'alaih dari hadits Anas dan
Sahl bin Sa'ad)

Hal lain dari isi wasiat itu ialah bahwa kaum wanita
sekarang sudah banyak yang keluar rumah, dan banyak yang
telah menyimpang dari agama. Masalah ini pun sebenarnya
tidak perlu mengambil sumber dari mimpi-mimpi, karena kita
sudah mempunyai kitab Allah dan sunnah Rasul yang sudah
memuaskan untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman:

"... Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu
agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku atas kamu,
dan telah Kuridhai Islam menjadi agamamu ..." (Al
Maa'idah: 3)


[ Last edited by  nursha at 19-2-2009 12:14 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2009 12:13 PM | Show all posts

CTH SURAT BERANTAI..

SURAT DARI ARAB SAUDI


(WASIAT UNTUK UMAT ISLAM SELURUH DUNIA)
               
               
Assalamualaikum.           
               
Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Sheikh Ahmad  (Saudi Arabia)
               
Pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah S.A.W. selepas membaca lalu hamba tertidur dalam tidur hamba bermimpi di datangi Rasulullah S.A.W. lalu bersabda kepada hamba dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.
               
a) Isteri tidak mendengar suami         
b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa kepada orang miskin   
c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.     
               
               
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyebarkan kepada orang Islam yakni supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di masa bintang terbit dari langit.  Sesudah itu pintu matahari akan turun di atas kepala.
               
Pesanan Hamba ini           
               
a) BERSELAWATLAH kepada junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W.
b) BERTAUBATLAH Dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
c) BERSEMBAHYANGLAH Kamu sebelum kamu disembahyangkan   
d) BERZAKATLAH Jangan tinggalkan      
e) JANGAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA Hormatilah mereka.
f) MENUNAIKAN FARDU HAJI Bila berkemampuan.     
               
               
UNTUK MAKLUMAT           
               
1) Seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan
dan mengirimkan kepada orang lain.  Dia kemudiannya dianugerahi oleh Allah
dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.  Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengindahkannya dan menganggap wasiat ini palsu.  Maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
2) Tan Sri Ghazali Jawi, Bekas Menteri Besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya
kerana apabila menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak sebanyak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain
tetapi beliau tidak menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan terus mengirimkannya kepada orang lain dan selang beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi Menteri Kabinet Perdana Menteri.
               
               
3. Pada tahun 1977 Tun Dato' Mustafa bekas Ketua Menteri Sabah menerima surat ini
kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantar kepada orang lain
maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah pertama dari loteri Kebajikan Masyarakat Timur.
               
4. Zulfikar Ali Bhuto telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya
dan menganggap palsu lalu dibuangkan kedalam tong sampah.  
Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
   
5. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini
dari pengirim yang tidak dikenali
yang datangnya dari Perak.  Lalu beliau membuat cetakan sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut.  
Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis yang berakhlak mulia sepertimana yang dituntut oleh Islam.  Baginya  anugerah Allah ini paling agung dan tidak ada bandingnya.
   
6. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini dari orang yang tidak dikenali
lalu beliau tidak mengindahkannya.  Beliau mengatakan yang ianya bohong belaka
dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya.  
Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit yang ganjil dan penderitaannya amat menyedihkan.  
Setelah 3 minggu mendapat rawatan rapi di hospital,
penyakitnya masih disimpannya lalu menyuruh sepupunya mencetak 20 salinan dan diedarkan kepada orang lain.  
Seminggu kemudian barulah beliau sembuh sehingga sekarang.
   
  Banyak lagi contoh-contoh orang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya
atau menyampaikannya kepada orang lain di mana mereka mendapat malapetaka.  
Setelah  kejadian yang menggembirakan dan menakutkan ini,
anda jangan lupa mencetak 20 salinan wasiat ini dan disebarkan kepada orang lain dalam masa 90 jam dari masa anda menerima wasiat ini anda akan memperolehi sesuatu dari ALLAH YANG MAHA ESA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2009 12:20 PM | Show all posts
Tidak dapat dinafikan naluri manusia memang ada kelemahan, akan mengalir pada dirinya suatu anggapan
sial kerana sesuatu.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Ada tiga perkara yang sukar untuk dielakkan , iaitu: bersangka buruk, tathayyur (sial menyial) dan hasad.
Oleh karena itu kalau kamu bersangka buruk jangan kamu percayainya dan laksanakan,
dan kalau merasa sial jangan berhenti (dari buat kerja yang dilakukan kerana terpengaruh),
dan kalau kamu hasad, jangan lanjutkan." (Riwayat Thabarani)

Oleh karena ketiga perkara ini hanya semata-mata perasaan yang tidak berpengaruh pada suatu sikap dan perbuatan, maka dimaafkannya oleh Allah.

Dan diriwayatkan pula dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tathayyur (merasa sial) adalah syirik." 3 kali.

