View: 2880|Reply: 1
|
KENAPA MALAYSIA MUNGKIN TAK AKAN MENCAPAI WAWASAN 2020
[Copy link]
|
|
Kalau di lihat dari pandangan ahli politik dan pakar ekonomi, negara perindustrian ini boleh di ukur mungkin dari indeks Keluaran Negara Kasar atau Keluaran Dalam Negara Kasar, atau dari kadar pinjaman bank atau kadar pelaburan dari luar negara dan banyak lagi perkara berkenaan nombor-nombor besar yang aku sendiri pun kurang arif.
Tapi pada aku, beza Negara Membangun dan Negara Berindustri itu mudah sahaja. Jadi untuk hari ini (maaf ya para pembaca, sudah tiga hari aku tidak menulis... sibuk sangat dengan hal-hal kerja) aku akan bentangkan (macam pidato pula) beberapa Sebab Utama Malaysia Tidak Akan Mencapai Wawasan 2020. (Ataupun Status Negara Berindustri Pada Tahun 2020)
1. Tandas Kita Masih Basah.
Aku pernah bermastautin di luar negara, di satu negara yang diakui sebagai salah satu negara perindustrian besar dunia, dan selama aku tinggal di sana selama sepuluh tahun, aku tak pernah pun jumpa tandas yang berlantai basah.
Kalau pernah pun mungkin tandas di rumah aku di sana selepas aku mandi. Tapi pergi sahaja di mana-mana tandas, bak di stesen keretapi, restoran, stesen minyak, kolej, pusat membeli-belah dan sebagainya, memang semua tandas mereka kering.
Di Malaysia hampir 98% tandas macam kulit album Bon Jovi 'Slippery When Wet'. Sila Google. Nampak sangat orang Malaysia suka main air dalam tandas.
2. Pemandu Kereta Kita Masih Tak Bertamadun.
Belok ke kiri dan kanan tak menggunakan lampu isyarat, suka letak kereta suka hati (terutamanya di depan meja kamu ketika kamu makan di kedai mamak), suka modify kereta murah menjadi kapalterbang, suka memasang gimik surbo untuk menturbokan kereta (memang berkesan, seberkesan krim pembesar buat dada dan krim pemanjang zakar) dan macam-macam lagi.
Dan yang paling teruk sekali, yang tak sabar dan suka memotong giliran. Kalau di sistem amaran jalanraya ITIS dia kata 'Potong Q'. Kasihan Q, kena potong tiap-tiap hari.
3. 97% Motosikal Di Jalan Raya Kita Masih Berkuasa 150CC/2 Lejang Ke Bawah.
Akibatnya, udara kita makin tercemar di sebabkan pembakaran bahanapi kurang lengkap enjin berkuasa rendah, keamanan kita terganggu di sebabkan bunyi enjin bernada tinggi, dan memeriahkan lagi arena Mat Rempit negara di sebabkan harga dan kos yang rendah.
Kalau semua motosikal 150CC (atau motosikal 2 lejang ke bawah) di haramkan di Malaysia (seperti banyak negara-negara berindustri lain di dunia) sudah pasti masalah ini semua lupus. Akibatnya semua Mat Rempit akan naik basikal. Masalah selesai, dunia pun aman. Lepas itu pun mudah anggota polis untuk menangkap Mat Rempit di sekatan-sekatan jalanraya, kerana kelajuan basikal si Mat Rempit akan bergantung 100% kepada daya ketahanan fizikal, stamina dan teknik mengayuh si penunggangnya.
Kalau dah naik basikal kamu ingat si Mat Rempit ini akan tetap berlumba tak agaknya? Pemenangnya pun di jamin tak dapat duit mahupun bohsia. (Ada lagi ke bohsia ni? Kuno betul istilahnya.)
4. Kita Masih Tiada Industri Pornografi Yang Professional.
Kita cuma bergantung kepada Ah Beng di kedai telefon bimbit ataupun laman-laman tertentu yang akan membekalkan kita dengan klip-klip video rakaman telefon bimbit terkini. Memang tiada syarikat berdaftar yang sah di negara kita ini yang mengeluarkan siri-siri pornografi tempatan seperti 'Combi Kampung Pisang', 'Pontianak Sundal Harum Malam', mahu pun 'Sayang Salmah'. (Tajuk terakhir tak ditukar pun, haha)
Tapi sebenarnya banyak tajuk filem-filem kita tak perlu ditukar pun untuk dijadikan pornografi. Memang dari asalnya sesuai. Seperti 'Gila Gila Remaja', 'Tujuh Biang Keladi', 'Ali Setan', 'Azura', 'Adik Manja', 'Gol Dan Gincu', 'Baik Punya Cilok', 'Sumo-lah', 'Impak Maksima', 'Esok Masih Ada', 'Bukit Kepong' dan sebagainya. Semuanya kalau dilihat dari konteks berlainan, boleh menjadi judul filem pornografi.
Baiklah 'Bukit Kepong' memang kurang sesuai.
5. Kita Kecoh Bila Perempuan Melayu Berbikini Atau Berlurah Dada.
Lihat saja nukilan ini. Sampai bila nak pakai baju-T putih dengan seluar panjang sukan? Kalau kamu lelaki dan kamu kata kamu tak suka tengok perempuan pakai bikini memang kamu penipu, terima kasih. Tak kisahlah kamu rosak akhlak atau tidak.
