View: 3201|Reply: 24
|
Mengapa Kita Bekerja -
[Copy link]
|
|
an excellence article to share with forum members in this board -
---------------------------------------------------------------------------------------
Mengapa anda bekerja?
Setiap individu mempunyai sebab yang berlainan mengapa mereka mahu bekerja.
WALAUPUN wang adalah faktor yang boleh menarik seseorang untuk bekerja, namun ia bukanlah segala-galanya.
ADAKAH anda fikir semua manusia seronok bekerja? Sudah tentu tidak. Ada sesetengah orang tidak suka bekerja dan lebih suka menghabiskan masa pergi melancong ke luar negara.
Sambil membeli-belah, menikmati keindahan sesebuah negara tentu lebih menyeronokkan berbanding mengharung kesesakan trafik setiap pagi dan petang, menghadap kerja yang tidak berkesudahan dan suasana kerja yang kurang menekan.
Tetapi masalahnya tidak semua orang begitu beruntung (kecuali anda dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya dan memang tidak perlu bekerja) kerana untuk berbuat demikian, anda memerlukan wang ringgit.
Untuk mendapatkan wang anda perlu bekerja, sama ada suka atau tidak.
Setiap individu mempunyai sebab yang berlainan mengapa mereka bekerja. Tetapi yang pasti kebanyakan mereka bekerja kerana memerlukan sesuatu daripada pekerjaan yang mereka lakukan.
Apa yang mereka peroleh daripada kerja tersebut mempunyai impak ke atas kualiti kehidupan mereka.
Ada sesetengah individu bekerja kerana minat yang mendalam terhadap kerja tersebut.
Ada yang bekerja kerana berasa seronok apabila berjaya mencapai sesuatu misi dan matlamat setelah melakukan sesuatu pekerjaan dan ada yang suka menyumbang tenaga demi membantu golongan tertentu untuk mencapai impian mereka.
Ada yang suka berinteraksi dengan pelanggan dan rakan sejawat manakala ada yang bekerja untuk mengisi masa lapang.
Apa jua sebab seseorang itu bekerja, boleh dikatakan rata-rata kebanyakannya bekerja kerana wang ringgit. Tidak kira dalam bentuk apa pun, sama ada dari segi gaji bulanan, bonus, kemudahan dan ganjaran, wang diperlukan untuk membayar segala bil, sewa rumah, sewa kereta, sewa motosikal dan pelbagai jenis hutang bank.
Wang juga diperlukan untuk menyekolahkan anak-anak, membeli makanan dan pakaian, bercuti bersama keluarga dan yang amat penting, simpanan untuk hari tua.
Pembayaran gaji yang berpatutan dengan kerja yang dilakukan dan pada waktu yang tepat adalah faktor yang diutamakan oleh organisasi yang ingin mengekalkan pekerja-pekerja yang berkualiti.
Jika organisasi gagal memberi perhatian terhadap faktor-faktor tersebut, risiko kehilangan pekerja-pekerja ini kepada organisasi lain yang sanggup membayar gaji yang lebih lumayan adalah agak tinggi.
Apatah lagi, dengan kos kehidupan yang semakin hari semakin tinggi - kenaikan harga barang dan harga petrol, kesemuanya ini menjadi punca pekerja mudah beralih arah ke sesuatu pekerjaan baru yang menawarkan ganjaran yang lebih baik.
Adakah hanya wang ringgit yang dicari? Tidak semestinya. Kehendak dan naluri manusia memang bukan mudah untuk dipenuhi. Walaupun wang adalah faktor yang boleh menarik seseorang pekerja untuk bekerja, namun ia bukanlah penentu segala-galanya.
Banyak kajian yang dilakukan ke atas pekerja-pekerja mendapati, selain daripada wang yang diterima, perhatian dan masa yang diluangkan oleh majikan untuk mendengar pendapat dan masalah pekerja adalah sesuatu yang amat berharga bagi mereka.
Pekerja ingin merasakan bahawa diri dan khidmat mereka dihargai oleh pihak atasan, apatah lagi jika mereka telah berjaya melakukan sesuatu dengan jayanya.
Mereka adalah manusia yang mempunyai perasaan dan bukan robot yang hanya menurut arahan. Jadi, mereka berhak mendapat perhatian dan diberi ganjaran sewajarnya.
Selain daripada yang telah disebutkan, berikut adalah lain-lain keperluan yang dicari oleh pekerja:
*Sedikit kebebasan untuk memberi pendapat dan kata putus, tanggungjawab yang jelas, peluang untuk mengembangkan kerjaya ke tahap yang lebih tinggi dan sistem laporan yang jelas.
*Perasaan ingin diterima oleh majikan. Ini termasuk seperti menerima informasi yang terkini, peluang untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat, peluang untuk bekerjasama dengan rakan sejawat, pemberitahuan tentang progres kerja, pencapaian kerja dan sebagainya.
*Peluang untuk memperbaiki diri melalui latihan dan pendidikan.
*Pimpinan yang berkualiti. Mereka memerlukan pemimpin yang tegas dan adil, tahu apa yang mereka mahu, mempunyai matlamat yang jelas dan mempunyai strategi yang mantap untuk mencapai sesuatu matlamat.
