CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3154|Reply: 13

Alasan penceraian...

[Copy link]
Post time 19-12-2008 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Buat warga FD sume, nie sy c&p dr paper..credit tu Utusan Online, tq..Then baca pulak thread baru ffgg, tu, terasa nk kongsi catatan ni dgn kalian sume....
Sori ek catatan ni panjang...tatau nk edit kt mana, so sy post sume skali...

Alasan perceraian harus munasabah

NISBAH perceraian di kalangan masyarakat kita pada hari ini sebenarnya semakin meningkat dan ia sewajarnya membimbangkan kita. Ini kerana kita tahu bahawa kestabilan institusi rumah tangga adalah akar umbi kepada keutuhan sesebuah masyarakat dan seterusnya negara.

Sekalipun perceraian yang berlaku adalah atas persetujuan bersama dan ia dibuat secara baik, tetapi ia tetap sesuatu yang mengandungi nilai perpecahan. Adalah amat malang apabila sesetengah perkahwinan hanya sempat dibina dalam tempoh beberapa jam selepas diakadnikahkan.

Di sisi agama Islam, perkahwinan adalah sesuatu yang sangat dituntut manakala perceraian adalah perkara yang sangat dibenci. Kebencian ini kerana Islam adalah agama yang menganjur dan sangat menitikberatkan kasih sayang, penyatuan dan pemuafakatan.
Apabila perceraian berlaku maka nilai-nilai yang baik itu menjadi rosak dan pecah bertaburan sebagai kesan kepada persengketaan dan kemelut keluarga.

Itulah sebabnya, bagi mengelak berlaku perceraian, Islam telah mengajar umatnya dengan memberi panduan yang amat berguna kepada bakal-bakal pengantin. Agama yang dimiliki merupakan keutamaan dalam mencari teman hidup sekalipun tidak menafikan ciri-ciri lain yang disukai oleh mata dan hati. Imam Hassan al-Basri pernah didatangi oleh seorang bapa kepada seorang anak perempuan dan bertanyakan beliau perihal sifat yang bagaimana perlu ada pada calon suami anaknya.

Al-Basri mengatakan bahawa sekiranya lelaki tersebut mencarikan calon suami untuk anak perempuannya atas dasar cinta, maka anak perempuannya itu akan dijaga dan dilindungi setakat kasih sayang mana yang dikandung dalam hatinya hidup dan belum padam. Apabila kasih sayang dan cinta itu pudar dan sudah tiada lagi, maka anak perempuannya mungkin akan dipersia-siakan. Sebaliknya, sekiranya dia mencari calon suami atas dasar agama, apa pun keadaan yang berlaku suami yang beriman akan menjaga isterinya dengan penuh tanggungjawab.

Walaupun agama Islam membenci perceraian, akan tetapi ia bukan sesuatu yang tidak dibenarkan kerana agama Islam mendokong nilai-nilai perikemanusiaan. Pengalaman antara Thabit bin Qais dengan isterinya yang bercerai secara khuluk ialah antara contoh bagaimana agama merai dan mengiktiraf perasaan seseorang apabila merasakan sudah tidak mempunyai keserasian untuk hidup bersama sekalipun tidak ada perselisihan antara mereka.

....cont...


[ Last edited by  zanorba at 19-12-2008 10:44 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2008 10:43 AM | Show all posts
...next..

Persengketaan

Walaupun demikian, tidak sewajarnya sesebuah perkahwinan itu dianggap sebagai perjudian yang mudah sehingga perkara remeh dijadikan alasan untuk meruntuhkan istana perkongsian hidup. Hanya kerana pasangan tidak tahu berdandan atau tidak pandai membawa diri ke majlis keraian menjadi keaiban sehingga mengakibatkan persengketaan yang besar dalam rumah tangga. Bagi kita yang panjang akal, contoh-contoh seperti ini sememangnya tidak munasabah kerana ia kelemahan yang sangat boleh diperbaiki.

Tidak boleh menerima kekurangan pasangan atau pandangan yang tidak sehaluan merupakan antara alasan yang sebenarnya perlu disemak semula. Berbanding alasan perceraian yang disebabkan kezaliman, penganiayaan, penipuan atau sengaja dan enggan melaksanakan tanggungjawab yang disyariatkan secara sempurna.

Untuk kita mengukur sejauh mana munasabah alasan bercerai seharusnya kita menggunakan neraca yang telah disediakan oleh agama. Syariah telah memberi garis panduan kepada pihak suami berkenaan kewajarannya untuk menceraikan isteri.
Malah, Syariah telah memperuntukkan hukum-hukum tertentu bagi keadaan-keadaan tertentu semasa menjatuhkan talak kepada isteri. Contohnya, adalah makruh hukumnya menceraikan isteri yang baik dan taat kepada suami.

