CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3119|Reply: 80

150 NGO sokong Abdullah

[Copy link]
Post time 12-7-2008 08:03 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA 11 Julai - Lebih 30,000 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara dijangka berkumpul di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini esok bagi menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli berkata, ahli-ahli daripada 150 NGO itu berasa terpanggil untuk mempertahankan Abdullah setelah timbul isu undi tidak percaya terhadapnya.
"Perdana Menteri kita bersikap terbuka tetapi ada pihak cuba mengambil kesempatan atas keterbukaannya.
"Dalam keadaan berlaku perpecahan Melayu, kami terpanggil untuk menyuarakan sokongan padu yang tidak berbelah-bahagi kepada kepimpinan Abdullah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di PICC hari ini.
Menurutnya, antara NGO yang mengesahkan kehadiran esok termasuk pertubuhan- pertubuhan pelbagai kaum dan etnik dari Sabah dan Sarawak.
NGO berkenaan terdiri daripada persatuan bekas anggota pasukan keselamatan polis dan tentera, pertubuhan-pertubuhan silat, suku-suku kaum Sabah dan Sarawak serta persatuan-persatuan Cina, India dan pelbagai etnik.
''Dijangkakan lebih 600 buah bas akan berada di pekarangan PICC esok, dari sebelah utara tanah air sahaja lebih 12,000 orang telah mengesahkan akan hadir," katanya.
Semalam, Abdullah mengumumkan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan 2010.
Peralihan kuasa dalam tempoh dua tahun itu dirancang bagi memberi peluang kepada Abdullah melaksanakan projek-projek pembangunan yang dirancang khususnya untuk membasmi kemiskinan tegar.


* Betul ke 30,000 yang hadir hari ini...???? ada sesiapa yg pergi....?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2008 08:04 PM | Show all posts
Banyaknya 30,000 yg menyokong Pak Lah kan.... kira masih releven laa BN ni yee....
tapiiiii.........
ye ke 30,000......?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 08:07 PM | Show all posts
muat ke PICC nk sumbat 30k tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 08:11 PM | Show all posts
sebelum hapa hapa..bak mai list 150 NGO tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 08:11 PM | Show all posts

Reply #4 PutraMarhaen's post

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 08:17 PM | Show all posts
bnyk budget PakLah... 30000 x RM50 = RM1.5m woooo.... (anggaran ciput jer)

aci kerat jari ler kalau geng2 ni pegi free jer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2008 08:34 PM | Show all posts
kalau betul laaa ada 150 ngo yg sokong...sebelum dorang meraung kat picc tu doloh and the geng dan tabur 'gula-gula'..percaya tak? percayalah rakyat malaysia..bukak mati hati...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 08:37 PM | Show all posts

Reply #6 luvly_eone's post

siap datang dijemput dgn bas (ye laa KJ kan beli banyak bas tapi tak guna..masa ni laa dorang guna angkut penyokong yg disuap) pastu ada sarapan ala2 western ada layanan 3star dlm bas tu(ada pelayan pakai skirt) ditambah duit pocket..sesampai di PICC...dijamu dgn juadah macam nak raya...so total cost untuk perhimpunan tu nanti akan di audit oleh bahagian account diputrajaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2008 08:50 PM | Show all posts
tak puas ati.. takde ayat berdiri teguh blakang paklah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 08:56 PM | Show all posts
PRU ada dtg nk kawal keadaan ka?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 09:01 PM | Show all posts
pekida kira ngo jugak ke??paklah nak angkut geng2 pekida kot...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 09:01 PM | Show all posts
Originally posted by maksubita at 12-7-2008 08:03 PM
PUTRAJAYA 11 Julai - Lebih 30,000 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara dijangka berkumpul di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini esok bagi menyatakan sokong ...
"Dalam keadaan berlaku perpecahan Melayu, kami terpanggil untuk menyuarakan sokongan padu yang tidak berbelah-bahagi kepada kepimpinan Abdullah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di PICC hari ini.


....kalau betul pun, dah tahu tahap mentaliti mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 09:03 PM | Show all posts
dalam keadaan berlaku perpecahan melayu..hahahha
lawak ayat ni

apa lagi..esok hunus la keris ...


hermm putrajaya tu dekat je ngan rumah aku.kalau aku rajin..esok aku nak join NGO tu gak..

mana tau dapat nasik bungkus free..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 09:18 PM | Show all posts
nak stadium pulak kew
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 09:25 PM | Show all posts
30 ribu bantal empokLah dan pampers bersaiz xxL ah

telah habis dijual

diseluruh

pasarraya di lembah kelang

ianya teLah diborong oleh NGO-NGO
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 09:28 PM | Show all posts
Originally posted by vivirp_25 at 12-7-2008 09:18 PM
nak stadium pulak kew

demi menunjukkan taat setia dibelakang paklah...abg kena hadiri gak esok..bawak sepanduk....idup paklah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2008 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by azwandyazizan at 12-7-2008 09:01 PM
pekida kira ngo jugak ke??paklah nak angkut geng2 pekida kot...


KO JGN LUPA AKU YE......KITA MESTI PERTAHANKAN !

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2008 10:25 AM | Show all posts
ada tiger show pompuan seksi-seksi berjoget-joget masa yg macam PRU yg lepas tu tak...??? kalaua ada...nak singgah tengok lah....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 10:39 AM | Show all posts

Reply #1 maksubita's post

Nak lakukan sewa bas, pembaziran minyak diesel bas, makan free, kan satu pembaziran?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 11:21 AM | Show all posts

Reply #4 PutraMarhaen's post

lawak sempoi. .. waahahaha .. .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.097055 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list