CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9174|Reply: 14

arca - tiada satu pun sama!!

[Copy link]
Post time 10-3-2008 07:45 AM | Show all posts |Read mode
Tiada satu pun sama
DALAM beberapa tahun akan datang, arca-arca tangan dan kaki ini pastinya memberi anda nilai sentimental yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Wartawan YEO LI SHIAN dan jurufoto, RASHID MAHFOF mengungkap kisah di sebalik pembuatan arca ini.




SEBUAH 'studio' kecil di kediaman teres miliknya di Puchong, Selangor menjadi bukti kesungguhan ibu jelita ini mengabadikan kenangan si kecil. Bingkai-bingkai berisi arca-arca tangan dan kaki bayi pelbagai saiz jelas terpampang di ruang dinding. Jika diamati secara dekat, ternyata garis-garis halus yang terbentuk pada tapak tangan dan kaki turut jelas kelihatan.

Sekilas pandang, mungkin ada yang menganggap arca-arca tadi hanyalah replika biasa. Tetapi, uniknya, idea bingkisan seni itu lahir daripada naluri seorang ibu yang inginkan kelainan dalam merakam tumbesaran anak-anak kesayangannya.

Memilih sesuatu yang lebih daripada sekadar kaedah konvensional seperti rakaman foto dan video,

MELISA menunjukkan cara menghalusi setiap arca.

Melisa Kam, 35, mengambil inisiatif menghasilkan arca tiga dimensi anak-anaknya sendiri.

Mengakui anak tidak selama-lamanya bergelar bayi, Melisa yakin sentuhan jari-jemari tangan dan kaki si kecil boleh dikekalkan menerusi seni ukir arca sampai bila-bila masa.
Saat ditemui di kediaman dua tingkatnya baru-baru ini, Melisa berkata, setiap wanita bergelar ibu pasti mengharapkan kenangan membelai tangan dan kaki si kecil boleh berpanjangan.

"Sebagai ibu, anda menyaksikan kelahiran anak dan terpaksa mengakui mereka akan dewasa suatu hari nanti. Anak-anak tidak selama-lamanya kecil.

"Dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang, apabila anda melihat kembali arca-arca ini, ia sudah pastinya memberi nilai sentimental yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit," ujar Melisa sambil mendukung anak bongsunya, Jayden.



Cetusan idea untuk membuat arca tangan dan kaki anak sulungnya, Nicollete David bermula selepas satu percutian di New Zealand beberapa tahun lalu.

"Kali pertama saya melihat arca plaster seumpama ini di New Zealand, saya sudah tertarik dengannya sebab anda tidak akan mendapatkan sesuatu seperti ini di Malaysia. Malah, saya terus dapatkan satu untuk Nicolette yang pada ketika itu hanya berusia sembilan hari," katanya sambil tersenyum.

Apa yang bermula sebagai tarikan 'pandang pertama', akhirnya membuatkan Melisa tergerak hati untuk mempelajari cara menghasilkan arca tersebut. Lantas, dia mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus jangka pendek selama tiga hari dan membelanjakan puluhan ribu ringgit semata-mata mahu menguasai kemahiran itu.

"Walaupun kami (peserta) telah diajar teknik-teknik pembuatannya, hanya selepas beberapa kali praktis, barulah kami berjaya menguasai kemahiran ini sepenuhnya.

"Itu sebabnya pada peringkat awal, saya terpaksa menggunakan anak saya dan anak saudara-mara serta kawan-kawan sebagai model terlebih dahulu," ujarnya sambil ketawa besar.

Kesungguhan Melisa menghasilkan arca-arca tiga dimensi itu sekali gus membuahkan hasil pendapatan sampingan menerusi perniagaan kecil-kecilannya, Little Prints.

Walaupun kemahirannya membuat arca tiga dimensi itu kini mendapat sambutan memberangsangkan, Melisa akui dia enggan menerima banyak tempahan.

"Satu sebabnya ialah setiap arca yang dihasilkan adalah tersendiri dan terbentuk daripada kasih sayang. Ini bukan sesuatu yang boleh dibeli terus dari kedai. Tiada satu yang sama dan ia adalah hasil seni yang tidak mungkin diperoleh lagi apabila bayi itu sudah dewasa kelak. Lagipun, ini cuma satu hobi .

"Menerima tempahan yang banyak hanya akan menjadikan hasil seni ini seperti lambakan karya yang tiada identiti. Itu bukan apa yang saya mahu. Setiap arca tangan dan kaki yang dibentuk perlu dihalusi tanpa menghilangkan identiti garisan-garisan serta cap jari pemiliknya. Itu yang membuatkan hasil seni ini unik," terang Melisa yang turut mengumpul koleksi arca tangan dan kaki kedua-dua orang anaknya.

