CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3715|Reply: 23

Malaysia, Iran Dan Turki Rancang Keluarkan Kereta Berciri 'Islam'

[Copy link]
Post time 11-11-2007 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia bersama-sama Iran dan Turki merancang untuk mengeluarkan kereta yang bercirikan Islam untuk pasaran global, demikian menurut Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Kereta hasil cetusan ilham Iran, yang dicadangkan itu dijangka bercirikan Islam seperti mempunyai kompas, petunjuk arah kiblat serta ruang penyimpanan Al-Quran dan tudung.

"Iran mahu memanggilnya "kereta Islam," kata beliau kepada Bernama di luar acara majlis makan malam anjuran Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) di sini malam tadi.

"Mereka telah mengenal pasti dan mencadangkan tiga negara iaitu Iran, Malaysia dan Turki. Kenapa ketiga-tiga negara ini? Saya rasa ini kerana mereka negara pengeluar automotif," katanya.

Majlis makan malam itu diadakan sempena lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Affendi Norwawi, ke Iran.

Menteri berkenaan mengetuai delegasi 40 anggota yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan perwakilan dari syarikat swasta yang melawat Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Iran mulai 5 hingga 11 Nov.

Objektif rombongan berkenaan ialah untuk mengenal pasti potensi peluang perniagaan yang luas untuk syarikat Malaysia.

Ia juga untuk meneroka kemungkinan usaha sama antara syarikat Malaysia dan di Timur Tengah serta untuk menarik pelaburan dari Timur Tengah ke dalam pembangunan koridor ekonomi Malaysia.

Wakil dari Proton, Petronas, Khazanah Nasional Bhd, MDeC, UEM Group Bhd, Zaid Ibrahim & Company, dan Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (LPWI) merupakan antara yang menyertai rombongan berkenaan.

Menurut Syed Zainal, cadangan kereta bercirikan Islam itu akan merupakan peluang yang baik untuk mereka yang terlibat.

"Kami akan mengenal pasti kereta yang kami boleh bangunkan itu dikeluarkan di Malaysia, Iran atau Turki," katanya.

"Kereta itu akan mempunyai semua ciri-ciri Islam dan untuk tujuan eksport," katanya.

Syed Zainal berkata dengan sokongan kerajaan, pengeluar kereta Islam akan mampu menerima jumlah tempahan yang besar.

"Bagi Proton, kami gembira kerana kami mempunyai produk yang boleh dikongsi. Bagi kami, cadangan berkenaan akan mempunyai kelebihan kerana ia dapat membantu mengurangkan kos pembangunan dan mendorong peningkatan pengeluaran serta menghasilkan ekonomi bidangan," katanya.


------------------------------------------------------------------------------------------
menarik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2007 11:26 AM | Show all posts
Aku sokong 1000% pasal apa2 jer usaha menerapkan nilai Islam kat dalam keter... selama ni tak terfikir lak haku pasal bender ni.

Pasal ruang simpan Quran dgn tudung tu biasanya simpan kat dalam glovebox tu dah okey dah, tapi pasal biasanya owang rojak macam2 bender dalam glovebox tu la muncul cadangan ruang khas tu laa.

Oh yes, alang2 bubuh alarm azan tu pasang sekali la dgn GPS, hehehe... bukan setakat buleh tunjuk kiblat, nak carik jalan pun tak tersesat, huhuhu... in other words, manfaatkan teknologi yang ada laa untuk buat keter Islam... ye tak?
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 11-11-2007 11:37 AM | Show all posts
warna pun jangan lupe taruk warne Isle ye..hijau je semua...

Teruskan Revolusi Wahai Revolusioner...

Kearah CI Bebas Kronisme dan Nepotisme
...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2007 11:44 AM | Show all posts
kalau buat kereta melayu kita guna lambang keris pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2007 11:48 AM | Show all posts
Tu dah tak jadik keter Islam lagi... jadik keter politik ader laa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2007 12:00 PM | Show all posts
habis nak kaler apa hijau ke biru pekat ke biru cair...   kuning
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2007 12:04 PM | Show all posts
Bubuh jer laa kaler aper2, janji takder airbrush design api neraka ker, design gambar setan merah ker, airbrush gambar seksi maut "konfem-masuk-neraka" ker...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2007 12:10 PM | Show all posts
bagus jgk ni...ada petunjuk arah kiblat.tapi bagi aku,kena pelbagaikan lagi ciri2 yg lain.barulah demand tinggi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2007 12:11 PM | Show all posts
bagus jgk ni...ada petunjuk arah kiblat.tapi bagi aku,kena pelbagaikan lagi ciri2 yg lain.barulah demand tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2007 12:11 PM | Show all posts
bagus jgk ni...ada petunjuk arah kiblat.tapi bagi aku,kena pelbagaikan lagi ciri2 yg lain.barulah demand tinggi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2007 12:13 PM | Show all posts
mesti kaler ala2 hijau hadari i
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2007 02:59 PM | Show all posts
Err... imam besar Islam Had-hari tu dgn kaum kerabat serta kroni ada pakai warna ijau ker kat keter diorang...?:cf:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2007 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by Squall-Leonhart at 11-11-2007 02:59 PM
Err... imam besar Islam Had-hari tu dgn kaum kerabat serta kroni ada pakai warna ijau ker kat keter diorang...?:cf:


Wallahuallam
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2007 07:34 PM | Show all posts
agak2 PAS nk join skali tak??
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 09:57 AM | Show all posts
usaha yg murni......mang patut disokong oleh kita esp yg Islamnih
jgn campo aduk ngan politik
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 09:58 AM | Show all posts
lebih aku sokong kalo ada teknology yg bole detect passenger yg tak tutup aurat
cth..pakai skirt/suarrr pendek kalu.....alarm bunyik gilerrr2................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2007 11:06 AM | Show all posts
tapi puak lembu mesti letak cd blue kat tpt simpan Quran..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 03:34 AM | Show all posts
hmm kalo tu je ciri2 nye..aku rase keta bese pom bleh wat stakat kompas rm 3.50 kat the store tu lam keta aku pom ade..
kalu ade tempt letak tudung tapi pemamdu tak pakai tudung nak wat ape..?kalo tempat letak quran, pemandu tak bace quran wat menda, lbih2 lagi pemandu bawak p tempat maksiat, wat maksiat lam tu..tak menghina ke namenye tu..?hanya kete je yang islam..
aku rase keta jenazah lagi sesuai letak name keta islam, sbb byk tulisan khat ngan ayat quran kat situ..kalo nak ikutkan fizikal semata2..
kete islam bkn bleh dinilaikan dari luar jek..kalo enjin cam semut wat pe, x selesa..kualiti tak bagus, nak wat ape sume ni...wat malu jek..kete islam mesti la kualiti bagus,enjin yg berkesan n selesa, teliti n kemas sistem and interiornye..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 11:23 AM | Show all posts
bagusla..aku pn x pk sampai camni..mmg pemikiran pemimpin..aku mmg sokong..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2007 01:42 AM | Show all posts
agak2 ade dua kaler jek kut...

Merah line putih = melayu

Hijau line putih = Islam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.078412 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list