CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3701|Reply: 4

Konspirasi AG dan IGP

[Copy link]
Post time 22-7-2008 02:43 PM | Show all posts |Read mode
. Jabatan Kimia cukup seronok bila depa rasa,depa ada bukti kukuh terhadap Anwar, jadi memutuskan untukmerayakannya. Ada la sorang pi sponsor RM25,000 untukJabatan Kimia sebab, tak macam dulu, kali ni depa dapat pegang teloqAnwar.

RM25,000tak jadi kudis kalau nak buat parti, tambahan pula kalau nak buat partimenyambut perkahwinan Perdana Menteri.Tahun lepas, masa Pak Lah kawindengan Pembantu dari Putrajaya, depa belanja berjuta! RM25,000 pun takjadi apa, kalau nak sambut hari dimana Najib jadi Perdana Menteri pada2010. Rosmah Mansor beli beg tangan lebih mahai dari tu. Tapi RM25,000cukup besar kalau nak sponsor parti untuk merayakan kejayaan JabatanKimia kerana berjaya mencengkam teloq Anwar.

Pasai apa perlu sponsor parti yang bernilai RM25,000 untuk kakitanganJabatan Kimia? Nak sambut apa? Selalu ka depa buat macam tu? Ataupunini adalah kejayaan sekali dalam seumur hidup kerana berjaya mempunyai'bukti' untuk menghantar Anwar dipenjara untuk sekurang-kurangnya 10tahun, dan memastikan Anwar tidak akan berjaya menubuhkan kerajaan pada16 september 2008 nanti?

Oh oh!! Tunggu sat. Abdullah Badawi adacakap, Anwar mesti memberikan profil DNA yang baru secara sukarela.Profil DNA tahun 1998 yang ada kat polis tu dah lama. Polis pulak kata,kalau Anwar tak mau bagi profil DNA yang baru, depa akan dapatkanperintah mahkamah untuk memaksa Anwar. Ho.ho.ho... ada banyak yang takkena, brader.

Mula-mula sekali, kalau Jabatan Kimia sudahpunselesai dengan kes ini dan mempunyai bukti yang kukuh terhadap Anwar,pasai apa nak minta profil Anwar lagi? Profil DNA tak ada tarikh luput.Adakah polis juga memerlukan cap jari Anwar yang baru, sebab cap jariyang depa ambil 10 tahun dulu dah lepas 'tarikh luput'? Cap jari takpernah berubah dari tarikh kita dilahirkan sampa mati. Profil DNA punmacam tu jugak! Awat la bodoh sangat?

Kalau hangpa ingat, kuburNapoleon Bonaparte pernah digali dan pemeriksaan membuktikan dia matikerana keracunan arsenik. Dan Napoleon mati pada 5 May 1821, samadengan 187 tahun dulu! Tak kan Profil DNA Anwar yang baru 10 tahun dahbasi kot?

Sebenarnya, bukti kukuh yang dikatakan diperolehi olehJabatan Kimia itu diperolehi melalui contoh yang diperolehi pada tahun1998. Jadi, depa perlukan contoh baru yang bertarikh 2008. Kalau tidak,sekiranya Anwar membawa pakar dari luar untuk mengaudit bukti Jabatankimia itu, sudah pasti, pakar tersebut akan mendapati 'bukti' itusebenarnya sudah berusia 10 tahun, dan bukannya dari kejadian 'liwat'pada 26 Jun 2008 seperti yang didakwa oleh kerajaan.

Betui!!bukan saja pakar DNA akan dapat mengetahui 'air mani' yang ada padaseluar dalam Saiful itu kepunyaan Anwar, malah depa juga boleh tau samaada ianya dari contoh tahun 1998 ataupun bertarikh 26 Jun 2008.

'Bukti'nyasudah sedia. Contoh airmani pada seluar dalam Saiful telah disahkan.Satu saja masalahnya ialah, kalau dibenarkan pakar bebas dari luarnegara melakukan audit terhadap bukti Jabatan Kimia ini, sudah tentupakar ini akan mengesahkan air mani itu berusia 10 tahun.

