CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4714|Reply: 36

Diana Danielle kesal difitnah

[Copy link]
Post time 18-1-2009 05:05 PM | Show all posts |Read mode
SI CANTIK, Diana Danielle tak habis-habis dihimpit kontroversi. Selepas insiden dikasari bekas kekasihnya, Syamsul Yusof, timbul pula isu Diana tidak mahu menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Terbaru, khabar angin yang bertiup kencang, pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan kerabat diraja berstatus suami orang. Dan cukup mengecewakan Diana, apabila kereta mewah jenis BMW X5 yang dibeli dengan hasil titik peluhnya bergelar model produk dan pelakon disalahertikan.

Ada yang mempertikaikan kemampuan Diana membeli kereta mewah berharga RM560,000 dan tak kurang juga yang menuduhnya menerima hadiah lumayan itu daripada seseorang yang istimewa sempena ulang tahunnya ke 17 pada November tahun lalu.

Diana beritahu Raja, dia terkilan dengan berita yang disiarkan sebuah akhbar harian (bukan Berita Harian), baru-baru ini.

“Saya memang ada membeli sebuah kereta BMW, tetapi ia kereta terpakai. Saya beli dengan hasil titik peluh saya sendiri, bukan pemberian sesiapa. Saya kesal akhbar berkenaan menyiarkan berita yang tidak benar dan tidak bertanya pada saya terlebih dulu mengenai faktanya. Saya memang tak mampu membeli kereta mewah berharga RM560,000.

“Kereta terpakai yang dibeli itu hanya berharga RM260,000. Saya beli kereta berkenaan untuk diri saya, itupun selepas mendapat bayaran iklan Fair & Lovely dan Inner Shine, selain bayaran berlakon dua filem. Saya kecewa apabila berterusan menjadi mangsa fitnah. Ada yang menuduh saya buat kerja tak baik untuk mendapat limpahan kemewahan. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana penatnya saya bekerja siang malam untuk memiliki apa yang saya ada sekarang,” katanya.

Diana juga kecewa apabila ada yang menuduhnya menjadi pengunjung kelab malam dan mula meneguk arak.

“Saya hanya menjejak kaki ke kelab malam ketika diundang Majalah OK. Saya dipilih sebagai Miss Irresistable oleh pembaca majalah berkenaan. Itulah kali pertama dan terakhir saya menjejak kaki ke kelab malam, itu pun bersama mama saya. Lagi pun saya belum cukup umur untuk mengunjungi kelab malam. Saya akui sekali sekala saya bersama keluarga ke pusat karaoke keluarga untuk menghiburkan hati selepas penat bekerja,” katanya.

Menyentuh hubungannya dengan seorang kerabat diraja, Diana akui kebanyakan rakan baiknya adalah kerabat dan anak kenamaan kerana mereka bersekolah yang sama.

“Saya kenal ibu bapa mereka, begitu juga mama saya mengenali keluarga teman-teman rapat saya. Saya pun tak faham bagaimana timbul cerita saya menjalinkan hubungan dengan kerabat diraja. Usia saya baru 17 tahun dan hidup saya tidak sama seperti remaja lain. Mama seorang yang tegas dan tidak mudah untuk saya keluar rumah tanpanya atau pengawal peribadi.

“Saya tidak dapat memaafkan mereka yang melemparkan fitnah, mama menjual saya pada orang kaya. Sanggupkah seorang ibu melakukan perkara seumpama itu pada satu-satu anak yang dimiliki? Tentu tidak,” katanya dengan nada kesal.

Diana akui ibu masih bekerja sebagai ejen hartanah dan memiliki syarikat audit sendiri.

“Walaupun sibuk menemani saya, tetapi kerjayanya masih diteruskan. Kalau saya tidak berlakon sekali pun, mama mampu menanggung hidup saya. Selama ini, mama tak pernah mengharapkan sesiapa dan membesarkan saya seorang diri. Mama mampu mencari duit halal untuk menampung kehidupan kami.

“Cuma apabila saya bekerja, rezeki kami bertambah. Salahkah saya menanggung ibu saya yang selama ini bersusah payah membesarkan saya? Ada yang tak senang hati apabila saya berkongsi kemewahan dan menanggung mama saya. Kalau ikutkan hati yang sakit, saya mahu saja melupakan dunia lakonan dan menyambung pelajaran selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia saya diumumkan nanti. Tengoklah nanti bagaimana,” katanya.

Sabarlah Diana, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Mungkin ujian untuk Diana tidak sehebat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Ikutlah contoh Siti, apa juga tohmahan dan fitnah yang dilemparkan, Siti tetap cool menghadapinya, walaupun jauh di sudut hati hanya Tuhan saja yang tahu.


Den dah cakap Diana, inilah harga untuk menjadi artis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2009 05:17 PM | Show all posts
boleh percaya ke cakap pelakon sekrg
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 05:32 PM | Show all posts
keciknye tulisan.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 05:37 PM | Show all posts
takde lagi kecil ke saiz font tu..........
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 05:39 PM | Show all posts
penin eh nak baca satu2 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 05:45 PM | Show all posts
migrain aku bace artikel tulisan kenit2 ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2009 05:52 PM | Show all posts
aku pon pening nk habiskn bace...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 06:04 PM | Show all posts
Keciknyer tulisan...hee aku besarkan dulu le baru bacer...ni die...


