CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7055|Reply: 50

[Merged] Aurat wanita muslim dgn wanita non-muslim

[Copy link]
Post time 16-6-2008 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Nak tanye sikit,
sedara aku ade ckp yang aurat wanita muslim
terhadap wanita non-muslim sama dengan
lelaki ajnabi,

maknenyer wanita muslim kene tutup semua
kecuali muke & tapak tangan bile jumpa dgn wanita
non-muslim.

mintak pendapat.....

[ Last edited by  antiQue at 9-2-2009 09:58 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 04:01 PM | Show all posts
yups..if baca buku teks pon gitu gaks..

dulu masa kat u dulu, ustaz aku tgh wat kertas kerja...pasal aurat2 nie..die kate aurat wanita non muslim sama ler mcm aurat wanita muslim..

taktau aper cer...die kata nak bentang kat mufti...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 04:06 PM | Show all posts

Reply #1 daigo_tiga's post

ye begitulah...


ape yang saya belajr dulu, begitu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 04:29 PM | Show all posts

Reply #1 daigo_tiga's post

ya betul! kalau tersentuh, boleh batal air sembahyang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 04:34 PM | Show all posts

Reply #1 daigo_tiga's post

iye..auratnya sama mcm lelaki ajnabi..sama la mcm pendapat forumer yg lain..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 04:35 PM | Show all posts
ikut yg aku belajar, mcm tu lah... maknanya, nak pegang2 tangan pun xboleh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2008 08:35 AM | Show all posts
Originally posted by misssagi at 16-6-2008 04:29 PM
ya betul! kalau tersentuh, boleh batal air sembahyang.


oohh... nope....

tidak batal air sembahyang jika tersentuh/sengaja sentuh non muslim.

keharusan wanita menutup aurat di hadapan wanita non muslim adalah tidak sama dgn kewajiban wanita muslim menutup aurat di hadapan lelaki ajnabi.

ini hanyalah sebagai menjaga tatasusila dan dari menjadi cemuhan wanita2 kafir.... situasi aurat yang sama juga terhadap wanita yg fasik,.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 09:02 AM | Show all posts
Mari kita lihat lagi kekeliruan di sini....


''Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka , atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya'' 牋- 爉aksud surah An Nur 30-31.



Allah tidak menyebut lafaz "an-nisaa" bermaksud perempuan-perempuan, tetapi disebut "nisaaihinna" bermaksud perempuan-perempuan mereka.

Sekiranya digunakan lafaz "an-nisaa" nescaya halallah bagi perempuan mendedahkan aurat dan menzahirkan perhiasan kepada semua jenis perempuan; Islam, kafir, solehah atau fasik.

Bila digunakan lafaz "nisaaihinna" bermakna Allah menghadkan kebebasan perempuan Islam dalam ruang lingkup tertentu . Apakah ruang lingkup tersebut? Di sinilah terdapat perselisihan pendapat di antara para ulamak.

Pendapat 1: Maksud "nisaaihinna" ialah perempuan Islam sahaja. Ini ialah pendapat Ibnu Abbas, Mujahid, Ibnu Juraij.

Pendapat 2: Maksud "nisaaihinna" ialah semua perempuan. Pendapat ini adalah paling sahih di sisi Imam Fakhrurrazi.

Pendapat 3: Maksud "nisaaihinna" ialah perempuan yang mereka kenali sama ada Islam atau bukan Islam. Oleh itu, perempuan yang tidak diketahui hati budi, akhlak dan cara hidup mereka tidak termasuk dalam "nisaaihinna", tidak boleh mendedahkan aurat dan menzahirkan perhiasan di hadapan mereka. Apa yang jelas, aurat atau tidak bukanlah dinilai pada perbezaan agama , tetapi dinilai pada perbezaan akhlak dan budi pekerti . Maka harus bagi perempuan Islam mendedahkan aurat di hadapan perempuan lain yang elok budi pekerti dan akhlaknya walaupun bukan Islam. Bagaimana dengan perempuan Islam yang rosak akhlak dan tidak bermoral seperti golongan lesbian? Wajib menutup aurat di hadapan mereka kerana bergaul dengan mereka mendedahkan kepada bahaya dan mudarat sebagaimana bergaul dengan lelaki bukan muhrim.



[Dari Kitab-kitab karangan Ulama Muktabar]
Aurat antara muslimat dan bukan muslimat.

Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur (24). Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.
Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah muka dan dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab RA kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah supaya tidak membenarkan wanita Islam mandi bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.

Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326) beliau berpendapat maksud `aunisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua wanita yang baik akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni (mufassir baru dari Saudi - Tafsir Asyabuni) menyokong pendapat Ibn Arabi.


Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2008 03:14 PM | Show all posts

Reply #8 indah1285's post

hi! thanks for the explaination.

cuma nak bertanya dimana logiknya aurat itu yang tidak boleh dilihat (oleh orang perempuan bukan islam) tetapi boleh dipegang seandainye dikatakan 'tidak membatalkan air sembahyang'. bukankah sesuatu sentuhan itu adalah langkah lanjutan daripada satu tenungan.

cuma nak minta pendapat. tk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 05:31 PM | Show all posts
ok sebelum In jawab, In nak tanya....

apakah syarat2 yang membatalkan wuduk.... senaraikan di sini....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 07:52 PM | Show all posts

Reply #10 indah1285's post

Syarat batalnya wuduk ada 6, salah satunya:

"Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim dengan tidak berlapik"

Jika ugama telah mentaklikkan kedudukan aurat antara 'perempuan islam dengan perempuan bukan islam' setara degan 'perempuan islam dengan lelaki islam yang bukan muhrim', maka apa yang membezakan kedudukan wuduk seseorang perempuan islam diantara 2 keadaan ini?

