CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3001|Reply: 11

demam misteri di slim river

[Copy link]
Post time 27-7-2008 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Slim River dilanda 'demam misteri'    Oleh Kasdi Ali dan Rosman Shamsuddin
bhnews@bharian.com.my               

     MURAM: Jalan masuk ke Kampung Rasau lengang berikutan demam sendi melanda kampung berkenaan.

                   Doktor gagal kenal pasti penyakit sebenar

SLIMRIVER: Penduduk sekitar daerah Slim River kini hidup dalam kebimbanganberikutan menularnya penyakit berjangkit yang digelar 'demam sendi' dikalangan penduduk tempatan sejak beberapa bulan lalu.

Setakat ini, lebih 50 kes dilaporkan dengan kesan awalpenghidap ialah berasa lemah seluruh anggota badan, suhu badanmeningkat mendadak, hilang selera makan, timbul ruam merah di badandiikuti sakit teruk di bahagian sendi serta sukar bergerak.
        
   
     Kawasan paling teruk terjejas ialah Kampung Rasauapabila 25 kes dilaporkan dengan kebanyakan mangsa terdiri daripadagolongan berusia 20 tahun ke atas.

Tinjauan Berita Minggu ke kampung berkenaan semalam mendapatiterdapat 10 mangsa yang masih mengalami demam itu berada pada tahapkritikal termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun.

Menghairankan, doktor termasuk di Klinik Kesihatan DaerahSlim River yang merawat semua mangsa demam berkenaan gagal mengenalpasti penyakit sebenar dihidapi mereka biarpun selepas melakukan ujiandarah.
                          
TAK BERDAYA: Mohd Junit (kiri) dan Ariffin Ahad memapah mangsa demam sendi, Mohamad Nor Bidin, 11.

                        Seorang doktor klinik swasta di pekan Slim River yang enggan namanyadisiarkan berkata, kesan penyakit itu menyerupai demam campak dandenggi.

"Hampir setiap hari ada penduduk daerah ini terutamanya dariKampung Rasau datang ke klinik saya. Kebanyakan yang datang berada padatahap kritikal dan terpaksa dipapah. Selepas memberikan suntikan ubatpenahan sakit, saya menasihatkan mereka pergi ke hospital.

"Saya juga sudah melakukan ujian darah tetapi gagal mengenalpasti penyakit sebenar dihadapi. Simptom penyakit demam sendi inihampir sama dengan demam campak dan denggi. Ia berlarutan antara empathari hingga dua minggu.

"Saya kategorikan penyakit ini agak serius kerana seseorangyang mengalaminya tidak dapat menjalankan aktiviti harian sepertibiasa. Penyakit ini menyebabkan sendi penghidapnya sakit teruk dan jikaia menyerang bahagian sendi lutut atau pergelangan kaki, seseorang itutidak dapat bergerak dan terpaksa mengesot," katanya.
                                Beliau berkata, demam itu dipercayai merebak melalui nyamuk dan beliausudah memaklumkan kepada pegawai kesihatan daerah supaya membuatpemantauan kerana bimbang jika dibiarkan berlarutan, penyakit itu bolehbertambah serius.

Sementara itu, Ketua Kampung Rasau, Mohd Junit Zakaria, 64,berkata pada peringkat awal penduduk beranggapan ia hanya demam biasatetapi apabila semakin ramai diserang penyakit itu, penduduk mulacemas.

Katanya, setakat ini sudah 25 penduduk mendapatkan rawatan diKlinik Kesihatan Slim River, Hospital Slim River dan klinik swastanamun sehingga kini punca sebenarnya belum lagi diketahui.

"Penduduk memaklumkan bahawa apabila mereka diserang demamini badan mereka mulai rasa panas dan kurang selesa dan muntah-muntahserta hilang selera makan.

"Selepas itu mereka akan berasa sakit pada bahagian sendiseluruh badan sehingga ada yang tidak mampu berjalan dan terpaksamerangkak serta dipapah untuk ke bilik air.

