CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: remizati

dunia nak kiamat ker?

[Copy link]
Post time 6-11-2007 08:21 PM | Show all posts

Reply #17 sherkmarch's post

allow my dear dude..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2007 08:36 PM | Show all posts

Reply #15 putratropika's post

mu ni tak habis2 ngan pipi ku... nape?.. comey sgt ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 08:43 PM | Show all posts

Reply #12 arwien's post

So toksah la ko dok merungut pasal nasib malang ko, sbb ade lagi org yg lagi malang dr ko. Bersabar je byk2 & redha dgn segala ape yg berlaku, ade kebaikan pada setiap kejadian. Cuma manusia je yg tak tau. Itu semua perancangan Tuhan. Ko kena percaya dgn kekuasaan & janji Tuhan.
Aku pun dr kecik byk gak nasib malang, hidup miskin, jadi anak yatim piatu, putus tunang, putus cinta berkali2, sampai skrg pun blm kawin2 lagi. Tp aku tetap redha dgn ape yg berlaku. Aku selalu mendoakan pengakhiran yg baik, baik di dunia, apa lagi di akhirat besok. Ingat la, dunia ni sementara je. Aku dookan yg terbaik utk ko.


sedihnya kisah mu ini...
semoga lebih tabah.. huhu...

contoh yg ada kat tv... cam cter natasha tu... huuuu.. dari kecik ditimpa malang.. sampai dikata bawak sial... mana ada org bwk sial.. malang... tu cuma kebetulan... dan hakikatnya dia bawa tuah... kawen dgn org kaya.. pastu suami meninggal.. walau mcm2 yg dilalui.. dan akhirnya dia berjaya n bahagia... yg menimpanya sblm dia berjaya tu.. tu sume ujian yg nak membolehkan dia sampai ke sesuatu tahap.. janji Allah tu pasti....

~hehe.. sorry la.. suka layan cter melayu yg leh masuk
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 08:48 PM | Show all posts
hidup ade ups and downs..
moga tabah mhadapi hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 08:58 PM | Show all posts
Originally posted by remizati at 6-11-2007 03:18 PM
aku bukak topik nieh nak mintak pendapat forummer smua...dalam islam kita tak patut salahkah nasib sendiri...tp kadang2 sebagai manusia, aku rasa sedih sbb banyak benda kurang menyebelahi aku...t ...


dear remizeti...

aku pon kadang2 ader rase gitu....time frust cam ni ...errmm ....mesti kiter slalu kater..

" naper aku arr yg kene sumer ni,.. apesal aku jer yg kene.. kenaper aar"

dan kadang2 rase camtu sbb belum ader kepuasan dlm idup yg belum dapat capai.. dan macam2 lah masalah yg datang..

tp selagi ko leh gagah berdiri..... dan ko still leh jaga diriko... dan ko still leh bekerja dan jaga family ko.... ader kawan   ..... ader keta .. sooo things r not look soo worst kan....yg penting menten kan sumer mende baik yg ader disekeliling ko skrg... dan berusaha betulkan maner2 yg silap.. .

( ekceli aku pon tak tau sebesor maner prob ko nieh.. hehehe....) d

ekceli aper prob ko ni sampai ko rase camni......
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 10:57 PM | Show all posts

Reply #25 True-X's post

haah. ape problem ko sebenarnye remizati. Cite le, mana la tau kot2 kitaorg bole bagi pandangan & nasihat. Masalah jgn disimpan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2007 11:22 PM | Show all posts
posting mana..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 11:44 PM | Show all posts

Reply #1 remizati's post

  i paham perasaan u..

dulu masa kecik2 slalu dinosorr cam u...

