|
Salam.
Sy selalu ikuti kisah-kisah menarik dalam forum ni..Very interesting!
Jadi untuk pertama kali ni, saya nak share satu cerita yang pernah keluar dalam harian metro dalam sebulan dua yang lepas. Tarikhnya dan tempatnya yang exact saya memang tak ingat tapi kisah ni jadi kat Kelantan. Rumah sepasang warga emas yang dimasuki pencuri dan pencuri tu langsung tak boleh keluar dari rumah warga emas tersebut. Sebenarnya mengikut cerita dalam HM tu, warga emas tu [suami-isteri] pergi somewhere for a few days and diaorang kunci rumah elok-elok sebelum bertolak. Masa ketiadaan warga emas ni, sorang mamat [identified as their neighbor, later] masuk rumah tu untuk mencuri tapi ntah macamana lepas tu dia tak boleh jumpa jalan keluar. According to mamat pencuri tu dia macam berada dalam bilik gelap je and tak jumpa pintu keluar. Nasib baik tuan rumah tu [si suami] rasa nak balik after 3 days and dia terkejut sbb mamat pencuri tu dah lemah sbb tak makan and minum for 3 days. Kalau dari gambar dalam HM tu, rumah warga emas tu biasa je, tak le gah macam rumah bannglo pun tapi saya rasa rumah tu ada "pagarnya"..
Kisah ni actually reminded me of stories about "pasung bumi or pasak bumi"yang saya selalu dengar masa kecik-kecik dulu. Orang kata, saper-saper yang ada buat pasung bumi utk "pagar" rumah dia, pencuri tak kan dapat keluar dari rumah tersebut. Mengikut cerita, ada pencuri yang tak jumpa jalan keluar/pintu (macam story ni) dan ada pulak yang tengok kat keliling rumah tu ada air (macam dikelilingi laut) so dia tak boleh keluar dari rumah tu. Pencuri-pencuri ni akan terus berpusing-pusing mencari jalan keluar atau akan cuba berenang-renang dalam rumah tu (macam mencari jalan eluar) selagi tak ditegur oleh orang/tuan rumah. Bila dah ditegur, barulah pencuri tu akan "tersedar". Mengikut cerita yang saya dengar lagi, tuan rumah pulak tak boleh aniaya pencuri tu (pukul ke, bantai ke atau cedera kan mereka) tapi mereka harus dilepaskan cara baik..
So, ada saper-saper pernah dengar about "pasung bumi"ni tak?? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wow! ye ke? macam best je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jjenabmatpau at 31-12-2008 07:52 PM
Salam.
Kisah ni actually reminded me of stories about "pasung bumi or pasak bumi"yang saya selalu dengar masa kecik-kecik dulu. Orang kata, saper-saper yang ada buat pasung bumi utk "pagar" rumah dia, pencuri tak kan dapat keluar dari rumah tersebut. Mengikut cerita, ada pencuri yang tak jumpa jalan keluar/pintu (macam story ni) dan ada pulak yang tengok kat keliling rumah tu ada air (macam dikelilingi laut) so dia tak boleh keluar dari rumah tu. Pencuri-pencuri ni akan terus berpusing-pusing mencari jalan keluar atau akan cuba berenang-renang dalam rumah tu (macam mencari jalan eluar) selagi tak ditegur oleh orang/tuan rumah. Bila dah ditegur, barulah pencuri tu akan "tersedar". Mengikut cerita yang saya dengar lagi, tuan rumah pulak tak boleh aniaya pencuri tu (pukul ke, bantai ke atau cedera kan mereka) tapi mereka harus dilepaskan cara baik.....
salams kembali
cerita yang sangat sama, dari tok nenek aku sndiri (nenek di kedah ~ bg aku~ bermaksud mak kepada nenek sebelah ibu aku). alhamdulillah, panjang umurnya, hampir mencecah ratus (mengikut surat beranak) tp rasanya dah sampai kut.. dia duduk ngan tokngah aku waktu tu, duduk berdua jer, masing masing dah tua. masa lapang di isi di tikar solat dan tasbih di tangan. cucu cicit semua jauh. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ini syirik ni..
