CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44281|Reply: 205

Pengalaman Accident Yg Ingin Diceritakan.. (Kisah dan Tauladan)

[Copy link]
Post time 5-3-2008 08:20 PM | Show all posts |Read mode
................ACCIDENT!!!!!!!!

Assalamualaikum.......aku copy thread aku sendiri dari Bod lain....dirasakan amat sesuai utk bod ni....so aku copy paste masuk.

Korang pernah kemalangan jalan raya, air atau udara? Teruk tak? Ada sampai masuk spital tak???
So aku bukak thread ni utk bagi peluang pada forumer cerita sedikit sebanyak ttg pengalaman kemalangan yang korang pernah alami...
Thread accident ni hanya yang melibatkan kemalangan jalan raya,air dan udara yang korang alami sendiri bkn ahli keluarga, kawan2, binatang peliharaan korang atau sengaja nak ulang cerita ttg accident yang korang tengok kat tv ........
..........dan ianya mestilah melibatkan kenderaan bermotor yang tertakluk bawah undang2 jln raya, air dan udara....kemalangan melibatkan UFO tlg letak kat thread lain atau korang bukakla thread sendiri....


So, aku mulakan dgn diri aku sendiri...
1) Kemalangan pertama
Masa aku umur 8 thn Masa tu aku belajar bawak moto ngan abah aku, pijak brek ngan gear kaki aku tak sampai, so abah aku dok belakang tlg tekan gear ngan brek. Masa bwk moto tu aku lost kontrol dan jth tersembam, muka calar balar, abah aku lebam2. Blk rumah abah aku dpt kuliah Maghrib ngan mak aku dan didenda kena tido kat sofa satu malam .

2) Kemalangan kedua
Masa 1st semester matrik
Aku ngan member aku berpoya2  kat kl, blk kol 10pm naik Yamaha RXS(moto otai) pinjam member aku yang lagi satu. Sbb laju sgt aku gi hantuk moto kat depan aku yng di tunggang olh 2 org amoi. As a result, Muka aku calar lagi, 2 btg gigi depan aku patah(sekrg dan repair blk  ), bibir atas aku koyak dan nyaris terjatuh, kulit tgn dan jari terkupas dan lain calar minor. Lepas kemalangan sebuah van DHL yang kebetulan lalu kat situ telah menghantar mangsa2 (aku yg plg teruk) ke hospital Kajang, disana aku terima 20 jahitan kat bibir dan ditahan kat wad 1 minggu.

3) Kemalangan ketiga
Ini kemalangan kereta, aku bwk kereta on da way to P.D. Kilometer 298 PLUS hway hala selatan(kat Bangi) kereta (Company punya) hilang kawalan dan terbalik.....nasib baik aku tak mati....calar sikit aje...tak masuk hospital.

4) Kemalangan keempat
Kemalangan kereta jugak
Kat bulatan berhampiran kilang Carlsberg Shah Alam...sikt jek...aku mengelamun terus gi langgar satu Proton Satria kat depan aku. Disebabkan aku drive 4WD, Satria tu kemik teruk (4WD ok jek ). So...gi buat report kat balai polis SS11...claim insuran.

5) Kemalangan kelima
Masih kemalangan kereta(4WD)-Company punya lagi
Pukul 9 mlm aku baru blk kerja dari Melaka, dlm kepala hotak aku terpikir nak blk terus tido. Masa tunggu lampu merah bertukar ijau kat trafik light berhampiran Petronas UPM Serdang, satu malaun drive Proton Iswara Aeroback kaler merah telah menyondol belakang 4WD aku dari belakang (korang tau2 jelah kalau Proton Iswara gi tonyoh 4WD ape result dia ). aku selamat tanpa sebarang kecederaan. Yang dlm Iswara tu (4 orang)....2 org yg duduk kat depan masuk spital...tp kecederaan tak seruis, luka2 dan ada sikit patah (ada 2 kapel dlm Iswara tu). Sudahnya dari plan nak tido awal terus tertangguh sampai dkt pukul 1pagi sbb settelkan report dan kereta sekali

Sooo....itu adalah pengalaman kemalangan jalan raya yang melibatkan aku sendiri (bukan cerita rekaan).....
Terima Kasih:2cool:


Kepada Momod....kalau thread seumpama ni dah ada.....korang boleh Solex.....

