CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6425|Reply: 2

Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur:Latest Info

[Copy link]
Post time 1-5-2008 11:26 PM | Show all posts |Read mode
Sejarah Penubuhan

Kelab OGKL adalah sebuah kelab berdaftar dengan No. Pendaftaran 1726/93 WP. Pada asal penubuhannya adalah gabungan daripada beberapa kumpulan para pendaki disekitar Bandaraya Kuala Lumpur . Mereka ini bergabung dan akhirnya menubuhkan sebuah kelab dikenali sebagai Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur yang nama ringkasnya OGKL.

Laman web dan kelompok-E ini adalah untuk ahli-ahli kelab yang berminat didalam aktiviti lasak, mengembara, kembara, mendaki gunung, kayak, scuba diving, white water rafting, skydiving, abseilling dan aktiviti lasak yang lain. Dengan adanya laman web dan kelompok-e ini dapatlah kita bertukar-tukar maklumat, pendapat dan berkongsi pengalaman sesama kita.


Objektif Penubuhan Kelab: -

Tujuan penubuhan Kelab ini ialah untuk:

Menjalankan kegiatan kembara dan cinta alam secara berkumpulan sebagai aktiviti rekreasi.

Menggalakkan ahli mengenal tumbuhan hutan dan juga hidupan liar termasuk unggas bagi memperkayakan khazanah ilmu pengetahuan.

Mendedahkan ahli kepada kegiatan kembara dan cinta alam bagi meningkatkan semangat cintakan kehijauan hutan, keindahan alam semulajadi seperti gunung-ganang, bukit-bukau, air terjun, sungai, flora dan fauna.

Memberi pengetahuan, latihan dan kemahiran asas sebagai pengembara dan cinta alam termasuk aspek teknikal, fizikal dan mental.

Memberi ceramah/kursus kemahiran, mengadakan pameran bergambar, menerbitkan dan mencetak gambar-gambar dalam bentuk buku atau filem untuk pengetahuan ahli-ahli.

Menjalankan aktiviti kebajikan dan sosiol dikalangan ahli-ahli.

Kelab boleh menerima apa-apa sumbangan tajaan ataupun kewangan daripada pihak luar dan bagi maksud ini ianya hanyalah untuk aktiviti KELAB sahaja.














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 11:36 AM | Show all posts
kelab orang gunung Kuala Lumpur... aku mmg respek kelab ni... aku pernah email diorang.. tapi tak balas   maybe diorang sibuk kot.. mana tau nak buat program bersama ker....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 09:03 AM | Show all posts
pergilah ke laman web derang
www.ogkl.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.585877 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list