6. Karyawan Benar-Benar Kreatif Masih Musuh Negara.
Karyawan di sini bermaksud orang yang berkarya, bukan persatuan 'Karyawan' yang dipimpin Freddie Fernandez ke entah siapa aku pun kurang pasti.
Tak kisahlah kamu pemuzik dalam satu band, atau pun pengarah filem pendek, mahupun penulis, penyair, pelukis dan macam-macam lagi, tak kisah lah sebenarnya, asalkan pengeluar hasil kreatif yang berlainan dari norma yang diterima masyarakat梜alau kamu salah seorang dari golongan ini, memang susah untuk mendapat sokongan 'rasmi'.
Kalau kamu tiada 'lubang' atau 'jalan belakang', memang lupakan sahaja. Akibatnya buruk, mungkin kamu akan dituduh penyembah kambing hitam, pengarah filem lucah atau anti-nasionalis. Tapi kalau kamu betul-betul penyembah kambing hitam, pengarah filem lucah atau anti-nasionalis memang bagus lah.
7. Kita Masih Inginkan Yang Tertinggi, Yang Terpanjang, Yang Pertama, Yang Terhebat!
Dan selepas itu kita gelakkan Singapura. Walhal dari dulu Singapura asyik tersengih dengan obsesi kita. Itu sahaja yang kita suka.
Aku sampai sekarang tak faham kenapa kita perlu ada semua 'Yang Ter-' itu. Semangat kebangsaan hanya akan meningkat jika kita tumpukan perhatikan kepada pendidikan, taraf kehidupan dan kebersihan tandas.
Ini termasuk kemudahan komputer di sekolah, kemudahan penyelidikan di universiti, dana-dana penyelidikan akademik, keadaan jalan raya dan infrastruktur yang optimum, kemudah pengangkutan awam yang selesa, kemudahan internet jalurlebar dan tanpawayar untuk semua, dan tandas yang tidak basah dan boleh dipam serta ada tisu.
Pada pendapat aku lah.
8. Kita Masih Tiada Industri Berdasarkan Layandiri Bersyiling.
Layandiri bersyiling?
Contohnya coin laundry. Aku pasti kamu mesti pernah lihat di dalam wayang. Masukkan baju kotor, letak sikit sabun pencuci, masukkan syiling dan 15 minit kemudian baju kamu selesai dibasuh. Kadang kala di sediakan sekali mesin pengering. Aku tak pasti kenapa konsep sebegini tidak popular di Malaysia. Akibatnya taukeh dobi yang basuh kurang bersih kaya-raya.
Satu lagi contoh ialah vending machine untuk rokok atau pun arak. Mahupun benda-benda lain selain dari Coca-Cola dan Pepsi dan Teh Bunga Yeo's. Pada pendapat aku kita senegara masih tiada mentaliti untuk menjaga harta awam secara bersama. Pantang ada benda baru kita masih jakun dan perlukan banyak penyelenggaran dan pendidikan. Mesti diconteng, ditendang, dicuri atau ditampal dengan kertas tertulis 'Rosak'. Lihat sahaja telefon awam dan mesin tiket LRT.
9. Kita Masih Utamakan Penganugerahan Darjat dan Pangkat.
Tak kisah lah, Datuk, Tan Sri, atau Yang Berhormat. Tak silap aku adat penganugerahan begini adalah tinggalan penjajahan Inggeris (mungkin aku silap). Atau pun kita mungkin dari dulu memang gila kuasa. Satu negara tapi Raja berbelas-belas. Tak termasuk kerabat, anak kerabat, cucu kerabat dan lain-lain.
Memang biasa kita lihat, kalau orang kita diberi kuasa, terus gila kuasa. Tak kisahlah, dari pak guard kondominium hinggalah ke wakil rakyat. Sama semuanya.
Kalau kita semua diberi peluang yang adil dan sama dari segi perniagaan, pentadbiran dan penguasaan, tanpi kroni dan 'lubang dalam' aku pasti mentaliti kita secara keseluruhan berubah. Survival of the fittest, as I always say.
10. Kita Masih Cepat Melenting.
Lihat sahaja bahagian komen blog aku. Kita tidak subjektif, malah mengkritik tanpa memberi peluang atau kemungkinan bahawa ada pendapat lain selain dari pendapat kita sendiri., atau pendapat tentang apa yang betul dan telah disogokkan kepada kita oleh sekitaran kita. Walaupun mungkin tafsiran tersebut juga berkenaan dengan aku dan pendapat aku. Tapi aku tak peduli. (Macam Si Monyet siri animasi Filem Negara.)
Kata si Farid Ismeth Emir, "Mari kita renung-renungkanlah bersama..."
Tapi yang aku tahu kamu semua mesti banyak pendapat. Silakan... |
|
|
|
|
|
|
|
....sekarang org mungkin berfikir....'' anak ku kalau bapak mampus hari ini ,esok kau nak makan apa...? sebab tu bapak nak terus jadi menteri boleh makan orang....
ha ha ha... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|