CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3759|Reply: 47

(18sx) RELEKS SEKEJAP - Bomba bedah cincin di.....

[Copy link]
Post time 26-8-2008 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Bomba bedah cincin Di Zakar
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Anggota bomba yang sinonim dengan memadamkankebakaran atau mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan terpaksamelakukan tugas menyelamat paling pelik, semalam.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai di sinidipanggil bagi membantu doktor memotong cincin besi keluli yangtersekat pada pangkal kemaluan seorang pesakit lelaki di PusatPerubatan Universiti Malaya (PPUM).

Doktor terpaksa menggunakan kemahiran anggota bomba bagi memotongcincin yang sukar dicabut itu selepas pelbagai usaha dilakukan tidakberjaya.

Difahamkan, mangsa yang berusia awal 20-an sengaja menyarungkancincin pada kemaluannya dipercayai bagi meningkatkan kekuatan seksualselain memberi kepuasan luar biasa kepada pasangannya.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Sarjan Malek Neik,berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan PPUMberhubung insiden pelik terbabit pada jam 12.43 tengah hari semalam.

Menurutnya, sebuah jentera dan enam anggota kemudian dikerah kePPUM untuk misi membantu masalah terbabit yang disifatkan sukardipercayai.

“Sebaik tiba, mereka dibawa ke bilik kecemasan sebelum dimaklumkankeadaan dihadapi ketika itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

  Katanya, dia melihat beberapa doktor berusaha mengeluarkan cincin itu yang terlekat pada pangkal kemaluan pesakit berkenaan.

Doktor terbabit cuba memotong cincin berkenaan menggunakanperalatan pembedahan, termasuk pemotong besi tetapi gagal kerana iaterlalu keras.

  Malek dan pasukannya terpaksa menunggu kira-kira 20 minit sementara doktor bertungkus-lumus menanggalkan cincin berkenaan.

  “Cincin besi keluli itu terlalu keras dan semua alat pemotong yang dimiliki hospital tidak berkesan memotongnya.

  “Pesakit itu pula dilihat mengerang kesakitan setiap kali kemaluannya disentuh dalam usaha menanggalkan cincin itu,” katanya.

Selepas segala usaha menemui jalan buntu, doktor meminta bantuankepakaran bomba bagi memotong cincin terbabit menggunakan pemotong besiyang sering dibawa dalam operasi menyelamat mangsa kemalangan ataukebakaran.

“Keadaan kemaluan mangsa yang membengkak merumitkan usahamenanggalkan cincin itu. Malah, kedudukannya pada pangkal kemaluanmenyukarkan untuk memotong,” katanya.

Sebagai langkah keselamatan, doktor meletakkan sebilah kayusebagai pelapik untuk mengelakkan kecederaan serius kepada kemaluanmangsa ketika pemotongan dilakukan.

“Kami terpaksa menggunakan pemotong besi bagi memutuskan cincinberkenaan. Tugas berkenaan dilakukan dengan penuh berhati-hati sebelumcincin terbabit dapat dipotong dalam tempoh tak sampai seminit.

  “Anggota bomba yang terlatih dan cermat berjaya memotong cincin itu dengan hanya sekali percubaan,” katanya.

  Menurutnya, kemaluan mangsa terlebih dulu dibius petugas PPUM bagi membolehkan tugas itu dilakukan dengan lancar.

“Tugas itu amat mencabar, namun saya berpuas hati kerana khidmatanggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa lelaki berkenaan,” kata Malekyang menganggap kejadian seumpama itu amat jarang berlaku.

Mengikut kepercayaan golongan tertentu, tindakan menyarung cincinbesi dalam kemaluan dikatakan mampu menambah kekuatan seksual sipemakai walaupun mereka sanggup menanggung azab sengsara akibat kesansampingannya.
               
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk  tujuan pengiklanan dan tajaan  di dalam Harian Metro Online .
    © Hak  cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2008 10:48 AM | Show all posts
gambo kt metro tu tak nmpkla.....ada gambo yg jelas tak?

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 10:48 AM | Show all posts
sape lah yg kreatif beno tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 10:50 AM | Show all posts
giler betul orang zaman sekarng nih...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 10:52 AM | Show all posts
melayu yg suka nau tunjuk hebat tang2 gini...takde kehebatan tang lain ler kekdahnya....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 10:58 AM | Show all posts
nafsuuuuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2008 10:59 AM | Show all posts
sendiri cari pasal..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by hzln at 26-8-2008 10:52 AM
melayu yg suka nau tunjuk hebat tang2 gini...takde kehebatan tang lain ler kekdahnya....


nnt dpt hubby pinoi cenonet, jgn meraban cari laki org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2008 11:00 AM | Show all posts
padan muke lelaki itu       
cari penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 11:01 AM | Show all posts
apeke kurang akal diorg neh
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 11:02 AM | Show all posts
hehe, tula, len kali beli la "cincin" y dr.ismail promote tuh. baru slmat. flexible
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 11:03 AM | Show all posts
giler uh...bodow ala2 mangkuk hayun jantan keberet nih...kan dh wat malu satu malaya...akai tarak....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by melia_star at 26-8-2008 10:48 AM
gambo kt metro tu tak nmpkla.....ada gambo yg jelas tak?





ha amik ko pakai gunting nk potong besi betol2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 11:07 AM | Show all posts
seb baik pakai cincin... kalau pakai jam, huh.. lagi susah...kejap2, masa dah time..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 11:07 AM | Show all posts
  kalau terpotong yang "itew" .... huhu.. tak berzuriat ler gamaknyer...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 11:08 AM | Show all posts
aku nk kata satu ja

PADAN MUKA!!!!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2008 11:15 AM | Show all posts
bengong punya orang..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 11:16 AM | Show all posts
Cincin Kanda ke tu????
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 11:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 11:21 AM | Show all posts
pandai nyer org ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.114101 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list