[ Last edited by  takumi86 at 8-3-2008 01:15 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2008 08:28 PM | Show all posts

Reply #1 matamata's post

Byk gile ko accident...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2008 08:30 PM | Show all posts

Reply #2 nik2121's post

Byk jugak laaa.....nasib baik tak mampos......
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 08:30 PM | Show all posts
amik port dulu.. nanti nak explain... :victory:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2008 08:34 PM | Show all posts
Originally posted by metalique at 5-3-2008 20:30
amik port dulu.. nanti nak explain... :victory:


Ambik....jgn tak ambik......aku sewa dewan sebesar PWTC utk korang semua......
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 09:26 PM | Show all posts
hahahaha first x ciden aku masa umur aku 13tahun baru dapat motor masa tu pakai suzuki rc80 bodybesi ni huk2 aku masuk lobang bawa laju x perasan huk2 terus jadi cam superman masuk semak ka sebelah gelap la dunia ni sekejap huk2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2008 09:34 PM | Show all posts
ada sapa2 kat sini yg pernah accident lalu meninggal ada tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 10:46 PM | Show all posts
Originally posted by sedondon at 5-3-2008 09:34 PM
ada sapa2 kat sini yg pernah accident lalu meninggal ada tak?


ade.. aku eksiden.. "meninggalkan" moto di tepi jalan... pastu panggey lori suh angkut g repair.. huhuhuhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2008 12:03 AM | Show all posts
Originally posted by sedondon at 5-3-2008 09:34 PM
ada sapa2 kat sini yg pernah accident lalu meninggal ada tak?


soalan tergantung laa..... !  kalau dah meninggal macam maner nak cerita kat sini dah duduk kat alam kubur daa
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 12:19 AM | Show all posts

Reply #1 matamata's post

aku pernah eksident masa naik ngan imono.. member opis lamaa
keter satriaaa dan kena kat carrefour subang jayaa
now ni 2-2 dah pindah kerja company lainnn....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 08:13 AM | Show all posts
Aku ada juga terlibat dlm beberapa kemalangan sama ada melibatkan kete atau moto. Aku anggap semua ni warning dari Tuhan agar aku lebih menghargai nyawa yg dipinjamkan. Aku cuma listkan tiga aje untuk renungan bersama.

1. Umur 12 tahun. Kena langgar dek kete bapak aku masa dia tengah reverse kete. Masa tu bapak aku baru nak kuar dari rumah utk ke hospital melawat mak aku. Tayar kete tu dah betul2 ada kat tengkuk aku. Mujur ada org jerit, then tolong tolak kete coz jln depan umah tu agak curam. Bapak aku pengsan pas tu.

2. Masa belajar kat U. Balik malam ke Johor ikut jln persekutuan naik moto. Kejadian berlaku antara jln seremban ke tampin dalm kul 11.30 mlm. Jln clear masa tu, so bawa agak laju lah. Aku tetiba ternampak kerbau atas jalan, dah dekat sgt so aku tak sempat nak buat apa2, maklumlah kerbau yg hitam dimalam yg gelap gulita mana nak nampak. Moto aku rosak teruk, tak boleh nak bawak dah. But, aku cuma cedera kat tangan n lutut aje. Pas tu aku, gi ada satu umah kat situ. Bagi salam agak lama gak baru lah dia buka pintu. Dekat kul 12pm, org kg tentunya dah mimpi baik punya. Pak cik tu cukup baik hati, bagi aku tumpang tido umah dia, siap buatkan aku kopi lagi. Esok pagi masa sarapan dia tanya camana boleh eksiden, aku jawab, aku terlanggar kerbau. Dia kata, betul ke kau nampak kerbau. Coz dia kata dua minggu lepas ada gak kete aksiden katanya langgar kerbau pd mlm hari ditempat yg sama, org bawak kete tu putus kaki, n kete dia remuk tapi dia tak jumpa lak kerbau yg mati or tercedera.

