CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5111|Reply: 16

ikan melompat lompat dengar bunyi getaran!!

[Copy link]
Post time 2-1-2009 07:13 AM | Show all posts |Read mode
Ikan melompat-lompat dengar bunyi getaran


RATUSAN ikan kap perak melompat-lompat di Sungai
Illinois, Amerika Syarikat.


SPRINGFIELD - Beratus-ratus ikan kap perak melompat-lompat di atas permukaan air seperti menari di Sungai Illinois, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Fenomena itu berlaku kerana terdapat getaran yang terhasil daripada motor elektrik bot pemancing.

Ikan itu menganggap getaran itu sebagai kehadiran pemangsa dan akan bertindak balas dengan melompat sehingga setinggi tiga meter.

Pemandangan menakjubkan itu dirakamkan oleh seorang pengarah dokumentari, John Downer pada Ogos lalu di Sungai Illinois yang merupakan cawangan Sungai Mississippi di AS.

Downer berkata, tindakan ikan itu yang boleh mencapai berat sehingga 18 kilogram mampu menyebabkan bot terbalik dan mengakibatkan kecederaan kepada manusia.

"Krew-krew penggambaran saya terpaksa pulang untuk mencari peralatan perlindungan.

"Bagaimanapun, bagi pemancing, ia umpama syurga kerana mereka tidak perlu memancing dan ikan itu pastinya akan melompat ke dalam bot," ujarnya. - Agensi




hah!  aku pung lompat2 gak kalu aku dengaq bunyi getaran  weyyyy.... tapi yg tu getaran lain ler... dan bukan lompat dlm air..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2009 08:41 AM | Show all posts
wahh..tipah tertipu beb..getaran bot disangka getaran len sronok nye klo leh kaut sume ni..konyang pacik
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 09:09 AM | Show all posts
sronok!sronok!ikan banyak
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 01:30 PM | Show all posts
leh trus tebar jala
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 02:43 PM | Show all posts
masa tsunami dulu pun ikan-ikan kat putrajaya melompat-lompat kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 04:42 PM | Show all posts
aku ingt pasal gempa bumi..
rupernyer,
gempaq bot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2009 05:33 PM | Show all posts

Balas #6 z3t_ex\ catat

huhu..tu namanya deria haiwan...

masa tsunami pun mcm tu gak..
Para saintis pun rasa pelik krn dlm dlm bencana tsunami itu tiada haiwan2 yg menjadi korban. Laporan menunjukkan haiwan2 telah awal2 lagi melarikan diri dr kawasan pantai krn menyedari akan berlakunta tsunami.

Lihatlah kemampuan haiwan mengatasi teknologi manusia. Dikatakan buat masa ni tiada lagi teknologi yg mampu mengesan bencana tsunami dgn awal. Malah haiwan yg tiada pelajaran, tiada akal mampu mengesannya dgn tepat. Kesimpulannya, haiwan2 ini sempat melarikan dr ke kawasan tinggi dan mrk terselamat.

ada kajian yg dibuat haiwan dan bencana alam ni, saintis pun ramai yg mengakuinya bahawa haiwan dapat mengesan lebih awal bencana alam. di jepun mereka telah tahu jika melihat ikan atau hidupan laut lari ke darat menunjukkan gemba bumi akan berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 05:37 PM | Show all posts

Balas #1 amazed\ catat

Malah haiwan yg tiada pelajaran...


op..silap..
bukan kerana haiwan tidak ada pelajaran, tetapi itulah kurniaan tuhan kepada makhluknya. binatang lebih mengetahui apa yang bakal berlaku sebelum segala jenis teknologi dapat mengesan. dan ini juga akan menyebabkan haiwan peliharaan akan sakit terlebih dahulu sebelum tuannnya sakit ketika rumah disihir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2009 05:39 PM | Show all posts
Ni fakta baru jumpa lak...

Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.

Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 05:46 PM | Show all posts
ni lagi gempaq!!
Gajah menangis sebelum tsunami melanda!!

Gajah menangis sebelum tsunami

KHAO LAK, Thailand 2 Jan. - Lapan ekor gajah yang menjadi tarikan pelancong di pantai Khao Lak didakwa telah merasai kedatangan ombak tsunami dan tindakan pantas haiwan berkenaan berlari ke bukit telah menyelamat berpuluh-puluh nyawa pelancong asing daripada menjadi korban.

Seorang penggembala gajah di pantai itu, Dang Salangam berkata, gajah berkenaan yang digunakan untuk membawa pelancong itu telah bertempik bagaikan `menangis' sebelum berlaku ombak besar tersebut.

``Saya terkejut dan sungguh pelik melihat gajah-gajah itu yang tidak pernah menangis sebelum ini,'' katanya.

Dang, 36, dan isterinya, Kulada, 24, berkata, gajah-gajah itu menjerit dan bertempik dengan kuat pada pagi 26 Disember tersebut.

Menurut mereka, gajah-gajah itu berkelakuan aneh tidak lama selepas berlaku gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter berlaku di luar perairan Sumatera pada Ahad lalu.

Kata Dang, gajah-gajah itu tenang selepas dipujuk tetapi mula bertempik kembali kira-kira sejam selepas itu.

Bagaimanapun, kelakuan aneh gajah-gajah tersebut untuk kali kedua tidak dapat ditenangkan lagi.

``Gajah-gajah itu seperti tidak percaya lagi kepada para gembala dan haiwan berkenaan mula berlari ke arah bukit,'' kata Wit Aniwat, 24.

Menurutnya, gajah-gajah itu turut mengangkat beberapa orang pelancong ke atas belakang mereka sebelum berlari ke arah tempat tinggi.

Katanya, ramai pelancong yang menyaksikan kejadian gajah-gajah itu `mengamuk' turut berlari meninggalkan pusat peranginan Khao Lak Merlin menuju ke arah bukit berkenaan.

``Tidak lama selepas itu kami melihat ombak besar datang ke arah pantai dan kami terus berlari mengikut jejak gajah-gajah itu,'' kata Wit. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 05:52 PM | Show all posts

Reply #10 Zaharul_Asriq's post

gajah tu mati x, mesti kesian kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 06:00 PM | Show all posts
tapi orang mati lagi kesian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2009 06:34 PM | Show all posts

Reply #10 Zaharul_Asriq's post

betul tu... mengenai gajah lari bertempiaran..... masa tsunami dulu.. seminggu sebelum tsunami... nelayan kat kuala muda kedah ingatkan depa dapat  HADIAH.. bila dapat tangkap banyak ikan... ghopa2nya... ikan lari ke arah pantai.. sebab   laut sana terlalu 'PANAS' dek kerna gempa bumi dalam tu......   depa dah dapat rasa perubahan plate kat dalam bumi  di acheh sana...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2009 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by tapaksulaiman at 2-1-2009 06:00 PM
tapi orang mati lagi kesian


pada aku....  worang ker... manusia ker....  sumer makhluk tuhan... sedey ler  bila sumer jadi mangsa disaster nih...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 06:41 PM | Show all posts

Reply #14 amazed's post

worang dan manusia tu beza ek

[ Last edited by  tapaksulaiman at 2-1-2009 06:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 10:37 PM | Show all posts

Reply #11 tapaksulaiman's post

yg aku tau gajah thailand tu hidup... naik atas bukit elok2 sampai paras yg air takleh sampai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2009 01:29 PM | Show all posts
haiwan ada kebolehan mengesan bencana akan datang ni....
kalau ada nampak haiwan buat benda pelik2 di laut (contohnya banyak kupang terdampar tepi laut)..hati hati le tu..mesti ada benda nak datang....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.456082 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list