View: 66374|Reply: 2520
|
~CASA deAMOUROUS DIDDY 7~ jom heboh2 kat APM pulak bersama DIDDY 20 April
[Copy link]
|
|
HAI SEMUA ....
AYUH KITA MERIAHKAN RUMAH DIDDY :pompom: :pompom: :pompom:
TERUSKAN SOKONGAN ANDA
BIODATA DIDDY
Nama Samaran : DIDDY
Nama Penuh : Syamsul Hirdy b. Muhid
Umur : 22 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 5 Oktober 1985
Zodiak : Libra
Tinggi : 183 cm
Berat : 63 kg
Hobi : Menyanyi, mendengar muzik
Makanan Kegemaran : Sushi
Minuman Kegemaran : Susu segar
Filem Kegemaran : Buli
Lagu Kegemaran : Keabadian Cinta
Pelakon Kegemaran : Afdlin Shauki, Rosyam Noor, Hans Isaac, AC Mizal, Erra Fazira, Nasha Aziz, Umie Aida, Erma Fatima
Penyanyi Kegemaran : Anuar Zain, Marc Anthony, James Ingram
[ Last edited by hezzach at 8-4-2008 09:11 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ENTRY BLOG DIDDY MAR 12 - KEJUTAN
Bismillahirrahmanirrahim
Syukur Diddy dapat rehat yang cukup. Diddy bimbang juga kerana hujungminggu ni Diddy ada dua persembahan. Satunya di Plaza Kota Raya, JohorBahru sempena Anugerah Bintang Popular road tour pada hari sabtu, dansatu lagi sempena Fiesta Akustika UUM - Kosmo! 2008 di Universiti UtaraMalaysia, Sintok pada hari Ahad. Diddy sepatutnya ada temuramah denganradio Hot FM pada hari Isnin tapi syukur ianya ditunda pada hariselasa. Ini kali kedua Diddy ditemuramah di Hot FM dan kali pertamabersama A.G. dan Leya. Memang dua2 mereka gila2 dan Diddy seronok!Apatah lagi bila Diddy baca di monitor komputer ada yang bernama'Santubong' dari Damansara menghantar soalan untuk Diddy =) tetapimemandangkan soalan tersebut hampir sama dengan soalan yang dikemukakansebelumnya, tak dapatlah Diddy nak jawab.
Seharisebelumnya Abang Badrul dah aturkan untuk buat kejutan pada Apeng,peminat Diddy yang ada di Kelang. Sebenarnya rancangan untuk buatkejutan pada Apeng dah lama kami rancang. Tapi yang pertama takmenjadi. Habis saja temuramah di Hot FM kami terus ke Kelang tapi nasibkurang baik ada beberapa kemalangan jalanraya menjadikan jalan sesakteruk. Di tambah pula dengan keadaan cuaca hujan, kereta tak bergerakdi jalanraya. Bila dapat tunjuk arah dari Arin kami masih tak jumpatempatnya. Berpusing2 tempat yang sama beberapa kali. Lebih tiga jamkita dalam kereta saja.
AkhirnyaAbang Badrul minta Diddy berhenti saja di tepi jalan dan tunggu Arinsampai di situ. Bimbang juga sebab minyak kereta pun dah habis. Harapannak buat kejutan pada Apeng tak menjadi. Kemudian kami singgah sekejapdi rumah Fazu, kawan karib Apeng untuk buat kejutan. Dia memangterkejut =) Diddy bukan nak puji diri sendiri tapi Diddy bangga adapengurus seperti Abang Badrul yang prihatin dengan orang2 di sekelilingDiddy.
Bilasampai di tempat makan, Aqua dan Kak Tre dah habis makan! Nasib baikmereka tolong tempah sate tapi dah sejuk jadi sate tu keras =) Memanglapar betul Diddy sebab tak sempat makan daripada tengahari lagi. Bilamakanan sampai, Abang Badrul terus berikan pada Diddy dulu tanpamenyedari yang makanan tu sebenarnya Apeng yang punya. Maaf ya Apeng =)Diddy dah lapar sangat2. Diddy nak ucapkan terima kasih kepada Arin,Apeng, Fazu, Aqua, Kak Tre dan suami yang berikan layanan mesra untukDiddy. Tapi lain kali kalau ada 'gathering' kita jumpa di Ampang lahya! Dekat sikit dengan rumah Diddy =) Sekarang ni Diddy tak sabar naktunggu 23 Mac untuk pergi makan sup tulang ramai2 lepas habis road tourdi Shah Alam! Percayalah, memang sedap =)
[ Last edited by hezzach at 26-3-2008 10:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ENTRY BLOG DIDDY MAR 10
PertamaBismillahirramanirrahim
Sedartak sedar dah hampir tiga bulan kita di tahun baru 2008. Di dalam tigabulan pertama ni banyak pengalaman baru yang Diddy kutip. Macam orang2yang berebut nak menjadi yang pertama letak komen di blog Diddy =)banyak pengalaman pertama yang Diddy rasai. Mungkin pada sesetengahorang, ianya terlalu kecil dan tidak bermakna tetapi untuk Diddy,pengalaman seperti ni lah mendewasakan kita.
