CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16578|Reply: 34

myvians Club Malaysia

[Copy link]
Post time 3-12-2007 02:32 PM | Show all posts |Read mode
khusus untuk pemilik kereta perodua myvi dan juga peminat myvi..
geng2 kat kelab ni best sangat...diorang sume tak sombong...pun boleh berforum gak macam kite kat dalam ni..
selalu adakan gathering yg berfaedah...

~ Pengenalan MyVians ~Penubuhan Myvians pada mulanya dengan hasrat untuk mencari kenalan yang menggunakan Perodua Myvi di sekitar Lembah Klang sahaja. Idea untuk melahirkan Myvians bermula dengan sembang-sembang di restoren mamak selepas menunaikan solat tarawih di satu malam pada bulan Ramadhan 2006. Ia timbul setelah mendapati beberapa kelab dan forum lain sedia ada yang berkaitan dengan Myvi lebih menumpukan penggunaan Bahasa Inggeris semasa berforum. Maka idea untuk mewujudkan forum berbahasa Melayu pun timbul bagi memeriahkan lagi komuniti Myvi di internet. Pelbagai kenangan pahit manis dilalui diawal penubuhan Myvians. Ada yang mentertawakan kami dan ada juga yang sangsi dengan kami. Maklumlah kerana Myvians adalah forum komuniti pertama yang mengggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantaraan. Tidak kurang juga ada ahli Myvians yang menerima cercaan semasa cuba mempromosi komuniti ini kepada rakan-rakan lain. Tapi takpe lah. Itu kisah lama.

Bermula dengan 3 orang 'founder' dari Klang, bilangan Myvians mula bertambah dari hari ke hari. Walaupun tidak ramai dan sehangat bilangan keahlian kelab lain, kami rasakan ini lebih bermakna kerana semua ahli boleh berkenalan dengan lebih rapat lagi. Keahlian Myvians adalah terbuka terutama kepada pemilik Perodua Myvi dan sesiapa sahaja yang mempunyai minat terhadap Myvi (walaupun tidak mempunyai Myvi).

Nama Myvians dipilih kerana ia membawa maksud "Kami Pemilik Myvi " (setelah diterjemahkan secara lebih kurang) dan Myvians menitikberatkan perhubungan setia kawan antara setiap ahli. Selain berforum, aktiviti luaran juga turut menjadi agenda dalam merapatkan hubungan antara sesama ahli. Aktiviti seperti lepak minum di restoren mamak, bermain futsal, berkelah, mengunjungi autoshow dan perlumbaan serta pelbagai aktiviti lain menjadi program yang boleh dikatakan acara yang kerap dilakukan di dalam Myvians.

Logo Myvians diwakili meter rpm pada kedudukan redline, menunjukkan minat mendalam ahli pada dunia permotoran berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan juga kelab.

Moto "Drive with Pride", menunjukkan kebanggaan memiliki dan memandu MYVi.

Berlatarbelakang warna putih untuk menunjukkan kesaksamaan dan ketelusan di antara ahli komuniti. Merah mewakili keberanian. Hitam melambangkan kecekalan dan semangat setiakawan di kalangan ahlli-ahli komuniti.

Visi Utama Myvians adalah untuk menjadikan komuniti ini sebagai medium yang membolehkan ahli-ahli berkomunikasi dan berkongsi minat, pengetahuan serta pendapat tentang dunia permotoran khususnya berkenaan dengan MYVi.

