CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: naen

FORMULA ONE 2009

[Copy link]
Post time 3-1-2009 06:26 AM | Show all posts

ni lagi pasal bmw/kubica -



BMW masih perlu masa



KUBICA di tangga keempat keseluruhan
musim lalu.



PARIS - Pemandu Poland, Robert Kubica enggan mengulas mengenai ramalan bahawa pasukannya, BMW Sauber mampu menamatkan penguasaan dua pasukan utama, McLaren dan Ferrari dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1) musim ini.

Sebaliknya, Kubica yang mula mencipta nama menerusi kemenangan sulungnya pada Grand Prix (GP) Kanada tahun lalu percaya, BMW masih memerlukan masa yang panjang untuk menjadi kuasa utama dalam F1.

"Ia masih terlalu awal untuk menilai kemampuan kami sama ada sampai ke tahap itu (bergelar juara pengeluar) ataupun sebaliknya," jelas Kubica dalam laman web www.autosport.com.

"Apa yang penting adalah kami bersaing untuk kejuaraan itu hingga ke akhir perlumbaan dan mencatat keputusan yang lebih baik berbanding tahun lalu. Namun, ia sukar untuk diramalkan.

"Tahun ini, cabarannya begitu hebat dengan beberapa perubahan baru dalam peraturan. Kami juga perlukan tuah untuk berada pada landasan terbaik," tambahnya.

Pada tahun 2008, Kubica mengumpul 75 mata untuk meletakkannya dalam kelompok empat pemandu teratas dan ketinggalan 23 mata di belakang juara, Lewis Hamilton.

BMW Sauber pula turut menghuni kedudukan tempat ketiga kategori pengeluar di belakang Ferrari dan McLaren.

Kejuaraan musim 2009 akan membuka tirainya pada GP Australia di Melbourne 29 Mac depan. - AFP


***************************************************************************

kalau untuk constructor championship..  good competition untuk bmw -
untuk menang tu memang susah.. tapi bagi stiff competition tu kira bagus juga -
kalau dapat pintas mclaren this season pun.. kira dah bagus la sangat-
rasa2nya ferrari boleh menang lagi... kalau tak ada kemalangan etc -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2009 03:00 AM | Show all posts
'Kemalangan mudah berlaku'


KUBICA (kiri) dan Heidfeld jadi taruhan
pasukan BMW Sauber musim ini.


LONDON - Dua pemandu BMW Sauber, Nick Heidfeld dan Robert Kubica percaya peraturan baru yang digunakan dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1) tahun ini akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada setiap pemandu.

Menurut mereka, penggunaan jentera baru yang digunakan tahun ini bukan sahaja kurang menarik dari segi reka bentuk tetapi juga mudah menyebabkan kemalangan.

Dalam peraturan baru tahun ini, sayap belakang jentera 2009 dikecilkan tetapi lebih tinggi berbanding jentera tahun lepas manakala sayap tepi pula dibuat lebih rendah dan lebar.

"Saya tidak tahu perubahan apa lagi yang akan dilakukan selepas ini," kata Heidfeld.

"Pemandu tidak dapat melihat sayap kereta yang dipandunya melalui cermin. Ia boleh menyebabkan perlanggaran dengan kereta lain kerana kita tidak dapat mengagak jarak yang tepat.

"Saya pasti akan timbul lebih banyak masalah terutama pada permulaan perlumbaan," jelas pemandu Jerman itu.

Rakan sepasukannya, Kubica juga meramalkan akan berlaku lebih banyak kemalangan musim ini berbanding musim lepas ekoran reka bentuk jentera baru F1 2009.-kosmo-


"Saya rasa jentera F1 kini menjadi lebih lebar," kata pemandu dari Poland itu kepada akhbar marca.com.

"Kita pasti akan dapat menyaksikan banyak kemalangan pada permulaan perlumbaan terutama pada perlumbaan pertama Grand Prix (GP) Australia Mac nanti." - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 03:03 AM | Show all posts
Kolumnis ramal Raikkonen juara dunia 2009



RAIKKONEN gagal menyerlah pada perlumbaan tahun lalu.

LONDON - Kolumnis terkemuka dari agensi Crash.net, Mark Blundell meramalkan Kimi Raikkonen akan muncul juara dunia pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) tahun ini.

Tahun lalu, Raikkonen yang muncul juara dunia pada edisi 2007 gagal membuktikan kehebatannya apabila sekadar menduduki tangga ketiga keseluruhan kategori pemandu.

Lebih mengecewakan, dia seolah-olah diletakkan sebagai pemandu kedua Ferrari di belakang Felipe Massa selepas kejayaan pemandu Brazil itu dalam beberapa perlumbaan selain muncul naib juara dunia di belakang Lewis Hamilton.

