CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3226|Reply: 4

anak krakatau mula mengamuk

[Copy link]
Post time 13-1-2008 07:34 AM | Show all posts |Read mode
Anak Krakatau mula mengamuk

    Oleh Ziauddin Sharuddin

               

     ANAK Krakatau di Sunda mula memuntahkan lava pada 11 November lalu.

                   36,417 terbunuh ketika letupan paling dahsyat berlaku 124 tahun lalu

SELEPAS menyepi diri sekian lama, Anak Krakatau, mulamelaungkan amaran kepada dunia bahawa amarah dalam dirinya ingindiluahkan.

Asap dan batuan panas dimuntahkan beratus-ratus meter keudara menyebabkan kebimbangan bahawa gunung berapi di perairan SelatSunda yang memisahkan Pulau Sumatera dan Jawa mungkin bertambah ganas.
        
     Di sebalik tanda yang muncul itu, ada pakargunung berapi meramalkan bahawa Anak Krakatau hanya akan meletup dalamtempoh lapan tahun lagi. Ada yang berpandangan bahawa gunung yangmuncul pada 1927 hanya akan meletus pada awal abad ke-24.

Keterbatasan ilmu manusia menyebabkan pakar gunung berapihanya mampu meramal. Isunya adalah mengapa Anak Krakatau mendapatperhatian istimewa sedangkan pada masa sama, gunung berapi lain diIndonesia juga menunjukkan tanda akan meletus.

Sejarah Anak Krakatau menyebabkan kemarahannya digeruni.Siapa boleh lupa bahawa gunung berapi ini adalah warisan hasil letupangunung berapi paling dahsyat di dunia, Krakatau pada 26 dan 27 Ogos1883.


Letupan 124 tahun lalu memuntahkan lebih 25 kubik kilometer batuandan debu serta menghasilkan bunyi letupan paling bingit pernahdirekodkan dalam sejarah. Bayangkan penduduk sejauh Perth di Australia,iaitu kira-kira 3,110 kilometer dan Pulau Rodrigues dekat Mauritius,kira-kira 5,000 kilometer boleh mendengar letupan itu.

Mengikut rekod rasmi, 165 kampung dan pekan musnah, manakala132 rosak teruk. Jumlah kematian pula seramai 36,417 orang, manakalaribuan cedera akibat letupan, diikuti gelombang ombak besar atautsunami.

  Kejadian itu memusnahkan dua pertiga Pulau Krakatau dan di tempat yang sama, Anak Krakatau muncul 44 tahun kemudian.

Sebelum 1883, Pulau Krakatau mengandungi tiga pulau utama,iaitu Lang (sekarang Rakata Kecil atau Panjang), Verlaten (Sertung) danKrakatau sendiri, sebuah pulau sepanjang sembilan kilometer dan limakilometer lebar.
                                Beberapa tahun sebelum meletup, aktiviti seismik gunung berapi itu mulamenunjukkan tanda aktif dengan beberapa gempa bumi berlaku yang bolehdirasai hingga Australia.

20 Mei 1883, iaitu tiga bulan sebelum letupan terakhir, wapmuncul dari gunung itu dan letupan debu setinggi enam kilometer sertabunyi letupan boleh didengar hingga ke Batavia (sekarang Jakarta)sejauh 160 kilometer.

Aktiviti ini berhenti pada akhir Mei, tetapi meletup semulapada 20 Julai menyebabkan laut bergelombang dan merbahaya kepada kapal.Pada 11 Ogos, letupan lebih kuat berlaku dan bertambah hebat pada 24Ogos.

Kira-kira jam 1 petang pada 26 Ogos, gunung berapi memasukiperingkat paroksisme yang jika dibandingkan dengan manusia ibaratkemarahan yang tidak dapat ditahan lagi. Sejam kemudian, pemerhati disitu melihat debu membentuk kepulan awan hitam setinggi 27 kilometer.

Letupan semakin tidak berhenti-henti dan boleh didengarsetiap 10 minit. Kapal yang berada dalam lingkungan 20 kilometerditimpa hujan debu dan ketulan batu panas sebesar 10 sentimetermendarat di atas kapal.

  Pantai Pulau Jawa dan Sumatera mula dilanda tsunami kecil antara jam 6 petang hingga 7 malam.

Peringkat katalisme atau bencana berlaku pada 27 Ogos denganempat letupan kuat berlaku antara jam 5.30 pagi hingga 10 pagi denganletupan terakhir adalah paling kuat.

Setiap letupan dituruti tsunami dengan gelombang setinggi 30meter, manakala banyak kawasan pantai Sumatera dilanda aliran lahar.Debu pula berterbangan setinggi 80 kilometer.

Antara kawasan yang menjadi mangsa Krakatau ialah penduduksekitar Ketimbang di Sumatera apabila pada petang 27 Ogos, hujan debupanas menyebabkan ribuan penduduk di daerah malang ini terbunuh.

Selepas dua hari kejadian dahsyat ini, letupan kecilberterusan hingga Februari 1884. Hasil letupan menyebabkan Krakatauhampir hilang sepenuhnya dan puluhan tahun kemudian meninggalkankeadaan fizikal yang dapat dilihat pada hari ini.

  Ketika ini hanya ramalan dapat dibuat, tetapi persoalan lebih besar adakah Anak Krakatau akan mengamuk seperti Krakatau?