"Kemudian timbul bintik kecil seperti ruam berwarna merah dibahagian badan seperti demam denggi dan apabila bintik itu hilang makademam mulai reda. Namun, apa yang membimbangkan, ada kes penyakit ituberulang menyerang mangsa sama," katanya.

Mohd Junit berkata, beliau bimbang dengan wabak misteri inidan hairan sehingga kini pihak berkuasa tempatan (PBT) belum mengambilapa juga tindakan untuk langkah pencegahan menyebabkan penduduk mulairasa takut.

"Saya berpendapat penyakit ini sudah menjadi wabak kerana ia merebak dengan cepat," katanya.

INFO: Simptom demam sendi
  • Lemah badan
  • Badan menggigil kesejukan
  • Suhu badan meningkat
  • Hilang selera makan
  • Sakit teruk di bahagian sendi
  • Sukar bergerak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2008 12:19 PM | Show all posts
macam rheumatic fever...
yeke?
any opinion from u guys?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 08:51 PM | Show all posts
From the symptoms lists it sounds like dengue.  

Masa hubby kena denggi he displayed all the above symptoms.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2008 09:22 PM | Show all posts
kalau denggi mesti dpt detect awal lagi...
sebab dorang mesti dh consider denggi but its not dengue...
just mimic dengue...
hrmmmm....:re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2008 09:29 PM | Show all posts
hrmmm...
mari mendiagnose...
menarik nih...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 09:44 PM | Show all posts
ni ker yg demam cikuniya (aku tak reti sebut n eja)...mmm..mana kalo ada team medical investigation nih baguih nihh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-7-2008 10:05 PM | Show all posts
chikugunya ek??
btul ke eja nihh??
ooo...confirm ke??
dia transmitted via ape ek?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 12:54 PM | Show all posts
dia transmitted thru email...eheeehe...jgn marah wokey...
xtau aa....mungkin nyamuk rasanye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2008 03:13 PM | Show all posts
ish 1st time denga demam ni....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 03:33 PM | Show all posts
nyamuk aedes jugak.. cara sebaran melalui gigitan nyamuk..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 04:16 PM | Show all posts
about chikugunya..
taken from cdc
Chikungunya fever is a viral disease transmitted to humans by the bite of infected mosquitoes. Chikungunya virus is a member of the genus Alphavirus, in the family Togaviridae. Chikungunya fever is diagnosed based on symptoms, physical findings (e.g., joint swelling), laboratory testing, and the possibility of exposure to infected mosquitoes. There is no specific treatment for chikungunya fever; care is based on symptoms. Chikungunya infection is not usually fatal. Steps to prevent infection with chikungunya virus include use of insect repellent, protective clothing, and staying in areas with screens. Chikungunya virus was first isolated from the blood of a febrile patient in Tanzania in 1953, and has since been cited as the cause of numerous human epidemics in many areas of Africa and Asia and most recently in limited areas of Europe.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 04:18 PM | Show all posts
Chikungunya Symptoms and Treatment
Chikungunya virus infection can cause a debilitating illness, most often characterized by fever, headache, fatigue, nausea, vomiting, muscle pain, rash, and joint pain. The term 慶hikungunya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74654 Replies : 3005
Anzalna Oh Anzalna
URUHAAnzalna Oh Anzalna
Views : 13248 Replies : 63
“Nelydia sudah free hair? (tidak bertudung),” Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung
chacon“Nelydia sudah free hair? (tidak bertud
Views : 8545 Replies : 12
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12228 Replies : 86
Kambing, virgin & vegan
kutaqKambing, virgin & vegan
Views : 6628 Replies : 28
Reptilia
InezkhalidiReptilia
Views : 8057 Replies : 32
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3955 Replies : 38
Emmm ?
RemydaEmmm ?
Views : 3072 Replies : 16
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41812 Replies : 259
Meow & Otomen Yang Caring
URUHAMeow & Otomen Yang Caring
Views : 6035 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.093628 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list