CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4573|Reply: 120

Fatwa Haram Rokok Pulak

[Copy link]
Post time 2-12-2008 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Bincang warta fatwa haram rokokKUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mendapat pandangan daripadapelbagai pihak yang arif mengenai agama Islam berhubung cadangan AhliParlimen supaya fatwa pengharaman rokok diwartakan dengan segera.

Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai, berkata perbincangan denganpakar agama itu akan membolehkan pihaknya mendapat penjelasan lanjutkenapa sehingga kini fatwa yang dibuat pada 1997 tidak diwartakan.

"Mengenai fatwa ini, kita akan bincangkan jika ia dapatmemastikan jumlah perokok dapat dikurangkan," katanya ketika menggulungperbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2009 bagi kementeriannya padasidang Dewan Rakyat semalam.

Sebelum itu, Dr Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) yang bangunmencelah ketika sesi penggulungan itu ingin mengetahui mengapa fatwaberkenaan tidak diwarta dan adakah kerajaan bimbang langkah itu akanmenyebabkan ramai perokok beragama Islam ditangkap.

Mujahid juga menyifatkan langkah kerajaan membelanjakankira-kira RM22 juta bagi 'Kempen Tak Nak Merokok' kurang berjaya keranamasih ramai yang tidak membuang tabiat buruk berkenaan.

Beliau juga mencadangkan supaya digunakan istilah najis rokoksama seperti ungkapan najis dadah yang diguna sekarang bagi mewujudkanbudaya tidak sukakan bahan berkenaan.

  Liow berkata, berdasarkan kepada perangkaan 2006, jumlah  perokok berusia 18 tahun ke atas sudah berkurangan.

"ada tahun berkenaan jumlah perokok sudah berkurangan duaperatus berbanding 2005 dan ini membuktikan 'Kempen Tak Nak Merokok'sebenarnya berjaya," katanya.

   Dalam perkembangan lain, beliau berkata, jumlah doktor di seluruh negara sekarang sebanyak 23,738 orang.

"Nisbah sekarang ialah seorang doktor bagi setiap 1,145penduduk dan ia jauh ketinggalan berbanding nisbah yang sepatutnyaiaitu seorang doktor bagi setiap 600 penduduk," katanya.
                                Bagi menampung kekurangan itu, katanya, kerajaan membuat keputusanuntuk meningkatkan jumlah doktor warga asing di negara ini daripada 490orang kepada 1,000 orang.

"Bagi meningkatkan bilangan doktor pakar, kita membuatkeputusan menambah pengambilan pelajar sarjana perubatan daripada 450orang setahun kepada 600 orang," katanya.

Sementara di luar Dewan Rakyat, Liow berkata, kementeriansudah mendapat kelulusan Kabinet untuk menambah bilangan doktor,termasuk doktor pakar dari luar negara untuk berkhidmat di hospitalkerajaan yang sedang menghadapi kekurangan kakitangan yang amatkritikal.


(din_atos aku pinjam pic ko :victory:jangan mare +=)


isu rokok pun suda mau keluar fatwa ... apa pendapat ko org cara nak berhenti merokok?? naik kan lagi cukai & harga ??Kempen Tak Nak Merokok??? pada aku kalo kerajaan nak kurangkan @ nak hentikan tutup saja kilang rokok yang ada / pengharaman penjualan di Malaysia nih ... tue belum tentu ... rokok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2008 08:58 AM | Show all posts
bgus lah jgn lah ban yoga jerk hypocrite
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 09:03 AM | Show all posts
rokok pun haram? nasib baik aku dah berhenti
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 09:03 AM | Show all posts
ni mencabar ketuanan PEROTEMA NGAN PEROMA NIH
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 09:04 AM | Show all posts


Takleh la wartakan. Nanti kantung gomen tak berisi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 09:05 AM | Show all posts
nasib baik aku tak isap rokok...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2008 09:06 AM | Show all posts
nsib baik aku tak jual rokok...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 09:07 AM | Show all posts
dah tak dapat pak2 aji kt kg isap rokok daun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2008 09:08 AM | Show all posts

Reply #2 lemon8's post

bukan isu yoga tuh cuma haram part yg menggunakan mantera ke?.. gerak badan untuk senaman takpe kan?

aku sgt second isu rokok neh... sebab?... sume perokok ego untuk mengaku yg benda nih mmg memudaratkan.. selagi takde undang2... selagi tuh la diorang dalam denial state.... membenarkan rokok....

dah la menyusahkan orang... dah cakap haram kat restoren, tempat awam, kat soping kompleks.. buat bodo je muka cam bang.sat.... lepaih neh dah ada fatwa.. pepandai le jawab kat akhirat sok....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 09:11 AM | Show all posts
bukan dah diharamkan ker?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 09:13 AM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 2-12-2008 09:11 AM
bukan dah diharamkan ker?

Dah haram, tapi belum wartakan.

Kalau diwartakan, maknanya lepas ni jabatan agama Islam boleh saman dan denda orang yang merokok...

Bertambah la kerja depa (selain dari sekodeng orang beromen, tangkap orang tak puasa, tangkap orang tak solat Jumaat, melengah-lengahkan kes di mahkamah syariah, mengharamkan yoga etc..)
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 09:13 AM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 2-12-2008 09:11 AM
bukan dah diharamkan ker?



tu la . kenapa leh jadi macam ni. peringkat malaysia dah keluarkan fatwa cuma mungkin negeri negeri belum menguatkuasakan kut
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 09:15 AM | Show all posts

Reply #3 hhbks's post

Sokong 1000% rokok dfatwakan haram... Mcemarkan alam sekitar...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by QAX at 2-12-2008 09:08 AM
bukan isu yoga tuh cuma haram part yg menggunakan mantera ke?.. gerak badan untuk senaman takpe kan?

aku sgt second isu rokok neh... sebab?... sume perokok ego untuk mengaku yg benda nih mmg m ...



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20081129234613/Article/


Nie komen pasal YOGA dari Profesor Usuluddin dan Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , jgn mudah mengatakan takper, biarlah, kalau melibatkan aqidah kita kena kaji apa iti YOGA, asal usulnya....:victory: :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 09:27 AM | Show all posts

Reply #11 juwaini's post

abis tu sebab aku tak boleh hisap rokok?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2008 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 2-12-2008 09:13 AM

Dah haram, tapi belum wartakan.

Kalau diwartakan, maknanya lepas ni jabatan agama Islam boleh saman dan denda orang yang merokok...

Bertambah la kerja depa (selain dari sekodeng orang ber ...


lepas nih tak boleh isap rokok secara terbuka kene sorok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2008 09:29 AM | Show all posts
haramkan jer..susah aku nk bernafas sbb alam sekitar dh sgt tercemar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2008 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by testas at 2-12-2008 09:05 AM
nasib baik aku tak isap rokok...


iye la nasib ko baik ... macam mane dengan perokok tegar? mau sasau di buatnye kalo 2-3 hari tak pekena sebatang +=
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2008 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by mykiwi at 2-12-2008 09:29 AM
haramkan jer..susah aku nk bernafas sbb alam sekitar dh sgt tercemar


amboi
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 2-12-2008 09:27 AM
abis tu sebab aku tak boleh hisap rokok?


Erk?

Tak paham...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.095889 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list