CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 42880|Reply: 35

Ibu (bukan bapa) jika sakit terlantar, siapa yg harus jaga?

 Close [Copy link]
Post time 17-11-2008 01:39 AM | Show all posts |Read mode
Saya nak tanya pendapat tak kira ikut agama atau syarak, Siapa yang harus bertanggungjawap menjaga ibu yang terlantar sakit?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2008 02:11 AM | Show all posts

Balas #1 paipair\ catat

t/jwb jatuh kpd anak lelaki....

anak pompuan yg dah kawen t/jwb no satu jatuh kpd suami....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2008 12:57 AM | Show all posts
Bukan ke anak pempuan yg senang tutup dan buka kain ibu......anak lelaki boleh lah support dlm bentuk yg lain. takkan si
suami kpd anak pempuan tak bagi izin isteri jaga ibu nya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 01:56 AM | Show all posts
ada mana-mana rujukan untuk jatuhkan hukum kewajipan menjaga ibu atau bapa tu atas anak lelaki atau anak perempuan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 02:46 AM | Show all posts

Reply #1 paipair's post

hukum menjaga ibu dan ayah jatuh kepada anak lelaki sepenuhnyer...

anak pmpuan biler dah kawin wajib ikut perintah suami...
manakala anak lelaki walaupun dah kawin anak lapan tetap wajib ikut perintah ibu dan bapa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 09:44 AM | Show all posts
Salam.

Rasa terpanggil nak menulis di sini. Teringat kepada arwah mertua saya yang sakit lama dan meninggal dunia di rumah saya. Saya tak tahu di mana nas yang mengatakan wanita tidak wajib menjaga ibunya yang sakit, apa yang saya tahu selaku muslim merawat orang sakit itu samada ibu atau orang lain yang terbiar adalah satu tanggungjawab. Islam mengajar kita menjadi mulia di mana kita dan bagaimana kita...

Saya tak fikir wanita yang baik boleh berhati batu jika mertuanya sakit kerana memikirkan itu bukan tanggungjawabnya malah suaminyalah bertanggungjawab lantaran itu ibu suaminya.

Baiklah, kalau ianya hukum.. bagaimana lelaki yang berkerja untuk menyara ahli keluarganya? Perlukan ia berhenti kerja demi menjaga ibunya yang sakit? Siapakah yang akan menyara ibu dan keluarganya nanti? Isterinyakah..? Saya tak tahu kenapa muslim jadi tidak jauh fikirannya kerana terlalu stright dengan feqah.

Saya nak kongsi pengalaman saya menjaga arwah mertua yang kena stroke sehingga ia lumpuh terus. Sesuatu yang tidak mudah, dan saya akui kenapa ramai pesakit stroke terbiar sampai ada yang berkudis kerana menjaga pesakit ini memerlukan kesabaran dan redha. Dari menjaga kesihatannya, disuap makanan, mandikan dan mencuci najis.

Pernah suatu pagi, najis arwah penuh di rambut, muka dan serata tubuhnya... tangan arwah boleh bergerak yang kiri saja. Malam tu dia berak dalam pampers dan mungkin gatal itu yang tangannya merayap. Kebiasaannya saya dan suami akan mengangkatnya mandikan dan suruh dia solat, waktu lain dia jamakkan. Ini dilakukan sewaktu dia masih boleh ingat walaupun dia tak boleh cakap, kami ajar dia solat secara baring.

Pagi tersebut saya mandikan arwah sampai dia terketar2 kerana shower air panas rosak. Saya turut menangis melihat keadaan arwah yang kesejukan, bayangkan dimandikan dengan jumlah air yang banyak, lama pulak..  yelah disabun dan disyampukan dalam hujan pagi yang sangat lebat. Saya selimutkan dia dengan beberapa selimut yang tebal sebelum menyuruh dia solat subuh.

