View: 2238|Reply: 32
|
Wan Hisyam Fail Petisyen..Akhirnya Kempunan Jua...
[Copy link]
|
|
SPR tolak undi pos, UMNO Terengganu fail petisyen
KUALA TERENGGANU 27 April - UMNO Terengganu memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi di sini hari ini memohon pemeriksaan rapi dan pengiraan semula dibuat ke atas 127 undi pos bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang yang ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari pengundian, 8 Mac lalu.
Petisyen tersebut dikemukakan oleh Ketua UMNO Cawangan Lorong Kemunting, Mahari Endut, 48, yang juga pengundi di DUN berkenaan melalui Shafee & Co di Pejabat Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nurul Huda Akmar kira-kira pukul 11.30 pagi ini.
Dalam petisyen itu, Mahari menamakan tiga pihak iaitu pegawai pengurusan pilihan raya bagi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Kassim, SPR dan ADUN Ladang dari parti Pas, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar sebagai defendan.
Melalui petisyen itu, Mahari yang merupakan kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) meminta supaya 127 kertas undi pos yang ditolak oleh SPR sebelum dibuka pada hari pengundian lepas diterima sebagai kertas undi sah dan dikira semula.
Turut hadir di mahkamah berkenaan ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Ladang pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu iaitu Datuk Wan Hisham Wan Salleh serta beberapa penyokong UMNO.
Pada pilihan raya lepas, Wan Hisham yang merupakan penyandang kerusi DUN Ladang kalah kepada Tengku Hassan dengan 31 undi.
Ketika ditemui pemberita Mahari berkata, sebagai pengundi di DUN Ladang, beliau berasakan tindakan SPR menolak undi pos berkenaan tanpa membukanya sebagai menyalahi peraturan dan undang-undang pilihan raya.
Justeru jelasnya, beliau mengemukakan petisyen berkenaan supaya keadilan dapat diberi kepada calon yang bertanding.
Sementara itu, Wan Hisham berkata, 127 undi pos yang ditolak oleh SPR itu memberi kesan kepada keputusan pilihan raya di DUN berkenaan.
''Pada pilihan raya lepas saya kalah 31 undi dan 127 undi pos ini jika dikira semula sudah tentu beri kesan kepada keputusan pilihan raya DUN Ladang," ujarnya.
Menurutnya, SPR memberi beberapa alasan ketika menolak kertas undi pos itu tanpa membukanya, bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenainya kerana ia akan dikemukakan semasa perbicaraan nanti.
Beliau memberitahu, terdapat 993 kertas undi pos bagi DUN Ladang pada pilihan raya lepas dan 127 ditolak oleh SPR sebelum dibuka manakala lapan lagi ditolak selepas dibuka.
''Lapan kertas undi pos yang ditolak selepas dibuka kita tidak pertikai, cuma 127 yang ditolak oleh SPR sebelum dibuka kita minta sahkan dan dikira semula," ujarnya lagi.
============================================================================================================
29 hb April 2008 adalah hari terakhir untuk semua parti yg bertanding mengemukakan petisyen.
Umno DUN Ladang nampaknya dah mula berkira kira untuk membatalkan keputusan pilihanraya yg dimenangi oleh PAS..
semoga Wan Hisyam berjaya dalam misinya kali ini ....bagaimana kat tempat lain..takder petisyen ke?
[ Last edited by PlutoNium at 23-9-2008 07:07 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PlutoNium at 28-4-2008 05:11 PM 
SPR tolak undi pos, UMNO Terengganu fail petisyen
KUALA TERENGGANU 27 April - UMNO Terengganu memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi di sini hari ini memohon pemeriksaan rapi dan pengiraan sem ...
ermmmm. apa agaknya yg berlaku pluto? menang kah wang ehsan ni dlm petisyen tersebut? tungguuuuuuu. |
|
|
|
|
|
|
|
mari tenguk siapa yang kena..
apa cerita derih jusoh dulu beriya iya nak hantar petisyen membatalkan kemenangan tok guru haji hadi di marang dan rhu redang ... |
|
|
|
|
|
|
|
begitulah umno, mengharap undi pos
kalo serata malaysia ni yg aku tau sabah ada 2, pensiangan & sandakan..sandakan ni pun sebab undi pos
sarawak pun ada, parlimen yg BN menang 51 undi tu
rombau pun ado
kat kedah, dun belantek, sebab 1000 undi pos yg tak diwartakan mengundi kat situ, pas kalah 200 undi sebab undi pos tu
kuala terengganu pun sama, undi pos jugak
kalo bukan sebab undi pos ni memang tersungkur lagi teruk BN
tan sri khalid kat bandar tun razak, ada 7000 pengundi pos pun, dia masih bole menang
telok kemang pun sama...kat ketereh ada 3000 lebih pengundi pos pun annuar musa still kalah
kat kulim bandar baharu, ada 1700 pengundi pos yg mengundi, pkr dapat 80 je, still pkr menang 5500 undi
wangsa maju pun, pkr nyaris2 kalah sebab undi pos
memang bongok undi pos ni |
|
|
|
|
|
|
|
Wan Hisham ni mmg patut kalah pun... full stop... |
|
|
|
|
|
|
|
tak logik dari 1700 undi pos..pkr dapat 80... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 matdue77's post
aku harap dia menang kat court... |
|
|
|
|
|
|
|
akan dtg jgn buat lg undi pos, banyak sgt pertikaiannya .. |
|
|
|
|
|
|
|
wata rase better ayah kawan wata tu menang..
wan hisyam, ko tunggu next election la |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matdue77 at 28-4-2008 05:23 PM 
Wan Hisham ni mmg patut kalah pun... full stop...
