CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5279|Reply: 15

Sukarelawan Bantu Kanak-kanak Orang Asli Tutur Bahasa Inggeris

[Copy link]
Post time 10-6-2008 12:27 PM | Show all posts |Read mode
10 Jun, 2008 11:36 AM                                                    
                 Sukarelawan Bantu Kanak-kanak Orang Asli Tutur Bahasa Inggeris
               
                                Oleh Tuan Sharifah Shahaini Dan Kamarul Irwan

PEKAN, 10 Jun (Bernama) -- "Thank You, Teacher", mungkin satuungkapan yang biasa daripada seorang pelajar kepada guru, namun bagisekumpulan sukarelawan di perkampungan Orang Asli Tanjung Keruing,Paloh Hinai di sini, ia adalah ungkapan paling bermakna buat mereka.

Masakan tidak, segala pengorbanan dan jerih yang dilalui pasangan suamiisteri, Tan Jooi Long dan Marie Joy, 60, serta rakan-rakannya dalammembudayakan pendidikan khususnya bahasa Inggeris terhadap kanak-kanakOrang Asli yang lebih gemar ke sungai dan hutan, ternyata membuahkanhasil.

Tan, 60, bekas wartawan Bernama meninggalkan keseronokan yang ada diibu kota pada setiap hujung minggu dengan berulang-alik dari KualaLumpur ke Pekan yang ratusan kilometer sejak dua tahun lepas,semata-mata untuk menjayakan kelas bahasa Inggeris kepada kanak-kanakmasyarakat orang Asli di kampung terbabit.

Bagaimanapun, ia seperti kata pepatah "alah bisa tegal biasa" bagidirinya serta kumpulan sukarelawan terbabit yang terdiri daripadamereka yang bekerja dari pelbagai bidang termasuk akauntan, teknologimaklumat (IT) mahupun ahli perniagaan.

PERMULAAN

Tan yang meninggalkan bidang kewartawanan pada tahun 1995 untuk membukasyarikat sendiri bukan asing dengan cara hidup masyarakat Orang Asli.

Beliau yang gemar mengikuti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dikawasan hutan negara ini berasa terpanggil untuk memberikan khidmatbaktinya kepada masyarakat itu sebagai tanda syukur terhadap kesenanganyang diberikan tuhan terhadapnya.

Katanya, beliau telah mula menjalankan kerja-kerja amal sepertimemberikan penerangan berhubung penjagaan kesihatan dan kesedaranpendidikan terhadap masyarakat Orang Asli di Bentong dan Raub di Pahangsejak 10 tahun lepas.

Namun katanya, tawaran yang diterimanya daripada Yayasan KajianPembangunan Masyarakat (YKPM) pada dua tahun lepas untuk menjalankanprojek pembangunan kepada masyarakat Orang Asli di Tanjung Keruing dansekitar dianggapnya terlalu hebat untuk ditolak.

"Saya lihat hampir 95 peratus kanak-kanak orang asli seawal usia limatahun dan ke atas di kawasan ini masih tidak tahu mengenal huruf dannombor dan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk memberikanpendidikan sebaik mungkin," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Bukan tiada kemudahan persekolahan di kawasan tersebut namun atasbeberapa faktor tertentu seperti kemiskinan, masalah pengangkutan dansikap mereka sendiri yang agak culas ke sekolah menyebabkan ramai yangtidak mahu ke sekolah, katanya.

"Pada masa ini, hanya tujuh kanak-kanak Orang Asli dari dua buahkampung iaitu Tanjung Keruing dan Air Hitam ke sekolah manakala yanglain tidak berminat untuk belajar," katanya.

Sehubungan itu, Tan yang berasal dari Kedah memulakan Projek KelasBahasa Inggeris pada Januari tahun lepas di Pusat Komuniti TanjungKeruing bersama isterinya, yang juga bekas guru Taska, bagi membantukanak-kanak di situ cintakan ilmu selain menutup jurang antara merekadan kanak-kanak kaum lain.

CABARAN DAN HALANGAN

Tan berkata, rintangan paling besar yang perlu dihadapi sukarelawanialah kesukaran masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan dalammenerima kehadiran mereka.