Sehingga saya mengandung, tugas memandikan arwah suami saya lakukan pagi-pagi sebelum beliau ke tempat kerja. Sehinggalah arwah kena stoke lagi dan koma 5 hari. Dalam 5 hari tersebut anak-anak yang lain turut datang bersilih ganti sehinggalah hari terakhir petang tu semua orang balik dan akan datang semula malam nanti, tinggallah saya sendirian kerana hari tu suami saya berkursus dan balik lewat petang. Saya dapat rasakan sesuatu yang pelik bila seluruh tubuh arwah berpeluh bermula dari kaki. Saya membaca yasin tidak putus sehingga suami saya balik. Selesai solat maghrib, saya sambung mengaji dan melihat sendirian arwah dicabut nyawanya beberapa minit, dalam suami saya di rakaat ke dua solat maghrib.

Beberapa hari saya jadi rindu dengan arwah, tidur di katilnya sambil mengenangkan saya usik dia bila pakaikan baju dan kain batik baru untuknya. Saya gembira menjaganya walaupun sedikit penat.

Sampai sekarang dalam diam, saya rindukan arwah yang sangat baik dan kuat beribadah pada hayat sihatnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2008 11:57 AM | Show all posts

Reply #1 paipair's post

pada nor....manjadi tanggungjawab semua anak tak kira lelaki atau perempuan untuk menjaga ibu bapa yang sakit...kalau kita lari dari tanggungjawab adalah berdosa besar.............
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 12:00 PM | Show all posts
mana hampa dapat hukum ni... yg kena jaga mak pak anak lelaki?... habis yg tak ada anak lelaki, bila tua/sakit... terlantar begitu sajalah!... setahu saya, tak kira, anak lelaki atau anak perempuan, dua2 bertanggungjawab menjaga mak pak depa... cuma tanggungjawab tu diberatkan kpd anak lelaki... konsep 'jaga' tu pun kita kena luaskan skopnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2008 02:06 PM | Show all posts
mcm aku...masa arwak mak aku sakit
akulah jaga dia
sebab akak aku dh kawin
lagipun mana ada adik-beradik lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 02:23 PM | Show all posts
mak mertua aku pnh bersedih dgn sikap anak2 dia, sampai dia ckp ngan suami dia..bila tua nanti pasti dia akan diletakkan dirumah org tua..masa dia mengadu kat aku, tersentak juga perasaan nih, sambil aku mengalir air mata dan berjanji pada dia "mak jgn risau, saya ada, saya akan jaga mak, suami saya sayang mak..dia takkan siakan mak" mak mertua aku pun nangis2 masa tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 04:13 PM | Show all posts
sama2 jaga ler. x kira anak lelaki atau ppuan. tp ank lelaki kena ler amik lebih  sbb dia ketua keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 04:58 PM | Show all posts

Balas #6 pepasir\ catat

sedih aku baca citer ko.... tapi biasanya mak mesti nk anak perempuanyg jaga.. dia tak nak menantu perempuan yg jaga.. pada aku.. semua anakkena jaga mak... mmg la tanggungjwb pada anak lelaki tapi MIL aku dahsound suruh aku preggy baby girl coz baby girl & menantu girl taksama...  dia kata kalau sakit or apa2 senang ada anakpompuan.. ni pandangan MIL aku lahh... so, secara tak langsung aku punterasa la plak...  sebab aku menantu... takpe la.. dia preferanak pompuan dia jaga dia, aku ok je. lagi happy.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 07:41 PM | Show all posts

Reply #2 luvly eone

patut la mak aku lebih2 adik laki aku..ngope2 nye die amik fakta nih...mane dpt nih...macam merepek jeeee.....

sian kat anak pompuan..bile nak buat baik x di hargai...

bole plak mak aku kata..."sebab tu cina nak anak laki senang,pompuan kalo boleh nak cepat2 kawen"wat da heck..kang btol2 aku x jaga kang baru tau....

nasib die mak aku...nasib aku masih rindu kat mak aku walaupun kadang2 aku berkecil hati....mak,nape la mak buat saya macam nih..dulu mak slalu kutuk2 kawan2 mak yang membeza2kn anak..skunk ,mak sindri yg buat..