budak2 semua dapat no1 hari sukan dapat hadiah lerrrr pingat emas arrrr... perak arrrr.... kita satu pung x dapat banyak sangat peristiwa sedih berlaku skang nihhhh temasuk waktu kecik2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2007 12:54 AM | Show all posts
kadang2 cara kita berdoa tu salah
dulu aku pun hadapi perkara yg sama
aku salahkan takdir, aku benci lahir sbg diri aku, aku benci semuanya

tapi dgn berkat panduan dan nasihat kata2 perangsang korang2, aku kini hidup

dulu aku kerja jadi pencacai, tapi sekarang aku bos
dulu aku miskin hina, tapi sekarang aku sederhana
dulu aku masam mencuka, tapi sekarang aku senyum sokmo
dulu aku takde bopren sampai umur nak jadi nenek tua, sekarang aku dah ada laki (selepas menunggu 20 taun)
dulu aku gi mana2 kena turun naik bas dan lrt, sekarang aku dah ada keta sendiri

di antara kata2 yg membuka mata hati aku:
1. setiap keburukan tu pasti ada hikmahnya.... sabar setinggi langit
2. kita akan berjumpa dengan orang2 yg salah sebelum berjumpa dengan orang yg betul
3. Tuhan tak pernah jemu mendengar kita berdoa, jadi berdoalah tanpa jemu
4. Tuhan telah berjanji, Tidak akan berubah nasib sesuatu hambaNya melainkan dengan doa
5. tak semestinya apa yg kita rasa baik utk kita, adalah baik utk kita...
tak semestinya apa yg kita rasa jahat utk kita, adalah jahat utk kita...
6. kita tak akan tau apa yg terbaik utk kita, jadi mohonlah panduan dariNya utk memberikan yg terbaik utk kita
7. bersedekahlah di waktu kamu tiada apa
8. janganlah sesekali buruk sangka dgn Tuhan (ni plg menyentuh hati aku)

ecelli ayat2 tu aku tulis semula sebab aku tak ingat the original line... the original line lagi touching menusuk kalbu hati aku
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 08:40 AM | Show all posts

Reply #1 remizati's post

tak baik ar pikir mcmtu..pikirlah positif...kekadang apa yang berlaku tu semuanyer dah tersurat...ataupun kebetulan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 08:41 AM | Show all posts

Reply #1 remizati's post

tak baik ar pikir mcmtu..pikirlah positif...kekadang apa yang berlaku tu semuanyer dah tersurat...ataupun kebetulan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 08:41 AM | Show all posts

Reply #1 remizati's post

tak baik ar pikir mcmtu..pikirlah positif...kekadang apa yang berlaku tu semuanyer dah tersurat...ataupun kebetulan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 08:43 AM | Show all posts

Reply #1 remizati's post

tak baik ar pikir mcmtu..pikirlah positif...kekadang apa yang berlaku tu semuanyer dah tersurat...ataupun kebetulan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 09:05 AM | Show all posts

Reply #10 easy81's post

Betul tuh .... nasihat yang bernas

Memang kadang-kadang kita rasa macam susahnye hidup.. banyak betul problem ...
Tapi bila I pk, kalau kita risau byk2 pon memang takleh nak buat ape.
Sabar and keep moving forward.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 10:29 AM | Show all posts
kdg aku pun terfikir camtu.. tapi tulah ujian...

org yang baik slalu diuji...
org yang jahat pula slalu mudah je dapat pe yg dia nak....

contohnya org yg baik slalu gagal dan hidup sederhana je
tapi org kaya diberi kesenangan dan kemewahan...

mungkin kite nampak cam tak adil, tapi tentu perancangan Allah tu ade hikmah di sebaliknya...

sume tu ujian, sama ada ditimpa sesuatu yang buruk @ menerima yg baik.
katakan jika org baik itu menjadi kaya...mungkin dia akan lupa diri dan semakin jauh dari Allah...

org jahat kenapa Allah bagi kekayaan? itu dinamakan istidraj. aku pun baru baca  pasal ni...

ni aku paste supaya kita redha dan tabah menerima pe jua dugaan..

Minggu lepas, kawan seofis bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat
seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat,
murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ".

So, jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg
individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana
Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu.

Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah
amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah
menjadi baik.

Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia
telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali  berdoa tapi belum
dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada
kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan,
kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat
rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa
terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk
bersyukur pd yg Esa.

Dpt pula artikel kat bawah ni drp seorg rakan. A very relevant  dgn
soalan yang diatas tadi and interesting article. Semoga Allah beratkan
timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti.
InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia  yang mana pemberian
itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w.
bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat
kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa
orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh
At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi.