Pengalaman pertamamenunggang kuda, naik motosikal besar, naik kereta lembu, berlumbago-kart dan macam2 lagi menjadi pengalaman yang amat berharga untukDiddy. Begitu juga dengan pengalaman kali pertama membuat persembahandi Kota Bahru, Kelantan. Biarpun kecil, manisnya tak dapat digambarkan.
Esok,hari Selasa pukul 4 petang Diddy akan ditemuramah di Hot FM sempenaAnugerah Bintang Popular Berita Harian. Kalau ada masa, jangan lupaluangkan masa mendengar. Sebelum Diddy terlupa, gambar di atas diambilketika photoshoot bersama Harian Metro. Jangan lupa dapatkan HarianMetro hari Isnin depan nanti. =)
[ Last edited by hezzach at 26-3-2008 10:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ENTRY DIDDY MAR 7 - KENANGAN
Bismillahirramanirrahim
Duatiga hari lepas Diddy ada photoshoot di Taman Tasik Titiwangsa. Pukultujuh pagi kami dah berada di hadapan Eye of Malaysia. Ketika nakmencari tempat meletak kereta, kami lalu di hadapan Pusat Latihan Polis- Pulapol. Diddy teringat banyak kenangan manis ketika melalui kawasanPulapol. Di situlah Diddy dilahirkan dan dibesarkan. Kenangan palingindah ketika Diddy bersekolah rendah dan mencari peluang menambah wangsaku sendiri. Tapi Diddy tak boleh nak ceritakan panjang lebar di sinikerana cerita tersebut Diddy tulis untuk Diari DiGi Diddy.
Diddysuka gambar di atas kerana gambar tersebut adalah gambar kandid. Lebihmenarik gambar tu berlatar belakangkan Eye of Malaysia. Gambar niantara gambar yang akan menjadi kenangan indah untuk Diddy satu harinanti.
Salam Sayang
Diddy
[ Last edited by hezzach at 26-3-2008 10:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
album rebiu ajami
Salaam..
Impresif! Itu yang mampu saya labelkan album diddy ini. Pakejnya hampirsempurna dari segala segi. Sekali pandang sahaja, saya teruja untukmengambilnya dari rak cd di kedai Speedy lantas membelinya. Kata oranglove at the first sight! Kulit depan cd ini sudah mempamerkanketelitian dan kualiti. Adakah ia sekadar good first impression sahaja?Bagaimana pula isinya? Berbaloikah untuk dibeli?.. atau ia sekadar satulagi cd penyanyi lelaki yang akan pudar dalam edaran masa dan timbunanartis segera yang lain? Kamu bacalah lagi..
lena ~ unik
Sulaman horns dan wurlitzer electric piano semasa korus lagu ini yangsangat unik! Apatah lagi dengan cara nyanyian diddy yang seakanmenggoda pendengaran. Mungkin pertama kali dengar agak sukarmenyukainya terus tetapi setelah mendengarnya betul-betul baru sayasuka dan suka dan suka!
hilang ~ dramatik
Ia seolah menonton persembahan opera bunyi. Maksud saya, menyelami rasadan tona suara diddy yang dilatari vokal opera nikki mampu meremangkanbulu roma. Lagu ini bercerita dengan penghayatan yang betul-betulsehingga saya terbayangkan suasana tragik 'kehilangan' seorang kekasihdi era klasik.
bosan ~ dansa
Rentak lagu ini dan nyanyian diddy membuat saya ketagih untuk berdansa!Muzik sebegini ialah 'makanan' kegemaran telinga saya. Adunan keyboard& programming lagu ini mengimbas suasana disco akhir 80an denganbunyian marimba dan remix synthetizer.