[ Last edited by  sunshine66 at 18-11-2008 07:43 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2008 11:18 PM | Show all posts

Balas #6 pepasir\ catat

Respek aku ngan ko, ipar pempuan aku walaupun ramai, takde sorang pun yang sama macam ko masa mak aku sakit dulu.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 10:43 AM | Show all posts
bagi aku kalau dari segi tanggungjawab tu memamg pada hakikatnya anak lelaki lebih...bab jaga orang tua ni pulak smua anak2 kena mainkan peranan masing2..kena tolak ansur bagi2 kan tugas..sapa yang mampu dari segi kewangan leh ulur2 duit...sapa yang tak mampu dr segi kewangan ulur2kan tenaga..jangan sebab mak bapak nanti anak2 gaduh...sian mak bapak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 11:31 AM | Show all posts
semua anak ada tanggungjawab untuk jaga ibu yang sakit..kalau lelaki mungkin malu kalau nk mandikan ibu....tapi boleh tolong dalam hal lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2008 12:59 PM | Show all posts
Pada pandangan saya pulak...memang lelaki ada tanggugjawab yang lebih terhadap orang tua/isteri/anak perempuan/adik perempuan. Tetapi tanggungjawab menjaga orang tua yang sakit adalah tanggungjawab semua dan bukan pada anak lelaki atau anak perempuan.Tetapi kalau di tengokkan pada sikap ketimuran kita nie...memang sah perempuanlah yang selalu dok jaga ibu yang sedang sakit tu (dah macam automatik).

kalau adik beradik ramai boleh lah berbincang siapa yang akan menjaga ibu sepenuh masa...atau kalau semua tak boleh di sebabkan semua bekerja maka carik lah cara lain seperti mencari orang gaji untuk menjaga ibu ke dan gaji orang gaji tu hendaklah di bayar oleh semua adik beradik. Duit ubat ubatan pun kena ambik kira jugak dan siapa yang sanggup menghantar si ibu tu ke hospital untuk rawatan susulan. Tu  lah siapa2 yang tak mampu dari segi kewangan bagilah bantuan dari segi tenaga. Tapi zaman sekarang nie...susah nak jumpa anak yang nak berkorban sama ada dari segi masa, tenaga dan kewangan.

Ada satu soalan yang bermain di kepala saya nie.....kalau  si anak perempuan dah berkahwin dan ada anak...maka tanggungjawab si anak perempuan yang dah kahwin jatuh lebih kepada suami atau ibu dari segi hukum agama.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 10:30 AM | Show all posts
Originally posted by paipair at 18-11-2008 11:18 PM
Respek aku ngan ko, ipar pempuan aku walaupun ramai, takde sorang pun yang sama macam ko masa mak aku sakit dulu.....


Terimaksih paipair. Yang sebenarnya sebelum mak mertua saya teruk, diadakan mesyuarat di kalangan adik beradik suami saya dengan membuat giliran sebulan seorang. Bila mertua saya semakin uzur, dan ada dikalangan anak-anak yang 'keuzuran' juga lantaran kesibukan dan masalah lain-lain, maka anak-anak yang lain pula merungut-rungut kerana giliran mereka terlalu dekat kira penat tak hilang lagi dah sampai giliran.

Saya berbincang dengan suami, saya rela jaga mak dia dan berharap dia juga membantu saya... kerana saya tau bersendirian menjaga orang tua yang sakit adalah tidak mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:41 AM | Show all posts
memang tanggungjawab menjaga ibu bapa itu terletak pada anak lelaki tapi basically anak perempuan yang rapat dengan ibunya. takkan tergamak anak perempuan meninggalkan ibunya yang sakit. dalam hal ini si suami (kalau anak perempuan dah kahwin) haruslah memahami keadaan dan membenarkan isterinya menjaga ibunya sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 02:39 PM | Show all posts
Originally posted by paipair at 17-11-2008 01:39 AM
Saya nak tanya pendapat tak kira ikut agama atau syarak, Siapa yang harus bertanggungjawap menjaga ibu yang terlantar sakit?


Yang bertanggungjawap untuk menjaga ibu yang terlantar sakit ialah sesiapa saja yang ada keupayaan zahir dan kemampuan material untuk lebih memudahkan proses penyembuhan ibu yang sakit tersebut.
Jika ada lagi perasaan kasih sayang maka tidak ada sesiapa yang mempertikaikan siapa yang selayaknya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.310083 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list