CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: raudah

Jom borak-borak sini! V1

 Close [Copy link]
Post time 12-12-2011 12:29 PM | Show all posts
cehh.....dah berkurun dah pun...
adifrs Post at 12-12-2011 12:27

seb baik x jawap thn depan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2011 12:30 PM | Show all posts
x sempat tgok tok da delete. tok was stingy and cruel to me. wa kempunan nk tengok ketampanan tok: ...
moyas Post at 10-12-2011 05:11 PM



    moy..ade lagi la bideo tu...atok x delete pun...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 12:32 PM | Show all posts
seb baik x jawap thn depan
teessot Post at 12-12-2011 12:29 PM



    alaa....thn depan...x lame lagi....lagi 3 minggu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 12:37 PM | Show all posts
alaa....thn depan...x lame lagi....lagi 3 minggu...
adifrs Post at 12-12-2011 12:32

x sabo nk tggu bln depan
coti byk
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 12:51 PM | Show all posts
x sabo nk tggu bln depan  
coti byk
teessot Post at 12-12-2011 12:37 PM



    byk ek....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 12:55 PM | Show all posts
byk ek....
adifrs Post at 12-12-2011 12:51

cer belek2 kelender thn depan...mcm byk coti jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2011 06:11 PM | Show all posts
cehh....bahase jiwe bangse tau...
    mne de kes buli2....
adifrs Post at 12-12-2011 12:07

sebab dif x ajar moy, sbb tue moy kata dif buli.. hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 06:34 PM | Show all posts
cinta?? hmm...adif pun x tau adif pernah men cinta ke tak??
    tapi yg pasti adif  ...
adifrs Post at 12-12-2011 12:22

best..best moy suker jer hear and examine the story of your love. skit pon x boring. at least apa yg latent kt hati  dif dapat di expressed. kant hilang sket berbuku dihati tue. tp ngape kalo suker dif x to be frank jer dgn lelaki tue. sikalang jaman timba cari perigi da xhader. ckp jer terus trang. sbb kalo lambat release from the grip la jwbnya.


so, lepas tue dif x carik yg len ker?? or do you still want to wait for your old lover tue??? rasanya x payah kowt. mana la taw ada sapa2 yg sudi singgah dihati dif dan org itu gentle character & beriman. carry on ja la dif.


pekata. dif banyakkan berdoa dan bersujud kpdNya pada suku mlm. insyaallah dikabulkan jua taw... eceh wa cam setazah moy la plak. {:4_241:}


Nota : pray and be patient. If your mate is there. will be arriving one day. Do not quickly give-up and retreat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2011 06:41 PM | Show all posts
takk....bukan give up..cuma takot nak melalui hari2 yg mndtg..
    tgk rumahtangge sepupu ...
adifrs Post at 12-12-2011 12:23

jgn jadikan semua pasangan yg bercerai sbagai panduan. x sehat berfikiran camtu. sbb mate, living and dead person is different from one another. so, nasib dif x semestinya sama dgn dia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 06:42 PM | Show all posts
moy..ade lagi la bideo tu...atok x delete pun...
adifrs Post at 12-12-2011 12:30

page baper???? wa nk tengok
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 06:43 PM | Show all posts
moyy...pegi klinik pegi tanye kat nurse kat situ...insyaAllah...dia bleh bgi moy jawapan.. ...
adifrs Post at 12-12-2011 12:26


wa punya tem lom sampei. caner wa nk g? luk caner taw  kaler dia pink? luk pernah g erk? ha ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 06:38 AM | Show all posts
wanita yang mudah diperdaya oleh lelaki
Kaum wanita patut baca yang ini untuk kebaikan mereka. Dewasa ini banyak sangat kaum wanita yang ditipu dan diperdaya oleh lelaki yang jahat. Tak kira lelaki tempatan atau warga asing dari Iran, Afrika dan dll.  Penulis ambil ini dari  sini kerana banyak sangat kaum wanita yang tertipu dari segi kewangan atau dijadikan hamba seks yang boleh dibaca selalu terjadi dan disiarkan di akhbar. Tak belajar ke? dan ambil iktibar ke wanita-wanita ini dari kejadian yang lepas yang sering berlaku sebelum ini! Bila dah terkena baru nak tergadah. Tapi sudah dah terlambat. Duit habis lesap puluhan ribu, mahkota tergadai dan yang tinggal hanyalah hampeh sahaja. Jika yang sedar kembalilah kepangkal jalan. Hanya orang yang bodoh sahaja yang boleh ditipu berkali-kali.


