CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8179|Reply: 48

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH...

[Copy link]
Post time 12-2-2009 03:55 PM | Show all posts |Read mode
"Cerdasnya orang yang beriman adalah,
dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang.
Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup.
Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup."

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati,

Jangan lupakan mati, tapi rindukan mati.
Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.
Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup,
tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,
maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.

Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,
sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.

Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid,
kerana masjid merupakan pusat keberkahan,
bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah,

dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.

Kata khalifah Ali bin Abu Thalib,
"Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat,
dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.

Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula,
oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan
dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi,
dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal
sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


www.iluvislam.com
dihantar oleh: nias





[ Last edited by  nursha at 12-2-2009 03:56 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2009 03:58 PM | Show all posts

Diberi Pilihan, Nabi Pilih Yang Mudah

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 04:00 PM | Show all posts

Agama itu mudah (bhgn 1)

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 04:00 PM | Show all posts

Agama itu mudah (bhgn 2)

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 04:02 PM | Show all posts

Perkenalkan Islam dalam bentuk yg syumul

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 04:02 PM | Show all posts

Agama diSusahkan Oleh Golongan Tertentu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2009 04:42 PM | Show all posts
seronok dapat baca artikal mcm nie... islam itu mudah tetapi ramai yg buat susah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 05:39 PM | Show all posts

Balas #1 nursha\ catat

Minta maaf kakak, boleh bagi saya hadith mengenai 7 sunnah ini tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2009 05:43 PM | Show all posts

Reply #7 baby_bro85's post

yer kembali kepada sifat agama yg mudah, tapi jangan mempermudahkan agama...

---------------------------------------

ada satu kemusyikilan, orang kata suara wanita itu aurat...tapi dalam video "Agama itu mudah (bhgn 2)", ada satu hadis yang mana Rasulullah bersabda, baginda bertanya, "Wahai Aisyah, tidakkah kau menyanyi untuknya....?"

dan dalam satu riwayat, Rasulullah ke majlis perkahwinan orang Ansar yg mana terdapat wanita yang memukul-mukul gendang dan menyanyi.....



so, soklan aku skrg ni, suara wanita menyanyi tu sebenarnya haram ke tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:24 AM | Show all posts

Reply #1 nursha's post

tu lah sha... dh ada mintak riwayat mana dah...

cuba cari hadisnya dulu ek...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:26 AM | Show all posts

Reply #9 obelisk's post

ada berbagai2 pendapat ulama dlm hal neh, In berpegang bukan aurat sbb dlm bab aurat,  dlm surah annur ayat 31 xde lak sebut.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:33 AM | Show all posts

Reply #11 indah1285's post

hiburan tu tak salah, tapi yg menjadikan sesuatu perbuatan tu berdosa ialah apabila ianya dibuat dengan mlampaui batas dan kandungannya bersifat menyeru kepada maksiat
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 09:55 AM | Show all posts
wahi bermakna sugguh kata2 akak tuu... Saye suke sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 11:11 AM | Show all posts

Balas #11 indah1285\ catat

Salaam,

Ialah kalau ikut pendapat manusia berbagai-bagai pandangan.... susah-susah rujuk terus kat Al Quran...... apa kata Allah kat Al Quran itulah yang hakiki.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 11:22 AM | Show all posts

Balas #14 anakmacho\ catat

Rujuk terus pada al-quran????
bagus tu....
macam anak macho cakap la....

" manusia berbagai-bagai pandangan"

so, kalau teus terjemah...tanpa ada panduan dari yang "lebih tahu" maka terjemahannya pun akan jadi macam-macam....
setuju x??????
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:25 PM | Show all posts
kalo ckup ilmu dlm dada mmg bole rjuk al-quran...kalo x ckup ilmu...tkut lain plak tafsirannya...nnti lg tmbah rumit...bk rjuk pda yg lbh arif...ustaz n ustazah pun rmai kat m'sia nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2009 12:45 AM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 13-2-2009 12:24 AM
tu lah sha... dh ada mintak riwayat mana dah...

cuba cari hadisnya dulu ek...


Tu la kak..sha tgh cari la ni...
sha pon copy dr IluvIslam je..
sha dah state kan kat ats kan..
sha dah PM mmbe yg anta artikel tu kat sane...xde lak die reply..
kat sane,b4 nak posting..kene tapis ngn mod dlu..
sha rase,xde la artikel ni jez main2..
sane strict skit..
pape pun,sha cube cr ea..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2009 12:57 AM | Show all posts
RASULULLAH SAW bersabda"

"ALLAH Yang Maha kuasa mendengar dgn penuh minat kepada suara pembaca
Al-Quran lebih drpd seorang tuan yg mendengar suara hamba perempuan yg menyanyi.." (HR. Ibnu Majah)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2009 01:32 AM | Show all posts
Syara
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 10:07 PM | Show all posts

Reply #17 nursha's post

konpius tang neh ;

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.083659 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list