View: 3517|Reply: 5
|
budak serigala cari penawar
[Copy link]
|
|
Budak serigala cari penawar
BOMBAY - Seorang budak lelaki berusia 11 tahun mencari penawar untuk mengubati penyakit misteri yang dihadapinya apabila muka dan tubuh badannya dipenuhi bulu, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak itu, Pruthviraj Patil merupakan anak kepada seorang petani di Sangalwadi di Sangli dekat Mumbai, India menderita penyakit sindrom serigala jadi-jadian.
Ia merupakan sejenis penyakit genetik yang dihidapi seorang daripada satu bilion.
Kanak-kanak itu telah menjalani pelbagai rawatan sejak berusia 10 tahun termasuk Ailopathi, Homeopathi dan Ayurveda serta terkini dia turut diberikan rawatan laser.
Bagaimanapun, tiada satu rawatan yang mampu menyembuhkan penyakit misteri tersebut.
Patil berkata, bulu yang tumbuh lebat itu menyebabkannya menjadi perhatian orang ramai ketika dia keluar dari rumah.
Namun, bulu itu tidak mengakibatkan badannya berbau busuk dan ruam.
Bapa kanak-kanak tersebut, Dilip Patil, 39 berkata, walaupun dia mempunyai masalah pertumbuhan rambut yang ganjil namun, dia seorang yang sihat dan gemar ke sekolah.
"Dia pintar dalam pelajaran dan mempunyai ingatan yang kuat," katanya.
- Agensi
aku tak dapat usha lagi gambar dak ni.. kalu ada karang aku post wokey... sesapa yg ada dulu leh tepek ... |
|
|
|
|
|
|
|
taruk yer minyak tu...jatuh abeh la bulu2 tu................... |
|
|
|
|
|
|
|
eiii...mcamane lah klu penoh bulu satu badan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 atreyu05's post
aku penah tgk satu siri csi nie, ade kes adik beradik nie, bdn die berbulu lebat..sian, mak diorg pun tinggalkan diorg sbb malu
agaknyer camtu jgk la kot rupe budak bombay nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bubpallo at 16-5-2008 08:02 AM
taruk yer minyak tu...jatuh abeh la bulu2 tu...................
minyak apa ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|