3. Dah keje. Aksident bawa moto gak, CBR600rr. Aku beli moto ni bulan Feb 2007 masa tu arwah mak aku tengah sakit menunggu hari (kanser). Aku tangguh lah bawa moto tu coz arwah mak aku pesan hati2 bawa moto tu. Dua minggu lepas dia meninggal, aku bawa moto tu. tengah malam, lepas hujan, Aku nak potong kancil, dia hempit aku sampai ke divider. Aku tak boleh buat apa, hit the divider then the bike become out of control. Luckly aku sempat lepaskan bike tu and at the same time pakai complete riding suit. Aku tak cedera pun, tp hati manyak terluka coz moto baru beli tercedera.

4. Yg ni extra aje. Baru2 ni minah jepun ngan Alphard dah hentak kete Honda Stream RSZ aku kat pintu belakang. Kemeknya sikit aje. Telefon insuran tak smpi dua jam dia bagi aku kete ganti. Ni yg best insuran kat oversea ni. Kalu aksiden tak yag gaduh2. Semuanya will be take care of by the insurance company.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 08:15 AM | Show all posts
Originally posted by sedondon at 5-3-2008 09:34 PM
ada sapa2 kat sini yg pernah accident lalu meninggal ada tak?


hehehe...kalau xcden pas tu meninggal bagaimanakah 'ia' ingin berkongsi dengan kita pangalamannya???
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 08:49 AM | Show all posts
kalau yg meninggal itu boleh mengundi.. kenapa tidak menceritakan pengalaman dieorang kemalangan.. ye x ??
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 09:16 AM | Show all posts
Kemalangan-kemalangan aku...

1. Masa Darjah Dua...ada kereta nak masuk simpang tak bagi signal kat Rengit. Kereta Cortina bapak aku yang belakang terus tersondol. Adik aku pecah bibir, aku lebam sket kat dahi. Kira la jugak kan pasal aku ada dalam kereta tu...

2. Masa Darjah Lima. Aku nak cross jalan naik basikal (ni salah aku jugak la ni) aku tak perasan ada motor lalu...terus kena sideways. Nasib baik pelan. Brek basikal aku putus, seluar aku koyak, luka kat siku..yang membengangkan aku, walaupun kira salah aku, motor tu cabut macam tu aje!

3. Kat depan Kampung Istana, BP, bawak Accord bapak aku - aku nak masuk simpang, kereta2 dari depan dah bagi line...tak alih2 ada satu motor ni mencilok..apa lagi menonggeng le mamat tu dengan bini dia. Yang best, bini dia macam bagus je marah2 aku...maklum le masa tu aku baru dapat lesen...tengah mengong lagi le....Setel macam tu...

4. Kat simpang PLUS-Jelapang...aku baru balik antar member aku tunang. Sampai kat simpang tu, lagi, ada kereta nak masuk simpang...aku nak elak, lane kiri ada kereta, so baik aku rempuh dia aje! Head on beb....Yang ni panggil Trafik...memang tak banyak cite memang dia salah. Yang bestnya pakcik member aku kata, kenapa hang tak reverse, lepas tu hentam lagi, kasi pecah radiator dia?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 10:01 AM | Show all posts
aku pun nak syer dgn korang...

Kemalangan pertama..tahun 1999..