1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.
Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.

Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gaji bulanannya sebanyak RM1000.00 sebulan bersih(dah ditolak KWSP dsb.). Anda pula memang tahu status kewangan dan “pattern” perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil-bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup sahaja.

Satu hari dia membelikan anda cincin emas berharga RM700.00. Anda tanya, “Mana dapat duit?”. Dia kata, lama dah simpan khas untuk “surprise”kan anda. Oklah, boleh terima.
Bila anda tengok pakaiannya pula berjenama. Dia mula “shopping sakan” dan anda pun dia belikan bermacam barangan lagi. Anda tanya lagi, “Mana dapat duit?”. Dia kata, “ada la “bisnes” dengan kawan… ” Anda pun percaya terus…

Soalan di sini, dalam senario di atas, tidakkah anda rasa musykil dan bermacam soalan lagi bermain dalam kotak fikiran tentang jawapan mudah seperti itu? Atau anda tergolong dalam wanita yang terus percaya 100% tanpa banyak soal lagi?

Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?

Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuailah. Percaya secara total dan “semborono” boleh meletakkan anda dalam bahaya.

2. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.
Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Kerisauan terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah “terdesak” untuk mencari pasangan hidup.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.

Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.

Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!

3. Wanita “sosial”.
Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.


Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..”. Fahamkan maksud saya?

Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species” lelaki pemangsa wanita.

Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Tepuk dada, tanya selera!


to be cont'

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 06:39 AM | Show all posts
4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.
Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?

Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita dan sebagai seorang isteri. Wanita yang berilmu juga berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan/perkahwinannya terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.

Wanita seumpama ini mampu menjadi pasangan/isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan/suaminya sendiri dan mempunyai segala sifat sebagai seorang yang cemerlang.
Wanita seperti ini, sentiasa cintakan ilmu. Sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu selagi hayat dikandung badan.

Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “species berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?

5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.
Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?

Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang “handsome”?

Ingat.. “handsome”, “cute”, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus” lelaki idaman wanita.
Nasihat untuk wanita yang mudah “cair” dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target” utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak!
Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..

6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.
Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah sampai tahap “makan tangan berulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.

Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.
Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.
Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.
Ingat kata orang dulu-dulu… “sabar biarlah bertempat”.

Nota: ko org ada x lam kategori diatas?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 09:23 AM | Show all posts
wah3x moy..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 02:24 PM | Show all posts
wah3x moy..
teessot Post at 13-12-2011 09:23

pesal luk? x caya ka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 02:24 PM | Show all posts
actually wa tala tue tok adif
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2011 02:25 PM | Show all posts
odah gelang ne? naper wa x nmpak dia beberapa purnama ni? dia banak ker?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 02:25 PM | Show all posts
dif pown samer... dia sakit kah???
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 04:05 PM | Show all posts
best..best moy suker jer hear and examine the story of your love. skit pon x boring. at least apa  ...
moyas Post at 12-12-2011 06:34 PM



    adif suke dak tu..just suke2 jek moy
    sbb adif suke tgk muke dia cute...
    kebetulan adif sekelas ngan dia...
    lagipun dia tu ramai peminat...adif xmo amik risiko....ecehhh...
    skang adif anggap dak tu kawan jek...x lbh dri itu...percayelahhh

    pas dak tu...adif ade gak kawan2 ngan org lain...
    tapi xtau lah...smpai skang adif blum jumpe yg btl2 jodoh adif..
    yg btl2 dlm hati ini yakin...'dia' lah orgnya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 04:09 PM | Show all posts
jgn jadikan semua pasangan yg bercerai sbagai panduan. x sehat berfikiran camtu. sbb mate, living  ...
moyas Post at 12-12-2011 06:41 PM



    yerr....btl lah yg moy kate tu...
    setiap manusia tu ade bahagian masing2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15560 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17821 Replies : 8
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 40323 Replies : 81
Saman terhadap kerajaan, KJ berkaitan kesan vaksin COVID-19 bermula
JoyahMengayahSaman terhadap kerajaan, KJ berkaitan ke
Views : 7710 Replies : 93
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16474 Replies : 8
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4580 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 24002 Replies : 685
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17238 Replies : 25
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.079462 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list