Aikkkk...lama tak nampak?Apa kabar? Memang patut kalah dan kalah dan kalah sampai bila bila pun dia tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
i hate this man |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai calun dari dari Ameno harapakan undi kesian (undi pos), kalau mereka menang pun meraka patut jadi wakil pos ajer bukannya wakil rakyat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 PutraMarhaen's post
ada cerita best pasal undi pos kat kulim tu, yb zulkifli noordin sendiri yg citer
mula2 pengundi pos dijadualkan mengundi 5 & 6 mac...tiba2 anjak ke depan 3 & 4 mac
dahla tak bagitau calon, orang2 pas & pkr perasan pun sebab terbaca notis kat pintu pos pengawal kem tentera tu, check dgn spr rupanya memang btol..hampeh punye spr
so zulkifli noordin sendiri datang tengok tentera mengundi...dia kata tentera mengundi cukup berani, aku pun 1st time dengar kes camni...tentera2 yg mengundi pas/pkr, terang2 angkat kertas undi, tunjuk kat dia, pastu cakap "ni tengok ni, pangkah pas, bukan kati tau!"
zulkifli noordin kira setiap yg tunjuk kertas undi pangkah pas/pkr tu, dia dapat 318 undi...tu baru hari pertama & dia cuma kira yg tunjuk kertas undi kat dia, yg tak tunjuk tu tak tau lagi...kalo campur hari kedua agak banyakla undi pos yg dia dapat..
undi pos tu disimpan kat lokap balai polis selama 5 hari, zulkifli noordin memang bantahla, sape bole jamin 5 hari tu beg undi pos tu selamat? bukannya ada seal pun, mangga cikai je...
time pengiraan undi 8 mac, tau2 dia dapat 80 undi je...
80 undi pun menang 5500 undi...cilanat punya spr kalo tak bole menang lagi besar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dato' Tg Hassan- dia ni penah jd director kat company tmpt aku keje dulu. seorang yg very soft spoken & well mannered |
|
|
|
|
|
|
|
baru sebut pasal mat sabu
Mohamad Sabu fail petisyen pilihan raya minta undi pos tidak dikira
28/04/2008 5:23pm
KUALA TERENGGANU 28 April - Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi di sini, memohon supaya 1,089 undi pos bagi Parlimen Kuala Terengganu dikeluarkan daripada kiraan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 bagi kawasan itu.
Mohamad melalui peguamnya, Mohd. Kamaruzaman Abd. Wahab memfailkan petisyen itu kira-kira pukul 11.30 pagi yang diserahkan kepada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nurul Huda Akmal Mohamed.
Petisyen tersebut dikemukakan Mohamad bagi meminta supaya kertas undi pos itu tidak dikira sebagai undi bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ismail.
Menurut Mohd. Kamaruzaman, petisyen itu difailkan mengikut peruntukan undang-undang iaitu undi pos sepatutnya adalah rahsia.
Beliau berkata, pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu, terdapat 1,357 undi pos bagi Parlimen Kuala Terengganu dan 1,089 dikira sebagai undi manakala 157 ditolak.
Katanya, daripada 1,089 kertas undi pos yang dikira, 999 undi memihak kepada calon BN.
"ika kertas undi pos ini ditolak, ia akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya bagi Parlimen Kuala Terengganu,'' katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi di sini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu, Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad, Razali dan calon bebas, Maimun Yusuf.
Razali yang kini merupakan Timbalan Menteri Pelajaran menang dengan majoriti 628 undi apabila memperoleh 32,562 undi berbanding Mohamad sebanyak 31,934 undi manakala Maimun memperoleh 685 undi. - Utusan
memang natang umno nih, 999 undi pos dapat kat dia, pas dapat 90 undi je, nak petisyen lagi suruh terima 127 undi pos tu, tak cukup2....yg aku pelik tu, konfiden sangat dia yg 127 undi pos tu semua undi BN... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iscol_klang at 28-4-2008 05:32 PM 
ada cerita best pasal undi pos kat kulim tu, yb zulkifli noordin sendiri yg citer
mula2 pengundi pos dijadualkan mengundi 5 & 6 mac...tiba2 anjak ke depan 3 & 4 mac
dahla tak bagitau calon, ora ...
patutla najib marah kat askar ari tu sebab ramai sokong pembangkang... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 starcity's post
company yg ko penah keje tu mula huruf i ke??  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 iscol_klang's post
Borang 14 untuk 127 undi pos ni tidak ditandatangani oleh wakil PAS dan SPR.....sapa la nak terima
cubaan umno menggunakan talian hayat yg terakhir tidak berjaya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by starcity at 28-4-2008 05:32 PM 
Dato' Tg Hassan- dia ni penah jd director kat company tmpt aku keje dulu. seorang yg very soft spoken & well mannered
Secara peribadinya DTH seorang yg sangat baik, berbudi bahasa,berwawasan dll yang baik. Jauh macam langit dan bunyi dengan calun lawannya itu dari ameno |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 realmatrix's post
tak. kira anak sykt state ganu la gak |
|
|
|
|
|
|
| |
|