Mengadakan aktiviti-aktiviti riadah seperti sukan dan rekreasi, lawatan dan aktiviti-aktiviti amal dalam merapatkan lagi hubungan Silatulrahim di antara ahli- ahli komuniti.


untuk maklumat lanjut....jom g kat laman web ni...
www.myvians.com



[ Last edited by  naQi-tiRa at 27-2-2008 11:23 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2007 03:19 AM | Show all posts

salam

noted
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2007 08:33 PM | Show all posts
kalau join club nie best ker?saya nak join boleh tak?tapi kalau tak berfaedah dan tak menepati matlamat saya malas nak join :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2008 10:41 AM | Show all posts

Reply #3 OrangKertas's post

uiii...mmg best....tak tipu punye.....
silakan lah join kelab ni....amat dialu2kan.....
aktiviti club ni banyak yg berfaedah....selain mengeratkan persahabatan......
meh...jom lah try join laman web tu dulu...kalau tak caya gi survey dulu.....
register kat forum je dah rasmi jadi ahli myvians...tak perlu ape2 bayaran yuran pun....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2008 10:42 AM | Show all posts
para ahli myvians sangat ramah...
tak caya? jom survey kat laman web diorang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2008 12:34 PM | Show all posts
Perhatian Semua Myvians !!!

Ini adalah Maklumat Aktiviti Myvians yang akan datang:

Januari 2008

1) Futsal (Perlawanan Persahabatan antara Myvians FC & Junaidi 66)
Seperti biasa setiap bulan Myvians FC akan mengadakan perlawanan persahabatan antara pasukan-pasukan lain
bagi tujuan mengalakan lagi ramai ahli dari kelab ini bersukan serta mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
Tarikh: 09 Januari 2008 (Rabu malam kamis) Esoknya Cuti
Tempat: Samba Futsal Petaling Jaya
Jam : 10 Malam
Status: SUDAH DILANGSUNGKAN

Maklumat lanjut sila ke http://www.myvians.com/v2/forum/index.php?topic=549.0


2) Futsal (Perlawanan Persahabatan antara Myvians FC & KEPMA Rawang)
Seperti biasa setiap bulan Myvians FC akan mengadakan perlawanan persahabatan antara pasukan-pasukan lain
bagi tujuan mengalakan lagi ramai ahli dari kelab ini bersukan serta mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
Tarikh: 19 Januari 2008(Sabtu Malam Minggu)
Tempat: Samba Futsal Petaling Jaya
Masa: 10-12 Malam.
Status: SUDAH DILANGSUNGKAN

Maklumat lanjut sila ke http://www.myvians.com/v2/forum/index.php?topic=680.0

3) HOP @ Bandar Baru Selayang
Seperti biasa aktiviti ini adalah bertujuan berkenalan dengan ahli-ahli baru & lama, berborak, berbincang pasal myvi,
penyerahan stiker & dll.
Tarikh: 25.01.2008 (Jumaat)
Masa: 9.00 pm onwards
Tempat: restoran gelas besar, bandar baru selayang... (berhadapan dengan stadium selayang)
Status: SUDAH DILANGSUNGKAN

Maklumat lanjut sila ke http://www.myvians.com/v2/forum/index.php?topic=636.0


4) Karoke Bersama Myvians
Ini adalah aktiviti suka-suka untuk menunjukkan bakat terpendam oleh ahli-ahli kelab ini dalam bidang nyanyian.
Lanjutan dari Myvians Idol yang diadakan Masa Family Day 2007 diteruskan dengan perjumpaan bersama-sama
ahli yang minat untuk berkaroke.
Tempat : Plaza Yaw Chuan
Tarikh : 26.01.2008 (Sabtu)
Masa : 9 Malam
Bayaran : Kongsi-kongsi
Status: SUDAH DILANGSUNGKAN

Maklumat lanjut sila ke http://www.myvians.com/v2/forum/index.php?topic=42.msg54#msg54

5) Paintball Game Inter Myvians Mambers
Aktiviti ini adalah terbuka kepada semua ahli Myvians yang berminat untuk bersama merasai kehebatan
dan keseronokkan bermain paintball. Ahli-ahli yang tidak pernah bermain game ini akan diberi tunjuk ajar oleh En.Chodot
dari segi peralatan, peraturan, teknikal dan lain-lain.
Tarikh: 27-01-2008 (ahad)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Tanamerah Paintball, Sg. Buloh
Bayaran: RM 110.00 (termasuk sewa peralatan utk sehari dan pallet 500 biji seorang)
SUDAH DILANGSUNGKAN

