View: 2458|Reply: 6
|
Usia lapan tahun sudah ketagih rokok
[Copy link]
|
|
Usia lapan tahun sudah ketagih rokokOleh Sazarina Shahrim
KUALA LUMPUR: Tabiat merokok di kalangan remaja di negara ini semakin membimbangkan dengan sesetengah kanak-kanak dikatakan sudah mula ketagih rokok seawal usia lapan tahun.
Kajian yang dijalankan tahun lalu dan membabitkan lebih 1,000 remaja itu juga mendapati 90.6 peratus remaja akan merokok jika diberi rokok atau diajak rakan mereka.
揑ni menunjukkan remaja begitu mudah terpengaruh untuk memulakan tabiat merokok.
揔ira-kira 66.7 peratus remaja yang merokok pula mengakui sangat mudah mendapat rokok walaupun peraturan melarang golongan berusia bawah 18 tahun membeli rokok, |
|
|
|
|
|
|
|
astaghfirullahala'zim... |
|
|
|
|
|
|
|
tau tak camne cara yg btol2 berkesan nak bg org benti rokok? |
|
|
|
|
|
|
|
mmmm mmg pun... dah biasa dengar ceta dari guru2....... |
|
|
|
|
|
|
|
Ayah akak hisap cerut dari dulu sampai sekarang. Anak lelaki dia 3 orang semua jadi smokers.
Ayah mertua akak pulak hisap rokok daun dari dulu sampai sekarang. TETAPI anak lelaki dia 3 orang semua bukan smokers.
Akak tanya hubby kenapa dia dan adik beradik tak jadi smokers tak macam abang-abang dan adik ipar dia? Dia kata dulu kawan-kawan sekolah hisap rokok sebagai simbol macho gitu. Kenyakkan have low self esteem...so merokok menampakkan depa hebat. Hubby tak rasa macam tu. Adik-adik pulak lebih nampak dia sebagai role model sebab dia sulung, so bila dia tak merokok adik2 pun ikut sama.
[ Last edited by KakFie at 28-8-2007 09:17 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
my hubby jarang merokok.... dalam my family pun tak ramai yg merokok.... even if they do, they dont do it openly.....
Last month, my hubby merokok dgn kawan dia yg datang ke rumah.... they were smoking at the porch. my son went up to him and stared at him for the longest time.
Then he came to me and asked "Mama, apa kat mulut papa tu?"
rupa2nya my std 1 son tak pernah tgk orang merokok secara dekat...... and come to think of it, my girls pun camtu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Tabiat merokok perlu ditangani secara agresif
Rencana Pengarang
KAJIAN yang mendapati sesetengah kanak-kanak sudah mula ketagih rokok seawal usia lapan tahun seperti dilaporkan akhbar ini semalam, bukan saja mengejutkan malah amat membimbangkan. Kajian sebelum ini mengenal pasti hanya remaja seawal usia 16 tahun yang ketagih rokok. Ini bermakna semakin hari semakin ramai remaja merokok dan ia kini berjangkit pula kepada kanak-kanak bawah 10 tahun. Menurut Penyiasat Penilaian Dasar Kawalan Tembakau Antarabangsa (ITC) bagi Malaysia, Dr Maizurah Omar, kajian ITC menunjukkan 14.7 peratus remaja di negara ini merokok, manakala 15 peratus lagi mempunyai kecenderungan untuk merokok pada masa depan. Kajian yang dijalankan tahun lalu dan membabitkan lebih 1,000 remaja itu juga mendapati 90.6 peratus remaja akan merokok jika diberi rokok atau diajak rakan mereka. Bagaimanapun, kajian itu tidak menjelaskan siapa kanak-kanak bawah umur itu yang mula merokok. Apakah dia anak orang kaya di bandar atau anak petani di kampung dan bagaimana pula kehidupan seharian atau persekitaran kehidupannya. Sebaliknya, kajian ITC cuma menjelaskan remaja merokok mempunyai lebih empat rakan dan ahli keluarga yang mempunyai tabiat serupa. Jika itulah hakikatnya, ia jelas menunjukkan remaja begitu mudah terpengaruh untuk memulakan tabiat merokok.
Lebih membimbangkan apabila pihak berkuasa dan peniaga seperti gagal menguatkuasakan larangan kepada golongan berusia bawah 18 tahun membeli rokok. Kajian ITC mendapati kira-kira 66.7 peratus remaja yang merokok mengakui sangat mudah mendapat rokok walaupun wujud larangan itu. Ini jelas menunjukkan peniaga lebih mementingkan perniagaan tanpa menghiraukan peraturan kerajaan dan tidak sensitif kepada usaha membendung anak muda daripada tabiat buruk itu. Mungkin kerajaan boleh menggubal undang-undang supaya kotak rokok di negara ini mempunyai amaran bergrafik seperti disyorkan ITC kerana kita agak ketinggalan berbanding negara jiran seperti Thailand dan Singapura. Label amaran bergrafik pada kotak rokok bagi memberi maklumat sebenar berhubung bahaya dan kesan serius pada kesihatan perokok. Di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah, terpampang pada kotak rokok amaran bergrafik termasuk lakaran mengenai paru-paru akibat kesan merokok pada tubuh badan seseorang. Usaha itu sudah tentu memberi impak positif, apatah lagi bagi remaja yang mula berjinak dengan rokok.
Tabiat merokok perlu ditangani secara agresif kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan 10 juta kematian setiap tahun menjelang 2020. Satu lagi ialah mengenai iklan rokok yang masih berleluasa pada papan iklan di premis perniagaan atau tepi jalan raya meskipun iklan berkaitan rokok sudah diharamkan di media terutama media elektronik. Aspek ini juga perlu ditangani kerana lebih 30 peratus remaja dalam kajian ITC itu, turut mengakui syarikat tembakau mempengaruhi mereka dengan iklan untuk merokok. |
|
|
|
|
|
|
| |
|