CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2593|Reply: 3

senjata makan tuan..??? - kemalangan/kecuaian/salahguna senjata api

[Copy link]
Post time 26-11-2008 08:03 PM | Show all posts |Read mode
Anak lari lepas tembak ibu
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
[email protected]

KUALA LUMPUR: Seorang remaja berusia 15 tahun mengamuk menggunakan pistol milik bapanya dan melepaskan tembakan rambang hingga mencederakan ibunya di Bandar Country Homes, Rawang, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, remaja lelaki terbabit dikatakan dimarahi bapanya yang juga seorang anggota polis berpangkat sarjan sebelum mengambil pistol jenis Glock yang disimpan dalam almari.

Dalam kekecohan itu, remaja itu melepaskan tembakan di halaman rumah dan mengenai rusuk kanan ibunya yang berusia lingkungan 40-an.

Insiden itu tidak berakhir di situ saja kerana remaja itu seolah-olah hilang pertimbangan dan enggan menyerah senjata.

Sepasukan polis yang menerima maklumat mengenai kejadian bergegas ke sana bagi melakukan siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata ibu remaja itu yang terkena tembakan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh oleh jirannya.

揇ia kini berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan lanjut.

揔etika kejadian, bapa, ibu dan tiga adik remaja itu berada di rumah berkenaan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2008 08:15 PM | Show all posts
Monday, October 27, 2008
Boy, 8, killed in Mass. gun show accident
Date: 10/27/2008 1:50 PM

WESTFIELD, Mass. (AP) _ An 8-year-old boy died after accidentally shooting himself in the head while firing an Uzi submachine gun under adult supervision at a gun fair.

The boy lost control of the weapon while firing it Sunday at the Machine Gun Shoot and Firearms Expo at the Westfield Sportsman's Club, police Lt. Lawrence Vallierpratte said.

Police said the boy, Christopher Bizilj (Bah-SEAL) of Ashford, Conn., was with a certified instructor and called the death a "self-inflicted accidental shooting."

"The weapon was loaded and ready to fire," police Lt. Hipolito Nunez said. "The 8-year-old victim had the Uzi and as he was firing the weapon, the front end of the weapon went up with the backfire and he ended up receiving a round in his head."

Christopher died at Baystate Medical Center.

Police said the boy's father, Charles Bizilj, attended the event with his son. The father is the medical director of emergency medicine at Johnson Memorial Hospital, in Stafford Springs, Conn.

Francis Mitchell, a longtime member and trustee of the club, said he saw the boy's father supporting his son from behind when the accident happened.

"My reaction is shock," said Mitchell, who lives down the street from the club. "In the last five years, there has never been a problem or a bad accident. I've been sick all night."

Although the death appears to be an accident, police and the Hampden district attorney's office were investigating, officials said.

It is legal for children to fire a weapon if they have permission from a parent or legal guardian and are supervised by a properly certified and licensed instructor, Lt. Hipolito Nunez said.

Those conditions were met in this case, he said. He declined to release the instructor's name.

The event, run in conjunction with C.O.P Firearms and Training, said in an ad that people are allowed to fire weapons at vehicles, pumpkins and other targets at the event.

The club said it would offer machine gun demonstrations and rentals and free handgun lessons.

"It's all legal & fun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 08:24 PM | Show all posts
Budak disangka babi hutan mati ditembak
Berita Harian, 22 Dis 2002
Oleh Mohd Rafi Mamat


NURUL Atitah (kiri) yang mati ditembak oleh rakan bapanya semalam, bersama adiknya Azizah ketika mandi di air terjun Pancing, baru-baru ini.


PEKAN: Seorang budak perempuan berusia 11 tahun terbunuh selepas tertembak oleh seorang lelaki yang menyangkanya babi hutan sedang memusnahkan kebun ubi milik bapa mangsa di Projek Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Temai Ulu, di sini.

Dalam kejadian petang kelmarin itu, lelaki berkenaan bersama bapa mangsa, beberapa kali meninjau dan memanggil budak perempuan itu tetapi tidak menerima jawapan.

Berikutan itu, lelaki berkenaan melepaskan tembakan ke arah mangsa yang dikenali sebagai Nurul Atitah Mohd Salleh, kerana disangkanya babi hutan yang berada di bawah timbunan batang ubi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Mokhtar Mohd Ali, berkata mangsa yang sering bermain di kawasan itu dipercayai mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa bahagian badan.

"Siasatan awal polis mendapati lelaki yang juga rakan bapa mangsa, menembak mangsa menggunakan senapang patah Rela Kampung Temai Ulu dengan 200 biji peluru penabur.

"Kita percaya, mangsa yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Temai Ulu (SKTU), ditembak dari jarak dekat oleh lelaki yang juga jiran sekampungnya yang menyangkakan babi hutan memusnahkan kebun ubi milik bapa mangsa," katanya di sini, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat bagi mengesan punca kematiannya sebelum dikebumikan di kampungnya.

Beliau berkata, polis sudah menahan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan bagi menentukan sama ada kejadian yang berlaku itu disebabkan kecuaian atau sebaliknya.

Mokhtar berkata, polis turut menerima aduan daripada penduduk yang mendakwa babi hutan sering berkeliaran di kawasan kampung itu dan memusnahkan kebun ubi mereka. Beliau menasihatkan pemilik senjata api supaya lebih berhati-hati menggunakannya dan tidak menembak sesuka hati terutama membabitkan kawasan kampung atau hutan yang tumpuan orang ramai.

"Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas dengan merampas senjata mereka yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan. kepada orang lain.

"Pemilik senjata api khususnya senapang diingat supaya tidak sesuka hati menembak haiwan pemusnah kebun seperti babi hutan kerana tugas berkenaan boleh dilakukan pihak lain yang bertanggungjawab," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 08:31 PM | Show all posts

Kes Tembakan Polis 58 Das

KUALA LIPIS: Ketenangan dan kesyahduan pagi Aidil Fitri 1 Oktober lalu di Pahang tercemar apabila digemparkan dengan peristiwa 慳muk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.056136 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list