CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2238|Reply: 2

Ancaman keracunan kanak-kanak di rumah

[Copy link]
Post time 6-2-2008 08:34 AM | Show all posts |Read mode
HAMPIR terlena dibuai mimpi, tiba-tiba kedengaran suara rengekan anak kedua di bilik belakang yang memanggil sambil menangis. Ini mungkin ada yang tidak kena, segera bingkas bangun dari tidur dan terus menerpa ke biliknya.

''Ibu, Haiqal sakit perut,'' kata Haiqal sambil meramas-ramas perutnya.

Tidak mungkin tersalah makan, kalau tidak silap semalam makan makanan yang masih panas dan tidak terdedah kepada parasit yang boleh menyebabkan keracunan. Apabila pergi ke klinik, doktor menerangkan bahawa bukan semua kes keracunan disebabkan oleh memakan makanan yang telah terdedah atau tidak cukup masak tetapi ada lagi faktor lain seperti 'sediaan' di rumah.

Apakah `sediaan?' 'Sediaan' ialah sebarang barangan yang mengandungi etanol atau alkohol jenis kepekatan tinggi seperti sabun pencuci, pendandan rambut dan pencuci kuku. Selalunya, gangguan gastrousus (perut) adalah tanda yang awal apabila berlakunya keracunan.

Pusat Racun Negara menganggarkan kadar keracunan yang membabitkan `sediaan-sediaan' di rumah adalah antara 16 sehingga 30 peratus daripada keseluruhan kes keracunan yang dilaporkan.
Daripada jumlah ini, lebih kurang 90 peratus membabitkan kanak-kanak dalam peringkat umur seperti: 1 hingga 3 tahun sebanyak 60 peratus, 3 hingga 6 tahun (20 peratus) dan 6 hingga 11 tahun ( 10 peratus).

Tempat yang paling bahaya mengakibatkan keracunan di rumah adalah di dapur ialah 50 peratus, bilik air (20 peratus) dan bilik tidur (10 peratus).

10 kategori utama keracunan membabitkan sediaan di rumah.
- Sabun dan bahan pencuci.
- Alat kosmetik dan 'sediaan' kegunaan peribadi seperti minyak wangi dan kolon badan.
- Hidrokarbon seperti minyak tanah.
- Tumbuh-tumbuhan.
- Alat-alat mainan seperti desikan (bahan pengering).
- Insektisid dan pestisid (racun makhluk perosak) seperti organofosfat dan karbamat.
- Alat-alat lukisan termasuk pen marker dan warna magik dan dakwat.
- Cat, varnis, pencair cat.
- Deodoran seperti pewangi udara dan semburan badan.
- Rodentisid (racun tikus) yang meningkatkan risiko pendarahan.

Bila sepatutnya mengesyaki kanak-kanak mengalami keracunan?

- Pernah memakan barang-barang yang beracun. Kanak-kanak berumur antara 1 hingga 5 tahun. Mereka dianggap berisiko tinggi kerana gemar memasukkan apa sahaja ke dalam mulut.
- Kanak-kanak menjadi sakit secara mengejut terutama sekali jika pesakit mengalami gelugut (konvulsi) tanpa demam atau tidak sedarkan diri (koma) tanpa sebarang sebab yang nyata.
- Kesakitan yang dialaminya melibatkan beberapa bahagian badan tanpa sebarang sebab nyata.
- Nafas kanak-kanak berbau sesuatu yang luar biasa atau terdapat tanda-tanda kotor atau melecur pada mulut dan bibir.
- Muntah darah tanpa sebab.

Sumber: UtusanMalaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2008 08:57 AM | Show all posts
ancaman keracunan utama bagi saya ialah mentaliti seseorang yang menyediakan makanan tersebut.........
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 09:53 AM | Show all posts
kena selalu awasi anak terutama bila masuk toilet asik main sabun jer manjang....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.380122 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list