CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah1285

PERBINCANGAN TENTANG AHLI KITAB.

[Copy link]
Post time 24-1-2009 11:22 PM | Show all posts

Balas #81 petola\ catat

Skrg ni makin banyak queen kontrol...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2009 11:26 PM | Show all posts

Balas #76 shalom\ catat

Salaam kembali Shalom,

Dalam Al Quran sistem berdebat jugak telah Allah aturkan antaranya;

AQ 16:125. Serulah ke jalan Pemelihara (Tuhan) kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

AQ 29:46. Janganlah berdebat dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali bagi orang-orang antara mereka yang membuat kezaliman; dan katakanlah, "Kami percaya kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu Satu, dan kepada-Nya kami muslim."

Berkenaan orang kristian beriman kepada Allah itu Esa, memang tidak dinafikan cuma perbezaannya ialah sebahagian umat kristian hari ini percaya bahwa Al Masih/Isa/Jesus itu sebahagian dari Allah dan juga anak Allah dan dibantah oleh Allah sendiri melalui Al Quran. Menyentuh sikit pasal Bible, dalam pengetahuan saya, tiada firman tuhan dan sabda Jesus bahwa dia adalah tuhan yang direkodkan.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 11:28 PM | Show all posts

Balas #82 petola\ catat

If ada, ada org RC malas nak baca BIble aku caye sikit ler..

If kata Gereja RC x baca Bible kang ada yg nk kena pulas tinga..

Klu dalam dlm setiap Mass, tiga pembacaan dibuat daripada 3 buah kitab... > Contohnya,

Pembacaan pertama dari Kitab Yesaya
Pembacaa kedua dari kitab Wahyu
Pembacaan ketiga dari Injil St. Mathew..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 11:36 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 24-1-2009 11:10 PM


kalau dah peluk agama Islam dah tak timbul soal ahli kitab lagi...

tapi pak usop qardhawi kata lelaki Islam boleh saja kawin dgn perempuan ahli kitab...

tapi pak usop ada sebut kalau  ...


Ni kata-kata Pak Usop ke? Kalau ikut yang aku baca dedulu, rasanya ni tulisan Fathi Yakan. Tapi tak tau la plak kalau Fathi Yakan amik hujah Pak Usop plak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by shalom at 24-1-2009 11:28 PM
If ada, ada org RC malas nak baca BIble aku caye sikit ler..

If kata Gereja RC x baca Bible kang ada yg nk kena pulas tinga..

Klu dalam dlm setiap Mass, tiga pembacaan dibuat daripada ...


in a way betullah apa yg aku cakap...

VATICAN CITY (CNS) -- Catholics know the word of God, they just don'tread their Bibles, said Archbishop Donald W. Wuerl of Washington....

"...They won't be able to tell you chapter and verse," he said, becauseCatholics do not learn Scripture "from opening the Bible; instead welearn it from sitting at liturgy and hearing it read to us in thecontext of worship, which is its living context."

"The Catholics I know, know the word of God; they just don't read the Bible," he said.

"What we want to do is to invite everyone to be more familiar with the Bible and spend more time with it," the archbishop said.


http://www.catholicnews.com/data/stories/cns/0805367.htm

anggap ni selingan jer kat sini...
rasanya tak sesuai bincang panjang2...



[ Last edited by  petola at 24-1-2009 11:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 24-1-2009 11:10 PM
tapi pak usop qardhawi kata lelaki Islam boleh saja kawin dgn perempuan ahli kitab...


Salaam,

Sebenarnya bukan Pak Usop Qardhawi yang kata sebaliknya adalah firman Allah yang disampaikan oleh malaikat kepada baginda. Sila ikuti topik ini dari awal untuk mengetahui surah dan ayat berkenaan hal tersebut. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2009 11:44 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 24-1-2009 11:36 PM


Ni kata-kata Pak Usop ke? Kalau ikut yang aku baca dedulu, rasanya ni tulisan Fathi Yakan. Tapi tak tau la plak kalau Fathi Yakan amik hujah Pak Usop plak...


cuba juw semak buku halal haram dalam Islam oleh pak usop..
versi online kat media isnet pun ada..
boleh tanya lobai google..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 11:44 PM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 24-1-2009 11:26 PM
Berkenaan orang kristian beriman kepada Allah itu Esa, memang tidak dinafikan cuma perbezaannya ialah sebahagian umat kristian hari ini percaya bahwa Al Masih/Isa/Jesus itu sebahagian dari Allah dan juga anak Allah dan dibantah oleh Allah sendiri melalui Al Quran. Menyentuh sikit pasal Bible, dalam pengetahuan saya, tiada firman tuhan dan sabda Jesus bahwa dia adalah tuhan yang direkodkan.