Diana Danielle kesal difitnah

SI CANTIK, Diana Danielle tak habis-habis dihimpit kontroversi. Selepas insiden dikasari bekas kekasihnya, Syamsul Yusof, timbul pula isu Diana tidak mahu menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Terbaru, khabar angin yang bertiup kencang, pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan kerabat diraja berstatus suami orang. Dan cukup mengecewakan Diana, apabila kereta mewah jenis BMW X5 yang dibeli dengan hasil titik peluhnya bergelar model produk dan pelakon disalahertikan.

Ada yang mempertikaikan kemampuan Diana membeli kereta mewah berharga RM560,000 dan tak kurang juga yang menuduhnya menerima hadiah lumayan itu daripada seseorang yang istimewa sempena ulang tahunnya ke 17 pada November tahun lalu.

Diana beritahu Raja, dia terkilan dengan berita yang disiarkan sebuah akhbar harian (bukan Berita Harian), baru-baru ini.

“Saya memang ada membeli sebuah kereta BMW, tetapi ia kereta terpakai. Saya beli dengan hasil titik peluh saya sendiri, bukan pemberian sesiapa. Saya kesal akhbar berkenaan menyiarkan berita yang tidak benar dan tidak bertanya pada saya terlebih dulu mengenai faktanya. Saya memang tak mampu membeli kereta mewah berharga RM560,000.

“Kereta terpakai yang dibeli itu hanya berharga RM260,000. Saya beli kereta berkenaan untuk diri saya, itupun selepas mendapat bayaran iklan Fair & Lovely dan Inner Shine, selain bayaran berlakon dua filem. Saya kecewa apabila berterusan menjadi mangsa fitnah. Ada yang menuduh saya buat kerja tak baik untuk mendapat limpahan kemewahan. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana penatnya saya bekerja siang malam untuk memiliki apa yang saya ada sekarang,” katanya.

Diana juga kecewa apabila ada yang menuduhnya menjadi pengunjung kelab malam dan mula meneguk arak.

“Saya hanya menjejak kaki ke kelab malam ketika diundang Majalah OK. Saya dipilih sebagai Miss Irresistable oleh pembaca majalah berkenaan. Itulah kali pertama dan terakhir saya menjejak kaki ke kelab malam, itu pun bersama mama saya. Lagi pun saya belum cukup umur untuk mengunjungi kelab malam. Saya akui sekali sekala saya bersama keluarga ke pusat karaoke keluarga untuk menghiburkan hati selepas penat bekerja,” katanya.

Menyentuh hubungannya dengan seorang kerabat diraja, Diana akui kebanyakan rakan baiknya adalah kerabat dan anak kenamaan kerana mereka bersekolah yang sama.

“Saya kenal ibu bapa mereka, begitu juga mama saya mengenali keluarga teman-teman rapat saya. Saya pun tak faham bagaimana timbul cerita saya menjalinkan hubungan dengan kerabat diraja. Usia saya baru 17 tahun dan hidup saya tidak sama seperti remaja lain. Mama seorang yang tegas dan tidak mudah untuk saya keluar rumah tanpanya atau pengawal peribadi.

“Saya tidak dapat memaafkan mereka yang melemparkan fitnah, mama menjual saya pada orang kaya. Sanggupkah seorang ibu melakukan perkara seumpama itu pada satu-satu anak yang dimiliki? Tentu tidak,” katanya dengan nada kesal.

Diana akui ibu masih bekerja sebagai ejen hartanah dan memiliki syarikat audit sendiri.

“Walaupun sibuk menemani saya, tetapi kerjayanya masih diteruskan. Kalau saya tidak berlakon sekali pun, mama mampu menanggung hidup saya. Selama ini, mama tak pernah mengharapkan sesiapa dan membesarkan saya seorang diri. Mama mampu mencari duit halal untuk menampung kehidupan kami.

“Cuma apabila saya bekerja, rezeki kami bertambah. Salahkah saya menanggung ibu saya yang selama ini bersusah payah membesarkan saya? Ada yang tak senang hati apabila saya berkongsi kemewahan dan menanggung mama saya. Kalau ikutkan hati yang sakit, saya mahu saja melupakan dunia lakonan dan menyambung pelajaran selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia saya diumumkan nanti. Tengoklah nanti bagaimana,” katanya.

Sabarlah Diana, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Mungkin ujian untuk Diana tidak sehebat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Ikutlah contoh Siti, apa juga tohmahan dan fitnah yang dilemparkan, Siti tetap cool menghadapinya, walaupun jauh di sudut hati hanya Tuhan saja yang tahu.


Den dah cakap Diana, inilah harga untuk menjadi artis.


mude2 dh ade BMW, aku kancil pun x mampu beli...