Begitupun, Blundell yang juga bekas pemandu F1 yakin, Raikkonen mampu bangkit tahun ini sekali gus muncul juara dunia.

"Saya mungkin silap, tetapi dengan beberapa alasan, saya fikir Kimi Raikonen akan berubah dan kembali lebih kukuh berbanding sebelum ini," jelas Blundell dalam satu wawancara sebelum ini.

"Saya akan buat pertaruhan ke atasnya sekali lagi seperti mana yang saya lakukan pada tahun 2007. Apa pun, kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku tahun ini.

"Saya mungkin mengubah ramalan ini selepas perlumbaan pertama berlangsung," tambahnya.

Di tanya mengenai prestasi Raikkonen musim ini, Blundell menjelaskan bahawa ia adalah sesuatu yang mengejutkan apabila melihat pemandu Finland itu gagal menyerlah.

"Saya sangat terkejut kerana saya fikir dia sekali lagi akan menyerlah selepas muncul juara dunia pada tahun 2007," ujar Blundell.

"Begitupun, pada awal musim, Raikkonen berada pada tahap terbaik dan semua yang dilakukannya adalah mengikut perancangan.

"Tetapi segala-galanya berubah selepas itu dan dia berada di bawah prestasi sebenar," jelasnya. - Agensi


********************************************************************************


any ferrari drivers menang pun tak kisah -
dan jika hamilton menang lagi pun.. okay aje -
yang bagus.. menang - so kalau depa bagus this season -
kena compete la untuk jadi juara dunia tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2009 03:50 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 5-1-2009 03:00 AM

"Kita pasti akan dapat menyaksikan banyak kemalangan pada permulaanperlumbaan terutama pada perlumbaan pertama Grand Prix (GP) AustraliaMac nanti."


jangan sampai jadik cam A1 dah aa ..
tensen tengok A1 tuh .. kekadang selang 2 lap jek ada accident aa, terbabas aa, tergesel aa ..
ntah bila masa ndak racingnya kalau dok pepusing ngekor safety car jek
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 02:47 AM | Show all posts
Dua minggu hidup Glock penuh sengsara


GLOCK didakwa sengaja memberi laluan kepada
Hamilton memintasnya pada GP Brazil November lalu.



LONDON - "Ia satu detik yang cukup buruk dalam karier saya."

Demikian pengakuan pemandu Toyota, Timo Glock selepas dia didakwa sengaja memberi laluan kepada pemandu McLaren, Lewis Hamilton memintasnya pada pusingan terakhir perlumbaan akhir musim, Grand Prix (GP) Brazil di Interlagos November lalu.


Situasi tersebut menyaksikan Hamilton berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kelima, kedudukan yang menjamin pemandu Britain itu muncul juara dunia dengan kelebihan satu mata di hadapan pencabar utamanya dari Ferrari, Felipe Massa.

"Apabila saya melihat reaksi orang ramai (yang tidak berpuas hati), ia satu detik yang sukar untuk digambarkan.

"Dalam tempoh dua minggu selepas perlumbaan tersebut (GP Brazil), saya terpaksa berdepan dengan tekanan daripada pelbagai pihak yang membenci saya," kata Glock kepada radio Sepanyol, Onda Cero kelmarin.

Mengulas lanjut, pemandu Jerman itu menambah, dia serta rakan sepasukannya, Jarno Trulli mengambil risiko apabila tidak menggunakan tayar basah pada perlumbaan di Litar Interlagos itu.

"Ia seperti berlumba di atas salji. Namun, ia masih keputusan yang betul (apabila kami tidak menukar tayar kering).

"Ini kerana saya berjaya menamatkan perlumbaan dengan kedudukan yang baik. Jika saya menukar tayar, mungkin saya lebih jauh ketinggalan.

"Saya hanya berlumba untuk diri saya dan saya tidak berkompromi dengan mana-mana pihak.

"Sepanjang perlumbaan berlangsung, saya tidak tahu kedudukan saya. Saya juga tidak tahu apa yang dilakukan Hamilton dan Felipe," jelas Glock.

Menurut Glock, teori konspirasi yang didakwa sebelum ini ternyata menjejaskan kredibilitinya sebagai pemandu F1.

"Saya sentiasa percaya F1 merupakan perlumbaan yang cukup bersih," tegas Glock. - Agensi

*******************************************************************************************

bukan 2 minggu tu aje... sampai sekarang pun ramai yang benci glock ni -
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 05:59 AM | Show all posts



Alonso mampu atasi Hamilton




LONDON - Pemandu Sepanyol, Fernando Alonso (gambar) mampu menewaskan Lewis Hamilton dengan mudah andai dia memilih untuk bergandingan bersama pasukan Ferrari.

Demikian ramalan yang disuarakan tiga pemerhati sukan Formula Satu (F1) mengenai kedudukan pemandu Renault itu.