Ye tak? |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah dgr jugak. tapi xde org cite kisah sebenar plak. |
|
|
|
|
|
|
|
ini keratannyer
Tuan rumah lega 'pencuri' selamat
Oleh HAMZAH SARAH
[email protected]
Che Ibrahim menunjukkan bahagian dapur rumahnya yang ada kesan digelidah pencuri di Kampung Binjai, Kemaman baru-baru ini.
KEMAMAN - "Nasib baik saya cepat balik ke rumah kalau tidak, tak taulah nasib dia."
Demikian menurut seorang peniaga Che Ibrahim Che Abdullah, 57, mengenai kejadian seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya, tetapi terperangkap selama tiga hari kerana gagal mencari jalan keluar.
Menurutnya, ketika kejadian pada 7 Disember lalu, dia balik ke kampungnya di Selising, Kelantan bersama isteri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dan pulang semula tiga hari kemudian.
Che Ibrahim berkata, sebaik masuk ke dalam rumah, isterinya pengsan apabila mendapati rumah dalam keadaan bersepah serta terdengar bunyi orang mengerang kesakitan di dalam bilik tidur.
"Bila saya periksa seorang lelaki yang saya kenal berada dalam keadaan lemah dan gagal keluar dari rumah kerana mendakwa pandangannya gelap akibat dihalang objek besar.
"Mujurlah kami hanya pulang selama tiga hari, kalau seminggu mungkin dia dah tak bernyawa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai di sini, semalam.
Kosmo! Sabtu lalu melaporkan seorang lelaki berusia 36 tahun terperangkap di dalam rumah milik pasangan suami itu semasa dipercayai mahu mencuri barangan berharga.
Suspek ditemui keletihan dan hampir kebuluran kerana tidak dapat mencari makanan serta mendakwa suasana di dalam rumah itu gelap-gelita.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... ra&pg=ne_13.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 chocolatewaffle's post
|
|
|
|
|
|
|
apa definisi bg pasung bumi.... |
|
|
|
|
|
|
|
bace je 3 qul.. ayat kursi..alfatihah di setiap penjuru rumah..
insya allah.. selamat..... |
|
|
|
|
|
|
|
pasung bumi? apa ke lain ilmu dengan cerita ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 muffins\ catat
ilmu pasung bumi tak tau plak camner, kalau pasak bumi tu ilmu biasa tu, yang hentak tumit kaki, nanti musuh keras, dengan syarat kaki berpijak dekat tanah.. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat cite selangkah ke alam misteri.pencurik tu dok berenang-renang.seram citenyer.tapi kot dah sampai dlm majalah ujang mmg jadi lawak la |
|
|
|
|
|
|
|
beberapa tahun lepas kat tempat kroit ni ada kes camtu, lemas dalam rumah.. 3 budak semuanya.. kroit kenal salah seorang budak tu.. tahun lepas sorang lagi kena cekup polis, tak abis2 kena tangkap, kuat mencurik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 kroit92's post
aah pasung bumikan.....sayangnyer, ramai tok guru lama dah meninggal bersama sama ilmu ilmu ni.....
kalau idak, setakat peragut tu senang senang je kena tangkap |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 jjenabmatpau's post
sama sama
rasanya mungkin hmetro pun siarkan jgak. tam pun penah baca yang the star nyer version jugak. so tak salah la tu.
tp tgk rumah pakcik tu, alahai pencuri tu gamak ke nak mencuri ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #18 hitamputih\ catat
ada lagi ilmu tu sekarang ni.. cuma hidden dari public..
mana taknya, tengok manusia sekarang, perangai masyaallah! apatah lagi amalan, solat pun tinggal.. tok guru tak nak pun kasi ilmu tu, biar pupus lebih elok dari jatuh ke tangan yang salah..
dan, bukan setakat pencuri kena tangkap, marah sikit semua orang keras.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|