Maklumat lanjut sila lihat ke http://www.myvians.com/v2/forum/index.php?topic=522.0
____________________________________________________________________________

Febuari 2008

1) Kenduri & Perasmian Pembukaan Bengkel Kereta Suami Pn. Azziela.
Pn. Azziela menjemput ahli2 Myvians untuk bersama menjayakan Majlis Perasmian Pembukaan Bengkel Kereta
di Kajang.
Tarikh : 03 Feb 2007
Masa   :1.30pm - 4.30pm
Tempat  : No 11 & 13, Jln Seksyen 3/2
              Seksyen 3
              Tmn Kajang utama
              Kajang, Sel
Status: SUDAH DILANGSUNGKAN
Maklumat lanjut sila ke http://www.myvians.com/v2/forum/index.php?topic=749.0

2) Konvoi ke Majlis Perkahwinan Quistburn
En. Quisburn menjemput semua ahli Myvians untuk memeriahkan Majlis Perkahwinan beliau di Shah Alam.
Tarikh : 09 Febuari 2008.
Tempat : Seksyen 19, Shah Alam.
Masa : 1.30 pm
Status: SUDAH DILANGSUNGKAN
Maklumat lanjut sila ke : http://www.myvians.com/v2/forum/index.php?topic=750.0

3) Satu Karnival Permotoran Belia sempena kempen keselamatan jalanraya.
Satu aktiviti yang biasa para ahli Myvians menghadirkan diri bagi mempamerkan kereta masing di autoshow ini.
Tarikh : 10 Febuari 2008
Masa : 8.00
Tempat : Perkarangan Stadium Shah Alam
Check Point/Konvoi : Perodua Glenmarie
Status: SUDAH DILANGSUNGKAN
Maklumat lanjut sila ke http://www.myvians.com/v2/forum/index.php?topic=893.msg25268;boardseen#new

4)Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Padang antara Myvians FC & Guru2 Sekolah Wawasan USJ15
Merujuk kepada tajuk diatas, Guru-guru Sekolah Wawasan USJ15 berhajat untuk mengadakan perlawanan Bola Sepak Padang dengan Pasukan kita iaitu Myvians FC.
Oleh itu dijemput semua Myvians2 untuk bersama menjayakan aktiviti yang julung2 kalinya diadakan..
Tempat : Padang Sekolah Wawasan USJ15
Tarikh : 17 Febuari 2008
Masa : 4.30 petang
Check point : Akan diberitahu nanti

Maklumat lanjut sila ke http://www.myvians.com/v2/forum/index.php?topic=809.msg20959#new


23/2 (Saturday 8.30pm)- Futsal Friendly Match  Myvians Vs EFCM @ Futsal Centre,Bukit Jalil



5) Melawat Zoo Negara.
"ZOO NEGARA" haa mungkin ramai yang dah lama tak pergi melawat haiwan2 di Zoo Negara ini. Satu aktiviti khas untuk
kanak2 serta orang dewasa dijalankan bagi tujuan beriadah sambil membawa kanak2 mengenali haiwan yang ada di Zoo Negara.
Disamping itu juga game treasure hunt akan diadakan bagi ahli2 Myvians nanti. Alamilah keseronokan melawat Zoo Negara nanti.
Tarikh :   24 FEBRUARI 2008
Masa :    9.00 pagi - 4.00 ptg
Tempat : ZOO NEGARA
               HULU KELANG, 68000 AMPANG,
               SELANGOR DARUL EHSAN
Bayaran : RM20 (dewasa) & RM10 (kanak-kanak 3 thn ke atas) [tiket & makan tengahari]

Maklumat lanjut sila lihat ke http://www.myvians.com/v2/forum/ ... 1.msg13093#msg13093

5) HOP Melawat Isteri Yanjuli (Melawat Baby Jr. Yanjuli)
Berita terkini akan diberitahu nanti.
____________________________________________________________________________

Mac 2008

1) Bowling Tournement antara Kelab-Kelab kereta.
Maklumat lanjut akan diberitahu dalam masa terdekat ini.


