CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3826|Reply: 27

Selayang suruh logo Allah turun dari bangunan????????

[Copy link]
Post time 24-12-2008 01:10 AM | Show all posts |Read mode
http://www.malaysiakini.com/news/95354

Ahli Qadiani enggan turunkan logo Allah

Muda Mohd Noor | Dec 23, 08 6:22pm
Kumpulan pengikut ajaran Qadiani di Selayang enggan menanggalkan logo kalimah Allah di bangunan miliknya di Kampung Nakhoda, tegas jurucakap Jemaah Ahmadiyah Muslim Malaysia.

"Mana boleh suruh tanggalkannya, kita akan mempertahankannya selagi boleh," kata Ainul Yakin Mohd Zain kepada Malaysiakini hari ini.

Awal bulan ini, sekumpulan pegawai Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengarahkan secara lisan kepada pengikut ajaran itu - juga dikenali sebagai Ahmadiyah - agar menurunkan logo itu dari bumbung bangunan tersebut.

Kerajaan Selangor hari ini dilaporkan ingin mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut, termasuk merampas tanah milik kumpulan itu, kerana menukar rumah kediaman kepada tempat beribadat.

Sehubungan itu, Ainul Yakin berkata mereka ingin berbincang dengan exco agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan MPS secepat mungkin.

"Kita sedang mengatur untuk bertemu MPS kerana tanah tapak pembinaan bangunan Baitul Salam yang menjadi tempat aktiviti pengikut kami adalah milik ahli kami.

"Kami yang meneroka Kampung Nakhoda 40 tahun lalu, dan kini ada 15 keluarga yang mengikut ajaran Ahmadiyah," katanya.

"Cuma yang menjadi masalah, perjumpaan dengan Dr Hasan kerana kerajaan negeri telah mewartakan ajaran ini sebagai sesat dan terkeluar daripada Islam."

Tambahnya, Majlis Raja-raja Melayu mengeluarkan fatwa bahawa ajaran - yang berasal dari daerah Qadian, India - sesat pada 1975 "sedangkan kami mengamalkan ajaran Islam."

"Tuduhan Dr Hasan bahawa pengikut kumpulan ini tidak solat adalah tidak benar," katanya.

Dr Hasan, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, dilaporkan berkata pengikut ajaran tersebut "tidak perlu mengerjakan solat, tidak berpuasa di bulan Ramadan dan tidak menunaikan haji."

Ainul Yakin juga menyifatkan tindakan terbaru Selangor itu bermotifkan politik semata-mata kerana mereka pernah menghadapi tindakan serupa daripada kerajaan negeri bawah pentadbiran BN.

"Pandangan serong terhadap kami bukan perkara baru. Orang ramai tidak mahu bercampur dengan kami kerana dikatakan kami bukan orang Islam," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2008 01:29 AM | Show all posts
tak reti aku nak komen
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 01:54 AM | Show all posts

Reply #1 zenslack's post

ni kumpulan ajaran sesat ker?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 02:46 AM | Show all posts
jakim dah letak mereka lam kumpulan ajaran sesat pun... kalau tak silap tak leh nak dakwa pasal mereka dah dikira bukan Islam... cemana tah ceritanya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 03:42 AM | Show all posts

hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 06:08 AM | Show all posts
aku xbape paham
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2008 07:05 AM | Show all posts
aku lagi la tak paham

kalau nak soh turunkan kalimah pon
apsal nak sita tanah dia?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 07:24 AM | Show all posts
baru lalu tempat tu semalam...

nampak ada gak oang tgh solat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2008 07:35 AM | Show all posts
horey horey...aper citer?.... aku baru baca...........
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 07:43 AM | Show all posts
Originally posted by zenslack at 24-12-2008 01:10 AM
http://www.malaysiakini.com/news/95354

Ahli Qadiani enggan turunkan logo Allah

"Pandangan serong terhadap kami bukan perkara baru. Orang ramai tidak mahu bercampur dengan kami kerana dikatakan kami bukan orang Islam," katanya. ...


kalau dah shahadat takde Muhammad, belah mana dia mengaku islam..

harus lah di turun kan logo Allah tu.. buat yg tak tau main masuk tumpang solat.. walhal bukan masjid atau surau.. kasi orang konfius aje
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 07:47 AM | Show all posts
Sama mcm Syiah. Sahadat mana ada nama Nabi Muhd (SAW). Nama Muhd telah diganti dgn nama Ali. Dlm Azan pun sebut nama Ali. Kafirkah Syiah!?? Nak tgk mcmana Syiah azan - masuk You Tube.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:02 AM | Show all posts
Originally posted by Bell at 24-12-2008 07:47 AM
Sama mcm Syiah. Sahadat mana ada nama Nabi Muhd (SAW). Nama Muhd telah diganti dgn nama Ali. Dlm Azan pun sebut nama Ali. Kafirkah Syiah!?? Nak tgk mcmana Syiah azan - masuk You Tube.



entah....   tgk iran............
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:22 AM | Show all posts
Originally posted by Bell at 24-12-2008 07:47 AM
Sama mcm Syiah. Sahadat mana ada nama Nabi Muhd (SAW). Nama Muhd telah diganti dgn nama Ali. Dlm Azan pun sebut nama Ali. Kafirkah Syiah!?? Nak tgk mcmana Syiah azan - masuk You Tube.


Aku pergi banyak ceramah, Syiah dah menyimpan, tapi still active member of OIC. Concussion aku dibuatnye.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:24 AM | Show all posts
macamana pulak dengan org yg letak sticker Allah, Muhammad dan petikan ayat Al-Quran kat kereta.... lepas tuh plak, bawak macam syaitan....

tapi dalam kes nih..puak tuh bawak ajaran sesat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:38 AM | Show all posts
Qadiani ni punya pegangan macam geng-geng Rasyad Khalifa la...

Pada depa, syahadah menyebut nama nabi Muhammad tu adalah satu bentuk kesyirikan sebab menyamakan taraf manusia dengan Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:43 AM | Show all posts
macam macam la depa punya pegangan kununnya islamik sangat
tapi tengok rupa rupa nya ajaran sesat --

apa susah sangat ker nak ikut ajaran islam sejati yang mana islam tu
mudah dan segalanya ---

mmmm -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2008 08:47 AM | Show all posts
wei kalo geng2 syiah ni dgr kita kata yg dorang ni bukan islam mengamuk dorang nanti.kita tgk yg syiah tu sesat sama la mcm geng2 syiah tgk kita.geng syiah tgk kita yg sesat dan perlu dibetulkan.mcm ni smpi bila pun x kan habis la.baik buat x paham jerk la dgn geng2 syiah/seumpamanya ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:58 AM | Show all posts
Saya pun tak reti nak komen. So far nasib diaorg tak terbela mcm Ayah Pin & pengikut2nya kan. Kalau Ayah Pin mesti org akan komen tentang kebebasan beragama. Maybe diaorg ni ada label Islam tu lah masalahnya.

PS. Jgnlah serious sgt baca post saya. Saya being sarcastic je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 09:06 AM | Show all posts

Reply #1 zenslack's post

makin ramai kapir berminat dgn isu berbaur keislaman..diharap kafirun2 ini tidak la teruja sgt...lebih baik tumpu kpd 'agama' masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 09:19 AM | Show all posts
ajaran qadiani percaya pemimpin mereka nama muhammad tu nabi...

di indonesia kumpulan ni dipanggil ahmadiyah... juga diharam oleh majlis ulamak indonesia...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.432216 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list