CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4772|Reply: 13

Yusof Kelang (orang yang membuka Kelang?)

[Copy link]
Post time 1-3-2008 06:49 PM | Show all posts |Read mode
Aiyo ada sesiapa tak pakar sejarah kat sini yang tahu sejarah yusof kelang serta pembukaan bandar kelang pada awal kedatangannya. Aku tgh kumpul info fasal this man...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2008 11:30 AM | Show all posts
yusof kelang ade kene mengene ngan kelang ke? bukan nama kelang tu pon dah wujud sejak zaman sebelum islam ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2008 12:11 PM | Show all posts
tu le yang aku nak tahu ni. sebb nm yusof klang dicatatkan sebagai org pertama membuka bandar klang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 12:58 AM | Show all posts
Originally posted by imansyukor at 2-3-2008 12:11 PM
tu le yang aku nak tahu ni. sebb nm yusof klang dicatatkan sebagai org pertama membuka bandar klang.


Aku rasa macam pernah dengar la nama Yusof Klang nih.. Serius!!
Rasanya aku pernah baca kisah tentang dia ni, kalau tak silap aku la...

Boleh aku tahu dari sumber mana kau dapat ni?

Originally posted by dCrook at 2-3-2008 11:30 AM
yusof kelang ade kene mengene ngan kelang ke? bukan nama kelang tu pon dah wujud sejak zaman sebelum islam ke?


Aku pun rasa macam tu gak...
Seingat aku, penduduk asal Klang ialah Orang Asli dan Minang...

Negeri-negeri asal yang membentuk Negeri Sembilan
  • Jelai (Inas)
  • Jelebu
  • Johol
  • Kelang (Klang) (kini menjadi sebahagian dari negeri Selangor)
  • Nanaing(Naning) (kini sebahagian besar dari kawasan ini telah menjadi sebahagian negeri Melaka)
  • Rembau
  • Segamat dan Pasir Besar (Segamat kini dalam negeri Johor manakala Pasir Besar di Tampin)
  • Sungai Ujong (Sungei Ujong)
  • Ulu Pahan (kini terbahagi antara Jelebu dan negeri Pahang)
Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Negeri_Sembilan

[ Last edited by  ijad_adiputera at 3-3-2008 01:17 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 03:59 AM | Show all posts
dah tu yusuf kelana ... membuka kelana jaya
hehehhehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 08:24 AM | Show all posts

Reply #5 sudugarpu's post

pandainyaa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2008 09:37 AM | Show all posts

Reply #2 dCrook's post

saya baru temui sajarah bandar Klang,namun menurut sejarah asal-usul klang bukan dibuka oleh Yusuf Klang.

Latar Belakang Bandar Klang

Bandar Klang terletak di dalam Daerah Klang. Ia dihubungkan dengan Bandaraya Kuala Lumpur oleh dua batang jalan utama iaitu Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Lembah Klang. Sungai Klang yang mengalir di tengah-tengah bandar Klang secara fizikalnya memisahkan bandar Klang kepada dua bahagian iaitu Klang Utara dan Klang Selatan. Klang Utara merupakan pusat perniagaan dan perkhidmatan utama yang kebanyakkannya terdiri daripada bangunan baru. Klang Selatan pula adalah kawasan perniagaan lama sebelum perang dan institusi.



Asal-Usul Nama Klang

Nama Klang juga berasal daripada bunyi yang dihasilkan daripada loceng yang diikat pada gajah yang merupakan kenderaan utama di zaman dahulukala.



Ada juga yang mengatakan nama Klang berasal daripada penduduk Cina yang sering mengutip 'Kerang' di muara sungai. Disebabkan pelat pada sebutan mereka, maka mereka menyebut 'kerang' sebagai 'Klang' dan akhirnya kawasan itu dikenali sebagai 'KLANG'.



Asal-usul nama Klang adalah daripada bahasa Mon-Khymer "Klong"."Klong" boleh diertikan sebagai gudang dan tempat simpanan barang-barang, terusan atau jalan air. Ini kerana apabila Klang menjadi sebuah pelabuhan terpenting tentu sekali banyak didapati gudang-gudang di sekitarnya untuk kemudahan pedagang-pedagang manakala jalan air pula merupakan anak-anak sungai yang mengalir masuk ke Sungai Klang dan menjadi jalan untuk mengangkut bijih timah dan hasil-hasil daripada kawasan pedalaman.



Sejarah Berkaitan Bandar Klang

Setelah Opu Daeng Celak mangkat di Riau ( 19.5.1745 ) kesultanan diteruskan pula diSelangor oleh Sultan Salehuddin. Pada masa itu orang-orang Belanda membeli bijih timah dari Klang. Pada 1805 Perak ditawan semula oleh Selangor yang diketuai oleh Raja Jaafar dan saudaranya Raja Idris dan Raja Ahmad. Mereka berjaya menguasai perusahaan bijih timah di Klang dan menghubungkan diantara Klang dan Melaka. Setelah itu Raja Jaafar kembali semula ke Riau untuk menjadi Yamtuan Muda Riau.