kubu ~ hipnosis
Lagu ini sesuai untuk berangan dan berkhayal sehingga hipnosis.Selang-seli ketukan udu dan programming itulah puncanya. Suara diddydan suara latar lagu ini mampu melayangkan fikiran saya ke langit danterus ke angkasaraya!
bebas ~ agresif
Gabungan gitar elektrik dan gitar akustik dalam lagu ini ialah tulangbelakang kerancakan dan agresif suara diddy yang sangat laju. Ini lagupenyemarak semangat untuk bebas dari apa jua situasi.
saling ~ funky
Ini lagu duet diddy dan yanie dalam anyaman irama funk & disco.Lagu ini agak pelik pertama kali mendengarnya tetapi ia akanperlahan-lahan menjadi kegemaran setelah mengulangnya berkali-kali.Satu lagi lagu unik seperti lagu lena.
sana ~ santai
Lagu nyanyian diddy ini amat sesuai didengar semasa memandu keretadengan rooftop terbuka di persisiran pantai. Itu gambaran saya setiapkali mendengarnya. Sangat santai dan menenangkan fikiran.
genggam ~ syahdu
Kemampuan vokal balada diddy amat terserlah dalam lagu ini. Iramamendayu strings yang mengiringinya terasa amat memilukan. Oh! Mungkinsaya sentimental? Ia salah satu lagu terbaik dalam album ini.
puja ~ geram
Ini lagu lepas geram berirama rock bersesuaian dengan liriknya dankelantangan vokal diddy! Satu kejutan bagi sebuah album yang sayasangkakan hanya ada pop sahaja!
saat ~ damai
Perlahan-lahan meruntun jiwa bila mendengarnya. Lagu ini seakan buktijanji diddy pada si dia yang bakal menjadi suri hidupnya. Iramanyasangat damai dan tenang dalam mainan piano yang klasik.
Kesimpulan?
Mungkin kelemahan kecil album ini ialah dalam 2 lagu iaitu lena dangenggam dimana vokal diddy kedengaran 'berlapis-lapis' yang hanya mampudilakukan semasa proses rakaman studio. Saya tak dapat bayangkanbagaimanalah diddy hendak 'mencuri' nafas untuk menyanyikan lagu-laguitu semasa persembahan live? Bagaimanapun, saya berani menyatakanbahawa setiap persoalan di atas tadi sudah terjawab secara positif. Ohya! suara 'besar' diddy mengingatkan saya dengan vokal utama kumpulanLighthouse Family dan Simon Webbe [ahli grup BLUE]. Album diddy iniselayaknya dibeli dan dihormati. Semoga diddy akan terus menghasilkanalbum sebagus ini di masa akan datang. Tahniah!
ajami hashim
http://ajamihashim.blogspot.com/2007/11/diddy-impresif.html |
|
|
|
|
|
|
|
COP COP COP
[ Last edited by pheewwit at 26-3-2008 03:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ENTRY DIDDY FEB 28 - ADIK?
Bismillahirramanirrahim
Dahbanyak kali Diddy dengar perkara yang sama. Tiap2 kali berjumpa denganpeminat mesti ada yang bertanyakan soalan yang sama. Yang berlakondalam Spa-Q tu adik Diddy ke? Ada juga yang kata kembar Diddy. Semuaorang kata wajahnya mirip Diddy. Sebenarnya Diddy tak pernah bertemudengan Fazren, pelakon Spa-Q sebelum ni. Diddy juga tak berkesempatannak tengok drama Spa-Q tu. Jadi setiap kali ada orang tanya Diddy cumajawab bukan adik Diddy. Takkan lah Diddy tak kenal siapa adik Diddy kan=)
AkhirnyaDiddy berpeluang juga bertemu dengan Fazren apabila kami digandingkandalam sessi fotografi bersama untuk Majalah Yezz keluaran Karangkraf.Sessi fotografi dibuat di lokasi Go-Kart di Shah Alam. Tak taulah pulakkat mana persamaannya antara Diddy dan Fazren menyebabkan ramai yangkata dia adik Diddy. Yang kelakarnya, kami dilahirkan pada tahun yangsama iaitu 1985. Malah kalau ikut tarikh lahir, Fazren tua dua bulandaripada Diddy sebab dia lahir bulan Ogos dan Diddy pula bulan Oktober.Memang sah dia bukan adik Diddy =)
Kalaunak tahu lebih lanjut nanti jangan lupa dapatkan Majalah Yezz keluaranbulan April edisi Selebriti. Masa sessi fotografi tu dapat juga Diddycuba lumba Go-Kart. Ni merupakan kali pertama Diddy cuba Go-Kart. AbangBadrul cakap Diddy bawak Go-Kart macam bawak motosikal kapcai.Sebenarnya Go-Kart tu rosak! =)
Salam Sayang
Diddy
[ Last edited by hezzach at 26-3-2008 10:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ENTRY DIDDY FEB 27 - SUPERSTARS
Bismillahirrahmanirrahim
Bermula1 Januari 2008 secara rasminya Diddy menjadi anggota DiGi Superstars.Rasa bangga dan terharu kerana Diddy merupakan penyanyi lelaki pertamayang terpilih untuk bersama-sama dengan DiGi Superstars lainnya sepertiAshraff Sinclair, Waheeda, Zed Zaidi, Zul Yahya, Raja Farah danbeberapa artis lain lagi. Alhamdulillah ini rezeki yang tertulis untukDiddy. Terima kasih atas kerja keras Abang Badrul dan Shonny yang takjemu2 mencari peluang terbaik untuk Diddy (ayat skema hari ini!)