Salam Damai TUHAN sr..

Mungkin saya off topik jap..

Berdasarkan ajaran Kristian..Allah yang Esa terdiri daripada 3 peribadi..Bapa, Firman dan Roh Kudus.Bagaimana 3 peribadi itu menjadi satu being..tiada siapa yang tahu..Menurut perumusan orthodox, 3 peribadi bagi adalah satu kehendak..satu kemuliaan..satu darjah...satu kuasa.

Berkenaan isu adakah terdapat pengakuan Yesus sendiri bahawa dia adalah TUHAN, isu ini harus dilihat berdasarkan bagaimana umat Yahudi dahulu mendengar sendiri kata-kata Yesus. Saya pernah bertanyakan kepada sr. Migdal tentang isu ini, beliau sendiri mengaku..ucapan Yesus..sebagaimana yang direkodkan dalam Injil..mengaku bahawa DIA adalah TUHAN.

Memang Yesus tidak berkata aku adalah TUHAN..

Tetapi apabila Yesus berkata aku dan Bapa adalah satu..Aku adalah Anak Manusia..Aku adalah alfa dan omega..Anak Manusia berkuasa mengampun dosa dunia...Anak Manusia berkuasa ke atas Hari Sabbath..etc etc...pengakuan Yesus itu, sudah cukup jelas bagi org Yahudi bahawa Yesus mendakwa mempunyai kuasa  dan sama hakikat seperti Elohim dalam OT..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2009 11:46 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 24-1-2009 11:44 PM


cuba juw semak buku halal haram dalam Islam oleh pak usop..
versi online kat media isnet pun ada..
boleh tanya lobai google..


Bahasa apa?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 11:47 PM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 24-1-2009 11:42 PM


Salaam,

Sebenarnya bukan Pak Usop Qardhawi yang kata sebaliknya adalah firman Allah yang disampaikan oleh malaikat kepada baginda. Sila ikuti topik ini dari awal untuk mengetahui surah dan ...


betul...

cuma aku nak highlite bahawa ahli kitab di sini menurut pak usop ialah ahli kitab... no reservation...

dulu ke sekarang ke sama saja...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 11:46 PM | Show all posts

Balas #87 petola\ catat

Okie...

Nasib baik dia cakap catholics...bukannya church hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 11:48 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 24-1-2009 11:46 PM


Bahasa apa?


pak usop pandai cakap melayu lah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 12:04 AM | Show all posts
Originally posted by shalom at 24-1-2009 11:44 PM
Berdasarkan ajaran Kristian..Allah yang Esa terdiri daripada 3peribadi..Bapa, Firman dan Roh Kudus.Bagaimana 3 peribadi itu menjadisatu being..tiada siapa yang tahu..Menurut perumusan orthodox, 3peribadi bagi adalah satu kehendak..satu kemuliaan..satu darjah...satukuasa.


Salaam Shalom,

Kalau dah tiada siapa yang tahu maka tidak boleh dijadikan sandaran/hujah atau keyakinan.

Berkenaan isu adakah terdapat pengakuan Yesus sendiri bahawa dia adalahTUHAN, isu ini harus dilihat berdasarkan bagaimana umat Yahudi dahulumendengar sendiri kata-kata Yesus. Saya pernah bertanyakan kepada sr.Migdal tentang isu ini, beliau sendiri mengaku..ucapanYesus..sebagaimana yang direkodkan dalam Injil..mengaku bahawa DIAadalah TUHAN.


Kalau Yahudi sendiri pernah mendengar pengkuan Jesus maka sudah pasti telah termaktub dalam Bible atau Jesus mengaku didepan para muridnya lagipun saudara mengatakan tiada siapa yang tahu. Sebenarnya saya tidak mengetahui siapa Sr. Migdal itu, tetapi kalau beliau mengaku, sudah pasti ada bukti di dalam Bible pengakuan Jesus itu.