Sehubungan itu, walaupun pihak isteri juga mempunyai hak untuk berpisah daripada ikatan perkahwinan sekalipun mereka tidak memiliki kuasa talak, mereka juga diberi panduan-panduan tertentu sekiranya merasakan rumah tangga yang dibina tidak memberi kebahagiaan kepada mereka. Menjadi isteri yang patuh, taat dan baik adalah jalan paling mudah untuk memasuki pintu syurga.

Pihak ketiga seakan sudah menjadi lumrah sebagai sebab kepada kehancuran rumah tangga dalam masyarakat kita pada hari ini. Antara cinta pihak ketiga dengan perkongsian hidup yang telah dibina bersama pasangan sedia ada, ada ketikanya sesetengah daripada kalangan kita lebih terbuai dengan sesuatu yang tidak bersifat kenyataan.

Mungkin tidak dinafikan pasangan yang sedia ada tidak mempunyai kelebihan atau keistimewaan tertentu jika hendak dibandingkan dengan cinta hati yang baru muncul dalam kehidupannya. Persimpangan sebegini ada ketikanya mengundang ketewasan pada akal yang dangkal. Pesanan Imam Hassan al-Basri seharusnya direnungi dengan dalam dan penuh kesedaran kerana beliau sebenarnya menekankan sifat keseimbangan dalam kehidupan bermasyarakat.

Terdapat juga tanggapan yang mengatakan bahawa poligami adalah antara punca perceraian kepada perkahwinan sedia ada. Sehubungan itu, kita juga melihat sesetengah 'poligami' diamalkan sebagai tindakan melarikan diri daripada masalah yang timbul dalam perkahwinan yang pertama.

Ia sebenarnya perkara yang sangat malang kerana masalah yang sedia wujud tidak diselesaikan terlebih dahulu, malah ditambah dengan beban baru. Apabila ini berlaku, ia mengundang perceraian kepada perkahwinan yang lama.
Sesetengah daripada kalangan wanita pula terburu-buru meminta cerai daripada suami masing-masing setelah mereka dimadu. Alasan perceraian hanya disebabkan suami ingin melaksanakan perkahwinan seterusnya (poligami), sebenarnya bukanlah alasan yang munasabah. Kecualilah dalam perkahwinan yang dibina telah wujud alasan yang syarie sifatnya, ataupun suami tidak berlaku adil ketika melaksanakan 'poligami'.

Mengapa tidak wanita pada hari ini bersatu hati menerima amalan poligami dan menjadikan semua pihak dalam keadaan menang-menang? Wanita seharusnya meninggalkan stigma tradisi bahawa poligami hanya memberi kelebihan kepada sebelah pihak sahaja sementelah lelaki budiman pada hari ini mula menguar-uarkan bahawa hati mereka secara fitrahnya bersifat luas dan punya petak-petak (compartment) yang boleh diisi dengan beberapa kasih sayang. Berdasarkan kenyataan sebegini, makna cinta sejati seharusnya dapat ditafsir semula dengan lebih bijaksana. Apa pun sekiranya sebarang tindakan dibuat tanpa kematangan dan kebijaksanaan, ia tentunya mengundang musibah dan kesakitan kepada semua pihak terbabit.

Akhir kata , institusi keluarga yang kukuh, aman dan seimbang akan melahirkan suasana hidup ceria dan sihat. Rasa tanggungjawab untuk mempertahankan rumah tangga akan melahirkan generasi yang sihat perasaannya, jasad dan pemikirannya.

Rasa tanggungjawab ini pula akan mendidik diri untuk memiliki sikap tolak ansur dengan pasangan dan mengenepikan rasa mementingkan diri sendiri. Kepentingan bersama akan menjadi keutamaan kepada kedua-dua belah pihak suami isteri.Sekiranya berlaku perselisihan faham, semua pihak akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan keadaan. Maka perceraian dengan alasan yang tidak munasabah dapat dielakkan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 11:28 AM | Show all posts
aku simpati ngan ffgg
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 11:30 AM | Show all posts
....next..

bercerai becos montot kurap and susu lanjut...and berkaratz...dan kertu...

bercerai becos...bini nyer montot tak bulat lagi cam dulu...
montot berkaratz ada dimple and potholes sana sini...flat ..panjang....lanjut....berkedut kertu...berkurap...
susu panjang ...lanjut..dah jadi susu serbok...

bila laki dier tengok pun....rasa nak muntah....habis segala nasik dua...tiga hari yg lalu kluar

so pastuh....laki cari yg baru...pompuan muda yg fresh..montot bulat...susu padat dan montok...

ni adalah sebahagian reality nya...walaupun harsh reply nyer..

tapi memang ada wujud laki sebegini...pentingkan fizikal..juga..

lepas org baca ni pasti ada yg terkedu...

terkedu sebab benar...dan terasa

bagi makcik2 yg terkedu tu...sila jaga montot supaya tak berkurap...takut laki korg lari liar...bila nak berjimak..naked..