Jangan bagi tau sebabnya perempuan bersentuh kulit dengan perempuan, tidak kira islam atau bukan islam, tidak termasuk syarat wuduk. Kadang-kadang ugama bagi tau sikit je, kita kena kaji dalam sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 10:05 PM | Show all posts
Originally posted by misssagi at 17-6-2008 07:52 PM
Syarat batalnya wuduk ada 6, salah satunya:



"Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim dengan tidak berlapik"



Jika ugama telah mentaklikkan kedudukan aurat antara 'perempuan islam dengan perempuan bukan islam' setara degan 'perempuan islam dengan lelaki islam yang bukan muhrim', maka apa yang membezakan kedudukan wuduk seseorang perempuan islam diantara 2 keadaan ini?



Jangan bagi tau sebabnya perempuan bersentuh kulit dengan perempuan, tidak kira islam atau bukan islam, tidak termasuk syarat wuduk. Kadang-kadang ugama bagi tau sikit je, kita kena kaji dalam sikit.

...



Mis... anda tidak membaca post lengkap In di atas.... In memegang tidak ada beza aurat di antara wanita muslim dgn wanita non muslim dan aurat wanita muslim terhadap wanita yg buruk akhlaknya samada dia muslim atau tdk adalah sama dgn aurat di hadapan lelaki ajnabi.

Ini adalah 2 mazhab tentang perkara yang membatalkan wuduk..


Menurut Mazhab Syafie

1 - Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
2 - Hilang akal, sama ada sementara atau kekal.
3 - Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
4 - Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan telapak tangan.
5 - Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya.
6 - Murtad

Menurut Mazhab Hambali

1 - Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah:
2 - Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
3 - Menyentuh perempuan yang halal dinikahi (bukan mahram) dengan syahwat
4 - Menyentuh kemaluan manusia tanpa berlapik
5 - Tidur, kecuali tidur ringan samada berdiri atau duduk
6 - Makan daging unta
7 - Murtad
8 - Memandikan mayat
9 - Keluar apa jua najis dari tubuh badan

- Tidak ada di sini dinyatakan batal wuduk bila wanita muslim bersentuhan dengan wanita non muslim. Mis, ayat mis In boldkan tu sangat menyedihkan In... Islam datang begitu lengkap, tidak ada penyembunyian di mana2 hukum.... kalo kita kena menyelidik hanya sekadar tentang pembatalan wuduk yg telah jelas dan terang, ia kelihatan  ulama telah meyembunyikan hukum tersebut.

Mungkin In silap, mis boleh perbetulkan di mana2....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 10:28 PM | Show all posts
bila sy kursus, mmg ada ketikanya sy ditempatkan sebilik dgn wanita yg non-muslim. jd bagaimana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 11:05 PM | Show all posts
anda baca posting 7 dan 8
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 08:48 AM | Show all posts

Reply #12 indah1285's post

Tak pe la. Pengetahuan ugama saya pun tak seberapa pun. Saya cuma bagi tau apa yang saya tau je. Terpulanglah kat masing-masing. Secara peribadi, saya ambil jalan selamat macam yang saya tulis kat atas tu. Wallahualam!

Peace!!:victory: :handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 09:01 AM | Show all posts

Reply #15 misssagi's post

In cuma fahami ek... mis masih berpegang batal air sembahyang kalo pompuan sentuh pompuan non muslim ek.... kalo ada hadis atau buktinya, mis leh tempek sini...


tp, kenapa sentuh najis, tmasuk babi sekali pun tak batal wuduk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Reign This user has been deleted
Post time 18-6-2008 09:15 AM | Show all posts
Aurat Lelaki muslim dgn Lelaki non-muslim camner lak...?:flower:
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by misssagi at 17-6-2008 07:52 PM
Syarat batalnya wuduk ada 6, salah satunya:

"Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim dengan tidak berlapik"

Jika ugama telah mentaklikkan kedudukan aurat antara 'perempuan islamdengan perempuan bukan islam' setara degan 'perempuan islam denganlelaki islam yang bukan muhrim', maka apa yang membezakan kedudukanwuduk seseorang perempuan islam diantara 2 keadaan ini?

Jangan bagi tau sebabnya perempuan bersentuh kulit dengan perempuan,tidak kira islam atau bukan islam, tidak termasuk syarat wuduk.Kadang-kadang ugama bagi tau sikit je, kita kena kaji dalam sikit.


Memang tidak termasuk dalam syarat batal wudhuk.. Aku xtau kat mana ko dapat info ni, atau ko main teka2 jek
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 11:02 AM | Show all posts
Mau tanya skit...

Betulka Allah suruh tutup aurat bila semayang?? Sbb aku rasa suruhan tu tak berapa tepat.. Adakah mengadap Allah pon kena tutup aurat?? Adakah Allah itu seolah2 hendak kita samakan status nya sebagai mortal biasa?? Adakah nanti Allah naik malu bila kita tak bungkus kepala bila semayang??
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 11:49 AM | Show all posts

Reply #19 sirajudeen_ali's post

:kant: :kant: :kant:

Bleh cite sket ko semayang macamane? Bogel ke:eek: :eek: :eek:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 1.154814 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list