Memang Yesus tidak berkata aku adalah TUHAN..

Tetapi apabila Yesus berkata aku dan Bapa adalah satu..Aku adalah AnakManusia..Aku adalah alfa dan omega..Anak Manusia berkuasa mengampundosa dunia...Anak Manusia berkuasa ke atas Hari Sabbath..etcetc...pengakuan Yesus itu, sudah cukup jelas bagi org Yahudi bahawaYesus mendakwa mempunyai kuasa  dan sama hakikat seperti Elohim dalamOT..


Kalau pengakuan Jesus sebagai anak tuhan di jadikan hujah, maka bagaimana pula pengakuan mereka-mereka yang lain bahwa mereka juga anak tuhan malah ada sebahagian dari mereka tuhan sendiri yang menyatakan bahwa mereka adalah anak-anak tuhan.....

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 12:17 AM | Show all posts

Balas #95 anakmacho\ catat

Salam Damai TUHAN sr..

1). Apabila saya mengatakan bagaimana pada akhirnya, Bapa, Firman dan Roh Kudus itu tiga peribadi menjadi satu being...kami org Kristian berpendapat..hanya TUHAN sahaja yang tahu siapakah DiriNYA di dalam DIriNYA..dan pengetahuan kita adalah amat terhad.Tiada manusia..malahan kalau dihimpunkan semua nabi pun didunia ini...tiada siapa yang dapat memahami hakikat ini..Dalam hal membincangkan zat ketuhanan..kita tidak boleh terlalu bergantung harap kepada hukum logik semata2, apatah lagi dengan pengalaman 3D+1D.

2)Pengakuan Yesus Dia Alfa dan Omega...Anak Manusia etc etc ada tercatat dengan jelas dalam Injil.Malahan dalam satu peristiwa..alim ulama Yahudi merasa sangat berang dengan Yesus..kerana ucapan Yesus ternyata bagi mereka menyama tarafkan dirinya dengan Elohim.Sr.Midnal merupakan seorang Yahudi.

3) Memang, dalam OT para nabi, digelar anak Allah..begitu juga umat Kristian.Tetapi untuk Yesus gelaran adalah Anak Tunggal Allah..Anak Tunggal Allah hanyalah salah satu sahaja...sebenarnya banyak lagi gelaran untuk Yesus/ucapan Yesus yang menyama tarafkan dirinya dengan Elohim..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2009 12:27 AM | Show all posts
Originally posted by shalom at 24-1-2009 10:24 PM


Nak tanya...

Dalam ayat di atas..diperintah hendaklah Ahli Kitab menghukum berdasarkan apa yang Allah telah turunkan dalam Injil.

Jadi dengan mengambil kira ayat tersebut, bagaimana Allah perintahkanagar orang Kristian mengikut apa yang tertulis dalam Injil sekiranyaInjil yang asli sudah tidak wujud?
...


yup...


Syariat yg dibawa oleh Musa, Daud, Isa, semuanya itu datangnya dari Allah melalui kitab suci Taurat, Zabur dan Injil. Tetapi karena sepeninggal nabi2 itu, kitab2suci tersebut telah diubah sebahagian ayatnya oleh pengikut2nya, menambah kalimat atau mengurangkannya, lalu Allah turunkan kitab suci terakhir iaitu Al-Qur抋n sebagai koreksi terhadap kitab-kitab suci terdahulu yang sudah tidak asli lagi.


Kedatangan Muhammad saw ke dunia membawa agama Islam utk menggantikan syariat nabi2 terdahulu. disebut dalam Al-Quran surat As-Shaf : 9.    ''Dialah (Allah) yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan Agama yang haq (Islam) untuk  memenangkan atas semua agama, meskipun orang-orang musyrik membencinya.''
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2009 12:42 AM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 24-1-2009 10:53 PM
Salaam Indah....,

Saya tak fahamlah.... tak batalkan agama mereka tapi syariat mereka sahaja.... adakah ini bermaksud mereka kekal dengan agama mereka tatapi segala pelaksanaan hidup mereka be ...


yang batal adalah syariat/ajaran yg terkndung dalam kitab2 mereka... In bg contoh...

solat Nabi Musa as. Nabi Isa as adalah berbeza dgn solat dalam ajaran Islam... lalu setelah munculnya Nabi Muhammad saw, depa kena patuh dengan ajaran yg terkandung dlm Al Quran bukan lagi dalam Taurah maupun Injil... In nak tegaskan skali lagi :  Ini adalah kerana pembawaan Islam oleh Nabi Muhammad saw lebih sempurna.