[ Last edited by  makcikmengamok at 19-12-2008 03:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 11:32 AM | Show all posts
dengo jek cakap laki..abis cite

masalah nya donia skang ni donia yang cukup berlainan. so tak semudah dulu kalo isteri nak mudah taat kata suami
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 11:40 AM | Show all posts
ekekeke.....

dulu pompuan tak bape nak educated....tempatnya hanya di dapur...

skang ni pompuan lagi advanced dari laki....laki plak makin mundur jadi rempit la apa la (x semua)...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2008 11:45 AM | Show all posts
ya Allah... the replies
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 12:16 PM | Show all posts
jihah pun xsuka perceraian tp ada alasan ppuan yg nk bercerai.. bukan sesaja nk mtk cerai.. mau pikir bertahun2. jihah rasa ppuan skg bukan fikir emosi aje.

cth : 1ppuan kahwin 7thn, sebaya ngn hubby umor 30thn.
hubby dia selang 1thn sure jatuh hati ngn mana2 puan lain. keje bertukar ganti.. sbb slalu ponteng keje (bgn lambat. rasenye mmg ada penyakit kuat tido  :@ ).
taste hubby tinggi melangit wpun gaji cukup utk diri sendiri aje.. angan2 pun tinggi..
selama 7thn isteri duk sabar n slalu support ape yg hubby nk (try jd isteri solehah tp xkena tempat   )
gaji isteri habis camtu aje sbb sara famili sendiri, FIL lg, adik2 lg.. barang kemas yg isteri ni ada hanya lah 2bentuk cincin (1MIL bagi, 1hubby bagi). padahal isteri ni grad univ., gaji degree
agaknye doa isteri xtermakbul lg ke?? atau isteri harus buat sesuatu utk mengubah nasib diri..    

just tnye pendapat korg je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2008 03:20 PM | Show all posts
Originally posted by jihah at 19-12-2008 12:16 PM
jihah pun xsuka perceraian tp ada alasan ppuan yg nk bercerai.. bukan sesaja nk mtk cerai.. mau pikir bertahun2. jihah rasa ppuan skg bukan fikir emosi aje.

cth : 1ppuan kahwin 7thn, sebaya ng ...


bila aku baca..aku terpikir 1 ajek..

yg suami tu tau..dia kawen dgn seorg superwoman..segala2 boleh buat dari A to Z.

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 04:22 PM | Show all posts

Balas #9 Hana\ catat

sblm kawin aku berangan nak jadi superwoman...

lepas kawin...

baru aku sedar... aku nak jadik diri sendiri je...

buat setakat yg aku mampu...

sbb aku mmg tak mampu utk jadik superwoman...

baru skrg aku rasa cemana penatnya mak aku urus rumahtangga walo aku lom ada anak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 11:08 PM | Show all posts

Balas #4 makcikmengamok\ catat

salam......mmg aku terkedu....sb aku ada ekzema.yg kau tulis tu mcm sindir aku je:' tapi tu bkan alasan utk somi cari lain,ceraikan bini.biar punggong berkurap,janji servis mantap!kadang2 kita tgk somi punya hensem,bininya mmg tak padan,tapi pasaipa boleh kekal lama?kenalah terima seadanya......
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 12:02 AM | Show all posts

Balas #3 nurulcomfykid\ catat

simpati yang tak masuk akal...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 01:29 AM | Show all posts
Originally posted by makcikmengamok at 19-12-2008 11:30 AM
....next..

bercerai becos montot kurap and susu lanjut...and berkaratz...dan kertu...

bercerai becos...bini nyer montot tak bulat lagi cam dulu...
montot berkaratz ada dimple and potholes  ...


Bukankah makcik mengamok disebabkan masalah susu lanjut ittewww?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 01:30 AM | Show all posts
Originally posted by easternlane at 19-12-2008 04:22 PM
sblm kawin aku berangan nak jadi superwoman...

lepas kawin...

baru aku sedar... aku nak jadik diri sendiri je...

buat setakat yg aku mampu...

sbb aku mmg tak mampu utk jadik superwoma ...


Bila dah ada nanti..berlipat ganda lah penatnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74654 Replies : 3005
Anzalna Oh Anzalna
URUHAAnzalna Oh Anzalna
Views : 13248 Replies : 63
“Nelydia sudah free hair? (tidak bertudung),” Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung
chacon“Nelydia sudah free hair? (tidak bertud
Views : 8545 Replies : 12
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12228 Replies : 86
Kambing, virgin & vegan
kutaqKambing, virgin & vegan
Views : 6628 Replies : 28
Reptilia
InezkhalidiReptilia
Views : 8057 Replies : 32
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3955 Replies : 38
Emmm ?
RemydaEmmm ?
Views : 3072 Replies : 16
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41812 Replies : 259
Meow & Otomen Yang Caring
URUHAMeow & Otomen Yang Caring
Views : 6035 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.063242 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list