View: 2485|Reply: 3
|
Rekod penama KWSP dijamin selamat
[Copy link]
|
|
Rekod penama KWSP dijamin selamat
KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengulangi jaminan mereka bahawa tiada kes kehilangan rekod penamaan dalam simpanannya dan penamaan yang telah dibuat oleh anggota adalah selamat serta teratur.
Bagaimanapun ia menyatakan, terdapat sebilangan kecil kes di mana imej tidak dapat diimbas sepenuhnya ke dalam sistem komputer baru yang mula digunakan pada 2 Januari tahun lepas.
Setiap borang penamaan telah diimbas dan dimuat turun ke dalam sistem komputer baru itu termasuk butiran penama bagi membolehkan ahli membuat semakan di kaunter perkhidma- tan KWSP, kata Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam satu kenyataan di sini semalam.
"KWSP sedang mengambil tindakan mengatasi perkara ini, dan ahli tidak perlu bimbang kerana KWSP sentiasa merujuk kepada borang penamaan asal sebelum meluluskan sesuatu permohonan pengeluaran kematian," katanya.
"Untuk makluman ahli, butir-butir penamaan yang terdapat dalam borang penamaan (KWSP 4), disimpan dengan cermat di lokasi pusat di Kuala Lumpur," kata beliau.
Butiran berkenaan tidak terdapat dalam sistem komputer terdahulu kerana maklumat itu adalah sulit.
Beliau juga berkata borang penamaan anggota disimpan dengan selamat dan penamaan yang telah dibuat sebelum ini masih sah. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
no comment medangmru
Saya baruje buat last Friday..Yg kelakarnya officer EPF yg buat untuk saya tu pun belum isi borang Penama tu..
Jumpa students saya yg kerja di EPF pun dua2 lum buat.. he he
Sapa nak buat ni senang je procedure..Isi borang n then photostat IC korang sekeping..Make sure tahu nama penuh org yg anda hendak namakan sebagai waris n nombor ic dia org..Ic dia org x yah photostat..
[ Last edited by cikgutuition at 19-4-2008 03:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
mase 1st time keje..mesti lah kena isi form epf kan?...mase isi form tu ade colum untuk penama jika jadik apa2 kat kite...aku ingat aku stat keje blom kawen blakang aku tulis nama parents aku la...hari tu tak sdap hati pegi la kwsp nak p double check dan pinda sket nama penama ..ye lah dah beranak pinak nih...okeh skang dah selesai...tapi pegawai tu sempat citer..jgn tak check penama ...sbb ade kes...sorang hamba Allah ni meninggal...dah bekawin dan branak pinak...malangnye dia tak pegi betol kan penama...skali isteri dtg tuntut duit...tak dpt ape ..sbb arwah tak tuka nama ..die letak nama emak...tiba2 emak pulak dtg hati kowdi bila bab duit...tak mrase la anak bini...bak kate pegawai tuh..bila bab duit ni jgn main2..ipa duai adek bradek anak branak boley begadoh! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|