[ Last edited by  epal59 at 18-1-2009 06:07 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2009 06:44 PM | Show all posts
biasala tu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 06:58 PM | Show all posts
Kalau tak nak kontroversi, tak yah la jadi pelakon/model DD... ko keje la kat kompeni audit mak ko tu... sure org pon tak sibuk2 hal ko...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by ida88 at 18-1-2009 05:45 PM
migrain aku bace artikel tulisan kenit2 ni



itu ar pasal
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 07:01 PM | Show all posts
byknya duit dia...murah rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 07:03 PM | Show all posts
Originally posted by Lana@LaraCroft at 18-1-2009 07:00 PM



itu ar pasal

hantam saja la.........................
...lada api kan kocik.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 07:20 PM | Show all posts
aku nak sgt wartawan terjah pasal tempat lahir dia tuh... dah terang-terangan lahir kat kl, nak gak ngaku lahir kat houston... gedixxxxxx
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 07:25 PM | Show all posts
'Kami pun dapat hadiah mahal'Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my
13/01/2009


KUALA LUMPUR - Kisah artis menerima hadiah mahal daripada orang tersayang sebenarnya bukan fenomena baru di Malaysia.
Jika kelmarin penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhalizamenerima hadiah jam tangan Richard Mille bernilai ratusan ribu ringgitdaripada suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, artis-artislain juga rupa-rupanya turut menerima pelbagai hadiah mahal daripadasuami, kenalan atau keluarga tercinta.
Menariknya, hadiah-hadiah yang mereka terima bukan calang-calang kerana ada yang mencecah jutaan ringgit.

Pelakon dan penyanyi popular Juliana Banos, misalnya, pernahmenerima hadiah berupa kereta mewah Ferrari yang dianggarkan mencecahharga RM1 juta daripada keluarga sebelah suami, Mokhtar Ahmad, 35.
"Seboleh-bolehnya saya tidak mahu menguar-uarkan hadiah itu (kereta) kerana saya menganggap ia bersifat peribadi.
"Saya sendiri tidak pernah membuka mulut tentang hadiah kereta itu,sebaliknya pemberian Ferrari itu didedahkan orang sekeliling hinggaberjaya dihidu pihak media," jawab Juliana yang menganggap hadiah yangditerima tanda sayang tidak berbelah bahagi daripada pihak suami.
Pelakon jelita Rozita Che Wan pula menafikan pernah dihadiahkankereta BMW bernilai RM450,000 sebaliknya mendedahkan cenderahati palingmahal yang pernah diterimanya daripada seorang lelaki sekadar bernilaiRM18,000.
Hadiah tersebut merupakan seutas jam tangan Rolex yang dianggapistimewa kerana ia adalah pemberian bekas suami, Anuar EffendyZulkafly, 35, lima tahun lalu.
"Bekas suami menghadiahkan jam tangan kerana mahu memujuk saya yang sedang merajuk pada waktu itu.
"Saya tidak pernah melihat seseorang menerima hadiah mahal secaranegatif, namun saya hanya harapkan agar pemberian barangan berhargadilakukan dengan hati yang ikhlas," ujarnya.


Pelakon muda berbakat besar, Diana Danielle pula mengakui telahmenerima sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 daripada ibutercinta, Norsiah Ramli.


Menurutnya, hadiah istimewa bernilai RM560,000 itu adalah sempena ulang tahunnya yang ke-17 pada 22 November lalu.

Bagi pelakon Abby Abadi, dia pernah menerima barangan kemas pemberian bekas suami Norman Hakim, 32, berharga ribuan ringgit.
"Namun saya bukan wanita yang mengukur hadiah itu melalui harganya," jelas Abby.
Pelakon jelita Eja, 37, atau nama sebenarnya Siti ShahrizahSaifuddin pula memberitahu pernah menerima hadiah berupa gelang tangancukup berharga daripada orang tersayang sebelum ini.
Beliau yang enggan mendedahkan harga gelang tersebut memberitahu,tidak salah untuk menghadiahkan pemberian mahal, asalkan tahu kemampuandiri dan individu itu benar-benar menyayangi dirinya.


mane satu yg betul???? beli sendiri ke atau mak dia yg hadiahkan?? buat statement pun dah belit2..

[ Last edited by  syabee at 18-1-2009 07:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 07:26 PM | Show all posts
DD nie cantik.. sweet muka dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2009 07:28 PM | Show all posts
erk?
dlm kosmo kata kete bmw X5 tu hadiah mak die?
statement bcanggah gileeee
mana satu ni?
beli ke hadiah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 07:33 PM | Show all posts
biasalah artis...
mcm2 statement diorg boleh buat...
cuma susah nak kenal pasti...
yg mana satu betul...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 07:33 PM | Show all posts
Originally posted by maisarah_ain at 18-1-2009 07:28 PM
erk?
dlm kosmo kata kete bmw X5 tu hadiah mak die?
statement bcanggah gileeee
mana satu ni?
beli ke hadiah?

hantam saja la.............................

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 07:56 PM | Show all posts
dier terlupa skrip kaber line la tu..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 1.757551 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list