Dan Ibnu Mas'ud sendiri berkata: " Setaip orang akan ada perasaan-perasaan 'sial', dan lain-lain
tetapi Allah akan menghilangkannya jika anda bertawakkal." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Apa yang dimaksudkan oleh Ibnu Mas'ud itu, ialah:
setiap orang di antara kita ini ada perasaan-perasaan seperti itu,
tetapi perasaan semacam ini akan hilang lenyap dari hati orang yang selalu tawakkal dan
tidak membiarkan perasaannya itu tinggal dalam hati.

www.zaharuddin.net
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 12:31 PM | Show all posts
JANGAN PERCAYA.... KARUT....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2009 05:00 PM | Show all posts
BETUL3..

Tp..masih ade ant kite yg masih ragu2..& percaye pd perkare camni..
sbb tu,sha bkak topic ni..
sha tgk..zaman skang ni pon,masih ade yg percaye.
yg percaye tu plak..bukan budak2 lg..
dah berusia dah pon..
dah ley kawen pon ade..
ade ant akak2 sha kat forum lain tu..still dok caye lg..
send mail kat sha psl ni..sms berantai la..
ptotnye ley beza dah mane btol mane slh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 08:59 PM | Show all posts
awatlah duk percaya sgt dgn bende2 cmni...   nipis tul iman...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2009 09:06 PM | Show all posts

Reply #7 indah1285's post

perkara mcm ni ada kaitan dengan iman ke? i dunt think so...

ada jugak org yg iman setebal kulit badak boleh tertipu dengan benda mcm ni...sbb kurang pengetahuan dan akal yg lemah utk berpikir dalam2

ada jugak org yg iman senipis kulit bawang yg tak mudah tertipu dengan benda macam ni sbb dia ada pengetahuan asas dan pandai menilai menggunakan akal yg diberi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 09:17 PM | Show all posts

Reply #8 obelisk's post

lor... kalo iman kental, isu2 agama neh xdenya leh diperkotak katikkan... org yg cetek pengetahuan agama cpt sgt menggelabah... takut dosa n bala...

kalo yg xreti bahasa agama mmg depa tak faham apakebende smua neh...

aqal dgn iman, kalo digabungkan jd satu kekuatan yg maha tinggi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2009 09:22 PM | Show all posts

Reply #9 indah1285's post

saya teringat satu kisah, yg melibatkan iman dan akal...
tentang seorang abid yg beribadat beratus-ratus tahun tapi dipenghujung hayatnya mati dalam kekufuran akibat tipu-daya syaitan...

ni adalah salah satu contoh orang yg tinggi iman tp lemah akal or daya fikir...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 10:40 PM | Show all posts

Reply #10 obelisk's post

iman xtinggi ler namanya tuh... amalan byk ilmu sikit... iman pun jd kecik....


eh, sat.... abid mana yg hidup beratus tahun tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 11:01 PM | Show all posts

Reply #12 obelisk's post

Barsisa ek...   xdelah hidup beratus2 tahun...

moral of the story... nak beramal tuh kena berilmu baru tak sesat dan disesatkan...

bak kata... tido org alim itu lebih baik dr solat si abid..... << anak abu hanifah bertanya kpd bapanya knp Imam Syafie tido sedang disangkanya dia duk solat malam tak berhenti... begitulah jawapan abu hanifah...

iblis lebih takut kpd org alim dari sang abid ... yg ilmu secubit ler...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 11:01 PM | Show all posts

Reply #11 indah1285's post

lama dah baca..tak ingat sapa abid tu...yg kisah dia tertipu dengan helah syaitan, minum arak, berzina, bunuh perempuan yg berzina dengan dia dan last sekali sebelum mati sembah syaitan yg tipu dia tu...

kalau iman tak tinggi takkan dia mampu beribadat sekian lama ye tak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 11:02 PM | Show all posts

Reply #12 indah1285's post

oooh nama dia barsisa ek...mcm pelik jek nama
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 11:05 PM | Show all posts
awat posting jd tertonggeng cmtuh ek.... adeh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 11:22 PM | Show all posts

Reply #15 indah1285's post

mereng kot :cf:
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 11:33 PM | Show all posts

Reply #15 indah1285's post

actually saya terdelete pastu post balik baru sbb tu jadi lagu tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2009 11:36 PM | Show all posts

Reply #17 obelisk's post

mengada neh... :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 11:48 PM | Show all posts

Reply #18 indah1285's post

im innesen :cry:
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 12:00 PM | Show all posts
aku tak penah layan surat berantai nie..konon kalau kit atak layan nnt hidup susah la,dpt bala la,hape la...smpai sekarang alhamdulillah ok jer idup aku...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 01:42 PM | Show all posts
Kalau benar hanya takut ALLAH
pasti surat ini tidak memberi apa kesan pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.612802 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list