SebagaiDiGi Superstars Diddy berpeluang untuk mengikuti roadshow bertemupeminat yang diaturkan dan tentunya mengikuti Karnival Gegeriuh DiGiuntuk membuat persembahan. Inshaallah nanti Diddy akan letakkan jadualDiddy. Kalau tak silap, Diddy akan ikut Karnival Gegeriuh ke Ipoh,Perak; Kota Kinabalu, Sabah; Shah Alam, Selangor; Danga Bay, Johor;Seremban, Negeri Sembilan dan Kuching, Sarawak. Banyak juga aktiviti2DiGi lainnya yang Diddy bakal turut serta.
Selaindaripada tu pengguna DiGi juga boleh melanggan Diari Diddy! Diari Diddymemang lain daripada apa yang Diddy tuliskan kat sini. Diari Diddylebih personal. Bukan saja setakat promosi yang Diddy ikuti tapi jugamacam2 perkara peribadi yang berlaku sepanjang minggu dalam hidupDiddy. Ada tiga Diari Diddy setiap minggu dan hanya 50sen setiap satu.Kalau pengguna DiGi nak dapatkan Diari Diddy cuma perlu taip ON (jarak)DIDDY dan hantarkan ke 2000. Gambar2 yang macam Diddy letakkan katatas2 ni pun boleh dimuat turun! Yang ni cuma contoh tiga keping aje!Banyak lagi. Kalau nak dapat informasi percuma cuma taip ON (jarak) DSCdan hantarkan ke 2000.
Salam Sayang,
Diddy
[ Last edited by hezzach at 26-3-2008 10:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ENTRY DIDDY FEB 25 - RUTIN
Bismillahirrahmanirrahim
MungkinDiddy lompat sedikit cerita Diddy ke masa sekarang ni. Rutin pada awaltahun 2008 pada Diddy amat sibuk. Saban hari dan kebanyakannya hujungminggu jadual Diddy penuh dengan persembahan makan malam, promosi danlain2 lagi. Sekarang ni pula setiap minggu Diddy akan ikut promosiuntuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
Minggupertama Road Tour ABP membawa Diddy ke Kota Bharu, Kelantan. Memangteruja kerana inilah pertama kali Diddy menjejakkan kaki ke Kelantanmembuat persembahan. Memang ramai orang di KB Mall dan kami menjamuselera untuk makan malam di Pantai Cahaya Bulan. Yang seronokknya,Diddy bukan saja dapat bertemu dengan peminat di Kelantan dan membuatpersembahan untuk mereka, tetapi Diddy juga dapat menjual album Diddypada mereka. Inilah kepuasan yang tak ternilai harganya. Ada lagipengalaman yang berharga di Kelantan. Diddy dapat duduk bersama-samadengan Abg Anuar Zain dan mendapat nasihat serta mendengar pengalamanbeliau! Mungkin ramai yang tidak tahu, selain daripada Dayang Nurfaizahdan beberapa penyanyi lagi, Abg Anuar Zain adalah idola Diddy sejakkecil lagi.
