|
|
Pierre pilih romantik komedi sekali lagi
08-08-2007 02:00:27 PM
oleh WAHIDA ASRANI Percubaan pertamanya menghasilkan filem bergenre romantik komedi menerusi filem 9 September masih lagi menunggu masa tayangannya di pawagam.
Namun,belum pun sempat sebarang 'kritikan' singgah kepadanya, bintang mudaberbakat besar Pierre Andre terus pula menghasilkan filem keduanya, I'm Not Single.
Mengekalkangenre yang sama, Pierre sekali lagi bertindak sebagai pengarah danpenulis skrip bagi filem tersebut, cuma untuk filem terbarunya ini,Pierre tidak terlibat sebagai pelakon.
"Saya memang sangatmeminati genre romantik komedi, sebab itu saya berani hasilkan filemgenre ini lagi. Cuma, kali ini saya tidak mahu ambilrisiko, biarlah saya mengarah saja dan tidak turut berlakon sama.
 | Pierre pertaruhkan genre yang sama untuk filem keduanya | "Memangseronok sebenarnya kalau dapat berlakon dan mengarah pada masa yangsama, tetapi kali ini saya terfikir mahu fokus sebagai pengarah sajadengan harapan filem ini akan jadi lebih strong," ujar Pierre ketika ditemui pada majlis pelancaran filem ini di Restoran Lemon, Kajang, baru-baru ini.Menurutpengarah muda dan pelakon berusia 22 tahun ini, dia sedar genrepilihannya ini dilihat 'mudah' dan kurang berisiko, namun ujar Pierre,dia mempunyai alasan tertentu mengapa sekali lagi mengenengahkanromantik komedi di dalam filem ke 25 terbitan MIG Production ini.
"Memang benar romantik komedi nampak playsafe. Saya akui perkara tersebut. Memang kalau boleh buat masa ini, saya mahu ambil jalan playsafe dulu sebab saya masih baru dalam bidang pengarahan.
"Mungkin untuk filem kelima atau keenam saya kelak, saya akan cuba lakukan sesuatu yang lain pula, mungkin something heavy.
"Tetapi, alhamdulillah, ketika tayangan khas 9 September di Pulau Pinang sempena Festival Filem Malaysia ke-20 baru-baru ini, saya lihat ramai penonton dapat terima filem itu,
"Ini membuktikan genre seperti ini boleh diterima ramai," kata Pierre.
Filem I'm Not Single yang bakal menelan kos sebanyak RM1.5 juta ini membariskan
 | Heroin baru dunia perfileman, Lisa Surihani | pelakon muda sebagai tunggak utamanya iaitu Farid Kamil dan bintang baru, Lisa Surihani.Turutmenjayakan filem yang bakal memulakan penggambarannya di Bukit Fraser,Pahang dan sekitar Lembah Klang pada 11 Ogos ini ialah Awal Ashaari,Intan Ladyana, Khatijah Tan, M.Rajoli, Cat Farish dan Ahmad Idham.
I'm Not Singlemengisahkan tentang Maya dan Adam yang dipaksa berkahwin pada usia mudakerana perancangan keluarga masing-masing yang bersahabat baik sejakkecil.
Walaupun tiada perasaan cinta dan saling membenci antarasatu-sama lain, Adam dan Maya tiada alasan kukuh untuk membantahperkara tersebut walaupun pada masa yang sama, Maya sendiri sudahmempunyai teman lelaki, Dani dan juga telah merancang untuk berkahwin.
Pelbagaiperistiwa lucu dan konflik terjadi pada pasangan ini lebih-lebih lagiapabila Maya meminta untuk diceraikan walaupun ketika itu mereka sudahmula mengenali hati budi masing-masing.
Mengulas tentangpemilihan pelakon untuk filem keduanya itu, kata Pierre, walaupuntunggak utamanya terdiri daripada nama-nama 'biasa' saja, tetapi diayakin mereka mempunyai kekuatan tersendiri yang mampu menghidupkanjalan cerita filem itu dengan baik.
"Saya tidak 'jual' pelakon,saya cuma ingin jual jalan ceritanya. Saya pilih Lisa kerana saya yakindia mampu lakukan yang terbaik kerana saya sendiri pernah lihatlakonannya sebelum ini.
"Saya ingin cungkil bakat baru dan beripeluang kepada mereka untuk jadi pelapis pelakon yang ada sekarang ini.Lagipun, saya lihat gandingan Farid dan Lisa memang matching," jelas Pierre.
p/s: cite ni pun mcm cite korea je, same mcm 9 september tu, agaknya die ni suke tgk cite korea kot |
|