Tergolek dok kat roundabout seri kembangan nak menghala ke seri serdang...masa tu belajar lagi....aku dari arah seri kembangan dengan selamba memecut gamma aku dan bile sampai kat roundabout tu aku drop gear(konon nak keping baik nyer la...)dan seterusnya aku pulas throttle utk amik selekoh....dengan tiba2 tayar belakang aku membuang..(tayar sotong..)...apa lagi aku pun jatuh dan menyasar bersama-sama motor aku dan stop kat tepi tiang letrik...adesss.....gi poliklinik kat sri serdang....moto bole jln lg..rosak minor aje......badan dgn kaki luka2....

Kemalangan kedua...tahun x ingat..tp tgh study kat UPM

Balik dr kuliah aku ikut jln blkg lalu fakulti kejuruteraan nak ke tmn univ...aku bwk mcm biasa gamma aku...aku ikut lane aku...dgn tiba ada sorg awek kalut bwk modenas..nak gi kuliah aku rasa..dah lambat kot...punya la laju dan menghentam sisi kanan moto aku...aku pun terpelanting la ke tepi jalan...awek tu pun sama...tercabut kasut aku....hawau punya awek...pecah aku nyer kotak enjin...minah tu apa lagi..rabak kaki bedal brek moto aku....kene jahit kat pusat kesihatan UPM....aku cedera sket2..moto aku aku mintak family awek tu tanggung kos baik pulih...(hawau tul..moto baru lepas spray baru sport rim....dah calar kene bedal dgn awek tu)

Aku post kan sekali gmbr moto kesayangan aku dulu masa study...



Kemalangan ketiga..hway Pasir gudang tahun 2005

Yg ni aku bwk wira aku...baru lepas serv brek...tiba ada satu suzuki jimmy brek emergency..aku apa lg....brek gak..tp malang...aku rasa brek x mencengkam...dan seterusnya aku hentam blkg suzuki jimmy tu....apa lg..bonet, lampu dan radiator jahanam..nasib baik bumper aku leh pakai lg...aku x repot polis...setle tepi jer...kene rm 1000 lebih keta ku...kecedaraan tiada..mamat yg drive suzuki jimmy tu pun x kisah...keta dia x ada apa2 pun..maklum la..setongkol besi  kat blkg keta dia...

sekian seadanya.....

[ Last edited by  tok_hoi at 6-3-2008 10:11 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 10:06 AM | Show all posts
1. jln genting klang ke mrr2 dkt kem askar... perdana jadi perdana aeroback.

2. terbang roundabout kat jln enggang berhampiran au3 (dkt petdag punya opis dulu) tapi tak lepas. 2 tyr dlm roundabout, 2 tyr atas jalan. and ofkos roundabout tuh dikelilingi longkang so terpaksa tinggal lama nak hangkut geng2 tlg angkat kereta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2008 10:16 AM | Show all posts
pengalaman langgar bumper orang dpn.

chinese lady..  takde apa2. tapi saya panic la sbb saya takde Licence. hehe

byr Rm100 kautimm.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 10:36 AM | Show all posts
tok hoi....motor tayar sotong ko nih mmg glamer masa aku kat U dulu2......hehehe.....konon macho la ek....

aku kenangan eksiden masih terpahat pada badanku....kesimpulannya siku dan lutut kedua2 kiri kanan mmg dah bertanda kekal sampai akhir hayat....dek penangan eksiden motor sblm nih......

eksiden keta belum lagi.........minta dijauhkan....nauzubillahiminzalik.........

[ Last edited by  spirkaklampuru at 6-3-2008 10:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 10:49 AM | Show all posts

Reply #18 spirkaklampuru's post

haah..mmg top masa tu...kire tahan gak tayar sotong ni...masa aku blaja dulu, prjalanan dr serdang- kota tinggi, kota tinggi-serdang, tayar sotong ni x penah pancit kat hway...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 11:03 AM | Show all posts
ckp psl xcident nih....
kira aku nih.... kalu org nk minang aku.... kena timbang kilo....
sbb sana sini parut xcident
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.055000 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list