Awal bulan ini, akhbar Itali, La Gazzetta dello Sport melaporkan bahawa Alonso dan Ferrari telah memeterai perjanjian kontrak selama empat tahun bermula 2011.

"Dua tahun cukup lama," jelas bekas pemilik pasukan F1 Minardi, Giancarlo Minardi mengenai keputusan Alonso untuk menyertai Ferrari pada 2011.

"Mengapa dia perlu menunggu lama selepas gagal bergelar juara dunia. Apa pun, saya tahu mereka telah berbincang mengenai kerjasama ini dan Ferrari juga tahu kedudukan Kimi Raikkonen tahun lalu," tambahnya.

Bekas pengarah teknikal Minardi yang kini merupakan pengulas Sky TV, Gabriele Tredozi pula menganggap Alonso sebagai pemandu paling berkaliber ketika ini.

"Ferrari bakal mendapat seorang lagi 'Michael Schumacher'," jelas Tredozi mengenai kemungkinan Alonso menyertai pasukan Scuderia itu.

"Dia sangat pantas dan secara teknikalnya sangat kuat. Alonso juga sangat konsisten dan tidak pernah mengalah sepanjang tahun lalu walaupun terpaksa menggunakan jentera yang kurang pantas.

"Dia telah melalui zaman kejatuhannya ketika berada dalam pasukan McLaren kerana Alonso adalah pemandu yang perlukan sokongan daripada pasukan," ujar Tredozi lagi.

Keyakinan mengenai kemampuan Alonso bersama pasukan dari Itali itu turut disuarakan bekas ketua pasukan Ferrari, Cesare Fiorio.

"Gandingan Alonso-Ferrari akan memberi kebimbangan kepada semua pihak.

"Pasukan Farrari mampu memberi kelebihan kepadanya kerana kerja keras yang dilakukan.

"Jadi, saya tidak lagi ragu-ragu untuk membawa Alonso ke Ferarri kerana bagi saya, dia akan pemandu terbaik ketika ini," tambahnya. - Agensi


********************************************************************************************

everyone gets a chance to win this race -
kimi ke alonso ke lewis ke...  even jensen kalau dia dapat
constructor lain dari honda -

bila dah mula nanti... macam2 boleh berlaku -
kalau yang favourite macam hamilton tu.. tak ada apa2 incident ke
accident ke.. masa race.. ha - boleh aje menang lagi -
begitu juga kubica.. ada lagi harapan tu -
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2009 11:04 PM | Show all posts
xtahu lah kenapa xminat dekat alonso ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 11:04 PM | Show all posts
mod dexa minat kat alonso ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2009 06:27 AM | Show all posts
Originally posted by votaxx at 9-1-2009 11:04 PM
mod dexa minat kat alonso ke?


saya pun tak minat dia... dari dulu pun...

saya dah kurang sikit minat f1 ni compare masa early 90s
waktu ayrton sienna, dan masa schumy dan mika...
lepas mika... masih suka lagi.. sebab  schumy ada...
now... saya suka sikit la dengan lewis... tapi tak adalah
beria-ia sangat... masih ikuti semua races.. cuma tak into it
too much.. -

votaxx minat siapa ye -
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2009 06:31 AM | Show all posts

Hamilton sehebat Schumacher


HAMILTON dianggap satu-satunya pemandu
yang mampu menyaingi rekod Schumacher


LONDON - Bekas pemandu Formula Satu (F1), Johnny Herbert percaya Lewis Ha- milton merupakan satu-satunya pemandu yang boleh mengikut jejak Michael Schumacher dengan menguasai perlumbaan kereta berprestij di dunia itu.

Menurut Herbert, Hamil- ton yang juga pemandu McLaren memiliki kriteria terbaik untuk menjadikan dirinya sehebat legenda F1 itu.

Bermula tahun 1994 sehinggalah persaraannya pada 2006, Schumacher berjaya merekodkan tujuh kejuaraan dunia bersama pasukan Benetton dan Ferrari.

Sepanjang kariernya, Schumacher telah berdepan pemandu hebat seperti Damon Hill, Jacques Villeneuve, Mika Hakkinen, Kimi Raikkonen serta Fernando Alonso.

Namun bagi Herbert, Hamilton merupakan satu- satunya pemandu yang boleh mengulangi kejayaan luar biasa yang pernah diraih Schumacher sebelum ini.

"Buat masa ini, dia memang layak," jelas Herbert mengulas mengenai kemampuan Hamilton untuk menyamai rekod Schumacher.

"Secara jujurnya, saya tidak nampak Kimi sebagai pemandu yang layak dan begitu juga dengan Felipe Massa.

"Begitupun, saya lihat beberapa pemandu lain yang mampu ke arah itu.