FAKTA
Kesan letupan Krakatau



Angka kematian rasmi yang dikeluarkan oleh pihakberkuasa Belanda ialah 36,417 orang. Pulau Sebesi yang terletakkira-kira 13 kilometer dari Krakatau kehilangan semua penduduk seramai3,000 orang.

Kawasan sejauh Afrika Selatan turut dilanda tsunami dan mangsa dijumpai terapung di lautan selama seminggu selepas kejadian itu.

Aliran larva mengalir sejauh 40 kilometer dan melanda beberapa kawasan pantai Sumatera.

Kira-kira 18 hingga 21 kilometer batuan terangkatmembentuk lembangan sekitar Krakatau. Tanah Pulau Verlaten dan dan Langmelonjak sedikit dengan debu lahar membentuk ciri geologi pulau ini.

Suhu dunia jatuh hingga 1.2 darjah Celsius beberapatahun berikut. Keadaan cuaca menjadi kelam kabut dan suhu hanya kembalibiasa pada tahun 1888.

Letupan itu memuntahkan jumlah gas sulfur dioksida yang besar ke udara dan merebak ke seluruh dunia.



adik aku ada gi tengok anak krakatau ni masa bulan 10 last year dia kata dah berasap lama dah ... dan macam tak lama aje lagi nak melatop!!  tapi tak lama tak lama pun ada la dalam 10 thn lagi...  dia masih nak memanaskan diri dia dulu sebelum nak luahkan semua larva..   aku ada baca tentang 1883 letupan krakatua dulu (sampai terciptanya danau toba) ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2008 08:08 AM | Show all posts
Sekiranya berlaku lagi letupan yang serupa, tentu sekali kesannya akan lebih teruk daripada dahulu memandangkan sudah banyak pembangunan dan penempatan terdapat di kawasan berhampiran. Ini termasuklah beberapa negara berhampiran termasuk negara kita. Tidak dapat dibayangkan kemusnahan yang diakibatkan oleh gegaran, tsunami, debu dan habuk dari gunung berapi tersebut tentu akan membawa bencana yang dahsyat. Keadaan geografi pulau Sumatera juga berkemungkian akan mengalami perubahan yang amat ketara. Sepertimana letupannya dahulu yang membentuk Danau Toba.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 11:14 AM | Show all posts
aku ada baca tentang 1883 letupan krakatua dulu (sampai terciptanya danau toba) ..


Erm...pulau krakatoa antara Sumatera dengan Jawa di Selat Sunda....Danau Toba kat Batak...punya la jauh beza. Letupan Karakatoa tahun 1883 Masihi manakala letusan Toba berlaku 74,000 tahun dahulu. Letupan Karakatoa berada pada skala 6 pada skala VEI makala Toba pada skala 8. Kemusnahan akibat Karakatoa boleh dikatakan local dan efek kepada dunia tidak begitu teruk manakala letusan Toba dikatakan sebagai planet-wide catastrophe.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 02:55 AM | Show all posts
Semua tempat nie diduduki oleh orang MELAYU sejak zaman dahulu kala lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 10:56 AM | Show all posts
Krakatau erupted in 1883, in one of the largest eruptions in recent time. Krakatau is an island volcano along the Indonesian arc, between the much larger islands of Sumatra and Java (each of which has many volcanoes also along the arc). There is a very fine book about the Krakatau eruption by Tom Simkin and Richard Fiske, so if you really want to know about the eruption you should go to the nearest bookstore or library to find that.

Here are some highlights from their summary of effects:

1. The explosions were heard on Rodriguez Island, 4653 km distant across the Indian Ocean, and over 1/13th of the earth's surface.

2. Ash fell on Singapore 840 km to the N, Cocos (Keeling) Island 1155 km to the SW, and ships as far as 6076 km WNW. Darkness covered the Sunda Straits from 11 a.m. onthe 27th until dawn the next day.

3. Giant waves reached heights of 40 m above sea level, devastating everything in their path and hurling ashore coral blocks weighing as much as 600 tons.

4. At least 36,417 people were killed, most by the giant sea waves, and 165 coastal villages were destroyed.

5. When the eruption ended only 1/3 of Krakatau, formerly 5x9 km, remained above sea level, and new islands of steaming pumice and ash lay to the north where the sea had been 36 m deep.

6. Every recording barograph in the world ducumented the passage of the airwave, some as many as 7 times as the wave bounced back and forth between the eruption site and its antipodes for 5 days after the explosion.

7. Tide gauges also recorded the sea wave's passage far from Krakatau. The wave "reached Aden in 12 hours, a distance of 3800 nautical miles, usually traversed by a good steamer in 12 days".

8. Blue and green suns were observed as fine ash and aerosol, erupted perhaps 50 km into the stratosphere, circled the equator in 13 days.

9. Theree months after the eruption these products had spread to higher latitudes causing such vivid red sunset afterglows that fire engines were called out in New York, Poughkeepsie, and New Haven to quench the apparent conflagration. Unusual sunsets continued for 3 years.

10. Rafts of floating pumice-locally thick enouth to support men, trees, and no doubt other biological passengers-crossed the indian Ocean in 10 months. Others reached Melanesia, and were still afloat two years after the eruption.

11. The volcanic dust veil that created such spectacular atmospheric effects also acted as a solar radiation filter, lowering global temperatures as much as 1.2 degree C in the year after the eruption. Temperatures did not return to normal until 1888.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.168860 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list