CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16058|Reply: 27

TIP ELAK SUAMI & ISTERI CURANG

[Copy link]
Post time 17-6-2008 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku namun hal yg sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran utk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang, berikut adalah tips yg mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.

1) Selalu berpenampilan Menarik
Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan utk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampialn kita selalunay berbeza.

Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dgn org lain terutamanya jika ada yg memuji. Puji-pujjian ini ini merupakan salah satu punca yg memungkinkan berlakunay kecurangan.

2) Kehidupan Seks Yang Sihat
Memenuhi keperluan seks pasangan sgt penting utk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yg berkaitan dgnnya, berusahalah utk mengatasinya secepat yg mungkin.

3) Persamaan
Menikahlah dgn lelaki atau pasangan yg anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatan yg hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yg banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan utk berlakunya kecurangan.

4) Waspada
Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jgn ragu utk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jgn biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

5) Waktu Hanya Berdua
Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya utk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting utk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

6) Mencari Kaunselor
Jangan ragu utk mendapat khidmat dpd kaunselor ataupun org tgh sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yg sukar utk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.
Begitu pula dgn perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dlm menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yg anda harapkan?

7) Menghargai Pasangan
Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dgn kesetiaan. Ucaplah terimakasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yg dilakukan.

8) Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan
Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.

koleksi tip dari www.istimewa2u.blogspot.com

[ Last edited by  MUZRI at 23-6-2008 09:39 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2008 05:30 PM | Show all posts
tips yg menarik...
edisi siasat menyiasat ni xpenah lekang dlm perhubungan..
baik sebelum kawin..mase kawin..mahupon sesedah perkahwinan...


slamat mencube..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 05:35 PM | Show all posts
totally agree!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 11:07 PM | Show all posts
4) Waspada
Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jgn ragu utk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jgn biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

8) Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan
Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.

makcik ayang68 patut baca ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 08:44 AM | Show all posts
sebenarnya selagi setiap individu tidak tau menilai harga sesuatu ikatan....dan juga tidak mengenali siapa sebenarnya pasangan mereka...dan juga tidak tau apa erti hormat menghormati...bagi la berapa banyak tips pun.....curang tetap curang.........
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 09:33 AM | Show all posts
i think must make sure both of you ada iman and ada taqwa.

kalu dedua ni tak de, tak kisah macam mana rapat/kenal/etc, etc pun, nafsu tu mesti tak leh nak di kekang. nama pun manusia, dikata to err is human mah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2008 09:55 AM | Show all posts
kadang2 lebih baik tidak tahu drp kita tahu.. sbb bila dah tahu.. curiga berleluasa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2008 01:58 PM | Show all posts
tip untuk memberi kita berfikir.. corak berfikir, langkah dan tindakan kita yang menentukan perbuatan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2008 02:06 PM | Show all posts
what you don't know won't hurt you
whatever doesn't kill you will make you stronger

sekian falsampah kak tipah petang ini. wassalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2008 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by hzln at 18-6-2008 02:06 PM
what you don't know won't hurt you
whatever doesn't kill you will make you stronger

sekian falsampah kak tipah petang ini. wassalam.


kak tipah falsampah english lagi.. kena chek kamus ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 09:13 AM | Show all posts
Originally posted by cantthinkofany at 18-6-2008 08:44 AM
sebenarnya selagi setiap individu tidak tau menilai harga sesuatu ikatan....dan juga tidak mengenali siapa sebenarnya pasangan mereka...dan juga tidak tau apa erti hormat menghormati...bagi la be ...


yup..
tips mmg banyak..
tapi mind set tu yang kena set dari awal..
semuanya terletak di fikiran kita..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2008 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by bakawali_04 at 19-6-2008 09:13 AM


yup..
tips mmg banyak..
tapi mind set tu yang kena set dari awal..
semuanya terletak di fikiran kita..


Tip hanyalah panduan untuk kita.. sama seperti berilmu tapi tidak bermengamalkan ilmu yang ada..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 12:30 PM | Show all posts
bagus utk panduan di kemudian hari.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by MUZRI at 19-6-2008 11:35 AM


Tip hanyalah panduan untuk kita.. sama seperti berilmu tapi tidak bermengamalkan ilmu yang ada..


yup.. terima kasih.
ingatan utk saya jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 01:26 PM | Show all posts
jarang isteri berlaku curang walaupun semacam menjadi satu trend skang nih..tp. kalau laki yg curang mmg bersepah.. apapun kene byk bersabar dlm menghadapi ujian ini.byk lelaki yg bila ditanya amat menitikberatkan soal penampilan isteri + mknn mereka dtmpt tidur.. penah satu masa aku g temankn kwn jmpa ostad bg mandrem laki dia yg dah kemaruk ngan betina lain.setelah pelbagai cara dia buat utk lenturkan hati suami tp tak maunye jalan.. dan Alhamdulillah..nak dijadikn sbb..ok jugaklah lepas tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 01:48 PM | Show all posts
Originally posted by MUZRI at 19-6-2008 09:08 AM


kak tipah falsampah english lagi.. kena chek kamus ni


nak kat tipah kasi falsampah bahasa tamil ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2008 01:56 PM | Show all posts
TIP TAKMO SUAMI ISTERI CURANG? Yg lelaki takyah beristeri, yg pompuan takyah bersuami...idup membujang smpi mati. Tak curang, tak dicurangi. BULIHHH GITU?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by kuehdonat at 19-6-2008 01:26 PM
jarang isteri berlaku curang walaupun semacam menjadi satu trend skang nih..tp. kalau laki yg curang mmg bersepah.. apapun kene byk bersabar dlm menghadapi ujian ini.byk lelaki yg bila ditanya am ...



Tak jarang kakak donat oi...

Isteri kalau curang... dia org buat senyap2.....Suami kalau curang dia suka buat dgn kawan2...

Thats why... payah nak tgk isteri curang...sebab dia org buat senyap2...kawan pun payah nak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 04:37 PM | Show all posts
kawan diri, perubahan diri tu perlu, lebih2 lagi kalau dah berumah tangga.
betul tu.. bagi la tips bertimbun2, kalau kepa otak tu sibuk fikir benda lain pun x guna jugak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2008 11:17 PM | Show all posts
Originally posted by hzln at 19-6-2008 01:48 PM


nak kat tipah kasi falsampah bahasa tamil ker?


kak tipah leh behasa tamil.. hebat kak nih semua bahasa boleh..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54163 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64362 Replies : 379
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 42644 Replies : 418
'Kalau rasa tak mampu, jangan berhutang'- Aliff
maklukpenggoda'Kalau rasa tak mampu, jangan berhut
Views : 4414 Replies : 5
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 23671 Replies : 7
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276408 Replies : 8066
Bendera Syria diganti
maklukpenggodaBendera Syria diganti
Views : 29941 Replies : 18
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39361 Replies : 44
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 24202 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.346163 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list