Katanya, pihaknya mengambil masa kira-kira setahun bagi menyakinkanmasyakarat Orang Asli berhubung niat mereka membantu anak-anak di situmelalui pendidikan bahasa Inggeris.

"Mula-mula dulu masa baru sampai sini, memang mereka tidak bolehmenerima saya dan yang lain sehinggalah kami mengambil langkahmendekati mereka secara perlahan-lahan termasuk melakukan aktiviti yangmereka lakukan seperti bermain sepak takraw," katanya.

Malah, katanya, beliau turut membawa beberapa penduduk di situ ke ibukota bagi menghadiri satu seminar di Universiti Malaya (UM) dalam usahamenerangkan manfaat pendidikan yang boleh diperolehi masyarakat OrangAsli.

Selepas itu, katanya, barulah kelas berkenaan berjaya diadakan selepasTok Batinnya, Semaan Deraman, 77, sendiri yang meminta agar kelasbahasa Inggeris tersebut dijalankan.

Malah projek kelas bahasa Inggeris terbabit turut mendapat sambutanyang amat baik apabila kira-kira 50 kanak-kanak dari dua kampungterbabit termasuk yang berusia seawal empat tahun hadir kelas itu.

Bagaimanapun, sejak dua bulan lepas, cabaran telah datang dalam bentukbaru apabila ramai kanak-kanak mula meninggalkan kelas tersebut ekoranleka menonton televisyen selepas penempatan mereka mula mendapatbekalan elektrik, katanya.

"Sekarang, kira-kira 30 kanak-kanak yang masih setia datang ke kelas,itupun hanya 10 peratus daripada kanak-kanak yang berada di dua kampungini," katanya.

PENDEKATAN

Pada setiap petang Sabtu, Tan akan menaikki pacuan empat rodanya keKampung Air Hitam sebelum berhenti di beberapa tempat dan membunyikanhon sebagai isyarat kedatangannya untuk mengambil kanak-kanak dikawasan tersebut ke Pusat Komuniti Tanjung Keruing yang terletakkira-kira 5 km dari situ.

Manakala bagi kanak-kanak dari Kampung Keruing pula, mereka akan datangsendiri ke pusat berkenaan yang terletak di dalam kawasan kampungmereka bagi memulakan pelajaran pada pukul 4 hingga 6 petang.

Mengenai aktiviti pembelajaran, Tan berkata, mereka menggunakan bahasaMalaysia sebagai bahasa pengantar bagi memudahkan mereka memahami apayang hendak diajar.

Pihaknya juga menggunakan silibus "Teaching English As Foreigners" yangdiubahsuai untuk kanak-kanak Orang Asli terbabit dan antara aktivitiyang dijalankan termasuk memperkenalkan huruf, nombor, objek dalambahasa Inggeris selain aktiviti nyanyian, mewarna dan menghasilkankraftangan yang dapat memberi keseronokan kepada mereka.

Mereka turut diberikan makanan dan minuman secara percuma selainmenerima hadiah jika ada pelajar dapat memberikan jawapan yang betulsebagai menarik minat mereka untuk terus datang ke kelas berkenaan.

Seorang sukarelawan yang diberikan gelaran Guru Besar, Maria Yu, 36,dari Sabah berkata walaupun tidak mempunyai asas mengajar tetapi beliaumenjadikan pengalamannya sebagai anak kepada seorang guru sekolahsebagai panduan dalam mendidik kanak-kanak tersebut.

Katanya, beliau mengambil pendekatan sama seperti ketika ibunya mengajar kelas tambahan untuk digunakan dalam pengajarannya.

"Mereka memanggil saya guru besar sebab antara kami saya mungkin agakgarang ketika mengajar tetapi saya amat menitikberatkan soal kasihsayang ketika mengajar," katanya.

Katanya, pendekatan psikologi juga penting terutama bagi menghindari pelajar mula bosan untuk belajar.

Beliau yang terlibat dalam bidang pencarian pekerjaan, berkata,memandangkan tahap IQ kanak-kanak terbabit masih rendah, mereka hanyadiajar untuk mengingati sekurang-kurangnya hanya dua perkataan padasetiap minggu.