2) Konvoi ke Majlis Perkahwinan Saudara fad14 & Saudari Alang (Sanding belah Perempuan)
Maklumat lanjut akan diberitahu dalam masa terdekat ini.

3) HOP Melawat Isteri Zaidi (Melawat baby Jr. Zaidi)
Berita terkini akan diberitahu nanti.
____________________________________________________________________________

April 2008

1) Go-Kart Racing Tournement untuk ahli2 Kelab Myvians
Maklumat lanjut akan diberitahu dalam masa terdekat ini.

2) HOP Melawat Isteri Boolat (Ad) (Melawat baby Jr. Boolat)
Berita terkini akan diberitahu nanti.
____________________________________________________________________________

Mei 2008

1) Konvoi ke Majlis Perkahwinan AP415
Maklumat lanjut akan diberitahu dalam masa terdekat ini.

2) HOP Melawat Isteri Khairulnizam (Melawat Baby Jr. Khairulnizam)
Berita terkini akan diberitahu nanti.
____________________________________________________________________________

Jun 2008

1) Konvoi ke Majlis Perkahwinan fad14 (Sanding belah Lelaki)
Maklumat lanjut akan diberitahu dalam masa terdekat ini

1) Konvoi ke Majlis Perkahwinan Didie (Sanding belah Perempuan)
Tarikh : 1 Jun 2008
Tempat : Triang Pahang.
Masa : 1.00 Petang
____________________________________________________________________________

Julai 2008

1) HOP Melawat wife Jude (Melawat Baby Jr. Jude)
Berita terkini akan diberitahu nanti.

[ Last edited by  naQi-tiRa at 19-2-2008 12:43 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-2-2008 12:41 PM | Show all posts




Check Point dan masa akan di kemaskini kelak

Myvians yang nak pergi:
01- Janggut
02- Prince Luke
03- Amilia
04- Leprechaun
05- Jawe
06- Sinyu menace
07- aqie
08- bigboyz
09- cookie
10- agensi
11- myvito
12- zai
13- ajimz
14- fad14
15- boolat
16- hairann (nak bg ucapan lagi katanya. . . .)
17- acot
18- AK-47
19- PIORVIOBLACK (masuk bertanding) - jom ler pegi kita support die
20- Dgos (dtg nak dgr ucapan hairann)
21- Amiro
22- Evilkyo
23- noris
24- lilo honey
25- philo400
26-
27-
28-
29-
30-
31-


maklumat lanjut rujuk ---->  www.myvians.com
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 01:36 PM | Show all posts
aku bz ni masa ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2008 08:48 AM | Show all posts

Reply #8 munkyG's post

patut lah pun lama tak nampak...
ape daa....bz nape?
mod BabeYsHa pun da join myvians tau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2008 02:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2008 02:34 PM | Show all posts
link tu antara aktiviti terbaru...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 07:11 PM | Show all posts
haku dah join gak.......sebab haku pakai myvi.....myvi my love....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 06:57 PM | Show all posts
nina ada join tp x aktif pun....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2009 01:15 PM | Show all posts
thanx all...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 09:10 PM | Show all posts
Join me at www.myviku.com
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 09:42 AM | Show all posts
ala dah senyap ke thread ni erm......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2009 08:52 PM | Show all posts
h e l l o

kat melaka ada kelab ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2009 01:48 AM | Show all posts
nak juin..tp den duduk terperuk kat pantai timur tuh...aktiviti korang mesti byk berpusat kat KL kan??
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2009 10:39 PM | Show all posts
nak juin
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 03:51 PM | Show all posts
nak juin
diana000 Post at 22-9-2009 22:39


..eh....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.136258 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list