"Antaranya ialah Sebastian Vettel. Dia adalah pemandu masa hadapan dan saya tidak terkejut jika Red Bull berjaya meletakkan pemandu ini pada tahap tertinggi.

"Robert Kubica juga contoh pemandu masa hadapan. Dia sangat konsisten dalam setiap perlumbaan, tetapi jentera yang dipandu tidak cukup pantas.

"Apa pun, saya percaya bahawa Lewis memiliki peluang cerah untuk meraih pencapaian seperti mana yang pernah dilakukan Schumacher," katanya.

Musim lalu, Hamilton melakar sejarah baru dalam F1 apabila dia muncul juara dunia termuda selepas mengetepikan pencabar utamanya dari Ferrari, Massa pada perlumbaan akhir musim di Brazil.

Sebelum itu, pemandu McLaren itu sekadar menduduki tempat kedua keseluruhan dalam penampilan sulungnya pada tahun 2007. - Agensi


***************************************************************************************

memang hebat lewis ni.. tapi.. takkan sehebat schumy.. no way...
lagi pula.. pencabar2 f1 sekarang ni.. bukan sikit2..
walaupun suka dengan lewis.. tapi rasanya dia tak dapat nak atasi
record schumy..   however tu pun personal opinion saya aje... gs -
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 10:24 PM | Show all posts
still long way to go before he can take the crown from schumi.

tapi last season, aku tngk hamilton punya pemanduan mmg aggresive. One thing imppressed me, masa hujan dia masih mmpu memandu dengan baik dan menang pelumbaan, kalo org lain da bbrapa kali bepusing2 gasing..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:44 AM | Show all posts
hi kwn2 .. sy minat schumy gak ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 06:01 AM | Show all posts
F1's Massa happy with 'cute' Ferrari F60




World Championship runner-up Felipe Massa described the new Ferrari F60 Formula One car as 'cute' after it was unveiled on the company's official website on Monday.
"With all the new rules I was expecting a different type of car, like 10 years ago with big wings so I was surprised.


"The new F60 seems tiny, very compact and cute."

The car is named F60 in reference to the number of championships Ferrari have participated in and becomes the 55th different F1 car designed by the Italian manufacturer.

Most of the design changes have been imposed by the FIA in order to increase overtaking in a sport often lacking in excitement due to the difficulties in passing the car in front.

A shorter front wing, a thinner but higher and more compact rear wing and standardised central chassis are all modifications introduced by the FIA's Overtaking Working Group (OWG).

Other changes include an improvement to the suspension to make handling in difficult conditions easier, while slick tyres will be re-introduced this year.

The Kers system to recuperate kinetic energy has also been installed on the engine while the transmission has been redesigned to improve aerodynamic efficiency.

Massa took the F60 for a spin around the famous Mugello circuit just outside Florence with Ferrari having changed the original location from Fiorano, their usual test track near their base at Maranello close to Bologna, due to icy conditions there.

Ferrari, the reigning constructors' world champions, are the first team to unveil their new F1 car but will be followed this week by Toyota on Thursday and Hamilton's team and main title rivals McLaren a day later.

The Renault team of former double world champion Fernando Alonso and Williams unveil their cars next Monday with BMW Sauber following a day after that.

Red Bull, however, will not announce there's until February 9.

It is Ferrari and McLaren, though, who are expected to lead from the front again this season and Massa says he is ready to try to go one better than last season, when only a single point separated him from Hamilton following the Briton's late overtaking of Timo Glock in Brazil.

"Every year you feel stronger, better prepared psychologically and physically," said Massa.

"But I feel stronger from the point of view of experience. I feel ready for a great battle.

"Right now it's difficult to say who will be the main rivals but for sure McLaren will make life the most difficult but there's also BMW, Renault and maybe other surprises.

"We don't know how good the Ferrari will be, we've worked very hard but there's still a long way to go before the first race."

The new F1 season opens in Melbourne on March 29 with the Australian Grand Prix, which last year was won by eventual world champion Lewis Hamilton.


********************************************************************************

cute aje not enough to win the F1 la massa...  tapi mungkin
boleh bagi semangat juga kot...
apa2pun good luck with ferrari --
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 12:47 PM | Show all posts
new Ferrari
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 13-1-2009 06:01 AM
F1's Massa happy with 'cute' Ferrari F60


The new Ferrari F60












Paul Tan's Automotive News


Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 04:13 PM | Show all posts
sape kopi pes dlm thread ni aku delete okayyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2009 04:28 PM | Show all posts

Reply #136 Ax's post

macam mane ko nak delete....

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 04:34 PM | Show all posts


Kecik giler wing
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 06:01 PM | Show all posts

Reply #137 akughi's post

aku report la admin truss
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 06:55 PM | Show all posts

Reply #138 GAMEOVER's post

color dia ada laen sket ke??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.056178 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list