Minggukedua rombongan ABP ke Kuala Terengganu. Ini adalah kali ketiga Diddymembuat persembahan di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, tapi yangpertama untuk tahun ni. Ramai sungguh orang yang hadir walaupun cuacapanas terik. Kami diarak menaiki beca roda tiga. Kali pertama dalamhidup Diddy juga berpeluang untuk menunggang kuda. Pada hari terakhirkami di Terengganu, rombongan dibawa untuk melawat Taman Tamadun Islamyang ada lebih 21 replika masjid2 utama di dunia.
Diddyberada di Melaka untuk minggu ketiga ABP Road Tour. Persembahan diDataran Pahlawan Mall memang seronok! Ramai sungguh orang yang hadir.Kali ni sebelum persembahan bermula kami semua diarak menaiki keretalembu. Terima kasih kepada orang Melaka yang menyokong Diddy sambilmembeli album Diddy. Seronok sangat setiap kali tengok album Diddyterjual.
Hujung minggu ni pula Diddy akan ke Kuantan Pahang. Taksabar rasanya. Siang nanti pula Diddy ada dua sidang akhbar yang Diddykena pergi. Yang pertama pada pukul sebelas pagi nanti untuk penyerahanhadiah utama dari Peugeot kepada pihak penganjur Anugerah BintangPopular. Petangnya pula Diddy akan ke sidang akhbar untuk AnugerahPlanet Muzik 2008. Tercalon atau tidak, Diddy berserah pada rezeki.
Salam sayang
Diddy
[ Last edited by hezzach at 26-3-2008 10:44 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ENTRY DIDDY FEB 20 - CABARAN
Bismillahirrahmanirrahim
Salam untuk semua.
Diddytak pandai sangat nak karang ayat tapi inilah cabaran yang Abg Badrulberikan pada Diddy. Satu hari nanti Diddy akan ada ruangan di websiteF-Tersix untuk Diddy menulis. Jadi sementara waktu Diddy kena praktisdulu tulis dekat blog. Mungkin tak ada yang personal sangat tapi lebihkepada aktiviti2 yang Diddy buat dan ikuti. Alhamdulillah Diddy adaeditor yang akan editkan tulisan Diddy dan juga letakkan gambar2 yangdiperlukan =) Siapa lagi kalau bukan Abg Badrul.
Cabaranbukanlah satu perkara baru dalam hidup Diddy. Setiap hari Diddyberdepan dengan macam2 cabaran sebagai anak seni. Pepatah orang tua,kalau tak berani menghadapi gelombang jangan berumah di tepi laut.Bunyinya macam dah biasa diulang2 tapi itulah hakikatnya. Orang putihkata cliche. Bukan setakat anak seni tapi Diddy rasa semua orang punlalui macam2 cabaran. Cuma mungkin ada masa keadaannya berbeza.
Diddytak pasti sekerap mana Diddy akan tulis tapi kalau ikutkan perjanjiancabaran ni mestilah sekurang2nya sekali seminggu. Diddy akan buatsemampu yang boleh. Mungkin sebagai permulaan Diddy akan ceritakanpengalaman masa lampau ketika mula2 Diddy terlibat di bidang seni.Kalau bukan Akademi Fantasia apa lagi kan? Taklah secara terperincitapi cukuplah untuk kenang balik saat pahit manisnya. Selebihnyamungkin kepada promosi dan perkembangan karier Diddy.
Mungkinjuga blog Diddy ni boleh jadi ruang terbaik untuk sesiapa memberikanpendapat, kritikan dan nasihat untuk Diddy memperbaiki diri. Diddy takkisah dikritik tapi biarlah ianya membina dan bukan untuk mengutuk.Diddy sentiasa berpegang pada kata2 yang kita sentiasa perlu membaikidiri. Satu lagi cabaran yang bukan mudah tapi perlu dilakukan untukmencapai cita2. Susah juga nak menulis ni. Hampir dua jam Diddy nakkarang tulisan pertama Diddy. Kalau rasa tulisan ni bunyi macam skemakerana Diddy mesti tulis dalam bahasa skema =)
Salam Sayang
Diddy
[ Last edited by hezzach at 26-3-2008 10:45 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
23 march Restaurant Paksu Shah Alam
GATHERING BERSAMA2 DIDDIANS, DA VOMS, DIDDY, MILA & FARAH ASYIKIN
[ Last edited by hezzach at 26-3-2008 10:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
[ Last edited by hezzach at 26-3-2008 10:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
[ Last edited by hezzach at 26-3-2008 10:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|