''Pada hari ini, orang-orang kafir telah berputus asa daripada agama kamu, maka jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Aku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan bagi kamu nikmat-Ku dan telah Aku reda Islam itu menjadi agamakamu.''maksud - Q : Al-Maidah: 3

lagi...

''Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.'' -   maksud : Q : Al Imran : 19.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2009 01:02 AM | Show all posts

Balas #96 shalom\ catat

Salaam Shalom,

Sebenarnya banyak yang saya ingin hujahkan tetapi ditopik ini tidak sesuai......

Harap kita dapat berhujah dilain topik pula. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 01:18 AM | Show all posts

Balas #98 indah1285\ catat

Salaam Indah....,

Setiap agama yang disampaikan oleh para rasul berbeza dari segi pelaksanaan syariat... dan pada saya semua agama wahyu adalah sempurna pada syariat mereka. Dengan mengatakan agama islam yang dibawa oleh baginda nabi lebih sempurna seolah-olah Allah menurunkan agama lain tidak sempurna.

Surah Al Maidah ayat 3 adalah ayat yang ditujukan kepada baginda dan para islam bahwa agama yang dibawa oleh baginda dah sempurna dari segala-galanya dalam bersyariat dan Allah rehda dengannya tetapi tidak bermaksud membatalkan syariat yang terdahulu kerana perkataan "kamu" disitu merujuk kepada umat islam ketika itu yng bersama-sama baginda nabi.

Ayat 19 Ali Imran pula;

AQ 3:19. Agama yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh), dan orang-orang yang diberi al-Kitab tidak berselisih, melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana keangkuhan antara mereka. Dan sesiapa yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.

Saya telah memberi pengertian "islam" pada post saya yang lepas. Perkataan Al kitab diatas adalah merujuk kepada Al Quran, Injil dan Taurat dan setiap penganut agama tersebut tidak berselisih setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana masing-masing angkuh dengan ilmu yang dimilki, maka itulah sekarang ini dalam setiap agama masing-masing terdapat golongan.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 02:07 PM | Show all posts

Balas #99 anakmacho\ catat

Aku pon setuju..benang ni xsesuai nak bincang tentang isu ini..off topik pulak nnti..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 02:14 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 25-1-2009 12:27 AM
Syariat yg dibawa oleh Musa, Daud, Isa, semuanya itu datangnya dari Allah melalui kitab suci Taurat, Zabur dan Injil. Tetapi karena sepeninggal nabi2 itu, kitab2suci tersebut telah diubah sebahagian ayatnya oleh pengikut2nya, menambah kalimat atau mengurangkannya, lalu Allah turunkan kitab suci terakhir iaitu Al-Qur抋n sebagai koreksi terhadap kitab-kitab suci terdahulu yang sudah tidak asli lagi.


Sebagai seorang Kristian, apa yg sr. nyatakan merupakan perkara yg asing. Kami tidak percaya kepada pendapat bahawa kitab TUHAN telah diubah suai etc..Yesus sendiri telah memberi jaminan, langit dan bumi akan berlalu, tetapi perkataan aku tidak akan berlalu..dan Yesus juga berjanji..Aku akan mengikuti (bersama) kamu sehingga penghujung dunia.

Walaubagaimanapun, sy menghormati pendapat sr. sebagai seorang Islam.Cuma terdetik dihati, menurut perkiraan sr..dalam kes Injil, bilakah agaknya injil telah diubah suai? Seingat saya, sejak dari zaman Para Rasul lagi, umat Kristian hanya mengenal dan menerima pakai keempat-empat Injil yang ada sekarang ini. Kalau kita membaca kesaksian melalui penulisan umat Kristian sejak dari abab pertama..Injil yang mereka kenali dan diperturunkan oleh Para Rasul hanyalah Injil Matius, Mark, Lukas dan Yohanes.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.069784 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list