Jadi,depa mesti tukarkan contoh September 1998 kepda July 2008. Itu sebabnyaAbdullah Badawi dan Syed Hamid Albar, dan ramai lagi, meminta Anwarmenyerahkan contoh profil DNA yang baru. Mereka memerlukan contoh baruini untuk 'membuktikan' bahawa airmani yang ada pada seluar dalamSaiful bertarikh 26 Jun 2008. Dan Pak Lah sendiri telah 'mengesahkan'perkara ini bila dia meminta Anwar menyerahkan profil DNA yang barusecara sukarela walaupun contoh yang lama masih boleh digunakan kalausetakat untuk mengetahui profil DNA.

Ya, pada September 1998,depa dah ambil contoh darah Anwar. Tapi depa tak boleh gunakan sebagaibukti dalam kes yang terbaru ini. Mereka perlukan bukti terbaru danmelainkan mereka boleh memaksa Anwar menyerahkan contoh terbaru,'bukti' mereka dianggap lemah.

Itulah sebabnya polis terpaksamembebaskan Anwar atas jaminan polis sehari selepas dia ditangkap macamfilem Hollywood. Mereka terpaksa membebaskan Anwar atau pun membawanyakemahkamah untuk didakwa. Tapi macam mana nak dakwa Anwar kalau 'bukti'tidak dapat diterima? Dan bukti yang menunjukkan jenayah yang dilakukanoleh Anwar adalah menerusi contoh DNA tahun 1998 sudah pasti takditerima oleh mahkamah. Anwar dituduh pada 26 Jun 2008, bukan September1998!

Nampak tak, macam mana liciknya AG dan IGP berkomplot? Dandua makhluk seperti ular ini juga yang memalsukan bukti pada tahun 1998yang menyebabkan Anwar terpaksa merengkok dalam penjara selama enamtahun. Dan an aku melakukan kesalahan menghasut dan memfitnah bila akucakap perkara ini! Mintak-mintak macam tu la. Sementara kita masih lagidalam hal ini, amacam kalau aku buat satu lagi 'kesalahan'? Aku akanmenuduh AG dan IGP memalsukan bukti dan mengancam saksi.

Hangpatau, depa minta seorang doktor dari sebuah hospital untuk melakukanpemeriksaan terhadap Saiful. Doktor tu pun buat dan dalam laporannya,dia kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini.Polis kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cubamemaksa doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar,doktor tersebut enggan melakukannya.

Sehingga hari ini, doktortersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadapAnwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapi dia tidak peduli.Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakan Anwar meliwat saiful,walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa dengan ini, polis terpaksamembebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukarlaporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.

"Bukti'terhadap Anwar tidak cukup. Mereka kini mencari jalan lain untuk'membuktikan' Anwar meliwat Saiful. Dalam pada itu, kita perhatikan,sama ada AG akan melakukan satu lagi repot polis terhadap aku dan samaada IGP akan menangkap aku dan mendakwa aku dimahkamah kerana menghasutdan memfitnah kerana dakwaan ini.

Hei!! Aku dah pun ada empattuduhan menghasut dan memfitnah. Tak jadi hal kalau tambah lagi duaatau tiga tuduhan! Yang penting ialah sama ada aku masuk jel atautidak. Apa yang penting ialah dunia diberitahu bahawa mereka sedangmencuba untuk memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim. Kalau masuk jelpun, pulang modal.

(Posting ini adalah terjemahan daripada artikel terbaru Raja Petra,How, yet again, they are trying to fabricate evidence against Anwar)

nak lebih lan bka web ni http://matsamankati.blogspot.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2008 03:26 PM | Show all posts
aku rsa bgus jgak
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 03:32 PM | Show all posts
  apa nak jadi malaysia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 11:25 PM | Show all posts
...apa nak jdi ngan negata kta.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 11:26 PM | Show all posts
...apa nak jdi ngan negara kta.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.073224 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list