Lebih mengujakannya ialah kerja-kerja penghasilan arca ini memberi Melisa peluang untuk menyaksikan sendiri perkembangan bayi-bayi yang pernah menjadi kliennya. Ini kerana katanya, ibu-ibu biasanya akan kembali mendapatkan arca baru anak-anak mereka pada setiap peringkat umur berbeza.

BAYI Julian bersama arcanya yang diambil ketika dia berusia 9 jam selepas lahir.

Tambah Melisa lagi, menariknya, klien termuda yang pernah diterimanya untuk membuat arca hanyalah berusia sembilan jam selepas lahir.

"Ibunya, Janice adalah jiran saya dan saya diminta untuk mendapatkan acuan tangan dan kaki anaknya sebaik sahaja lahir. Saya bergegas ke hospital selepas anak lelakinya, Julian selamat dilahirkan. Ini agaknya satu pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan. Begitu juga dengan Janice," ceritanya mengimbas kenangan tahun lalu.

Bagi memberi kami pandangan yang lebih jelas tentang kaedah penghasilan sesebuah arca plaster, Melisa telah menjemput bayi Julian yang kini berusia enam bulan sebagai model kami.

Sambil memperkenalkan Julian yang ditemani ibunya, Janice kepada kami, Melisa menggaul campuran agen yang membentuk acuan dengan air di dalam sebuah mangkuk besar.

Campuran separa solid tadi kemudiannya dituangkan ke atas sekeping plastik yang telah diratakan sebelum diangkat dan dibalut pada tangan kecil Julian. Julian yang didukung ibunya tidak sedikit pun merengek. Sebaliknya, kerlipan lensa dan tangannya yang dimasukkan ke dalam acuan membuatkan Julian kelihatan keliru.

Dalam hanya beberapa saat, campuran tersebut mengeras tetapi tidak melekat pada tangan dan mudah dikeluarkan.
"Ia satu proses yang cepat dan tidak sedikit pun menyakitkan. Agen membentuk acuan itu mengeras seakan plastik dan itulah yang membolehkan garis-garis halus, kedutan pada tangan mahupun cap-cap jari terlekap pada acuan tadi," jelas Melisa yang berasal dari Johor Bahru.

Setiap arca mengambil masa tiga hingga empat minggu untuk disiapkan. Arca tangan dan kaki yang dihasilkan dicatkan dengan warna emas atau perak mengikut permintaan pelanggan.

Produk akhir akan dilekatkan sebelum dibingkai dan dilengkapkan dengan butiran peribadi seperti nama, tarikh lahir dan bila arca dibentuk. Harga arca bergantung kepada saiz, jenis cat dan bingkai yang digunakan bermula daripada serendah RM285.
Mengulas lanjut, Melisa memberitahu, selain tangan dan kaki, terdapat juga permintaan membentuk arca daripada bahagian lain tubuh seperti muka dan punggung. Tetapi, 'permintaan pelik' seumpama itu telah ditolaknya.

Bagi ibu-ibu mengandung pula, Melisa turut menawarkan perkhidmatan menyediakan arca perut ibu hamil sebagai tanda kenangan indah.


mmg  cantik arca ni.. aku ada tengok artist buat ni masa kat dekalb.. ada buat exhibition kat NIU..   ramai mak bapak yg buat arca tapak tangan or tapak kaki  anak2 depa  yang masih baby tu...  cantik kalu jadi hadiah gak.. aku rasa  ni satu hadiah yg bagus nak bagi pada anak2 or anak sedara kita..   kita pun bole buat utk kita punya palm gak  tee hee    wonder kalu boleh buat utk ........    ah karang mod deduct lak kedit aku  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2008 06:22 PM | Show all posts

salam

i ada ambil byk gambar arca... my friends buat masa study kat UPSI

nanti I tempek

InsyaAllah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 05:06 PM | Show all posts


[ Last edited by  fleurzsa at 11-3-2008 05:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 05:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 05:26 PM | Show all posts


[ Last edited by  fleurzsa at 11-3-2008 05:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 05:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2008 05:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 05:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2008 05:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 05:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 06:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 06:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 06:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 03:02 PM | Show all posts
waaa  fluerza  awesome!!  aku suker!!  thank you for sharing ek  
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 03:24 PM | Show all posts
unik nyer..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.069597 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list