View: 1990|Reply: 2
|
Keberkatan surah al-ikhlas
[Copy link]
|
|
Ketika Memulakan Kerja
Bacalahayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaanini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita danjuga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacingkepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelumanda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklahrumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salamkepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salamkerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat keranasalam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akanmembantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapibagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit
SabdaRasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlassewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akanmembusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnyadan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titiansiratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalamTadzikaratul Qurthuby).
Khatam al-Quran
RasulullahSAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antarakamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiadaseorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telahmengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitucepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. SaiyidinaUmmar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedangkecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. LantasSaiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAWmenjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyaktiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jusAl-Quran.
Wallahualam
Pahala Membacanya
BerkataIbnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padangsahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluasdari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelahmereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhankami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepadaorang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
SabdaRasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnyaQul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalidwalam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahukufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s. |
|
|
|
|
|
|
| |
|