*Mereka mahu supaya pekerja yang tidak menyumbang tenaga, malas, sering mencuri tulang dan mempunyai banyak masalah disiplin diberhentikan khidmat mereka. Kegagalan majikan mengambil tindakan tegas terhadap pekerja sebegini boleh melemahkan semangat pekerja yang berhempas pulas memberi khidmat mereka yang terbaik demi kejayaan diri dan organisasi.
Sebagai majikan, luangkan masa untuk membuat sedikit kajian dalaman untuk mengetahui apakah yang diinginkan oleh pekerja dan adakah keinginan mereka telah tercapai.
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb dok rumah boring..... |
|
|
|
|
|
|
|
Dua faktor utama kita bekerja:
1. Berkaitan dengan wang
2. Tidak disebabkan oleh wang.
1. Berkaitan dengan wang disebabkan oleh:
a. Menjadi ketua keluarga
b. Menambah pendapatan keluarga
c. Menampung nafkah diri
2. Bukan kerana wang:
a. Sebab-sebab psikologi (melibatkan aspek emosi)
i. keyakinan diri
ii. kepuasan kendiri
iii. Motivasi
iv. dll
b. Sebab-sebab sosiol:
i. Ingin berkawan
ii. Kedudukan/status
iii. dll
c. Fizikal
Ada orang kalau tak bekerja dia boleh demam. cth polis/ askar pencen. so dia ke
na kerja
d. Mental
Ada orang kalau dia tak bekerja dia rasa kualiti mental dia merosot, so dia kena
bekerja.
e. lain-lain |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kerja juga adalah sebagai satu ibadah.Setiap pekerjaan (yang pada lahirnya tidak dilarang oleh Allah), tidak akan menjadi baik melainkan apabila amal itu terbit daripada niatnya yang baik, bersih dan tulus kerana Allah. Ia tidak mencari sesuatu daripada amalan itu melainkan redha Allah semata-mata...;) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 sciencefiction's post
1)faktor wang: biasa lah memenuhi keperluan diri dan orang lain.
2)faktor bukan wang: respek, kedudukan dan status, kepuasan diri.
faktor sampingan:
sosiol - berkawan dan bermasyarakat.
kesihatan - mana boleh duk saja, otak beku dan badan lemah. lagi 1, disiplin diri.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada orang kerjanya hanya menyusun batu..
ada orang kerjanya membina bangunan tertinggi di dunia...
2 perkara yang sama tetapi pandangan yang berbeza. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalao ikut Myer's Briggs theory of needs,
level 1- makan, minum tempat tinggal
level 2- nak kejer yg tetap
level 3- nak pangkat dan kuasa sikit2
level 4- nak develop diri sendiri
level 5- nak conquer org laen |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pilahdelpia at 1-4-2008 07:59 AM
Kerja juga adalah sebagai satu ibadah.Setiap pekerjaan (yang pada lahirnya tidak dilarang oleh Allah), tidak akan menjadi baik melainkan apabila amal itu terbit daripada niatnya yang baik, bersih ...
yer inilah yg sebaik-baiknya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 pilahdelpia's post
cam mana yang dikatakan keredhaan Allah..?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 ReuK's post
teori sapa nih..??cam tak kene jerk..!! |
|
|
|
|
|
|
|
kerja itu ibadah.. baru ikhlas kita bekerja. tp kdg2 tak ikhlas & malas nak gi kerja sebb kat office boring. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 iamazue's post
bukan stakat boring aje..bosan tgk org2 yg sentiase berpura2...n suke berputar belit n all that... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 adekjeli's post
(knapa kuar link lak?tak kuar gamba aa?)
[ Last edited by hetrek at 4-4-2008 08:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 dexa's post
good info kak dexa
thank you |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak pasti apesal aku kena kerja..keje nie some sort of tradition.
Budak2 pi sekolah...Then masuk u..Habis u kene keje... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 Pocahontas's post
haha..aku lepas abis u gitu la aku pk..hehe...
macam cycle kehidupan..tadika..sekolah..u..kerja..bersara..
macam artikel kat atas..tak semua orang beruntung..
ADAKAH anda fikir semua manusia seronok bekerja? Sudah tentu tidak. Ada sesetengah orang tidak suka bekerja dan lebih suka menghabiskan masa pergi melancong ke luar negara.
Sambil membeli-belah, menikmati keindahan sesebuah negara tentu lebih menyeronokkan berbanding mengharung kesesakan trafik setiap pagi dan petang, menghadap kerja yang tidak berkesudahan dan suasana kerja yang kurang menekan.
Tetapi masalahnya tidak semua orang begitu beruntung (kecuali anda dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya dan memang tidak perlu bekerja) kerana untuk berbuat demikian, anda memerlukan wang ringgit.
Untuk mendapatkan wang anda perlu bekerja, sama ada suka atau tidak. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Pocahontas at 4-4-2008 08:41 PM
aku tak pasti apesal aku kena kerja..keje nie some sort of tradition.
Budak2 pi sekolah...Then masuk u..Habis u kene keje...
life is about choices -
you can choose not to...
on the other hand.. you might choose want to - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kselamat81 at 4-4-2008 07:11 PM
good info kak dexa
thank you
de nada....
kita gado nampak.. gs -
kucing kita vs kucing awak!! - |
|
|
|
|
|
|
|
easy answer... cuz we live in reality world.... without work, u are not suppose to live in earth...
unless our parent are gold digger.... contohnya anak Bill Gates ke dan selanjutnya.............. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|