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru
dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya
adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan  perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat
kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah
saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari
semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di  bulan Ramadhan
sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.

Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula
orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah,  rumahnya
tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup
kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah,
orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak
kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun  tak sombong, Nabi
Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka
bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!  Secantik-cantik Nabi
Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa
dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj -
Manusia yang lupa daratan.  Walaupun berbuat maksiat,
dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang
beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal  pun tak mampu beli,
sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah  beribadat pun, rezeki
datang mencurah-curah. Kalau dia tu  sikit ibadat
tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan
tujuan untuk menghancurkannya.  Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila
Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu
dengan dua  sayapnya" (Kitab Nasaibul 鍵bad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan  duduk diam di bawah batu
atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya,
Allah berikan dia sayap.
Lalu, bila sudah bersayap,

anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) ,
dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat,
cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun
tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu
sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum
mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas  mengaku
dirinya tuhan..

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.  

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?
Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui  ajalnya hanya
disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak  kunci gudang hartanya
sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia  ditenggelamkan
bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau  kita
kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala
keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan
orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan
oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya
adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa
keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta
mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik  pangkat, istidraj.

Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang  mengunakan nikmatnya
untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan
pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti
ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita
cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang  itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat
yang  diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan
mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas
mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu  adalah nikmat pemberian
yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk  mencari keredhaan
Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

sorilah panjang sikit..

[ Last edited by  limauais at 7-11-2007 12:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 10:33 AM | Show all posts
mana posting aku?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2007 10:38 AM | Show all posts
hai smua..tima kasih dgn nasihat tuh..sejuk hati aku dgr...betullah..hidup nieh kita kena tabah...lagipun masing2 ada kisah sedih masing2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2007 10:57 AM | Show all posts

Reply #26 arwien's post

problem aku, sebenarnya tak ler berat sgt...tentang rezeki aku lah..aku ada degree tapi bos bayar pakai diploma..aku tak mintak keje lain sebab keje kat tempat aku nieh tak tensen...lagipun kawan2 kat tempat keje aku okeis jerks..cuma aku rasa sedih dgn gaji aku nieh..biasalah barang2 semua dah naik..taraf idup  semakin tinggi tapi gaji setakat tuh jerks..lagipun aku susah hati...sampai sekarang aku takder jumpa org2 yg sesuwai jd teman hidup...aku nieh bukanler 'perfectionist' sgt..aku mintak doa semoga dipertemukan org yg sesuwai jerks..tapi sampai sekarang pun 'nothing'..kadang2 aku sedih..aku selalu jumpa org yg tak sesuai..kalau aku suka diorg plak tak suka..padahal diorg2 tuh bukan hensem dan berharta pun...diorg bleh pilih org lain plak...tp mungkin belum jodoh aku lagik...dan kadang2 ada di kalangan diorg tuh cam 'gay' jerks...sedih sgt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2007 10:57 AM | Show all posts

Reply #26 arwien's post

problem aku, sebenarnya tak ler berat sgt...tentang rezeki aku lah..aku ada degree tapi bos bayar pakai diploma..aku tak mintak keje lain sebab keje kat tempat aku nieh tak tensen...lagipun kawan2 kat tempat keje aku okeis jerks..cuma aku rasa sedih dgn gaji aku nieh..biasalah barang2 semua dah naik..taraf idup  semakin tinggi tapi gaji setakat tuh jerks..lagipun aku susah hati...sampai sekarang aku takder jumpa org2 yg sesuwai jd teman hidup...aku nieh bukanler 'perfectionist' sgt..aku mintak doa semoga dipertemukan org yg sesuwai jerks..tapi sampai sekarang pun 'nothing'..kadang2 aku sedih..aku selalu jumpa org yg tak sesuai..kalau aku suka diorg plak tak suka..padahal diorg2 tuh bukan hensem dan berharta pun...diorg bleh pilih org lain plak...tp mungkin belum jodoh aku lagik...dan kadang2 ada di kalangan diorg tuh cam 'gay' jerks...sedih sgt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2007 11:02 AM | Show all posts

Reply #29 tuna_sandwic's post

best dgr citer tuna_sandwich's  betul2 org yg kuat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.089514 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list