CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7963|Reply: 40

Rambut Dari Makhluk Yeti -

[Copy link]
Post time 2-8-2008 07:34 AM | Show all posts |Read mode
Rambut daripada makhluk yeti?


LAKARAN artis yang menunjukkan bentuk tubuh badan Yeti.

SEKUMPULAN saintis menggunakan mikroskop untuk menganalisis sehelai rambut yang ditemui di kawasan berbatu di hutan dekat sempadan India-Bangladesh.

Menurut sebuah akhbar semalam, ujian itu menunjukkan rambut yang tebal dan seperti dawai bukannya milik haiwan liar yang tinggal di kawasan tersebut.

Sebaliknya, mereka mendapati rambut itu terdapat persamaan dengan rambut yang dikumpulkan oleh penakluk Gunung Everest, Sir Edmund Hillary setengah abad lalu.

Penemuan itu dianggap satu perkembangan baru dalam usaha mengesan haiwan besar, berbulu lebat dan dikenali dengan nama Yeti.

Seorang penyelidik, Ian Redmond berkata: "Rambut itu merupakan bukti paling positif bahawa haiwan Yeti kemungkinan wujud.

"Ia mungkin menunjukkan bahawa rantau itu merupakan tempat tinggal haiwan itu yang terpencil dan menjadikannya tidak dapat ditemui sehingga kini.

"Kami amat teruja."

Ujian itu menunjukkan bahawa rambut yang tebal dan berpintal-pintal itu bukannya milik kebanyakan haiwan liar yang diketahui tinggal di kawasan berkenaan.

Pakar primat yang berumur 54 tahun itu menyatakan bahawa rakan-rakannya dari Universiti Oxford Brookes memutuskan menolak kemungkinan rambut itu berasal dari haiwan yang dikenali di kawasan berkenaan seperti beruang hitam, monyet, anjing dan babi liar.

"Rambut itu lengkap dengan kulit ari dan panjang antara 3.3 sentimeter dan 4.4 sentimeter, tebal, berpintal dan seperti wayar," katanya.

"Bagaimanapun, ia mempunyai persamaan dengan rambut yang dibawa balik oleh Hillary," tambahnya.

Ujian DNA mungkin mampu untuk membantu menyelesaikan misteri yeti.


GAMBAR ini menunjukkan tapak kaki besar yang menjadi misteri
kawasan pergunungan bersalji antara Nepal dan Tibet pada 1951.


Redmond berkata: "Jika DNA tidak dapat untuk mengenal pasti identiti makhluk itu, ia sepatutnya boleh mengenal pasti apa yang mempunyai kaitan dengannya.

"Ia mungkin dengan mudah diketahui bahawa rambut itu milik primat yang tidak diketahui walaupun bukan yeti," jelasnya.

Namun, beliau mengakui penemuan yang menggembirakan itu mungkin diselubungi dengan ketakutan.

"Kebimbangan saya adalah jika kami menemui sesuatu yang luar biasa, ia mungkin dari populasi kecil haiwan dan saya akan berbincang dengan kerajaan negeri dan India bagi membolehkannya tidak 'melambakkan' orang yang mahu menangkapnya untuk dipamerkan di muzium," katanya.

Rambut itu ditemui di kawasan berbukit kecil di Garo Barat di negeri Meghalaya, India.

Pada 2003, terdapat seorang lelaki mendakwa melihat yeti selama tiga hari berturut-turut.

Gambaran pertama mengenai yeti dibuat pada 1889 oleh seorang penjelajah Britain, Mejar LA Waddell.

Sekumpulan saintis dan pendaki yang disokong oleh 200 Sherpa menjelajah kawasan pergunungan Himalaya selama berbulan-bulan pada 1954.

Mereka gagal mengesan yeti tetapi menemui tapak kaki yang tidak dikenali.

- Agensi

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

baru aje tengok the mummy3 last nite -- ada yeti dalam tu....
tak berapa sure rupa dia sebelum ni -- tapi yang lakaran tu  macam la rupa yeti
yang ada dalam mummy3 tu..  warna putih macam snow --  
dalam mummy3 tu.. yeti tu kuat betul... dan mcm baik sikit perangai dia -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2008 07:45 AM | Show all posts
naper tapak kaki tu ader satu jer.....patutnyer sepasang la kan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 08:16 AM | Show all posts

Reply #2 ikutsukerjerk's post

itulah pelik gak satu tapak jer takkan dia main teng-teng
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 09:09 AM | Show all posts
dia jalan menyepit kaki kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 09:16 AM | Show all posts
dia catwalk or shud i say 'yetiwalk' tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 09:33 AM | Show all posts
berdasarkan gambo kedua tu
aku dpt simpulkan yeti yg berjalan tu
pompuan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2008 09:54 AM | Show all posts
dia loncat2 kot..tu yg nampak satu tapak jer...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 10:32 AM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 2-8-2008 09:33 AM
berdasarkan gambo kedua tu
aku dpt simpulkan yeti yg berjalan tu
pompuan



dlm gambor tu nampak nipple dia. pompuan/betina la kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2008 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by ikutsukerjerk at 2-8-2008 07:45 AM
naper tapak kaki tu ader satu jer.....patutnyer sepasang la kan....

mungkin yeti OKU, kaki kudung...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 03:42 PM | Show all posts
Orang kata Yeti berjalan macam ketam...
Big foot jalan terbalik kebelakang...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 05:02 PM | Show all posts
yeti ni .. maybe "buyu" atau jelmaan "berbadan besar dan berbulu" dari kebanyakkan kisah seram yg pernah kita dengar ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 05:15 PM | Show all posts
isk yeti2 ni.. tingat aku cite the mummy tomb of da dragon emperor wuhuuu.. lm cite tu yeti tu geng baik
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 11:10 PM | Show all posts

Reply #5 nurkasih74's post

fuhh.. bukan senang nak jln yetiwalk ni. dahla tapak kaki dier bulat je.
stabil ke tu.. takut terjelepuk jatuh je..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 11:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 12:58 PM | Show all posts

Balas #14 iron_maiden\ catat

bekengnye
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 01:09 PM | Show all posts
macam kiut je yeti ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2008 12:31 PM | Show all posts
takkn kaki satu je....?????mcm ne la rope nye...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 04:28 PM | Show all posts

Reply #2 ikutsukerjerk's post

dia jalan mcm model kut...ala2 kepit gtewww....

mcm kiut jer cik yeti nih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2008 09:15 AM | Show all posts
Pengembara mula ekspedisi cari Yeti

KATHMANDU – Satu pasukan pengembara Jepun berharap dapat membuktikan kewujudan makhluk misteri yang dikenali sebagai Yeti di kawasan pergunungan di Nepal.


Kewujudan Yeti iaitu makhluk separuh monyet dan separuh manusia di pergunungan Himalaya itu merupakan cerita dongeng tradisi penduduk di wilayah tersebut. – AFP
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 12:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.662533 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list