Katanya, kaedah itu sangat berkesan dan pelajarnya dilihat dapat mengingati kembali perkataan yang telah dipelajarinya.

Menurutnya, antara aktiviti yang paling digemari pelajarnya ialah aktiviti lukisan dan tampalan.

"Untuk aktiviti tampalan, katanya, pelajar yang berjaya menampalperkataan pada objek yang betul juga akan diberikan hadiah untukmenggalakkan mereka terus belajar," katanya.

Bagi Patrick Wong, 41, yang terlibat dalam bidang Teknologi Maklumat disebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur, kesabaran merupakan faktorpenting dalam mendidik kanak-kanak Orang Asli.

"Mereka nampak agak takut-takut, jadi kita kena pandai tarik perhatianmereka dan perlu sentiasa sabar melayani karenah mereka," katanya.

Beliau, yang terlibat sebagai sukarelawan bermula enam bulan lepasselepas mengetahuinya daripada seorang rakan, berkata, kanak-kanaktersebut memerlukan dorongan bagi menambah minat mereka untuk belajarseterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

KESAN

Seorang kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Siang, 11, dari KampungAir Hitam, berkata, beliau seronok mengikuti kelas bahasa Inggeriskerana semua guru yang mengajar amat baik.

Beliau, yang agak pemalu, ketika ditemui juga sudah mampu membaca abjadABC dan 1,2,3 dalam bahasa Inggeris dengan lancar selain bolehmenyanyikan lagu kanak-kanak "Twinkle-Twinkle Little Star" dengan baik.

"Saya mahu terus belajar di sini bersama kawan-kawan," katanya.                

Bagi Remi Pom, 26, pula, kelas berkenaan membantu dua anaknya, Jali danYahya masing-masing berusia 7 dan 5 tahun mengikuti kelas mencerahkanpeluang mereka pada masa hadapan.

"Saya suka anak saya belajar di situ bagi mereka pandai lagi pun ada orang datang ambil dan hantar semula," katanya.

Sementara itu, Tan optimis impian untuk melihat kanak-kanak terbabitbertutur dengan fasih dalam bahasa Inggeris dapat dicapai walaupun iamungkin mengambil masa yang lama.

"Saya percaya dan cukup yakin dengan projek ini kerana menerusi kelasini Orang Asli telah menunjukkan minat untuk belajar malah ada ibu bapayang bawa anak mereka ke pusat ini," katanya.

Katanya, apa yang penting adalah komitmen mereka dalam mendapatkan ilmupengetahuan selain bantuan terutama dari segi alat tulis dansukarelawan untuk tampil menyertai projek itu.

Beliau berkata, walaupun pihaknya ada menerima sukarelawan daripadapelajar kolej dari Kuala Lumpur, namun mereka tidak melakukannya secaratetap.

Katanya, untuk menjadi sukarelawan, seseorang itu memerlukan minat,kesabaran yang tinggi dan ketulusan serta keikhlasan memandangkan tiadasebarang bayaran diberikan kepada yang menyertainya.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan atau inginmemberikan sumbangan dalam bentuk material seperti buku, peralatantulis, pakaian atau gelanggang sukan untuk masyarakat Orang Asli bolehterus menghubunginya di talian 012-3370370.

-- BERNAMA
                                                         
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2008 01:37 PM | Show all posts
WOW.. hebat tul pasangan ni!   kebetulan my comp ada buat project cam ni gak tp kat Acheh.. selain dr subjek english communication, math serta microsoft pun akan turut diajar...i skang ni tengah tunggu result pemilihan coz dr 14org, hanya 5 org aje yg terpilih.... i pilih subjek english...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 01:41 PM | Show all posts
mudah2han ko berjaya melur aku doakan agar ko terpilih dan selamat pegi dan kembali ke tanah air..INILAH BARISAN KITA YG IKLAS BERJUANG SIAP-SEDIA BERKORBAN MENUJU KEJAYAAAN..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by KBRExtreme at 12-6-2008 01:41 PM
mudah2han ko berjaya melur aku doakan agar ko terpilih dan selamat pegi dan kembali ke tanah air..INILAH BARISAN KITA YG IKLAS BERJUANG SIAP-SEDIA BERKORBAN MENUJU KEJAYAAAN..