Dekad kedua abad ke-19, bijih timah dilombong di Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang. Sungai Klang merupakan kawasan perlombongan utama. kawasan lain seperti Penaga, Petaling, Serdang, Junjong, Pantai Rasa, Kuala Bulu, Gua Batu dan Sungai Lumpur.



Pada 1818 hasil lombong dari Sungai Selangor dan Sultan Klang sebanyak 2,000 pikul setahun. 1830-an bijih timah dari Klang, Lukut dan Langat menyumbangkan hasil bijih sebanyak 3,600 pikul setahun.



Pada 1849 setelah Raja Suleiman berkuasa, kuasa pembesar di Sungai Selangor dan Lembah Klang diserahkan kepada Raja Abdullah bin Raja Jaafar. Beliau berjaya mencari dan membuka kawasan perlombongan bijih yang baru. Setelah itu, Raja Abdullah telah membina sebuah gedung yang cukup terkenal hingga ke hari ini iaitu Gedung Raja Abdullah pada tahun 1857.



Pentadbiran Awal Klang

Klang telah menjadi pusat pentadbiran pada 1880 dan pada 1890 telah dijadikan sebuah daerah setelah pusat pentadbiran berpindah ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1889 telah dibina istana baru yang dikenali sebagai Istana Mahkota Puri bagi menggantikan Istana Bandar yang terletak di Jugra sebagai Pusat Pemerintahan Diraja Selangor. Pada ketika itu Sultan Selangor Sultan Alaeddin Suleiman Shah telah bersemayam di Istana Mahkota Puri pada tahun 1903.



Setelah baginda mangkat (1938), Tengku Alam Shah jadi Sultan Selangor (1938-1942 dan 1945 - 1960). Semasa pemerintahan baginda, Istana Mahkota Puri dirobohkan dan digantikan dengan Istana Alam Shah (1950).



Pada 1960 Sultan Salehuddin telah ditabalkan menjadi Sultan Selangor setelah Sultan Hisamuddin mangkat dan secara tidak langsung Sultan Salehuddin memangku jawatan Yang Dipertuan Agong. Di bawah Sultan Salehuddin Istana Alam Shah telah dijadikan tempat untuk semua acara rasmi kerajaan dan pada ketika itu Istana Kayangan di Shah Alam telah dijadikan istana persemayaman rasmi bagi DYMM Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah.



Perkembangan Bandar Klang

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Klang adalah sebahagian daripada kawasan jajahan takluknya. Ia diperintah oleh Tun Perak yang kemudiannya dipanggil untuk berkhidmat di Melaka dan telah menjadi seorang Bendahara yang terkenal. Ketrampilan hebat Tun



Perak itu juga telah menyebabkan Klang menjadi terkenal dan masyhur. Sungai Klang merupakan nadi kepada pembangunan dan perkembangan Klang dan kawasan sekitarnya pada masa itu. Muara Sungai Klang menjadi pintu masuk utama yang mengawal keluar-masuk hasil mahsul dan barang dagangan kawasan Lembah Klang dengan pedagang asing. Bagaimanapun perkembangan Klang pada masa itu hanya tertumpu pada bahagian selatan Sungai Klang sahaja. Ia dapat ditunjukkan dengan terletaknya jumlah bangunan lama sebelum perang yang banyak di Klang Selatan.

[ Last edited by  miftahuljamilah at 3-3-2008 09:40 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 10:06 AM | Show all posts

Reply #5 sudugarpu's post

hahahahahahaha... cam siot jek..

kelana jaya tuh dinamakan oleh Sultan Selangor sebelum ni sempena nama pak cik dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2008 11:10 AM | Show all posts
Kolang....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 11:29 AM | Show all posts

Reply #5 sudugarpu's post

lepas ni kalau ada nama tok Perak, Ina kulai ke..,agaknya semua tu nama pembuka tempat tu!? jangan biarkan diri anda diselubungi misteri jangan marah tuan rumah gurau je!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2008 05:47 PM | Show all posts
hehehe adik2 semua....nama yusof kelang tu terabadi dalam arkib Malaysia tau.bukan sj-saja letak. malah bebaru ni pihak arkib dok sibuk kumpul ahli2keluarga dia yang tgh berselerak kat selangor and terengganu.tp ramai yang taktahu.semua kenal yap ah loy je.padahal bangsa kita pun ada yang hebat tp ntah apa kenanya nama Yusof Klang hilang begitu saja.huhuhu sedih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2008 05:50 PM | Show all posts

Balas #4 ijad_adiputera\ catat

pembetulan sikit.Nama klang bukan diambil dari nama yusof Klang. tapi yang kita concentrate kat sini ialah org yang sebenarnya membuka bandar kelang.byk sgt fakta bercanggah dengan pelbagai buku-buku sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 05:51 PM | Show all posts

Reply #11 imansyukor's post

ye ke..saya pun pernah dengar sebenarnya..mungkin dia ada membuka lombong di Klang kot!saya minta maaf ye..actually saya memang pernah dok klang ,so nama ni macam familiar tapi saya pun tak pasti apa sumbangannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2008 05:53 PM | Show all posts
hehehe takpe,kalau tak pasti kita cuba korek sama2.manalah tau ada org yang benar-benar arif..mana tau antara forumer ni ada yang arif dengan nama itu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.067175 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list