makasih kbr.... sampai sini kita jumpa erk.. mudah2an berjaya....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2008 11:24 PM | Show all posts

Reply #2 serimelur's post

ooo ye ke.. bagus ler.. harap awak akan berjaya kesana..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by redbun at 8-7-2008 11:24 PM
ooo ye ke.. bagus ler.. harap awak akan berjaya kesana..



ehm i dah lama balik... hampir sebulan.. tp tak sempat nak buat laporan kat sini.. tp utk company dah lama kasik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2008 02:05 PM | Show all posts
alhamdulillah ... boleh dikatakan program kitaorg tu berjaya...  seronok mengajar anak2 acheh ni.. bukan apa diorang respect kat kita... subjek english memang tak titikberatkan... mereka lebih kepada agama.. cam ngaji, tajwid, tafsir sume tu... bayangkan mereka belajar english bermula form one... maknanya umur 13thn ke atas baru ada.. pastu seminggu sekali je kelas... jadik bila kitaorg datang memang seronok la anak2 acheh. ni..  utk bagi anak2 ni ingat, kita org buat latihan berulang kali .. pastu ada kuiz.. siap bagi small token kalau sapa dapat jawab sume soalan atau highest mark..  wpun small token tu cuma gula2/ cokelat.. diorang suka betul..   i penah dengar cerita member gi visit umah anak2 yatim kat sini (mesia) .. dia bawak benda2 makanan  ringan, anak2tu  boleh kata... ini aje ke? ehm..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2008 11:23 AM | Show all posts

Reply #7 serimelur's post

tahniah

ada amek gambo tak?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2008 01:51 PM | Show all posts
boleh ke? tak lari tajuk ?tp  ok kut coz ajar english gak tp kat anak2 yatim... nanti i check my photobucket
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 06:48 PM | Show all posts
gambar ni diambil pd hari ketiga belajar.. kelas tahap 2 (menengah rendah) yg i ajar, boys cuma banyak ni je sume pemalu...


ni kelas tahap 2 - girls... comel2 budak ni.. sume pakai kain batik utk cover badan coz dorang pakai t shirt..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 07:01 PM | Show all posts
masa kat sana adala buat kuiz pada hari sebelum last day, sume volunteers kasik hadiah kat pemenang... sukanye bebudak ni...sampai yg tak dpt pun siap pinjam kawannya hadiah masa ambik gambar... ni tahap 1 sek rendah..


ni girls tahap 1.. sebenarnya girls yg banyak dpt hadiah...



selain bagi nota kitaorg ada buat video session tp sayang dapat tgk separuh jalan coz masalah teknikal.. tengah  gelak pulak tu..sedey tul sian plak


[ Last edited by  serimelur at 30-7-2008 07:11 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 07:21 PM | Show all posts
on last day mengajar (hari jumaat) after prayer kita buat sukaneka...lawan antara bilik (girls ngan boys asing)
memang suka betul... ketawa je...sume happy..




lepas habis je game,dorang main simbah air..terkejut gak la sume cikgu... berlari kitaorg..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 07:26 PM | Show all posts
so mlm tu ada presentation, penyampaian hadiah dan persembahan dr anak2 acheh... sebelum tu ada speech wakil anak2(pompuan).. memang i sedey tul part ni coz bahasa budak ni menyentuh perasaan betul, kebetulan dia pernah jadi juara pidato antara sekolah..   wpun dah sebulan lebih berlalu tp kenangan tu masih mekar lagi rasa macam baru je balik...  insyaAllah kami (the volunteers) sume akan kesana lagi.. ada sapa nak ikut??
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 02:06 AM | Show all posts
bestnyer....ak suke aktiviti mcm nih..tp smpt nk wat jer...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 02:10 PM | Show all posts
weh....ak nak join gak...isk isk isk
mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 02:23 PM | Show all posts
hi.how can i join this programme?saje nak tlg mereka2 yg kurang bernasib baik.nak bg duit x de.mb bole share my skills and knowledge pun oklah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.521267 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list